Anda di halaman 1dari 14

Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008

TABURAN KESUKARAN ITEM SOALAN PEPERIKSAAN


PENILAIAN MENENGAH RENDAH BAHASA MELAYU
BERDASARKAN MODEL RASCH

Zamri Mahamod, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor.
d-zam@ukm.my, 019-3952626

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengukur ketepatan Model Rasch dalam mengukur
item soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peringkat Penilaian Menengah
Rendah dari tahun 2005 – 2007 serta dan mengaitkannya dengan aras Taksonomi
Bloom. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang pelajar Tingkatan 3 yang
menduduki peperiksaan pada tahun 2007. Kumpulan pelajar ini menjawab soalan
peperiksaan tahun 2005 dan 2006 sebelum menduduki peperiksaan sebenar,
manakala jawapan soalan tahun 2007 diperoleh selepas pelajar menduduki
peperiksaan sebenar pada tahun tersebut. Data kajian diproses dalam perisian
SPSS versi 11.5 dan seterusnya dianalisis menggunakan program Winsteps
3.57.2 yang mengaplikasikan Model Analisis Rasch. Hasil analisis menunjukkan
taburan kesukaran item bagi soalan PMR 2005, 2006 dan 2007 mencapai aras
1.00, iaitu menunjukkan nilai kesahan yang sangat tinggi. Indeks
kebolehpercayaan item yang dihasilkan juga menunjukkan nilai yang sangat
boleh dipercayai iaitu melebihi 0.80. Tahun 2005 menunjukkan nilai 0.82 , tahun
2006 (0.84) dan tahun 2007 (0.92). Item kajian pada tahun 2005 tersebar pada
skala logit aras maksimum (3.07), minimum (-2.74), tahun 2006 maksimum
(4.25), minimum (-2.28), dan tahun 2007 maksimum (4.50), minimum (-2.75).
Aras kesukaran item kajian tersebar mengikut kedudukan aras Taksonomi Bloom
berdasarkan terdapatnya taburan item paling sukar dan paling mudah serta
lebihan soalan yang lain berada dalam kategori sederhana. Kesimpulannya,
kajian ini menunjukkan peperiksaan PMR Kertas I Bahasa Melayu untuk tahun
2005, 2006 dan 2007 benar-benar dapat menguji tahap kebolehan kepelbagaian
pelajar berdasarkan aras taburan kesukaran item yang ditunjukkan.

Abstract: The purposes of this study are to measure the item difficulty of the
questions of Bahasa Melayu Paper 1, Penilaian Menengah Rendah (PMR) year
2005, 2006 and 2007 and to relate it with the Taxonomy Bloom item difficulty
level. The subjects are 50 form 3 students who sat for the examination in year
2007. These subjects have sat for an examination in the year 2005 and 2006
before sitting for the actual examination and the answers obtained for this
research was from the actual examination sat in the year 2007. The data is
processed with the SPSS system, version 11.5 and it is analyzed with the use of
the Winsteps 3.57.2 program. The validity and reliability was tested through
Rasch Analysis Model. The results of the analysis shows the Infit MNSQ value for
1
Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman

the year 2005, 2006 and 2007 reaches a very high validity level of 1.00. The
reliability index proves a very high value which is above .80. Examination item of
the year 2005, the reliability index shows 0.82, year 2006 (0.84) and year 2007
(0.92). Examination item of the year 2005 shows the maximum logit scale of
(3.07), minimum scale is (-1.74), and year 2006 the maximum scale is (4.25),
minimum is (-2.28) and year 2007 maximum scale is (4.50), and minimum is (-
2.75). Taken as a whole, item difficulty of this research as according to the level
of Taxonomy Bloom, it proves that the items are categorized as most difficult
items, easiest items and the remainder items are in the medium category. By
conclusion, the results of this study proves that the Bahasa Melayu Paper 1, PMR
examination of the year 2005, 2006 and 2007 is valid in testing students
proficiency as according to the level of item difficulty.

PENGENALAN

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta


Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah
rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Dalam sistem pendidikan kebangsaan,
bahasa Melayu ialah bahasa pengantar di sekolah dan di institusi pengajian
tinggi. Bahasa Melayu merupakan alat perhubungan dan perpaduan antara kaum
di negara ini (Abd. Aziz 2000). Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina
rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat,
juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang
dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa
Melayu mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas ke peringkat
antarabangsa menerusi teknologi maklumat dan komunikasi.
Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan untuk
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani (Sukatan
Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah 2001). Kurikulum Bahasa
Melayu menyediakan pelajar untuk menguasai kecekapan berbahasa dan
berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat.
Pelajar mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata
pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir.
Kajian ini secara keseluruhannya ada kaitan dengan item soalan yang
digunakan dalam peperiksaan awam di Malaysia serta penguasaan tatabahasa
bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah rendah. Kajian ini melibatkan
soalan Kertas 1 Bahasa Melayu Penilaian Menengah Rendah (PMR) melibatkan
tahun 2005, 2006 dan 2007.

PERNYATAAN MASALAH

Dalam sistem pendidikan negara kita yang bertumpukan kepada peperiksaan


awam dan ujian-ujian di sekolah, tumpuan utama adalah kepada kemahiran 3M
2
Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008

(membaca, menulis dan mengira). Asas penilaian adalah kepada kertas-kertas


penilaian berupa item-item yang perlu dijawab oleh pelajar. Item-item dalam
sesuatu instrumen ialah satu inti pati penting bagi menjalankan sesuatu pengujian
dan pengukuran. Sekolah yang menghasilkan peratus kelulusan yang tinggi akan
terus dicanangkan sebagai sekolah yang berkualiti. Kecemerlangan seseorang
guru pula dikaitkan dengan bilangan muridnya yang mendapat gred A. Oleh itu,
kualiti setiap soalan atau item wajar dinilai semula selepas sesuatu ujian itu
diadakan (Mohamad Sahar 2008). Terdapat berbagai-bagai cara untuk menilai
item yang telah diuji, salah satunya dikenali sebagai analisis item. Hasil daripada
proses analisis item akan memperoleh maklumat tentang kualiti soalan yang telah
digunakan. Maklumat ini menyumbang kepada usaha membentuk ujian yang
boleh dipercayai. Analisis ini juga akan menunjukkan tahap kesukaran dan tahap
diskriminasi sesuatu soalan tertentu. Item-item yang disahkan baik dan berkualiti
boleh disimpan dalam bank soalan yang diwujudkan peringkat sekolah. Usaha
sebegini akan mengurangkan risiko kebergantungan kepada soalan-soalan yang
diperoleh secara tidak sah yang boleh dipertikai dari segi mutu dan kualitinya.
Hasil yang diharapkan, mutu ujian yang dijalankan benar-benar dapat menguji
pelajar serta menghasilkan keputusan yang betul-betul boleh dipercayai.
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengetahui taburan aras kesukaran
item soalan Bahasa Melayu Kertas 1 Peperiksaan PMR, iaitu salah satu
peperiksaan peringkat kebangsaan yang perlu diduduki oleh pelajar pada akhir
tahun pembelajaran tingkatan tiga. Banyak kajian yang dihasilkan mengaitkan
faktor-faktor yang berkaitan pelajar, guru dan sekolah dengan pencapaian.
Pengkaji berhasrat untuk menyumbangkan maklumat dengan memberi fokus
kepada alat pengukuran berasaskan Model Rasch yang digunakan untuk
mengukur pencapaian pelajar. Kaedah Rasch dapat menunjukkan satu pola
perkaitan antara individu yang dikaji dengan item dalam soalan kajian, yang
mana pola sebegini tidak dapat ditunjukkan melalui kaedah pengukuran biasa
yang digunakan sebelum ini. Tidak terdapat kajian sebelum ini yang memberi
fokus kepada perkaitan antara kebolehan individu dengan aras kesukaran soalan
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pemilihan kertas I peringkat peperiksaan
PMR memandangkan peperiksaan tersebut hanya merangkumi soalan objektif
aneka pilihan yang boleh memberi kesahan yang tinggi (Abd. Rashid & Siti
Rahayah 2001).
Menurut Kumar (1996), kajian tinjauan biasanya dijalankan apabila
pengkaji ingin meneroka isu baru atau membangunkan, memurnikan, menguji
alat dan prosedur pengukuran. Pengkaji melakukan kajian secara tinjauan kerana
belum ada maklumat awal tentang perkaitan soalan dengan pencapaian pelajar
dalam peperiksaan PMR, iaitu salah satu peperiksaan kebangsaan Malaysia yang
diduduki oleh pelajar dalam tingkatan tiga pada akhir pembelajarannnya. Bagi
mencapai tujuan kajian, item-item dalam kertas soalan peperiksaan PMR
dianalis untuk mencari bukti yang menunjukkan aras kesukaran item yang
diketengahkan sebagai masalah dalam kajian ini. Instrumen kajian yang utama
ialah kertas soalan PMR untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 bagi
tahun 2005, 2006 dan 2007.

