Anda di halaman 1dari 1

KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN SIRI 7 & 8

Mahasiswa merupakan aset berharga negara yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara. Mereka inilah yang
akan mencorakkan serta menggerakkan ekonomi negara. Selain ilmu akademik yang diperolehi sepanjang
tempoh pengajian di universiti, mahasiswa juga perlu diserapkan dan diberi peluang praktikal untuk mendalami
bidang keusahawanan di peringkat kampus lagi. Untuk menghadapi suasana ekonomi dan peluang pekerjaan
yang kian mencabar, mahasiswa perlu bersedia dan mengambil peluang dalam mencipta kerjaya sendiri, bukan
hanya bermatlamatkan makan gaji semata-mata apabila telah tamat pengajian kelak. Sebagai usaha untuk
penyediaan kearah hasrat tersebut , maka UiTM Perlis di bawah Bahagian PJI (Penyelidikan Dan Jaringan
Industri ) dan MASMED (Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development )telah menganjurkan
Kursus Asas Keusahawanan siswa siri 7 & 8 pada 22-27 November 2010, di The Regency Darul Aman Golf and
Country Club, Jitra Kedah. Seramai 41 pelajar tahun akhir dari pelbagai program di UiTM Perlis yang akan
menamatkan pengajian di senarai pilih untuk menghadiri kursus siri kali ini.

Seramai 20 orang tenaga pengajar terlibat dalam kursus “hands on” yang diketuai oleh PM Dr Amran Awang
selaku Koordinator MASMED. Antara pengisian kursus ini ,antaranya ialah mendedahkan ciri-ciri
keusahawanan, motivasi keusahawanan, proses mengenalpasti; mengkaji dan memilih idea perniagaan,
kreativiti dan inovasi dalam perniagaan, pengurusan pengeluaran dan operasi, pengurusan perniagaan kecil
dan sederhana, pengurusan pemasaran, pengurusan kewangan dan pembentukan Rancangan Perniagaan. Satu
sesi “ Business coaching” daripada Coach Mohd Fadzil Hashim dari ActionCOACH juga di adakan. Beliau
merupakan seorang Alumni UITM Perlis dan kini tokoh usahawan yang telah berjaya dalam pelbagai bidang
perniagaan dan keusahawanan . Tajuk coaching beliau ialah Usahawan Jutawan .

Satu program lawatan juga dibuat bagi memberi pendedahan secara terus kepada aktiviti keusahawanan .
Lawatan pertama ialah ke CEDI ( Coorperative and Entrepreneurship Institute -UUM , dimana peserta diberi
taklimat terhadap perjalanan aktiviti keusahawanan di sebuah universiti . Kemudian peserta dibawa melihat
Makmal “Business Simulation” . Ianya bertujuan untuk memberi pengalaman kepada pelajar secara simulasi
dalam mengendalikan dan mengurus perniagaan. Kemudian pelajar dibawa melihat “ Varsity Mall “ satu “
Facilty housing “ yang berperanan sebagai tempat menggalak dan meyemarakan gerakkan usahawan siswa
berniaga.

Lawatan seterusnya peserta dibawa mengunjungi satu syarikat IKS – Che Yah Enterprise seorang pengusaha
rempeyek dan kuah rojak. Pelajar dapat melihat sendiri hasil kerja gigih Usahawan IKS yang berjaya dalam
mengusahakan perniagaan berasaskan makanan dibawah bimbingan pelbagai agensi kerajaan.

Kesunguhan peserta kursus kali ini tergambar jelas dimana seramai 8 orang pelajar telah mendaftarkan syarikat
mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Neger Perlis). Diharap usaha awal ini sebagai permulaan untuk
siswa melangkah jauh sebagai usahawan yang berjaya .

Majlis perasmian penutup di sempurnakan oleh Timbalan Pengarah PJI PM Dr Nik Ramli B. Nik Abd Rashid bagi
mewakili Tuan Pengarah UiTM Perlis. Peserta kursus diberikan sijil dari INSKEN ( Institut Keusahawanan
Negara ) dan UiTM Perlis. Ini ialah untuk melayakkan peserta memohon pinjaman Tabung Usahawan Siswazah
(TUS).  Dalam ucapan tersebut , beliau mengharapkan agar peserta KAKS tidak hanya sekadar berhenti di
peringkat kursus atau latihan sahaja, sebaliknya menjadikannya sebagai satu lapangan awal untuk memajukan
sektor keusahawanan negara. Beliau menasihati peserta mengambil peringatan bahwa dalam Islam posisi
usahawan pada dasarnya adalah pekerjaan yang amat terpuji dan mendapat martabat yang tinggi selagi ianya
mengikuti koridor syariah yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai