Anda di halaman 1dari 14

Dakwah bukan tugas ustaz sahaja

Apabila disebut perkataan dakwah, yang terlintas di kotak pemikiran kita bagi
perkataan ini adalah seorang yang mempunyai ilmu agama atau dipanggil ustaz
memberikan ucapan atau memperkatakan serta mengajarkan kepada khalayaknya
berkenaan dengan Islam. 

Bentuk gambaran yang tipikal ini serta sempitnya dimensi dakwah seperti yang
digambarkan, membuatkan kerja dakwah seolah-olah hanya dimiliki oleh golongan yang
mempunyai ilmu agama semata-mata. Golongan ini atau panggilan rasminya golongan
agama atau ustaz adalah golongan yang selalu dibebankan dengan permasalahan dakwah
dan penyebaran risalah dakwah ini.

Hakikatnya, pemikiran dan tanggapan yang sebegini amat jauh dan langsung tidak
menepati roh dan semangat dakwah itu sendiri. Bebanan dan gerak kerja dakwah yang
mulia ini sebenarnya merupakan tugas yang sepatutnya bukan sahaja dipikul oleh
golongan ustaz bahkan terpikul di atas bahu kesemua umat Islam yang mensyahadahkan
bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah.

Tanggungjawab mempersembahkan ajaran Islam dalam apa jua bentuk dan


memperkenalkan Islam dengan wajahnya yang tulen kepada manusia sejagat adalah tugas
hakiki yang harus dilaksanakan dengan penuh kesungguhan oleh seluruh umat Islam.

Jika kita membuka dan menyorot isi kandungan al-Quran, terdapat banyak sekali nas
yang menyentuh persoalan dakwah serta tanggungjawab umat Islam dalam
menjayakannya. 

Antaranya firman Allah yang mafhumnya, Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan
umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari
yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Ali-Imran: 104)

Daripada ayat ini, amat jelas kepada kita satu perintah Allah supaya umat Islam
membentuk diri mereka dan menjadi umat atau kelompok manusia yang sentiasa menyeru
kepada kebaikan iaitu Islam, menyuruh melakukan yang makruf dan mencegah dari
berlakunya kemungkaran. 

Inilah tiga unsur dan elemen penting terkandung dalam gerak kerja dakwah yang dijana
dan dipaksikan kepada kekuatan keimanan kepada Allah s.w.t.

Tanpa paksi dan janaan iman, penghayatan terhadap dakwah akan menjadi rapuh dan
luluh seperti rapuhnya iman dan luluhnya takwa kepada Allah s.w.t.

Satu persoalan penting yang patut ditanggap dengan teliti oleh umat Islam bahawa
penghayatan terhadap dakwah Islamiah sebenarnya mempunyai hubungkait yang rapat
dengan manifestasi kepada keunggulan Iman kepada Allah dan ketinggian kedudukannya
di sisi Allah.

Dakwah yang dirintis oleh seorang Muslim bukan sahaja satu usaha untuk menyampaikan
risalah Islam kepada khalayak bahkan merupakan satu terjemahan yang jelas terhadap
ketinggian keimanan seseorang itu kepada Allah.

Persoalan inilah yang pernah dititipkan oleh Rasul pembawa risalah dalam sebuah
hadisnya yang sahih lagi masyhur. Sabda Nabi s.a.w yang mafhumnya, Sesiapa di antara
kamu yang melihat kemungkaran maka ubahlah ia dengan tangannya (kuasa yang ada pada
seseorang) jika dia tidak mampu maka ubahlah ia dengan lidahmu, jika dia tidak mampu
maka gunakanlah hatinya (dalam membenci dan tidak meredai berlakunya kemungkaran
itu) dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis secara literalnya mengungkapkan persoalan tentang langkah-langkah yang patut


diambil seorang muslim itu dalam usahanya mencegah kemungkaran. Tetapi di sebalik
mafhumnya yang mendasar diungkapkan persoalan Iman yang mempunyai konotasi yang
rapat dengan dakwah. 

Kemampuan seseorang itu dalam mencegah kemungkaran - salah satu dari unsur penting
dalam dakwah - diukur bersama dengan tahap keimanannya kepada Allah s.w.t.