3
Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat taburan kesukaran item soalan Bahasa Melayu
PMR Kertas I tahun 2005, 2006 dan 2007 dan akan dibuat satu perbandingan
berdasarkan susunan aras Taksonomi Bloom. Secara khusus, tujuan kajian ini
adalah untuk:
1. Mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan soalan peperiksaan PMR
bagi tahun 2005, 2006 dan 2007
2. Mengenal pasti taburan aras kesukaran item soalan peperiksaan PMR
bagi tahun 2005, 2006 dan 2007.
3. Mengenal pasti bentuk-bentuk soalan yang sukar bagi peperiksaan PMR
bagi tahun 2005, 2006 dan 2007 dan kaitannya dengan Taksonomi
Bloom.

PERSOALAN KAJIAN

Dalam melengkapkan kajian ini, tiga persoalan kajian ditimbulkan untuk


mendapatkan jawapan yang pasti seperti berikut:

1. Apakah kesahan dan kebolehpercayaan item soalan peperiksaan PMR


bagi tahun 2005, 2006 dan 2007 menepati Model Rasch?
2. Apakah taburan aras kesukaran item soalan peperiksaan PMR bagi tahun
2005, 2006 dan 2007?
3. Apakah kaitan aras kesukaran soalan peperiksaan PMR bagi tahun 2005,
2006 dan 2007 dengan aras Taksonomi Bloom?

METODOLOGI

Pengkaji menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif untuk mengumpul dan


menganalisis data. Menurut Wiersma (2000), kaedah penyelidikan kuantitatif
dijalankan untuk menentukan perkaitan, kesan dan punca sesuatu fenomena.
Pengkaji menggunakan data kuantitatif untuk mengemukakan bukti emperikal
serta meneroka perkara-perkara lain yang boleh dikaitkan dengan fenomena aras
kesukaran item. Dalam kajian ini, data kuantiatif dikumpul dengan menggunakan
kertas soalan PMR Bahasa Melayu Kertas 1. Data dianalisis secara deskriptif
untuk menghuraikan prestasi kumpulan kajian dan prestasi setiap item ujian.
Kumar (1996) menyatakan, setiap statistik deskriptif digunakan untuk
menerangkan sesuatu keadaan, permasalahan dan fenomena secara sistematik.
Pengkaji menggunakan statistik deskriptif (purata, kekerapan, peratusan, julat
dan sisihan lazim) untuk menghuraikan ciri-ciri dan prestasi item ujian. Bagi
mencapai tujuan kajian, item-item dalam kertas soalan peperiksaan Bahasa
Melayu Kertas 1 bagi tahun 2005, 2006 dan 2007 dianlisis.
Populasi kajian terdiri daripada 50 orang pelajar Tngkatan 3 di daerah
Bachok, Kelantan. Pelajar-pelajar ini yang dipilih secara rawak, dikehendaki
menjawab soalan peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 PMR untuk tahun 2005,
4
Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008

2006 dan 2007. Pelajar terlibat adalah pelajar yang menduduki peperiksaan PMR
pada tahun 2007. Pelajar terbabit dikehendaki menjawab soalan peperiksaan
PMR Bahasa Melayu Kertas 1 untuk tahun 2005 dan 2006 sebelum menghadapi
peperiksaan sebenar pada tahun tersebut. Pelajar-pelajar ini, menjawab soalan-
soalan tersebut setelah selesai sukatan pelajaran menengah rendah, iaitu sebelum
pelajar menduduki peperiksaan sebenar PMR untuk tahun 2007. Manakala untuk
kertas soalan tahun 2007, pelajar terbabit dikehendaki menanda semula jawapan
yang telah dijawab dalam pepriksaan sebenar setelah selesai menghadapi
peperiksaan PMR pada tahun tersebut.
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soalan
peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas 1 yang dikendalikan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM) untuk tahun 2005, 2006 dan 2007. Dalam hal ini,
kajian rintis tidak dijalankan terhadap instrumen kajian memandangkan
instrumen tersebut telah diterima pakai di seluruh sekolah di Malaysia.
Pemilihan soalan berdasarkan tahun 2005, 2006 dan 2007 disebabkan pada tahun
2005 bermulanya format baru peperiksaan PMR untuk soalan Bahasa Melayu
Kertas 1 dan Kertas 2 (Format Pentaksiran PMR 2005). Ini bermaksud, soalan-
soalan sebelumnya adalah tidak sama dari segi formatnya sama ada bilangan
soalan, ataupun kandungan pemberatan soalan yang berbeza. Pemilihan soalan
yang sama formatnya bermula soalan tahun 2005, 2006 dan 2007 bertujuan untuk
dibuat perbandingan taburan indeks kesukaran antara soalan tersebut.
Sebelum analisis prestasi responden dilakukan, respons setiap pelajar
disemak berpandukan panduan pemarkahan yang telah disediakan. Data-data
yang diperolehi daripada respon 50 pelajar dimasukkan ke dalam perisian
Statistical Packages for The Social Science (SPSS) versi 11.5 dan diproses
dengan menggunakan program Winsteps 3.63.0. Perisian ini membolehkan
analisis dijalankan tanpa perlu ujian normaliti kerana corak taburan data tidak
mempengaruhi hasil analisis (Linacre 2004). Pendekatan Model Rasch tidak
mengandaikan taburan normal bagi individu atau item bagi membolehkan
analisis dijalankan. Salah satu sifat yang paling penting Model Rasch ialah
objektiviti khususnya (Rasch 1977). Maksudnya, perbandingan antara dua item
tidak bergantung kepada aras kebolehan individu yang digunakan untuk
pengukuran aras kesukaran item dan perbandingan terhadap kebolehan dua
individu berbeza tidak bergantung kepada aras kesukaran item-item yang diguna
untuk mengukur kebolehan individu .
Model Rasch dipilih kerana model ini dapat menunjukkan dengan jelas
taburan kesukaran soalan dalam bentuk data dan graf. Menurut Linarce (1992)
dan Van der Linden, (1992), Model Rasch dipilih kerana item dan individu
diukur pada satu skala yang sama serta skor ujian adalah mencukupi untuk
analisis statistik Ini bermakna jika data serasi dengan model, maka skor ujian
mengandungi semua maklumat tentang kebolehan individu yang diuji lalu
menyebabkan pengelasan individu berdasarkan skor ujian adalah dijustifikasi.
Dalam Model Rasch kebarangkalian individu untuk menjawab sesuatu item
dengan betul bergantung kepada kebolehan individu tersebut dan kesukaran item.
Oleh itu, seseorang yang lebih berkebolehan mempunyai kebarangkalian yang
lebih besar untuk menjawab item itu dengan betul berbanding dengan individu
kebolehan rendah.
5
Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman

DAPATAN KAJIAN

Rajah 2 hingga 4 memperlihatkan taburan aras kesukaran dipadankan dengan


susunan dalam Taksonomi Bloom bermula dengan aras paling bawah dan
dikatakan mewakili aras kognitif paling mudah iaitu pengetahuan, diikuti dengan
kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan paling sukar, penilaian. Aras taksonomi
ini disusun mengikut skala logit yang diperoleh daripada hasil analisis Model
Rasch yang juga menunjukkan bacaan paling atas skala adalah item yang paling
sukar. Manakala bacaan menghala ke bawah skala mewakili soalan paling
mudah.

Analisis Item Bahasa Melayu Peperiksaan PMR 2005

Rajah 2 menunjukkan taburan kesukaran item pada skala logit lebih tersebar
berbanding dengan taburan kebolehan kedudukan individu. Bacaan nilai logit
item tersebar pada kedudukan 4.00 logit hingga bacaan paling bawah -3.00 logit.
Sedangkan kedudukan individu hanya tersebar pada kedudukan nilai logit paling
atas dengan bacaan 3.12 logit dan bacaan paling bawah -.17 nilai logit. Hal ini
menunjukkan item soalan tahun 2005 tersebar pada aras kesukaran paling sukar
pada bacaan 4.00 nilai lagit dan aras yang paling mudah pada bacaan -3.00 nilai
logit.
Kelihatan item juga banyak tertumpu berhampiran bacaan min item (M /
0.00). Nilai min individu yang dihasilkan ialah 1.39 logit manakala min item
telah ditetapkan pada aras 0.00. Menurut Wright dan Masters (1982), apabila
nilai min kebolehan individu menghampiri nilai min bagi kesukaran item (0.00
logit), menunjukkan item-item kajian bersesuaian atau berpadanan dengan
kebolehan individu. Jarak antara nilai logit min kebolehan individu (1.39 logit)
dengan nilai min bagi kesukaran item (0.00 logit) menunjukkan kesukaran item
Kertas 1 PMR tahun 2005 tidak tersebar kepada semua kebolehan individu.
Dari segi taburan aras kesukaran dipadankan dengan susunan dalam
Taksonomi Bloom, nilai bacaan paling tinggi (maksimum) pada skala logit ialah
3.07 mewakili S2, manakala bacaan paling bawah (minimum) ialah -2.74
mewakili S3. Didapati item bertaburan mengikut aras Taksonomi Bloom dan
bagi soalan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2005, kelihatan item
banyak bertumpu di kawasan domain aplikasi dan kefahaman. Kajian ini
memberi tumpuan kepada item paling sukar yang mewakili satu item (S2).
Agihan yang dipersetujui oleh penggubal-penggubal soalan dan Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM), untuk membentuk soalan ujian yang bermutu
memerlukan agihan mengikut perkadaran 5 (mudah), 3 (sederhana) dan 2 (sukar).
Berdasarkan perkadaran ini, agihan yang sepatutnya untuk sejumlah 40 item
ujian ialah 20 item untuk soalan berbentuk mudah, 12 item untuk soalan jenis
sederhana dan 8 item untuk jenis soalan jenis sukar. Berdasarkan Jadual 2,
terdapat 12 soalan yang terletak pada aras pengetahuan dan kefahaman yang
boleh dikaitkan dengan soalan jenis mudah. Susunan soalan tersebut mengikut
skala logit ialah S3, S38, S31, S29, S24, S22, S12, S37, S1, S18, S16 dan S11.
Terdapat tiga item soalan yang berada pada aras penilaian dan sintesis yang
6
Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008

