Anda di halaman 1dari 1

***SIARAN AKHBAR***

(Untuk disiarkan segera)

Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk 4 dana


Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual, mengumumkan pengagihan
untuk empat daripada dana-dananya. Jumlah pengagihan kasar dan pecahan unit yang
diumumkan untuk dana-dana yang mempunyai tahun kewangan berakhir pada 31
Januari 2011 adalah seperti berikut:

Dana Pengagihan Kasar / Pecahan Unit


Unit
Public Dana Index 6.00 sen seunit -
Public Dana Islamic Optimal Growth 1.25 sen seunit -
Public Dana Enhanced Bond 3.00 sen seunit 1:20
Public Dana Money Market 2.50 sen seunit -

Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong berkata menurut Jadual
Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 17 Januari 2011, Public Dana Index dan Public
Dana Islamic Optimal Growth telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak
23.7% dan 20.19% masing-masing bagi tempoh berakhir 7 Januari 2011. Kedua-dua
dana tersebut terbuka untuk Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Bagi Public Dana Enhanced Bond pula, ia telah menghasilkan pulangan satu tahun
sebanyak 8.59% bagi tempoh berakhir 7 Januari 2011, sementara itu, Public Dana
Money Market telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 2.32% bagi tempoh
yang sama.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia
dengan menguruskan sebanyak 84 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih
2,380,000 pemegang akaun dan pada 30 Disember 2010, jumlah nilai aset bersih dana
yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM40.6 bilion.

Anda mungkin juga menyukai