Di tengah-tengah realiti masyarakat hari ini yang diselubungi dengan segala macam
kefasadan dan kerosakan yang ditandai dengan terhakisnya penghayatan umat terhadap
ajaran Islam. Lalu menumbuhkan dan menerbitkan barah keruntuhan moral dan akhlak
walaupun di sebalik itu terlihat kilauan kemajuan dan ketamadunan yang mempesonakan. 

Namun semua kemajuan ini adalah kosong semata-mata, tidak ada nilai yang boleh
dibanggakan jika di celahannya tersusun seribu satu keruntuhan moral akhlak dan
terhakisnya nilai kemanusiaan.

Hari demi hari, keadaan umat dilihat tidak menampakkan kemajuan dari segi
penghayatan agamanya yang mengundang kekhuatiran dan kebimbangan kepada mereka
yang sentiasa mengambil berat nasib umat ini.

Gejala-gejala yang entah dari mana datangnya menjadi amalan harian para remaja kita.
Budaya hedonisme yang melampau seolah-olah umat ini tidak memikirkan kematian
selepas kehidupannya. 

Gaya hidup manusia yang mendaulatkan materialistik dan bertuhankan hawa nafsu
semata-mata telah mencampak jauh prinsip ketauhidan kepada Tuhan yang satu. Apa
yang paling membimbangkan rosaknya akidah umat yang membawa kepada kemurtadan
yang merupakan jenayah yang paling besar terhadap agama. 

Melihat kepada senarai yang panjang ini, membuatkan kita berfikir sendirian, apakah
yang telah terjadi kepada umat ini? Di manakah pegangan agama mereka sehingga
mereka terjerumus ke dalam kerosakan yang maha hebat ini dan banyak lagi persoalan-
persoalan yang menuntut kita berfikir dan bermuhasabah kembali nasib yang menimpa
umat di akhir zaman ini. 

Kunci kepada segala permasalahan ini adalah kegagalan semua lapisan umat untuk
menghayati ajaran Islam yang sebenar serta kecuaian umat dalam menggalas tugas
sebagai daie ilallah penyeru kepada agama Allah.

Kegagalan institusi agama dalam melaksanakan tugasnya serta menyampaikan ajaran


Islam yang tulen, kegagalan institusi keluarga dalam mendidik anak-anak dengan acuan
Islam. 

Kegagalan institusi masyarakat dalam membimbing masyarakat berpandukan ajaran


Islam serta kecuaian pihak-pihak yang berwajib menyediakan persekitaran yang
membenihkan rasa keimanan dan ketakwaan kepada Allah. 

Maka kegagalan dan kecuaian yang berpunca dari kelesuan dalam menghayati dakwah
inilah yang membawa kepada kesan negatif kepada umat keseluruhannya. 

Oleh yang demikian setiap entiti masyarakat perlu bangkit dari kelesuan ini. Seterusnya
menyusun usaha dalam menghayati dan melaksanakan tugas dakwah berpaksikan kepada
kekuatan, kapasiti dan dimensi kemampuan masing-masing. 

Apa yang penting, setiap muslim walau apa kedudukan dan gelarannya menjadikan dakwah
sebagai agenda hidupnya yang paling penting. 

Semangat dan roh dakwah seperti inilah yang telah menyerap dalam urat nadi dan
hembusan nafas generasi awal Islam hasil didikan langsung yang diterima dari Rasulullah
s.a.w. Mereka menjadi umat yang terbaik dalam sejarah umat manusia di atas keimanan
yang teguh berserta ketinggian penghayatan mereka terhadap dakwah dan risalah
nabawi. 

Akhirnya marilah kita merenungi firman Allah yang bermaksud, Telah dilaknat orang-
orang kafir dari bani Israil di atas lidah Daud dan Isa bin Maryam yang disebabkan
mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain selalu tidak
melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat, sesungguhnya amat buruk apa yang
selalu mereka perbuat. (Al-Maidah: 78-79) 

Cukuplah ayat Allah ini menjadi satu ancaman kepada lantas mengingatkan kita akan peri
pentingnya menjalankan usaha dakwah dan tidak mencuaikannya agar kita sentiasa
berada di bawah rahmat Allah yang amat luas dan kita terhindar dari laknat Allah yang
amat berat seksanya.

Dipetik daripada:Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Jangan persiakan masa terluang


“DEMI masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang
beriman dan melakukan amal salih dan mereka pula dalam saling memberikan pengajaran
tentang kebenaran dan kesabaran serta ketekunan.” 

Firman Allah SWT jelas memberi amaran, sia-sia hidup sesiapa yang tidak pernah
memanfaatkan masa yang terluang tanpa mengerjakan sesuatu perkara yang berfaedah.

Kita sebagai manusia perlu sentiasa beringat, hidup ini adalah satu perjalanan dengan
setiap yang ada tidak pernah kekal dan apa yang mendatang akan pergi juga akhirnya.
Itulah yang dinamakan kehidupan.

Semakin hari, usia kita semakin meningkat dan daripada sebesar tapak tangan, kini
mampu mengenal dunia.Daripada membisu daripada berkata-kata, kini petah seribu
bahasa, tetapi persoalannya, adakah itu mencukupi?

Sebenarnya, banyak lagi perkara harus kita lakukan. Masih banyak kekosongan di dada
yang harus kita isi, justeru sentiasalah mencari peluang dalam memantapkan lagi
perjalanan hidup yang masih jauh dan tak pasti bilakah penamatnya.

Memang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t, setiap usaha pasti mendapat ganjaran.Lebih
gigih kita berusaha, lagi besarlah ganjaran yang bakal kita terima.Yang penting ialah
tidak mudah berputus asa. Gunakan kesempatan pada usia muda untuk mengejar
kejayaan yang diimpikan. Jadikanlah setiap kegagalan sebagai pengajaran.

Perlu diingatkan, jangan dipersiakan peluang yang ada.Jadilah manusia yang bijak dalam
menguruskan masa dan sentiasa mencari peluang menambah ilmu kerana dengan ilmu,
seseorang akan dapat menemui kejayaan.

Pandanglah untuk jangka masa panjang. Fikirkan ke mana tujuan kita selepas ini.
Seperti serangkap kata-kata yang berbunyi: “Kejayaan itu bukan destinasi, ia adalah
satu perjalanan. Anda perlu gambarkan arah ke mana tujuan perjalanan itu.”
Dalam bunyinya tu. Sama-samalah kita memahami maksud kata-kata itu.

Solat duha sebagai roh rezeki


Oleh ZUARIDA MOHYIN
REZEKI melimpah, halal dan berkat
adalah dambaan atau keinginan setiap
orang, apatah lagi disertakan dengan
kedudukan yang mulia dan ilmu yang
bermanfaat.

Namun untuk mencapai kenyataan itu


bukanlah mudah. Ini kerana wang yang
melimpah dan kedudukan yang tinggi
bukanlah sesuatu yang dapat membawa
serta menjamin keberkatan hidup yang
sejati.

Ini membuktikan rezeki yang melimpah


tidak menjamin kehidupan yang berkat.
Rezeki yang melimpah juga tidak
menjamin hidup yang harmoni, bahagia
dan tenang.

Allah berfirman: Sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambanya


tentulah mereka melampaui batas pada muka bumi tetapi Allah menurunkan apa
yang dikehendakinya dengan ukuran tertentu. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Melihat keadaan hamba-hamba-Nya.  (asy-Syura: 27)

Kita sering melihat orang yang diberi rezeki yang melimpah tetapi menggunakan
kekayaan mereka bagi mengingkari Allah, membelanjakan pada jalan sesat dan
digunakan bagi mencari tempat di neraka. Bukankah itu kebodohan yang nyata?

Sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya memakan
rezeki yang baik dan jangan mengikut jejak syaitan. Sesungguhnya, syaitan
adalah musuh yang nyata.

Rezeki yang halal dan berkat dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati.
Ia juga dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat
mencapainya dengan mengerjakan solat duha.

Solat Duha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada
dipermudahkan rezeki, rezeki yang diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala
yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus
baginya memasuki syurga.
Hal ini telah dijelaskan dalam banyak hadis Rasulullah SAW. Nabi pernah
berwasiat kepada sahabat terdekatnya iaitu Abu Dzar al-Ghifari supaya
melaksanakan solat Duha, solat Witir dan puasa tiga hari dalam setiap tengah
bulan.

Kekasihku Muhammad berwasiat kepadaku supaya berpuasa tiga hari pada setiap
bulan, mengerjakan solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur. (riwayat
Bukhari, Muslim dan Abu Daud daripada Abu Hurairah)

Pun begitu, kita perlu menyedari bahawa solat duha dilakukan bukan semata-mata
mengharapkan rezeki, ia dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Yang pasti, solat duha menambah amal soleh. Malah Allah turut akan
mengampunkan dosa-dosa kita, seandainya ia dikerjakan secara istiqamah.

Lantaran itu, kekuatan spiritual yang terdapat dalam solat ini mempengaruhi
kepentingan duniawi dan ukhrawi. Secara tidak langsung, ia memenuhi dua aspek
iaitu kepentingan bagi kejayaan di dunia dan kebahagiaan

di akhirat kelak.

Oleh itu, tidak hairanlah mengapa Nabi Muhammad SAW banyak menganjurkan
amalan solat duha ini. Bertepatan dengan seruan itu, PTS Millennia Sdn. Bhd.
telah mengambil inisiatif menerbitkan buku berjudul Magnet Rezeki dengan
Solat Duhayang telah diterjemahkan daripada buku Menyingkap Mukjizat Shalat
Dhuha karya Muhammad Mokhtar.

Buku ini memotivasikan kita agar tidak sahaja kaya wang tetapi pada masa sama
membina kekayaan jiwa demi kebahagiaan di sana.

Ia juga membongkar rahsia memperoleh rezeki yang melimpah-ruah melalui


wahana solat duha. Ia membuka perspektif baru mengenai rezeki dan kekayaan
bagi seorang Muslim.

Disokong dengan bukti-bukti yang menjelaskan bahawa melalui solat duha yang
istiqamah, sesiapa sahaja mampu memperoleh rezeki yang berganda dan
diberkati.

Al-Quran dahului kecanggihan sains


REMAJA hari ini cerdik, pintar dan berpelajaran berdasarkan akademik serta
fakta sains. Ini mungkin kerana sistem pendidikan yang menekankan dan memberi
penumpuan dalam bidang sains. 

Tidak hairanlah remaja hari ini mengenali nama saintis dan kagum dengan
penemuan mereka. Penciptaan teknologi canggih membantu penemuan baru rahsia
alam. 

Seperkara yang remaja patut tahu, penemuan baru ini selari dengan penyataan
al-Quran malah ia sudah lama disebut dalam kitab suci itu. 

Jika kita boleh berbangga dengan penemuan sains semestinya kita patut lebih
takjub dengan kecanggihan al-Quran berabad dahulu mendahului zaman, malah
manusia memerlukan masa yang panjang ribuan tahun memahami sentuhan ayat
al-Quran mengenai alam dan sains. 

Antara ayat mengenai sains ialah yang berkaitan dengan pengembangan alam.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan, langit Kami bangunkan dengan kekuasaan
Kami. Sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.” Ayat ini menceritakan
mengenai pengembangan alam. 

Ini bermaksud langit diluaskan oleh Allah. Allah sudah menyatakan ribuan tahun
dahulu, jika ada orang yang menolak al-Quran kerana menyangka dirinya maju
dengan sains, sepatutnya tunduk dengan fakta ini.

Pada tahun 1929 Edwin Hubble dengan menggunakan alat canggih meneropong ke
langit mendapati alam ini sebenarnya mengembang dan membesar malah saintis
sekarang ini berupaya mengukur kelajuan pengembangan alam. 

Kedua, ayat berhubung teori Big Bang. Hal ini sudah lama disentuh ribuan tahun
dulu dalam surah al-Anbia': 30, bermaksud: “Apakah orang kafir tidak melihat
bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya bercantum satu kemudian
Kami pisahkan (letupkan) antara kedua-duanya.” 

Maknanya langit dan bumi asalnya melekat bercantum, Allah pisahkan antara
keduanya dengan udara. 

Teori Big Bang diasaskan oleh formula umum ‘Theory Of Relativity’ oleh Einstein
1915, kemudian disahkan pakar fizik Rusia pada 1922. Pada 1929 teori ini
disahkan Edwin Hubble. Cuba bayangkan hakikat yang ditemui pada abad 20 ini
telah dijelaskan oleh al-Quran sejak 1400 tahun dulu. 

Segala penemuan ini selari penyataan ayat al-Quran yang menunjukkan al-Quran
“Kalamullah” kerana ilmu sains belum berkembang pada zaman Nabi Muhammad
(s.a.w), tambahan pula tiada sebarang kemudahan yang tidak memungkinkan
manusia mengetahui asal-asul alam ini. Benarlah al-Quran bukan ciptaan
Muhammad. 

Jadi tidak hairan sekiranya orang Islam mendahului bangsa lain dari sudut
ketamadunan. Ini kerana al-Quran berada di hati mereka, sebagaimana disebut
dalam pertemuan lalu al-Quran bukan hanya dibaca tapi juga untuk memakmurkan
alam ini.

Percikan daripada kehebatan al-Quran inilah terbinanya tamadun di Iraq,


Sepanyol, Turki, India , Afrika dan Barat mempelajari daripada Islam seterusnya
mengembangkan lagi menurut acuan mereka.

Yang tidak seronoknya mereka menimbus serta memadamkan sumbangan Islam


dalam dunia sains malah memutar belit fakta sejarah dengan menuduh Islam
tidak menyumbang apa-apa. 

Justeru, dalam menimba ilmu, remaja jangan lupa melihat sejarah tamadun Islam.
Belajar di Barat untuk mencari ilmu bukan satu kesalahan, yang kita bimbang
sebelum dapat ilmu sudah jadi Barat, pergaulannya, pakaiannya dan budayanya. 

Marilah kita maju dengan acuan dan budaya kita sendiri, berpaksikan al-Quran,
sunnah.
Oleh: Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Pujukan kafir hentikan dakwah

ORANG kafir Quraisy sangat kecewa apabila tentangan secara keras ke atas
Nabi Muhammad S.A.W. gagal melumpuhkan kegiatan dakwah baginda. Malah,
makin ramai pula yang menganut agama Islam. Ini disebabkan oleh kekaguman
mereka kepada sifat sabar Rasulullah.

Pada suatu hari, pemimpin Mekah pun mengadakan pertemuan sesama sendiri di
Nadwah. Mereka mencari jalan untuk menentang kebangkitan Rasulullah. Kali ini
mereka mahu cara yang betul-betul berkesan diambil ke atas Rasulullah dan
pengikut-pengikut baginda.

Seorang pemimpin Mekah mencadangkan agar mereka menggunakan cara


diplomasi. Jika kekerasan tidak mampu menghentikan dakwah Rasulullah, pasti
cara lembut ini akan berjaya. Setelah berbincang dengan panjang lebar, mereka
pun memutuskan untuk menemui Abu Talib, bapa saudara Rasulullah. Abu Talib
diminta menyampaikan tawaran yang diberikan.

Seorang pemimpin Mekah menawarkan anak gadisnya yang paling cantik kepada
Rasulullah. Mereka akan dikahwinkan secara besar-besaran. Tentang hal mas
kahwin, pemimpin itu akan menyelesaikannya.

Rasulullah tidak perlu bimbang. Mereka juga menawarkan seluruh kekayaan


mereka kepada Rasulullah.

Baginda akan dilantik menjadi ketua. Semua orang akan patuh kepada baginda.
Namun, baginda mestilah menghentikan dakwah. Baginda dan para pengikut mesti
kembali pada agama nenek moyang mereka iaitu menyembah berhala.

Apabila tawaran itu disampaikan kepada Rasulullah, baginda pun berkata kepada
bapa saudara itu: “Wahai bapa saudaraku, sekiranya mereka sanggup meletakkan
matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, untuk aku meninggalkan
dakwahku ini sehinggalah Allah menzahirkannya atau aku musnah kerananya.”

Orang Quraisy bertambah kecewa apabila Rasulullah dengan tegas menolak


tawaran tersebut secara mentah- mentah. Jika ada tawaran yang lebih besar lagi
pun, baginda tetap menolak.

Sekalipun baginda ditawarkan bulan di tangan kiri dan matahari di tangan kanan,
baginda tetap enggan untuk berhenti berdakwah. Rasulullah akan meneruskan
perjuangan baginda sama ada baginda berjaya atau syahid kerananya.

Keengganan Rasulullah menerima tawaran menyebabkan kemarahan pemimpin


Mekah makin memuncak. Mereka kembali mengadakan mesyuarat di Nadwah.
Masing-masing memberi cadangan agar kegiatan dakwah Rasulullah dapat disekat
dan diberhentikan. Kali ini mereka bercadang untuk bertindak secara keras dan
tegas.

- Petikan daripada buku, Untaian 366 kisah daripada al-Quran terbitan


Edusystem Sdn. Bhd.

GAMBAR YANG BERUNSURKAN DAKWAH

Anda mungkin juga menyukai