Anda di halaman 1dari 6

Blog Ini

Dipautkan Dari Sini


MUTAKHiR DARi BLOG LiST
Blog
Ini
   
 
 
Dipautkan Dari Sini
 
 
 
MUTAKHiR DARi BLOG LiST
 
 
 

Isnin, April 26, 2010


Adakah kita muslim sejati... atau munafik?

SUSUNAN : Bawang Goreng PADA 4/26/2010 11:38:00 PM

Assalamualaikum warahmatullah,

Hari ini kita berkongsi perihal golongan munafik. Kita kadang kala menyebut, “Jangan jadi
munafik”, ketika berhadapan dengan rakan yang suka KUAT berbohong, tetapi apakah yang
kita faham akan golongan munafik? Adakah berbohong sahaja yang boleh dikaitkan dengan
munafik?
Kita mengucap syahadah sekurang-kurangnya 9 kali sehari dalam solat wajib yang kita kerjakan
sehari-hari. Namun adakah perbuatan dan percakapan kita selari dengan apa yang kita ucapkan
dan memenuhi kehendak syarak? Semoga entry kali ini menjadikan checklist untuk kita renungi
kembali sama ada kita benar-benar berkelakuan sebagai seorang Muslim yang selayaknya,
ataupun kita seorang munafik seperti yang disebutkan seperti dalam hadis yang disebutkan dalam
entry ini.

Golongan munafik wujud sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Mereka berpura-pura mengikuti
ajaran Islam tetapi hakikatnya hati mereka menyimpang daripada Islam. Firman Allah
bermaksud, “Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka
berkata, “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah’. Dan
Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan
bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.” (Surah al-Munafiqun, ayat 1)

Dalam al-Quran, Allah menerangkan dengan jelas perihal orang Munafik malah
menamakan satu surah, al-Munafiqun bagi menggambarkan bahayanya golongan itu. Pada
zaman Rasulullah SAW, mereka sentiasa berdolak-dalih apabila diminta keluar untuk berjihad ke
jalan Allah.

Allah SWT merakamkan keadaan ini menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan juga dengan
tujuan Ia hendak melahirkan dengan nyata akan orang yang munafik yang dikatakan kepada
mereka. Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri,
keluarga, dan harta benda kamu)”... Mereka menjawab: “ Sekiranya kami mengetahui bagaimana
hendak berperang , tentulah kami mengikut kamu (turut berperang).” (Surah Ali ‘Imran, ayat
167).

Allah SWT berfirman bermaksud: “Sesungguhnya orang munafik itu melakukan tipu daya
terhadap agama Allah dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya,
dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka dengan membiarkan mereka dalam keadaan
munafik. Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka
hanya bertujuan riak memperlihatkan sembahyangnya kepada manusia supaya disangka bahawa
mereka orang yang beriman dan mereka pula tidak mengingati Allah dengan mengerjakan
sembahyang melainkan sedikit sekali.” (Surah an-Nisaa', ayat 142)

Rasulullah SAW menjelaskan hal ini dalam hadisnya yang bermaksud: “Tanda orang munafik itu
ada tiga;
1. apabila berkata ia berdusta,
2. dan apabila berjanji ia mungkir,
3. dan apabila diberi amanah ia khianat.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada empat perkara, sesiapa
yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas. Sesiapa yang melakukan satu
daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia
meninggalkannya iaitu :

1. apabila dipercayai ia khianat,


2. apabila bercakap ia berdusta,
3. apabila berjanji ia mungkir dan
4. apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah).”

(Hadis riwayat Bukhari)

Pengkelasan golongan munafik


Ulama mengkelaskan golongan munafik kepada dua :

Pertama, munafik I’tiqad iaitu kepercayaan dalam hati. Dalam bahasa mudahnya, ia
berkaitan pegangan terhadap pokok (asas) iman. Golongan munafik hanya beriman kepada Allah
secara luaran. Mereka hanya berlakon di khalayak ramai, tetapi mendustakan agama Allah yang
dibawa Rasul-Nya. Golongan itu terkeluar daripada agama Allah, kekal dalam neraka sekiranya
tidak perbetulkan i'tiqadnya dan mati dalam keadaan tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT.

Firman Allah bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang berkata: ‘Kami beriman kepada
Allah dan hari Akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.” (Surah al-Baqarah, ayat 8)

Yang kedua disebut munafik ‘Amali iaitu yang berkaitan dengan perbuatan. Golongan ini
melakukan dosa yang memerlukan seseorang itu bertaubat kepada Allah. Walau bagaimanapun,
golongan ini akan dimasukkan ke syurga setelah diazabkan di dalam neraka.

Daripada dua hadis yang disebutkan di atas, tidak dapat dinafikan bahawa sifat-sifat yang
menjadi pegangan golongan munafik kadang-kadang dihadapi oleh kita sendiri, sama ada dalam
keadaan sedar mahupun tidak. Contohnya ialah suka berbohong atau menipu, mungkir janji atau
mengkhianati amanah yang dipertanggungjawapkan di atas bahu kita.

Terkadang, kita sendiri tidak menyedari bahawa hampir kebanyakan daripada amalan sehari-
harian kita adalah merupakan amalan ciri-ciri golongan munafik. Jadi, sentiasalah muhasabah
diri dan prihatin dengan setiap apa yang akan dan telah kita lakukan. Lagi ciri-ciri munafik yang
dipetik dari ustazmelaka.net.

50 tanda-tanda orang munafik mengikut al-Quran dan as-Sunnah

1. Malas beribadah kepada Allah SWT - Malas mengerjakan solat, segan untuk
menempatkan diri di saf pertama, enggan mencari ilmu pengetehaun dan berat melangkah
untuk ke majlis kebajikan.
2. Lupa kepada Allah
3. Melalaikan solat fardu - Sengaja melengahkan atau lambat menunaikan solat sehingga
berada di akhir atau habis waktunya.
4. Mempercepatkan pergerakan solat - Orang yang mempercepatkan solatnya tanpa rasa
khusyuk dan lupakan Allah, maka solatnya tidak diterima Allah. Itulah solat orang yang
munafik.
5. Gemar meninggalkan solat berjemaah -Sihat dari segi fizikal dan jasmani, mempunyai
waktu lapang dan tidak uzur syarie, tetapi tidak mahu mendatangai masjid ketika
mendengar seruan azan.
6. Meninggalkan solat Jumaat
7. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi -Berpura-pura melakukan kebaikan
di tengah-tengah orang ramai dan gemar melakukan kemungkaran di belakang orang
adalah dibenci Allah SWT.
8. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang ma’ruff.
9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan -Orang-orang yang memiliki ilmu dan apabila
ditanya orang lain sedang dia mengetahui persoalan yang ditanyakan itu tetapi tidak
menjelaskannya. Ini merupakan perbuatan yang menghalang kemajuan ummat Islam dan
dapat menutup kebenaran.
10. Mengamalkan riyak
11. Hasad dengki
12. Dusta
13. Mungkir janji
14. Bakhil
15. Fitnah -Menyampaikan keburukan orang lain di kalangan orang ramaai supaya mereka
membenci atau memusuhinya. Ia juga tergolong dalam sifat-sifat munafik dan dosa-dosa
besar.
16. Mencaci maki -Menyakiti orang lain dan mencemarkan maruah seseorang itu.
17. Mengumpat
18. Mengungkit pemberian kepada orang yang menyakiti hatinya -Mengungkit kembali
pemberian kepada orang lain dengan harapan dikenang jasa dan sumbangannya serta
ingin menyakiti hati orang lain. Perbuatan ini dicela dalam Islam.
19. Mengingkari qadar (takdir) Allah -Sesungguhnya orang yang menolak, membenci atau
mengingakari takdir Allah, tergolong dalam golongan kufur dan rosak iman dan
mendapat azab serta kemurkaan Allah.
20. Mempersendakan kesucian agama -Perbuatan mempersenda kesucian dan agama Islam
adalah suatu yang amat dibenci dan dilarang dalam Islam kerana ianya seolah-olah
menentang sesuatu yang diturunkan Allah.
21. Enggan berjihad
22. Menghina sahabat Rasulullah SAW -Perbuatan ini dianggap melanggar larangan baginda,
berdosa besar dan termasuk dalam golongan orang munafik
23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar
24. Menangguhkan pembayaran hutang
25. Menipu dalam jual beli -Perbuatan menipu ini adalah melibatkan amalan timbang atau
sukat sesuatu barang tanpa kadar yang mencukupi atau menjual barangan yang rosak di
mana menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati pembeli pada akhirnya.
26. Ghasab -Ghasab ialah mengambil atau menguasai harta (tanah) orang lain dengan jalan
aniaya, iaitu jalan yang tidak diredhai Islam. Perbuatan ini walaupun dengan mengambil
cuma sejengkal, adalah termasuk perbuatan dosa besar dan munafik.
27. Bergaul dengan orang yang memperolokkan al-Quran
28. Memakan harta anak yatim
29. Membuka rahsia orang lain
30. Merasa aman dari murka Allah apabila berbuat dosa -Apabila seseorang melakukan dosa
dan merasa selamat dari murka dan seksaan Allah, maka anggapan ini adalah berdosa
besar dan amalan orang-orang munafik.
31. Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai
32. Menghalangi orang dari mengamalkan ajaran Islam
33. Suka kepada kesesatan dan menyesatkan orang lain
34. Bermuka dua -Sikap ini ialah apabila diajak untuk mengikut jalan Allah, sengaja
melambat-lambatkan dan tidak mahu. Tetapi, apabila diajak ke jalan yang dimurkai
Allah, dengan senang dan cepat mereka menurutnya.
35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenar
36. Sombong antara sesama manusia
37. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim
38. Melampaui batas yang digariskan oleh Allah -Perbuatan yang menurut kehendak nafsu
sehingga boleh tersesat dan menyesatkan pada jalan yang benar sebagaimana Yahudi dan
Nasrani.
39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah
41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah
42. Mengkhianat sesuatu amanah
43. Memutuskan silaturrahim
44. Memecahbelahkan perpaduan kaum Muslimin
45. Menghalalkan yang haram
46. Membuat kerosakan di muka bumi
47. Menuduh orang beriman - Orang munafik mempunyai pendirian yang lemah dan amat
sedikit memiliki ilmu pengetahuan tentang perkara yang bermanfaat dan memudharatkan.
Justeru, mereka menuduh orang beriman atau kurang ilmu pengetahuan dalam urusan
kehidupan.
48. Mengubah dan menyalahgunakan ayat-ayat Allah
49. Bersumpah dengan selain nama Allah SWT
50. Merasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman

Amat wajar kita berusaha sedaya upaya kita menghindari diri daripada terjerumus ke arah ciri-
ciri munafik seperti yang disenaraikan seperti di atas kerana sifat-sifat yang disebutkan itu boleh
membahayakan akidah dan kita tentu sekali tidak mahu balik kampung akhirat dengan
tangan kosong. Lalu, ke manakah kita akan pergi nanti?

Imam al-Ghazali pernah menyebut, “Sesungguhnya mengetahui perkara negatif itu bukan untuk
mengikutinya sebagai teladan, tetapi bertujuan untuk menghindarinya dan dijadikan
sempadan.”

Secara fitrahnya, kita tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan kesalahan. Sudah
tentu saban hari kita menuturkan kata-kata, membuat janji dan memikul amanah.

Persoalannya :
1. Adakah kita melakukan segala perbuatan dengan cara yang betul menurut kehendak
Islam?
2. Ataupun kita melakukan perbuatan itu mengikut cara orang munafik melakukannya?

Persoalan ini hanya mampu dijawab dengan positif bagi mereka yang memiliki iman yang
kukuh. Apakah tindakan kita selama ini seperti golongan munafik ini?

Bagaimanakah kita dapat menghadapi golongan munafik ini?

Pertama, kita mestilah mempelajari Islam sedalam yang boleh dengan mengikuti kelas-kelas
pengajian supaya kita tidak mudah tertipu. Kita tidak mahu disebabkan oleh kejahilan, kita
sendiri yang mencemarkan Islam.

Kedua, berhati-hatilah dengan siapa kita berkawan. Sekiranya kawan kita itu mengajak kepada
yang mungkar dan meninggalkan yang makruf, nasihatilah dengan baik.

Tanganilah segala permasalahan berpandukan syariat Islam. Sentiasalah bermuhasabah diri


supaya setiap hari kita dijauhi daripada memiliki sifat-sifat munafik. Allah SWT telah berfirman:
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan memberi jalan keluar dan
mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka datangnya.” (Surah at-Talak ayat 2)

Anda mungkin juga menyukai