Apa itu masyarakat sivil? Mengikut Edward (2004), masyarakat sivil adalah
merupakan ruang yang wujud diantara pihak kerajaan dan rakyat biasa. Ruang ini
dikenali sebagai ruang awam. Masyarakat sivil ini dikatakan amat penting di dalam
menjaga kepentingan negara. Ia dikatakan sebagai “watchdog” atau pemerhati kepada
tindak tanduk pihak kerajaan. Ia juga dikatakan sangat penting kepada sesebuah negara
kerana dianggap sebagai pengimbang kepada pihak kerajaan. Kenyataan-kenyataan ini
memang tidak dapat disangkalkan kerana golongan masyarakat sivil atau NGO amat
penting kerana ia adalah merupakan saluran bagi memperjuangkan hak rakyat.
Konsep masyarakat sivil ini telah digunakan dengan meluas sebagai konsep
deskriptif untuk menilai keseimbangan antara kuasa negara dan persatuan atau badan
persendirian. Bagi tradisi liberal, masyarakat sivil dikaitkan dengan pilihan, kebebasan
dan tanggungjawab individu. Ini menjelaskan mengapa masyarakat sivil yang sihat dan
kuat merupakan ciri penting kepada demokrasi liberal dan liberal klasik khususnya
mempunyai rujukan moral kepada masyarakat sivil terhadap negara yang diterjemahkan
melalui hasrat untuk meminimakan ruang kuasa negara dan memaksimakan ruang
persendirian. Kumpulan-kumpulan sukarela, pergerakan sosial, media massa dan lain-
lain institusi bukan kerajaan dapat berfungsi tanpa kawalan kerajaan.
Ciri-ciri utama masyarakat sivil adalah kewujudan NGO sebagai aktor utama
dalam memainkan peranannya untuk menciptakan ruang yang seluas-luasnya dalam
berkomunikasi di antara kalangan orang awam dengan kerajaan. Ruang komunikasi ini
berkaitan dengan masalah-masalah kemasyarakatan yang dilakukan secara bebas dan
berdikari dari campur tangan mana-mana pihak.
Ciri-ciri
1. Free public sphere (ruang awam yang bebas), iaitu masyarakat memiliki akses
penuh terhadap setiap kegiatan awam, iaitu berhak dalam menyampaikan
pendapat, berkumpul, serta menyebarkan informasi kepada awam.
2. Demokrasi, iaitu proses dimana para anggotanya menyedari akan hak-hak dan
kewajibannya dalam menyuarakan pendapat dan mewujudkan kepentingan-
kepentingannya.
3. Toleransi, iaitu sikap saling menghargai dan menghormati pendapat serta aktiviti
yang dilakukan oleh orang/kelompok lain.
4. Pluralisme, iaitu sikap mengakui dan menerima kenyataan masyarakat yang
majmuk disertai dengan sikap tulus.
5. Keadilan sosial (social justice), iaitu keseimbangan dan pembahgian antara hak
dan kewajiban, serta tanggung jawab individu terhadap lingkungannya.
6. penyertaan sosial, iaitu penyertaan masyarakat yang benar-benar bersih dari
penerapan unsur-unsur, perbuatan menakut-nakutkan orang, ataupun
campurtangan penguasa/pihak lain.
7. Kuasa menghukum, iaitu upaya untuk memberikan jaminan terciptanya keadilan
8. Sebagai pengembangan masyarakat melalui upaya peningkatan pendapatan dan
pendidikan
9. Sebagai perakuan bagi masyarakt yang teraniaya dan tidak berdaya membela hak-
hak dan kepentingan
10. Menjadi kelompok kepentingan atau kelompok penekan
Definisi:
Badan bukan kerajaan dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai non-governmental
organization (NGO). Badan bukan kerajaan merupakan kumpulan yang dibentuk
berasaskan kepentingan umum ahli-ahlinya. Sifat-sifatnya ialah tidak mewakili kerajaan,
tidak menjalankan fungsi-fungsi kerajaan, tidak memperolehi autoriti langsung kerajaan
dan tidak membawa agenda kerajaan sebaliknya terbentuk atas dasar sukarela. NGO
merupakan pertubuhan yang ditubuhkan oleh pihak atau pertubuhan swasta yang tidak
mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana kerajaan. Ada NGO yang dibiaya oleh
kerajaan tertentu, namun keahlian pertubuhan sebegini tidak terbuka kepada mana-
mana pihak kerajaan.
Prinsip
Apa yang penting bagi sesebuah badan bukan kerajaan adalah untuk mewakili
kepentingan golongan-golongan tertentu yang tidak memiliki perwakilan dalam
pembentukan dasar-dasar kerajaan dalam sistem politik negara. Tambahannya,
kewujudan badan bukan kerajaan secara tidak langsung meringankan bebanan kerajaan,
menyediakan fungsi semak dan imbang serta menyuburkan amalan demokrasi.
Terdapat pelbagai penggunaan kaedah oleh badan bukan kerajaan untuk menarik
perhatian pembuat-pembuat dasar. Badan bukan kerajaan telah menggunakan teknik
melobi, demonstrasi dan menarik perhatian umum seperti pengedaran risalah, syarahan
umum dan promosi kepada orang awam. Maka, kaedah-kaedah ini akan dapat
merealisasikan hasrat badan bukan kerajaan untuk mencapai matlamat dan kepentingan
masing-masing dalam isu pembangunan.
Peranan NGO
Peranan NGO di Malaysia juga amat penting dalam penentuan bentuk demokrasi
negara dan nasib rakyat jelata. NGO boleh memainkan peranan yang tidak dapat
dimainkan oleh parti-parti politik kerana NGO merupakan satu kuasa non-partisan. NGO
boleh menggunakan sifat non-partisan ini untuk menyatupadukan parti-parti politik yang
menganut kepercayaan politik yang berlainan. Kadang-kadang rakyat merasa lebih selesa
dan lega untuk berjuang bersama NGO juga kerana sifat non-partisan ini. Walau pun
NGO bukan parti politik, tetapi mereka juga tidak boleh berpisah daripada prinsip yang
saya sebut tadi. NGO juga perlu berjuang atas nilai-nilai sejagat seperti demokrasi,
keadilan, kebebasan, kesaksamaan, setiakawan dan keamanan. Kesejahteraan rakyat
juga merupakan matlamat muktamad mereka.
Secara umumnya, NGO di Malaysia bergiat dan membabitkan diri dalam
persoalan-persoalan alam sekitar, perlindungan dan hak pengguna, hak asasi manusia,
isu-isu pembangunan dan gerakan feminisme. Mengikut Syed Husin Ali, corak dan sifat
kerajaan yang autoritarian adalah antara punca kemunculan NGO yang pesat di Malaysia
selain faktor ideologi pembangunan yang dianut kerajaan sejak 1970-an lagi.
Perkembangan ini juga dikaitkan dengan fenomena global mengenai gerakan perubahan
masyarakat khususnya apa yang berlaku di Barat yang disebut juga sebagai lahirnya era
new politics. Bagaimanapun, NGO dalam pengertian pertubuhan bukan kerajaan an sich
(maksudnya tanpa adanya dikotomi NGO politik dan bukan politik) sudah wujud sejak
sebelum merdeka lagi. Apa yang ketara dalam kedinamikan perjalanan NGO dalam masa
yang cukup panjang itu adalah berlakunya sebuah proses transformasi ideologis dan
sosiologis berikutan semakin membaiknya tingkat pendidikan dan ekonomi rakyat negara
ini.
Dilihat dari sifat dan agenda perjuangannya, terdapat dua kategori NGO iaitu
NGO politik (political NGOs) dan NGO bukan politik (apolitical NGOs). Pengkategorian ini
berdasarkan kepada isu-isu yang diperjuangkan dan matlamat utama yang menjadi
halatuju organisasi. Menurut Saliha, NGO politik merujuk kepada penglibatan mereka
kepada isu-isu yang berkaitan dengan politik, sosial, ekonomi dan pentadbiran sama ada
secara langsung dan sengaja atau secara kebetulan dan berpilih-pilih. Manakala NGO
bukan politik tidak melibatkan diri secara langsung dalam proses politik negara namun
sebaliknya menumpukan perhatian terhadap isu-isu kebajikan, khidmat masyarakat,
rekreasi, kebudayaan, kepenggunaan dan perdagangan. Bidang-bidang yang dikerjakan
NGO bukan politik ini bersifat melengkapi dan mengisi kerja di bahagian-bahagian yang
selama ini kurang mendapatkan tumpuan institusi pemerintah seperti kempen masalah
kesihatan, alam persekitaran dan kesejahteraan sosial.
Bagaimanapun, di Malaysia NGO lebih popular dalam kategori NGO politik kerana
pelbagai aktivitinya yang menyerlahkan dimensi politiknya berbanding NGO bukan politik
kerapkali mendapat perhatian pihak kerajaan. Ini adalah wajar memandangkan aspek-
aspek politik biasanya menarik minat orang ramai untuk mengetahui perkembangan
semasa politik negara apatah lagi apabila ia mendapat liputan dari media massa. Oleh
itu, kewujudan dan peranan NGO politik di Malaysia kerana sifatnya yang sedemikian
seringkali mengundang kecurigaan dan tidak disenangi kerajaan. Dalam banyak hal, NGO
yang bersifat politik terutama bagi NGO yang ditubuhkan dengan tujuan menciptakan
ideologi alternatif, boleh dikatakan cenderung antagonistik terhadap dasar-dasar
kerajaan yang dianggap tidak sesuai dengan prinsip-prinsip demokrasi.
Malaysian Trade Union Congress (MTUC) atau Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
merupakan gabungan kesatuan sekerja bagi pekerja-pekerja seluruh Malaysia dengan
500, 000 keahlian. Kesatuan sekerja ini telah didaftarkan di bawah Akta Persatuan 1966
yang mana pada awal penubuhannya dikenali sebagai National Trade Union
Organisation. Kesatuan sekerja ini penting untuk menunjukkan kesatuan berdasarkan
prinsipnya iaitu ‘Unity is Strength’. Antara pemimpin MTUC ialah P. Narayanan dan Zainal
Rampak.
Kesatuan sekerja memiliki fokus tersendiri dalam isu kebajikan pekerja, dasar-
dasar yang melindungi pekerja, isu upah, masa kerja, faedah saraan dan perlindungan di
tempat kerja. Badan bukan kerajaan seperti ini wujud hasil penindasan dan pengabaian
terhadap isu dan tuntutan para pekerja. Di Malaysia, terdapat dua contoh kesatuan
sekerja yang berpengaruh iaitu Malaysian Trade Union Congress (MTUC) dan Kesatuan
Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). MTUC merupakan kesatuan sekerja yang
melibatkan keahlian yang lebih umum berbanding CUEPACS yang hanya mengkhususkan
keahlian kepada penjawat-penjawat awam.
CUEPACS juga berperanan dalam menjaga kebajikan para pekerja tetapi terhad
kepada kepentingan dan kumpulan sasarannya iaitu pekerja-pekerja sektor awam di
Malaysia. Ia juga berperanan untuk membantu mana-mana kesatuan sekerja dan
anggota-anggotanya dalam bentuk kewangan. Seterusnya, CUEPACS bertanggungjawab
dalam kebajikan material, sosial dan pelajaran kesatuan-kesatuan sekerja yang bernaung
di bawahnya dengan apa sahaja kaedah yang sah dan berpatutan mengikut pendirian
Konvensyen Kongres atau Majlis Kongres. Sebagai sebuah gabungan kesatuan sekerja
yang besar, CUEPACS turut berperanan untuk menyelia dan memberi khidmat nasihat
perundangan kepada kesatuan-kesatuan sekerja yang bernaung di bawahnya
berdasarkan perbekalan-perbekalan dalam undang-undang kesatuan sekerja yang
berkuatkuasa. Terakhir, CUEPACS juga menjalankan fungsi untuk menubuhkan jentera
yang dipersetujui majikan bagi menjalankan peranan untuk merunding dan
membincangkan segala perkara mengenai kesatuan sekerja dan anggota-anggotanya.
Isu-isu pengguna seperti kualiti produk, soal harga barangan, jaminan halal bagi muslim
dan soal kesedaran terhadap hak pengguna menjadi fokus kepada persatuan pengguna.
Usaha persatuan pengguna ini melibatkan kempen, pengedaran risalah dan penyebaran
maklumat melalui laman web. Setiap negeri di Malaysia mempunyai persatuan pengguna
tersendiri. Consumer Association of Penang (CAP) merupakan sebuah persatuan
pengguna paling aktif dan berpengaruh bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi telah
menjadi contoh kepada negeri-negeri lain. Selain itu, terdapat persatuan pengguna yang
merupakan himpunan semua persatuan pengguna di Malaysia iaitu Federation of
Malaysian Consumers Associations (FOMCA). Gabungan seperti ini akan memainkan
peranan yang lebih berkesan dalam memperjuangkan isu pembangunan.
Muktamar ABIM yang pertama telah diadakan pada tahun 1972 di mana Ustaz Razali
Nawawi (sekarang Profesor Dr) telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang pertama
manakala sdr Anwar Ibrahim (sekarang Dato’ Seri) dipilih sebagai Setiausaha Agung. Pada
tahun 1974 sdr Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang kedua. Ustaz
Siddiq Fadzil (sekarang Dato’ Dr) pula telah dilantik untuk memangku dan seterusnya
menjadi Presiden ABIM selepas penyertaan sdr Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada
tahun 1982. Ustaz Muhammad Nur Manuty (sekarang Dr) telah dilantik sebagai Presiden
pada tahun 1991. Pada September 1997, sdr Ahmad Azam Abdul Rahman telah dipilih
sebagai Presiden ABIM yang kelima di Muktamar Sanawi ABIM ke-26 di Alor Setar,
Kedah. Dalam era 1970-an, semasa ABIM berada di bawah kepimpinan Ustaz Razali
Nawawi dan sdr Anwar Ibrahim, ABIM mengambil pendekatan confrontationaldan
dengan demikian, ABIM menjadi vocal terhadap beberapa dasar dan pendirian pihak
pemerintah. Pendekatan ini dirasakan sesuai dengan tuntutan dan keperluan era itu.
Pada dekad kedua, di tahun-tahun 1980-an, ketika kepimpinan Ustaz Siddiq Fadzil,
pendekatan ABIM ditandai oleh perubahan orientasi ke arah pendekatan menangani dan
menyelesaikan masalah (problem-solving). Pendekatan ini melahirkan banyak institusi
dan agensi ABIM seperti Islamic Outreach-ABIM dan seumpamanya. Ketika dekad ketiga
1990-an pula, ABIM yang berada di bawah kepimpinan Ustaz Muhammad Nur Manuty
berperanan lebih proaktif sebagai rakan dalam pembinaan negara (partner in nation-
building).
Di alaf baru, sdr Ahmad Azam Abdul Rahman membawa tema pemugaran semula
idealisme untuk menggilap semula dinamika perjuangan serta agenda pemersatu
ummah, bertepatan dengan tuntutan semasa yang begitu mendesak. ABIM terus
menjadi jurubicara umat dalam pelbagai dimensi agar umat seluruhnya terpelihara iman,
nyawa, harta, maruah, kebebasan, hak dan keselamatan mereka.
Perpaduan Ummah
ABIM sentiasa konsisten dalam usahanya membina kesatuan ummah. Usaha
ABIM mempertemukan dua pemimpin parti terbesar negara telah terakam dalam sejarah
melalui Syarahan Perdana Palestin anjuran bersama ABIM dan Dewan Bahasa Pustaka
(DBP) pada 8 Mei 2002. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato’ Dr. Seri Mahathir
Mohamad yang juga merupakan Presiden UMNO telah dipertemukan dengan almarhum
Dato’ Fadzil Nor (Presiden PAS merangkap Ketua Pembangkang Parlimen ketika itu) di
Balai Tun Syed Nasir, DBP. Majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri
ketika itu, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Presiden PAS ketika itu, Dato’
Seri Abdul Hadi Awang ini disaksikan di secara langsung di seluruh negara.
Pembangunan Komuniti
Hari Bersama Komuniti yang dianjurkan di peringkat daerah dan mukim
merupakan aktiviti lapangan ABIM yang menawarkan peluang kepada masyarakat
setempat mendapatkan pelbagai manfaat melalui penglibatan agensi kerajaan, penguasa
tempatan, sektor swasta, dan pertubuhan bukan kerajaan. Pelbagai pertandingan
menarik untuk kanak-kanak, para ibu, remaja, belia, dan keluarga seperti sukaneka,
pertandingan melukis, mewarna dan gubahan kraftangan, pameran dan khidmat nasihat
oleh agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), badan swasta, aneka jualan gerai
amal, pemeriksaan dan ceramah kesihatan secara percuma, kaunter menderma darah
serta persembahan hiburan dan kesenian Islam.
Bantuan Kemanusiaan
Projek kemanusiaan ABIM adalah bersifat jangka masa panjang melibatkan
mangsa-mangsa peperangan seperti membekalkan makanan dan ubat-ubatan, bekalan
air bersih, pembangunan prasana dan kemudahan pendidikan serta kesihatan. ABIM
memimpin gabungan 76 badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Misi Keamanan Sejagat
(Global Peace Mission) dan penaja kepada Malaysian Relief Agency – Sarajevo (MRA),
Malaysian Relief International (MRI) selain aktif sebagai badan gabungan dalam
Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (AMAN). Kerjasama dan persefahaman erat
dengan badan kemanusiaan antarabangsa seperti Islamic Relief Agency (ISRA), Hashimite
Charity (Jordan) dan United Nations on Human Committee Relief (UNHCR) telah
membolehkan ABIM melaksanakan projek bantuan kemanusiaan dan menjalin kerjasama
dengan agensi bantuan tempatan di pelbagai pelusuk dunia. ABIM terlibat secara
langsung dalam misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa seperti di Bosnia, Kosovo,
Uzbekistan, Peshawar (sempadan Pakistan-Afghanistan), Kabul (Afghanistan), Kashmir
(sempadan India-Pakistan), Qasr-e-Shirin (sempadan Iran-Iraq), Baghdad dan Najaf di
Iraq serta Amman di Jordan.
Sejarah
Perang Kosovo pada 1999 yang melibatkan pembersihan etnik oleh puak Serb
terhadap penduduk Kosovo telah memberi ilham kepada Datuk Dr Jemilah Mahmood ,
seorang doktor obstektik- genekologi untuk memberi perkhidmatan kesihatan percuma
kepada mereka. Malangnya sangat sukar untuk mendapatkan bantuan perubatan ,
kewangan , pengangkutan dan tenaga kerja dari pertubuhan sukarela antarabangsa sedia
ada. Lantaran itu, beliau dan beberapa rakan sejiwa dengannya telah menubuhkan
Persatuan Perubatan Malaysia pada Jun 1999. Misi pertama mereka ialah ke Kosovo
diketuai oleh Dr Jemilah Mahmood dan 4 sukarelawan yang lain.
Organisasi
Penaung : Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Perak.
Presiden:Datuk Dr. Jemilah Mahmood.
Timbalan Presiden I (Perubatan) : Prof. Dr Mohamed Ikram Mohamed Salleh
Timbalan Presiden II(Bukan Perubatan) :Mohamad Azman Sulaiman
Setiausaha Agung: Raja Riza Shazmin Bt Raja Badrul Shah
Penolong Setiausaha : Prof. Dr P Shanmuhasuntharam
Bendahari :Pubalan Ramachandaran & Kannan Manickam
Ahli jawatan kuasa :Dr. Heng Aik Cheng , Dr Ahmad Faizal Perdaus ,Encik Azman Zainon
Abidin
Tatacara bantuan
Bagi menyelaras bantuan perubatan dan kemanusiaan Mercy telah
menggunapakai beberapa kaedah seperti Sphere Standard .Sphere Standard merupakan
penentu keperluan minimum mangsa bencana. Ini termasuklah penilaian tahap
kesihatan, nutrisi, air, kebersihan serta tempat tinggal. 60 agensi kemanusiaan telah
menggunakan pelbagai piawai sejak 10 tahun yang lalu. Piawai penilaian juga dibuat oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
serta badan-badan bukan kerajaan. [1]
Misi di Aceh
Apabila bencana tsunami 2004 berlaku di Aceh, Mercy merupakan pasukan pertama
tiba di sana. Mercy berjaya menyiapkan 16 projek pembangunan bernilai RM18.5 juta.
Bangunan Program Akademi Jururawat, Fakulti Kedoktoran Universiti Syiah Kuala
(Unisyiah) yang ditaja sepenuhnya oleh Petroliam Nasional Bhd. (Petronas).
Bangunan ini dinamakan Gedung Petronas.
Rumah anak yatim Kayee Kunyit di Aceh Besar yang ditaja oleh Yayasan
Shamsuddin Abdul Kadir di bawah Kumpulan Sapura.
Pembinaan semula kem pemindahan dalaman (IDP) Desa Weu raya; rumah
penempatan semula Desa Seubun Ayun dan rumah utama Desa Weu Raya.
Menyiapkan Pusat Anak Yatim Daruzzahidin di Kuta Baro, rumah anak yatim
Babun Najah di Ulee Kareng, dan Pusat Anak Yatim Sukamakmur di Sibreh.
Pembinaan Sekolah Menengah Umum Lhoknga, Akademi Perawat Jabatan
Kesihatan, Akademi Farmasi Dinas Kesihatan, Pusat Kesihatan Masyarakat
Meuraxa dan Pusat Kesihatan Masyarakat Panga, Aceh Jaya.
Mercy mendapat kerjasama daripada Badan Pemulihan dan Pembinaan Semula (BRR)
Indonesia dan penduduk tempatan. Majlis penyerahan Gedung Petronas turut disertai
Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Datuk Azman Mohktar; Yang Dipertua
Petronita, Datin Sri Noraini Mohd. Yusoff ; Pengerusi dan Pengasas Kumpulan Sapura,
Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir dan Rektor Unisyiah, Dr. Darni M. Daud.
Seramai 500 jururawat dan 211 pelajar Unisyiah terkorban pada 26 Disember 2004
akibat tsunami.
Banjir di Johor
Mercy turut memberi bantuan ketika banjir melanda Johor, Pahang, Melaka pada
19 Disember 2006 - Januari 2007. Sukarelawan lain yang turut membantu ialah Yayasan
Salam, Kelab Lion Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Persatuan Bantuan
Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia), Medic Asia, Persekutuan Pengakap Malaysia,
Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Misi di Bam,Iran
Gempa bumi di Bam, provinsi Kerman , Iran pada 26 Disember 2003
memusnahkan bandar purba tanah liat berusia 2500 tahun.
Mercy Malaysia telah bertugas di hospital medan bersama pasukan Itali di Baravat, 13
km dari bandar Bam . Mercy beroperasi di sana hingga April 2004 , merawat 175 pesakit
setiap hari dan membantu 18,000 mangsa. Seramai 9 misi Mercy telah dihantar ke sana.
[2]
Gaza, Palestin
Israel melancarkan perang terhadap Hamas di Gaza , Palestin sejak 27 Disember
2008 hingga 20 Januari 2009. Serangan hanya dihentikan apabila Presiden Amerika
Syarikat yang baru, Barack Husssein Obama mengangkat sumpah pada 20 Januari 2009.
Pelbagai kemusnahan akibat bom digugurkan termasuk sekolah dan penempatan milik
PBB.Pada 25 Januari 2009, Mercy Malaysia menghantar pasukan pakar perubatan ke-7 ke
Semenanjung Gaza .Pemangku Presiden Mercy Malaysia Dr Ahmad Faizal Perdaus
menyatakan infrastruktur dan kemudahan kesihatan di Gaza mengalami kerosakan teruk.
Bekalan perubatan dan ubat-ubatan bernilai USD400,000 (USD1 = RM3.62) telah
dihantar.
Rumusan
Umumnya terdapat banyak persamaan peranan dan tanggungjawab badan bukan
kerajaan di Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan di negara-negara maju seperti
Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan Korea Selatan. Walaubagaimanapun,
terdapat juga perbezaan antara badan bukan kerajaan di Malaysia dan di negara-negara
maju. Perbezaan ini terletak pada isu atau tuntutan yang diperjuangkan oleh golongan
pekerja. Tujuan bahagian ini adalah untuk membandingkan Malaysia yang
diklasifikasikan sebagai negara membangun dan negara-negara yang telah mencapai
status maju.
Terdapat beberapa persamaan antara badan bukan kerajaan di Malaysia dan
negara-negara maju. Antaranya ialah menyediakan fungsi semak dan imbang (check and
balance) dalam sesebuah sistem politik terutamanya dalam hal-hal berkaitan
pembentukan dasar dan matlamat ekonomi sesebuah kerajaan. Badan bukan kerajaan
juga berperanan untuk menyedarkan masyarakat tentang adanya hak semulajadi dan
hak sivil. Peranan ini selalunya dimainkan oleh persatuan pengguna. Tambahannya,
persatuan pengguna berperanan untuk menyediakan persekitaran perniagaan yang
bersifat mesra pengguna. Akhir sekali, badan bukan kerajaan tidak kira di Malaysia atau
di negara-negara maju memainkan peranan dalam jaminan sosial terhadap para pekerja,
pengguna dan kumpulan sasaran tertentu.
