Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM UKHWAH TINGKATAN 4 2011

MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS & TEKNOLOGI ISTANA BANDAR

1.0 Pendahuluan

Program Ukhwah Tingkatan 4 Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi Istana Bandar dijalankan bertujuan
menyediakan pelajar-pelajar tingkatan 4 bagi menghadapi zaman peralihan yang penuh dengan cabaran.
Pelbagai aktiviti perlu dirancang dan dilaksanakan untuk gerak kerja pelajar seterusnya menambah ilmu
pengetahuan , mengembangkan minda , menguatkan stamina fizikal dan memupuk kemahiran diri pelajar dalam
menjalani sebahagian kehidupan luar yang sebenar bagi merealisasikan konsep Khalifah Allah dalam diri
mereka serta melahirkan remaja yang berjiwa Quranik Professionalis.

2.0 Perlaksanaan Program

2.1 Tarikh :
Program akan dijalankan bermula 11 – 16 hb. Januari 2011

2.2 Tempat:
MITIB
Sekitar Kampung Bandar
Pusat Latihan ALIM

3.0 Kumpulan Sasaran

Pelajar yang mengikuti program ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Empat Maahad Integrasi
Tahfiz Sains & Teknologi Istana Bandar.

Jumlah pelajar berjumlah seramai :

Lelaki : 26 orang

Perempuan : 29 orang

Jumlah keseluruhan yang akan mengikuti program ini adalah berjumlah seramai 55 orang.

4.0 Objektif Program

4.1 Melatih pelajar berfikiran kreatif, inovatif dan mampu berdikari dalam menyelesaikan masalah.
4.2 Mendedahkan pelajar tentang peranan mereka sebagai penghafaz Al Quran dan pelajar agama dalam
masyarakat MITIB dan luar.
4.3 Membina keyakinan diri untuk berdepan dengan alam remaja dari segi emosi, rohani jasmani dan
intelektual dalam meningkatkan akademik dan sahsiah pelajar.
5.0 Tentatif Program

Hari 10.30 pg – 12.30 tgh 2.30 ptg – 4.30 ptg 5.15 ptg – 6.00 ptg
ISNIN (10 JAN 2011) Ice Breaking LDK – Permainan IQ Riadhah Berstruktur 1
PENDAFTARAN PERASMIAN TING. 1 &
SELASA (11 JAN 2011) Riadhah Berstruktur 1
TINGKATAN 1 TING 4
LDK – Sayang Si Buta
RABU (12 JAN 2011) Ceramah; Isu Remaja Riadhah Berstruktur 2
Self Confidence
LDK – Muhasabah
KHAMIS (13 JAN 2011) Explorace Kg. Bandar Membina Proposal Riadhah Berstruktur 2
Program

JUMAAT (14 JAN 2011) Motivasi Al Quran LDK – Menara Maruah


8.00 pg – 12.30 tgh
SABTU (15 JAN 2011) Repelling (ALIM)

6.0 Implikasi Kewangan

Bagi menjayakan program ini sejumlah kewangan diperlukan untuk memastikan program ini dapat berjalan
lancar.

Bil. Perkara Kuantiti & Nilai Jumlah


1. Bayaran Penceramah 2 orang X RM 200.00 RM 400.00

2. Bayaran Aktiviti Luar (ALIM) 55 orang X RM 10 RM 550.00


3. Jamuan Fasilitator 20 orang X RM 10 RM 200.00
4. Petrol 3 kenderan X RM 20 RM 60.00
5. Roti & Air Mineral - RM 200.00
6. Peralatan Program - RM 150.00
 Tali Rafia (1 gulung)
 Kain (6 meter)
 Kertas A4 (1 rim)
 Salotep ( 5 unit)
 Gula-gula (55 biji)
 Epal (5 biji)
 Tisu ( 5 gulung)
 Tembikai (1 biji)
 Kad Terup
 Telur (2 papan)
7. Kontijensi - RM 90.00
Jumlah RM 1600.00

Perolehan:

1. Sekolah RM 900.00
Jumlah keseluruhan implikasi kewangan bagi program ini adalah berjumlah : RM 900.00 ( Ringgit Malaysia :
Sembilan Ratus Sahaja )

7.0 Jawatan Kuasa Pelaksana

Unit Jati Diri MITIB 2011

8.0 Penutup

Semoga program ini dapat dijalankan dengan lancar dan memberikan kebaikan kepada semua pelajar-pelajar
yang terlibat. Terima kasih kepada semua jawatankuasa yang dilantik dan telah menyumbangkan tenaga kerja
bagi menjayakan program ini.

Anda mungkin juga menyukai