dapat dikaitkan dengan soalan jenis sukar (S2, S28 dan S39). Selebihnya iaitu
sebanyak 25 soalan dapat digolongkan dalam kumpulan sederhana.

INPUT: 50 students 40 items MEASURED:50 students 40 items 2 CATS 3.64.2


------------------------------------------------------------
students - MAP - items
<more>|<rare>
4 + s2
| Penilaian
3 X | s28, s39
+
T|
XX |
|T Sintesis
XXXX |
|
XXX S| s8
2 +
XXXXXX |
XXX |
| s35 s36 Analisis
XX |
M|
XXXXX |S s40 s5
XXXXXXX | ss6
1 XXXXXX +
XX |
|
XXX S| s33
| s10 s32 s34
XXX | s13 s21 s23 s9 Aplikasi
X |
X |
0 +M s19 s4 s7
X T| s20 s26
| s14 s15 s25 s30
| s17 s27
| s11 s16
|
-1 + s18 Kefahaman
|S s1 s37
| s12 s22 s24 s29
|
-2 + s31
|
|T
| s38
Pengetahuan
-3 + s3

7
Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman

<less>|<frequ>

RAJAH 2. Perkaitan Aras Kesukaran dan Taksonomi Bloom

Berdasarkan analisis yang dijalankan soalan paling sukar bagi tahun


2005 ialah soalan nombor 2. Soalan nombor 2 berdasarkan Kertas I PMR
tergolong dalam soalan yang menguji kemahiran morfologi pelajar. Jawapan
yang dicadangkan untuk soalan 2 peperiksaan PMR tahun 2005 ialah A,
memandangkan ‘di’ merujuk kepada kata sendi nama yang merujuk kepada
tempat. Pengganggu dalam soalan ini amat berkesan sehingga tidak ada pelajar
yang menanda jawapan A untuk soalan tersebut. Soalan 2 untuk peperiksaan
PMR tahun 2005 adalah seperti berikut:

2. Ketua kelas itu menampalkan jadual peperiksaan ___________ papan


kenyataan kelas.
A. di C. atas
B. pada D. kepada

Berdasarkan analisis, juga didapati soalan nombor 3 bagi tahun


peperiksaan 2005, iaitu soalan yang menguji kemahiran morfologi pelajar
dikatakan soalan paling mudah yang mana semua pelajar menjawab betul bagi
soalan tersebut. Cadangan jawapan bagi soalan 3 ialah D. Petikan soalan 3
Peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas I untuk tahun 2006 ialah (LPM 2006):

3. Peserta Bengkel Bahasa Melayu _______________ pandangan bagi


menyiapkan tugasan untuk dibentangkan pada akhir kursus.
A. berbantah-bantah C. berubah-ubah
B. berbalas-balas D. bertukar-tukar

Analisis Item Bahasa Melayu Peperiksaan PMR 2006

Merujuk Rajah 3, didapati item soalan bertaburan mengikut aras kesukaran,


bersesuaian dengan kedudukan aras Taksonomi Bloom. Bacaan paling tinggi
(maksimum) pada skala logit dengan merujuk kembali Jadual 3 ialah 4.25
mewakili S11, manakala bacaan paling bawah (minimum) ialah -2.28 mewakili
S17 dan S2. Didapati item soalan PMR tahun 2006 lebih banyak tertumpu pada
aras domain aplikasi dan kefahaman dan hanya item S11 yang berada pada aras
penilaian. Kajian ini memberi tumpuan kepada mengenal pasti item paling sukar
yang mewakili item (S11).
Agihan yang dipersetujui oleh penggubal-penggubal soalan dan
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), untuk membentuk soalan ujian yang
bermutu memerlukan agihan mengikut perkadaran 5 (mudah), 3 (sederhana) dan
2 (sukar). Berdasarkan perkadaran ini, agihan yang sepatutnya untuk sejumlah 40
item ujian ialah 20 item untuk soalan berbentuk mudah, 12 item untuk soalan
jenis sederhana dan 8 item untuk jenis soalan jenis sukar. Berdasarkan Jadual 3,
terdapat 14 soalan yang terletak pada aras pengetahuan dan kefahaman yang
boleh dikaitkan dengan soalan jenis mudah. Susunan soalan tersebut mengikut