Sanggahan Malaysia
Malaysia bersetuju bahawa hutan boleh menyedut karbon dioksida , tetapi
semua pihak mesti terlibat untuk mengawet dan meluaskan kawasan hutan, tidak hanya
hutan tropika.Itulah intisari gagasan penghijauan dunia. Malaysia kesal dengan isu
kepelbagaian biologi. Negara miskin dipaksa supaya mengekalkan hutan dan sumber
genetik demi kepentingan masa depan manusia. Malangnya negara kaya tidak bersetuju
memberi pampasan dan tidak mahu pula berkongsi pengetahuan mengenai teknologi
hijau. Cara yang sesuai menambahkan kawasan hutan ialah membangunkan teknologi
tanaman agar kawasan gurun di Amerika dan di Afrika dihijaukan semula. Jika negara
maju sayangkan bumi, mereka seharusnya bnerusaha gigih ke arah itu.
Pertanian pindah
Sebenarnya negara maju tidak sedar bahawa seperempat kegiatan penebangan
hutan dilakukan oleh orang asli. Jika sekiranya kegiatan orang asli yang primitif ini
dibiarkan maka seluruh hutan yang masih ada yang akan musnah. Rogelio A Maduro
menyatakan bahawa kayu ditebang untuk memasak. Sejumlah 20 hingga 25 peratus lagi
kegiatan menebang hutan adalah akibat dari pertanian primitif iaitu 'tebang dan bakar.'
Bagi menangani masalah ini adalah lebih baik memajukan kehidupan primitif orang asli
ini. Selagi ada orang yang menggunakan pembakaran hutan sebagai punca utama
kesuburan tanah , selagi itulah hutan akan jadi mangsa.
Orang asli akan menebang hutan bagi mmendapatkan kawasan tanah yang subur.
Apabila kesuburan tanah berkurangan , mereka berpindah ke tempat yang lain pula.
Kitalah yang salah jika kita tidak memberi mereka peluang untuk menukar cara pertanian
primitif ini. Selain itu selagi ada orang yang mengunakan kayu bagi memasak makanan
mereka dan mengeluarkan haba, kegiatan menebang hutan akan berterusan. Adalah
lebih baik kita menyokong usaha kerajaan membina logi tenaga nuklear, membina
ermpangan hidro elektrik dan sebagainya.
Dalam mengembangkan wadah perjuangan alam sekitar ini, SAM telah di beri
penghargaan dengan penganugerahan Global 500, Honour Roll 1978, Alternative Global
Price 1988, Goldman Award 1991, Conde Nast Travel Environmental Award 1998 dan The
Right Liverhood Award. Namun, dengan tidak merasa besar diri dengan anugerah ini,
keutamaan SAM kini dan selamanya hanya satu iaitu meneruskan perjuangan dalam
membina kesedaran kritikal masyarakat dan kerajaan di semua peringkat terhadap
tanggungjawab dalam mengawal kegiatan manusia terhadap alam dengan
mengembalikan kewarasan kita dalam menguruskan sumber alam demi keharmonian
hidup dan untuk generasi masa depan.
NGO berperanan membantu mereka yang di tindas oleh pihak tertentu untuk
menyuarakan pendapat mereka.Melalui NGO suara keluhan rakyat akan di
ketengahkan.Perkara tersebut akan di bincangkan kepada pihak berwajib.Hal ini
memudahkan pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang tidak
bertanggungjawab.Misalnya isu pembalakan haram di Cameron Hihglands telah dapat di
selesaikan melalui campur tangan pihak NGO.Pihak bertanggungjawab telah dibicarakan
dan akan dijatuhkan hukuman setimpal.Kesimpulannya NGO berperanan bukan sahaja
kepada alam sekitar tetapi membantu golongan rakyat untuk menunutut bela hak
mereka terhadap alam sekitar.
P/S: INI APA YANG FIFI DPAT CARI N X TAHU BETUL KE X...KALU ADE YANG BOLEH GUNE
KITE SHARE BERSAMA....KALU RASE X OK ABAIKAN..HEHE