Anda di halaman 1dari 4

HIMPUNAN HADITH NABI

Kategori : AKIDAH Usuluddin  


Tajuk :
Kelebihan Berselawat
Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid -
Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi
seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat
lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah."
 
Abu Hurairah r.a
 

 
Huraian
Pengajaran hadith:
i) Allah S.W.T telah melantik malaikat-malaikat yang khusus bagi mencatat
kedatangan sidang jemaah mengikut tertib dan susunannya mulai dari
awal waktu hingga tiba masa imam naik ke mimbar membaca khutbah.
ii) Kehadiran lebih awal untuk mengerjakan solat Jumaat adalah sangat-
sangat diutamakan di dalam Islam. Oleh itu amat besarlah kerugian bagi
orang yang terlewat (terlepas) daripada waktu catatan malaikat tersebut.

Kategori : TOHARAH Air Sembahyang  


Tajuk :
Cairan Yang Membatalkan Wudhu’
Hadith :
Diriwayatkan dari Ali r.a:” Aku sering keluar mazdzdza (cairan yang keluar dari
kemaluan bukan dengan sebab melakukan hubungan seksual) maka aku meminta
Miqdad menanyakannya kepada Nabi SAW. Miqdad pun menanyakannya dan Nabi SAW
menjawab;’ Cukuplah berwudhu’.”
 
(al-Bukhari)
 

 
Huraian
Ada berbagai jenis air yang keluar dari kemaluan manusia seperti air
kencing, mani, mazi dan sebagainya. Mazi adalah cecair berwarna jernih
kekuningan yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan secara tidak
sedar. Keluarnya mungkin kerana naluri syahwat atau ghairah dan
biasanya wanita lebih sering mengalaminya. Mazi menurut kesepakatan
para ulama adalah najis yang mesti disucikan dari badan, pakaian serta
boleh membatalkan wuduk tetapi tidak mewajibkan seseorang itu mandi
junub.
Kategori : TOHARAH Istinjak  
Tajuk :
Larangan Beristinjak Dengan Tangan Kanan
Hadith :
Daripada Abu Qatadah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila
seseorang daripada kamu minum maka janganlah ia bernafas ke dalam bejana (bekas
minuman) dan apabila ia ke tempat membuang air (apabila ia membuang air) maka
janganlah ia menyentuh zakarnya dengan tangan kanannya dan janganlah dia menyapu
dengan tangan kanannya.” (al-Bukhari 4:18, Muslim 2:18)
 
al-Bukhari Muslim
 

 
Huraian
Hikmah Rasulullah melarang bernafas ke dalam bekas minuman ketika
meminum air adalah untuk memelihara kebersihan air kerana mungkin
dengan bernafas ke dalam air, mulut akan mengeluarkan air liur dan ini
menimbulkan kejijikan kepada orang lain. Demikian pula apabila mencuci
kemaluan selepas membuang air, kita dilarang menyentuh kemaluan
dengan tangan kanan. Hikmahnya ialah untuk memuliakan dan
memelihara tangan kanan daripada kekotoran dengan sebab mencuci najis

Kategori : AKIDAH Akhlak  


Tajuk :
Sabar Atas Kematian Insan Tersayang
Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika seorang hamba Allah kematian
anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak
hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil
nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata
hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah
kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-
Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah
Kesyukuran’.”
 
(at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

 
Huraian
1. Apabila keimanan seseorang itu sudah kukuh dan mencapai
kedudukan yang istimewa, pasti segala kejadian dan musibah yang
terjadi, menjadi kecil pada dirinya.
2. Dia menyerahkan segala yang menimpa kepada Allah S.W.T tanpa
merasa bimbang, kecewa dan sedih bahkan menerimanya dengan
perasaan yang tenang dan sabar. Dengan perkataan lain, dia redha
terhadap qada’ dan tunduk terhadap takdir Allah S.W.T. Inilah sifat yang
harus ada pada seorang mukmin yang sebenar.
3. Tidak dinafikan bahawa kesabaran itu amatlah berat, namun terlalu
besar ganjarannya jika mahu dibandingkan dengan ujian-ujian yang
lain. Hal ini termasuklah kesabaran seseorang itu di atas kematian anak
kecil mereka di mana pada hari akhirat kelak ia akan menjadi suatu
syafaat (mudah mendapat keampunan Allah) buat mereka yang menjadi
ibu bapanya.