8
Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008

skala logit ialah S1, S12, S29, S9, S14, S34, S40, S5, S6, S28, S36, S7, S17 dan
S2. Hanya terdapat satu item soalan yang boleh dikaitkan dengan soalan jenis
sukar iaitu soalan yang berada pada aras penilaian dan sintesis (S11). Selebihnya
iaitu sebanyak 25 soalan dapat digolongkan dalam kumpulan sederhana.

INPUT:50 students 40 items MEASURED: 50 students 40 items 2 CATS 3.64.2


---------------------------------------------------------------------------
students - MAP - items
<more>|<rare>
5 +
|
| s11 Penilaian
4 +
|
XXX |
Sintesis
|
T|
XXX |
3 +
XX |
S|T
XXXX |
|
XXXX | s26
2 + s37 Analisis
XXXXXXX M|
XXXXXX |
|
XXXX |
XXXXX |S s32
XXXXXXXXX S|
1 XX + s18 s3
X | s24 s27 s35
| s15 s21
| s10 Aplikasi
| s19
T| s16 s38
| s25 s30 s31 s8
|
0 +M s20 s22 s23 s4
| s13 s39
| s33
Kefahaman
| s1 s12 s29 s9
-1 +
| s14 s34 s40
|S
| s5 ss6
-2 +
| s28 s36 s7
|
Pengetahuan
9
Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman

|T
|
-3 + s17 s2
<less>|<frequ>

RAJAH 3. Perkaitan Aras Kesukaran dan Taksonomi Bloom

Analisis yang dijalankan untuk soalan tahun 2006, didapati soalan paling
sukar ialah soalan nombor 11. Soalan nombor 11 berdasarkan Kertas I Bahasa
Melayu PMR, masih tergolong dalam soalan yang menguji kemahiran morfologi
pelajar. Dalam soalan ini, pelajar dikehendaki memilih penggunaan perkataan
yang salah dari segi tatabahasa berdasarkan jawapan bergaris yang bertanda A, B
atau C. Jika semua perkataan dalam ayat tersebut didapati tidak mengandungi
kesalahan, pelajar dikehendaki memilih jawapan D. Jawapan yang dicadangkan
untuk soalan 11 ialah C, memandangkan ejaan yang betul bagi perkataan
‘perkarangan’ mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) ialah
‘pekarangan’. Terdapat 5 orang daripada 50 orang yang menanda betul untuk
soalan ini. Petikan soalan 11 Peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas I untuk
tahun 2006 ialah (LPM 2006):

Deretan pasu bunga dan tompokan rumput yang terdapat di perkarangan


A B C
rumah Kak Hasnah sangat menarik perhatian kami. Tiada kesalahan.
D

Hasil analisis didapati terdapat dua soalan yang dikatakan paling mudah
untuk tahun kajian 2006 iaitu soalan nombor 17 dan 2 (Rajah 3). Semua pelajar
menjawab betul untuk kedua-dua soalan ini. Kedudukan soalan 17 lebih hampir
dengan garis logit, berbanding soalan 2. Perkara ini menggambarkan soalan 17
lebih cenderung kepada Model Rasch berbanding soalan 2. Soalan 17 menguji
kemahiran sintaksis pelajar, iaitu pelajar dikehendaki memilih pasangan ayat
yang menggunakan huruf condong dengan betul. Cadangan jawapan bagi soalan
17 ialah C iaitu untuk pasangan jawapan III dan IV. Soalan 2 pula menguji
kemahiran morfologi iaitu menguji penggunaan kata ganda yang sesuai dalam
ayat. Jawapan untuk soalan 2 ialah C. Petikan soalan 17 Peperiksaan PMR
Bahasa Melayu Kertas I untuk tahun 2006 ialah (LPM 2006):

I. Dia makan nasi itu dengan berseleranya hingga tidak


meninggalkan basi
II. Adik menunjukkan wajahnya yang basi setelah dimarahi oleh
abang.
III. Ani bernasib baik kerana tidak termakan kuih yang basi itu.
IV. Cerita yang disampaikannya kepada kami sudah basi.

A. I dan II C. III dan IV


B. II dan III D. I dan IV

10
Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008

Contoh petikan soalan 2 Peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas I


untuk tahun 2006 adalah seperti berikut:

Kedengaran ______________ suara orang menjerit meminta tolong


ketika saya duduk bersendirian pada petang itu.
A. jauh-jauh C. sayup-sayup
B. jelas-jelas D. samar-samar
Analisis Item Bahasa Melayu Peperiksaan PMR 2007

Merujuk Rajah 4 didapati item soalan bertaburan mengikut aras kesukaran,


bersesuaian dengan kedudukan aras Taksonomi Bloom. Bacaan paling tinggi
(maksimum) pada skala logit ialah 4.50 mewakili S20, manakala bacaan paling
bawah (minimum) ialah -2.75 mewakili S22. Didapati item soalan PMR tahun
2007 lebih banyak tertumpu pada aras domain kefahaman dan hanya item S20
yang berada pada aras penilaian. Kajian ini memberi tumpuan kepada mengenal
pasti item paling sukar yang mewakili item (S20). Terdapat 17 soalan yang
terletak pada aras pengetahuan dan kefahaman yang boleh dikaitkan dengan
soalan jenis mudah. Susunan soalan tersebut mengikut skala logit ialah S12, S32,
S36, S14 S18, S33, S7, S1, S16, S2, S28, S3, S30, S4, S31, S6 dan S22. Terdapat
19 soalan yang boleh dikaitkan dengan jenis sederhana (S25, S39, S34, S38, S11,
S35, S19, S5, S9, S26, S15, S21, S8, S29, S27, S10, S13, S17 dan S24).
Terdapat empat soalan boleh dikaitkan dengan soalan berbentuk sukar (S20, S23,
S40 dan S37).
Analisis yang dijalankan untuk soalan tahun 2007, didapati soalan paling
sukar ialah soalan nombor 20. Soalan nombor 20 berdasarkan Kertas I Bahasa
Melayu PMR, tergolong dalam soalan yang menguji bidang sintaksis. Soalan ini
menghendaki pelajar menentukan bahagian bergaris pada soalan sama ada
mengandungi kesalahan ataupun tidak. Pelajar dikehendaki memilih cadangan
jawapan yang disediakan sama ada A, B dan C atau memilih jawapan D jika ayat
tersebut tidak mengandungi kesalahan. Jawapan yang dicadangkan untuk soalan
20 ialah D memandangkan kedudukan ayat tersebut perkataan ikut tidak perlu
dimasukkan sebarang imbuhan. Hanya terdapat dua orang yang menjawab betul
untuk soalan ini. Soalan 20 untuk tahun 2007 disisipkan sebagaimana berikut:

Pandulah kenderaan ikut peraturan supaya kemalangan jalan raya dapat


dielakkan.
A. Pandulah kenderaan mengikut peraturan
B. Memandulah kenderaan mengikut peraturan
C. Memandulah kenderaan ikut peraturan
D. Pandulah kenderaan ikut peraturan

Soalan nombor 22 bagi tahun peperiksaan 2007 merupakan soalan yang


paling mudah. Soalan yang menguji kemahiran sintaksis iaitu pelajar
dikehendaki memilih ayat-ayat yang mempunyai maksud sama ataupun maksud
yang hampir sama dengan ayat yang dicetak tebal. Cadangan jawapan bagi soalan
22 ialah B. Semua pelajar memilih B untuk soalan ini. Pengganggu yang
11
Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman

dikemukakan tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga semua pelajar


menjawab betul. Petikan soalan 22 Peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas I
untuk tahun 2007 ialah (LPM 2007):

“Jangan berbual-bual dan membuat kerja lain ketika saya mengajar,” kata
Cikgu Rosnah kepada murid-muridnya.

A. Cikgu Rosnah melarang murid-muridnya bercakap atau membuat


kerja lain sewaktu saya sedang mengajar.
B. Cikgu Rosnah melarang murid-muridnya bercakap atau membuat
kerja lain semasa dia sedang mengajar.
C. Cikgu Rosnah berkata kepada murid-muridnya jangan membuat
kerja lain atau bercakap semasa cikgu sedang mengajar.
D. Cikgu Rosnah berkata kamu jangan bercakap atau melakukan
kerja lain semasa dia mengajar murid-muridnya.

