Anda di halaman 1dari 2

SURAH AL-KAHFI (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat)

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:


"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya
daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan
diampunkannya antara dua Jumaat"

SURAH AS-SAJDAH (surah yang ke-32-mengandungi 30 ayat)


Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:"Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga
dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk"

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


"Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam
al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.

SURAH YAASIN (surah yang ke-36-mengandungi 83 ayat)


Daripada Ma'qil ! Ibni Yasar berkata:
"Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80
Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang
tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran".

SURAH AD-DUKHAN (surah yang ke-44-mengandungi 59 ayat)


Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000
malaikat akan meminta ampun baginya".

SURAH AL-WAQIAH (surah yang ke56-mengandungi 96 ayat)


Rasulullah saw bersabda:
" Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-
lamanya"

SURAH AL-MULK(surah yang ke-67-mengandungi 30 ayat)


Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
"Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu
dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu,
sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt
memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api
neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!"
Dan Nabi saw bersabda:
"saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku".

SURAH AL-HASYR(surah yang ke-59-mengandungi 24 ayat)


Nabi saw bersabda:
"Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70
malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia
meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid"

Anda mungkin juga menyukai