Kategori : AKIDAH Akhlak  


Tajuk :
Nescaya Tersiksa !
Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang dihisab (diperiksa) pada
hari kiamat dia akan tersiksa” Aisyah bertanya:”Bukankah Allah Azza Wajalla telah
berfirman , “Mereka akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah” (al-Insyiqaq:8)”
Jawab baginda:”Itu belum pemeriksaan, tetapi baru sekadar mengemukakan bukti-
bukti.” Orang yang diperiksa dengan teliti nescaya tersiksa.”
 
(Muslim)

 
Huraian
Seperti yang dapat dilihat, peristiwa-peristiwa yang akan berlaku
selepas kematian telah dijelaskan seolah-olah ia telah pun berlaku dan
telah berlalu di dalam al-Quran. Berkumpulnya umat Islam dari berbagai
bangsa dan bahasa, yang berlainan rupa dan kulit di suatu tempat
(Makkah) adalah menjadi gambaran berkumpulnya manusia di Padang
Makhsyar di akhirat kelak untuk menerima hisab bagi setiap amalan
yang dilakukan di dunia. Hisab di akhirat adalah mudah dan ringan
sekiranya seseorang itu mati dalam keadaan beriman dan bertaqwa
kepada Allah dan akan menjadi sukar dan payah bagi orang-orang yang
banyak melakukan dosa dan kemungkaran apatah lagi jika mereka yang
mati dalam keadaan kufur kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya rugilah
orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk
menerima balasan selepas dihisab. Oleh yang demikian, sebelum kita
dihisab di akhirat kelak hisabkanlah diri kita terlebih dahulu dan
mohonlah keampunan daripada Allah S.W.T kerana “tidak akan hilang
lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau
seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang
lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya
tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.(Yunus:61). Mudah-mudahan
kita termasuk golongan yang diberi kemudahan oleh Allah pada hari
kiamat kelak.

Kategori : AKIDAH Akhlak  


Tajuk :
Setiap Pemberian Hendaklah Didahului Sebelah Kanan
Hadith :
Hadith yang bermaksud:
“Bahawasanya Rasulullah s.a.w telah diberikan sejenis minuman lalu beliau minum. Di
sebelah kanannya ada seorang kanak-kanak dan disebelah kirinya pula ada orang-orang
tua lalu baginda bersabda kepada kanak-kanak tersebut, “Adakah engkau benarkan aku
memberi lebihan minuman itu kepada mereka?” kanak-kanak itu menjawab “Wahai
Rasulullah aku tidak akan mengalah daripada mendapat bahagianku daripadamu.” Lalu
Rasulullah saw. pun memberi minuman itu kepada kanak-kanak
 
Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim

 
Huraian
1. Umat Islam dikehendaki mendahulukan yang disebelah kanan
didalam semua hal perbuatan mereka.
2. Para Anbia’ dan Ulama’ yang menjadi warisan para Nabi dan Rasul
mempunyai keberkatan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka.
Oleh itu setiap perbuatan yang bersandarkan kepada amalan mereka
juga akan diberkati oleh Allah.
3. Didalam satu-satu majlis jamuan hendaklah didahulukan disebelah
kanan (mengambil makanan atau menghulurkan makanan).

Kategori : AKIDAH Usuluddin  


Tajuk :
Keunikan Ahli Syurga
Hadith :
Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar nabi s.a.w bersabda:”sesungguhnya penduduk
syurga makan dan minum di dalamnya. Tetapi mereka tidak meludah, tidak kencing,
tidak membuang air besar dan tidak membuang hingus.” Para sahabat
bertanya:”Bagaimana makanan yang mereka makan? Jawab baginda:”Keluar dari
sendawa yang baunya harum seperti bau kasturi . Mereka selalu membaca tasbih dan
tahmid sebanyak tarikan nafas mereka.”
 
(Muslim)
 

 
Huraian
-

Anda mungkin juga menyukai