Anda di halaman 1dari 1

Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni

dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, berdisiplin,
dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, ceka
l dan berdaya saing. Melalui aktiviti sukan dan permainan, saya yakin dan pasti
bahawa kita dapat membina golongan remaja yang berketerampilan dan berkewibawaan
. Selain dapat mengangkasakan kebudayaan Malaysia dalam usaha mempromosikan perm
ainan tradisional, kita juga dapat mengangkasakan permainan tradisional mahupun
sukan rakyat. Jikalau sepak takraw dan sukan badminton yang satu ketika dahulu d
ianggap permainan kampung, kini permainan ini sudah menjadi acara maslahat dalam
Sukan SEA dan Sukan Olimpik. Generasi yang bersedia menyahut cabaran inilah yan
g dapat membuat sesuatu untuk mempopularkan permainan nenek moyang kita. Semanga
t inilah perlu ada pada modal insan. Selain memiliki personaliti unggul, merekal
ah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan. Keberanian, kecekala
n dan kesungguhan yang tidak pernah menemui titik noktah ialah harapan kita.
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara! Kita mempunyai tanggungjawab berat u
ntuk membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan da
n keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh d
an menggunakan pengetahuan. Kita juga mesti memperkukuhkan perpaduan nasional da
n membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi t
inggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan; dan memper
luas dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sekt
or swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan. Di mana ada ke
mahuan, di situ ada jalan. Kita mestilah mula mengorak langkah proaktif agar mod
al insan yang diimpikan dapat dicanai mengikut acuannya demi membentuk generasi
yang patriotik. Dengan ini, sukan dan permainan yang dapat membentuk warga yang
cinta akan negara akan memastikan Wawasan 2020 menjadi realiti, bukan fantasi la
gi!

Anda mungkin juga menyukai