INPUT: 50 students 40 items MEASURED: 50 students 40 items 2 CATS 3.64.2


---------------------------------------------------------------------------
students - MAP - items
<more>|<rare>
5 +
| s20 Penilaian
4 +
|T s23 s40
|
3 + s37
X |
| s25 Sintesis
XXX T|
2 + s39
X |S s34
S|
XXXXXX |
XXXXXXXXXX | s38
XXXXXXXXXXX M| s11
| s35
1 XXXXX + s19
XXXXX S| s5 s9 Analisis
XXXX | s26
| s15 s21 s8
XXXX |
T| s29
| s27
0 +M
| s10
| s13 s17 Aplikasi
| s24
|
-1 + s12 s32 s36
| s14
| s18 s33 s7 Kefahaman

12
Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008

|
|S
-2 + s1 s16 s2 s28 s3
| s31 s30 s4 s6
|
-3 + s22 Pengetahuan
<less>|<frequ>
RAJAH 4. Perkaitan Aras Kesukaran dan Taksonomi Bloom

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Susunan dalam aras Taksonomi Bloom disusun secara menaik mengikut garis
logit pada graf pemetaan item-individu (Wright map) sehingga kepada aras
paling sukar iaitu penilaian. Setelah dibuat perbandingan antara taburan item
dengan kedudukan aras Taksonomi Bloom didapati:

1. Taburan item soalan Bahasa Melayu PMR 2005 banyak bertumpu di


kawasan domain aplikasi dan sebahagian yang lain tertumpu pada
domain aplikasi, analisis dan kefahaman. Item yang lain didapati
bertaburan mengikut aras Taksonomi Bloom. Bacaan paling tinggi
(maksimum) pada skala logit ialah 3.07 mewakili S2, manakala bacaan
paling bawah (minimum) ialah -2.74 mewakili S3.
2. Taburan item soalan Bahasa Melayu PMR 2006 juga banyak tertumpu
pada domain aplikasi, analisis dan kefahaman dan item yang lain
bertaburan mengikut aras kesukaran, bersesuaian dengan kedudukan aras
Taksonomi Bloom. Bacaan paling tinggi pada skala logit ialah 4.25
mewakili S11, manakala bacaan paling bawah ialah -2.28 mewakili S17
dan S2.
3. Taburan item soalan Bahasa Melayu PMR 2007 lebih banyak tertumpu
atau berfokus di bahagian bawah skala logit iaitu pada domain analisis
dan kefahaman dan hanya satu item sahaja berada pada aras paling
tinggi iaitu S20 yang dikaitkan dengan aras penilaian. Didapati juga
item soalan bertaburan mengikut aras kesukaran, bersesuaian dengan
kedudukan aras Taksonomi Bloom. Bacaan paling tinggi pada skala logit
ialah 4.50 mewakili S20, manakala bacaan paling bawah ialah -2.75
mewakili S22.

RUJUKAN

Abd Aziz Abd Talib. 2000. Pedagogi bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan
teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Abd. Rashid Johar & Siti Rahayah Ariffin. 2001. Isu pengukuran dan penilaian
pendidikan. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Alias Baba. 1997. Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial.
Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

13
Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman

Bhasah Abu Bakar. 2003. Asas pengukuran dalam bilik darjah. Tanjong Malim:
Quantum Books.
Bond, T.G. & Fox, C.M. 2001. Applying the Rasch Model: Fundamental
measurement in the humans sciences. New Jersey: Lawrence Erlbaum
Associates.
Bond, T.G. 2004. Validity and assesment: A Rasch measurement perpective.
Metodoligia de las Ciencias del Comportamiento, 5(2): 179-194.
http://www.faess.jcu.edu.au/dowmloads/bondValidity.pdf(10 Januari 2005)
Borg, R.W. & Gall D.M. 1989. Educational research: An introduction.5th
Edition. New York: Longman Inc
Hanizah Hamzah. 2007. Kebezaan kefungsian item berkaitan gender dalam
peperiksaan Matematik peringkat kebangsaan: kewujudan dan perkaitan
dengan jenis item. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Sukatan Pelajaran Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah: Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Kumar, R. 1996. Research methodology. Australia: Longman.
Linacre, J. M. 2004. Winstep Rasch measurement computer program. Chicago:
Winsteps.com.
Mohamad Sahari Nordin. 2008. Pengujian dan penaksiran di bilik darjah. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Mohd Majid Konting. 1998. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.
Rasch Measurement Transactions, 18:3. 2004. When does a gap between
measures matter? atas talian pada 17 November 2004.
htp:/www.209.41.153/rmt/rmt32a.htm
Siti Rahayah Ariffin. 2003. Teori, konsep dan amalan dalam pengukuran dan
penilaian. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wiersma, W. 2000. Research methode in education. 7th Edition. Boston: Allyn
& Bacon.
Wright, B. D. & Linacre, J. M. C. 1989. Observations are always ordinal;
measurements, however, must be interval. Physical Medicine and
Rehabilitation, 70(12): 857-860
http://www.rasch.org/memo44.htm (8 Ogos 2004).
Wright, B. D. & Masters, G. N. 1982. Rating scale analysis. Chicago: MESA
Press.
Wright, B. D. & Stone, M. H. 1979. Best test design. Chicago: MESA Press,
2387 - 2396.

14

Anda mungkin juga menyukai