Anda di halaman 1dari 28

ISI KANDUNGAN

No Topik Muka surat


1 Penghargaan 2
2 Bahagian A : Poligami 3 - 14
3 Bahagian B : Isteri ke-2 hadapi 15 - 27
masalah daftarkan kelahiran anak
4 Rujukan 28

PENGHARGAN
1|Page
Assalamualaikum w.b.t. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang
telah membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Bersyukur kami ke hadrat ilahi kerana setelah
kami bertungkus lumus akhirnya kami telah berjaya menyiapkan tugasan ini walaupun ada banyak
rintangan yang perlu ditempuhi. Disini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka
yang menjadi tulang belakang kami selama ini.

Pertama sekali kami ingin berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang telah
bersusah payah membantu dari segi kewangan iaitu ibu bapa kami serta adik-beradik yang sentiasa
memberi sokongan kepada kami. Kepada rakan-rakan yang telah membantu dan susah senang bersama-
sama, jika tiada mereka pastilah banyak kesilapan yang akan dibuat oleh kami.

Kepada Ustazah Nurul Adha Binti Rajali, iaitu pensyarah yng mengajari kami subjek ini,
jasamu akan sentiasa dikenang serta tidak lupa juga kepada pihak-pihak yang turut terlibat sepanjang
proses menyiapkan tugasan kami ini.

Sekian terima kasih.

2|Page
Hak Muslim: Isteri berhak jawab permohonan suami mahu poligami

Soalan:

BAHAGIAN A :
SAYA menerima saman daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang meminta hadir ke
mahkamah. Suami saya memfailkan permohonan untuk berpoligami. Jika saya tidak bersetuju dengan
permohonan itu apakah yang perlu saya lakukan. Perlukah saya hadir ke mahkamah? Jika saya tidak

POLIGAMI
hadir, adakah suami masih boleh dibenarkan untuk berpoligami oleh mahkamah.

Isteri risau,
Banting.

Thursday, March 5, 2009

Posted by Agama Berita Harian at 8:24 AM

PERMASALAHAN/ISU

3|Page
PUNCA MASALAH

4|Page
 Kemandulan: Isteri tidak mampu melahirkan zuriat untuk si suami. Islam
mengharuskan suami untuk berpoligami sebagai satu usaha untuk memperolehi
zuriat sendiri.

 Penyakit: Isteri mengidap penyakit yang menghalang si suami untuk menikmati


kehidupan rumahtangga secara sempurna, kerana isteri gagal memberi layanan
yang sewajarnya kepada suami, Islam mengizinkan suami untuk berpoligami
sebagai satu ganjaran terhadap kesabaran suami yang sanggup menjaga dan
menanggung isteri yang berpenyakit.

 Nafsu: Suami memiliki keupayaan seksual yang luarbiasa dan tidak mampu
ditampung oleh seorang isteri, apatah lagi sekiranya si isteri berada dalam haid dan
nifas. Islam mengharuskan suami berpoligami untuk memelihara kesucian agama
dari terjebak ke lembah maksiat.

 Pertambahan bilangan janda, balu dan andartu: Bertambah bilangan kumpulan di


atas secara tidak langsung menambahkan bebanan sosial dan mempengaruhi
kerosakan akhlak di kalangan masyarakat. Keadaan ini mendorong sesiapa yang
berjiwa mulia untuk berpoligami dengan niat memelihara kehormatan dan kemulian
kaum wanita.

 Musafir: Para suami yang banyak bermusafir keluar negara dalam tempoh yang
agak lama diatas urusan tertentu juga adalah antara faktor yang membolehkan lelaki
untuk berpoligami. Kerana dengan itu ia dapat mengelak dari terjebak kepada dosa
dan zina.

 Pertambahan bilangan perempuan: Perkara ini berlaku disebabkan kematian


ramai kaum lelaki. Keadaan ini juga adalah antara sebab sosial yang mengharuskan
poligami.

Tidak ada anak selepas lama berkahwin


Tidak tahu sebab dan punca mengapa suami berkahwin lain
Suami gemar berpoya-poya dengan wanita kerana ajakan kawan sekerja

5|Page
Suami bosan di rumah dan gemar keluar rumah
Suami tidak bertanggungjawab dan tidak bersyukur dengan pengorbanan isteri
semasa hidup susah di awal perkahwinan
Suami sukakan wanita muda dan lebih menarik
Suami jatuh cinta dengan wanita lain
Suami ‘berubah tiba-tiba’ dan ada gangguan makhluk halus
Suami ingin bertanggungjawab terhadap percintaan itu
Suami kalah dengan godaan wanita
Suami sengaja mencari kesusahan diri
Suami tidak mahu terus mencari dosa
Suami yang tidak keharuan kerana godaan dan perasaan kecintaan terhadap wanita
berkenaan
Suami tidak ada alasan yang munasabah
Suami tidak mahu bertindak ganas terhadap isteri dan anak-anak jika permintaan
hendak berpoligami dihalang oleh isteri

KESAN-KESAN

Kesan terhadap diri


6|Page
Tidak lalu makan dan minum
Gangguan tidur malam yang berterusan semasa kemelut rumah tangga
Mengambil cuti sakit yang berterusan
Mengambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan untuk menenangkan perasaan
Rasa rendah diri dan merasakan kekurangan diri sehingga suami beralih kasih pada
wanita lain
Rasa kekecewaan yang mendalam dengan tindakan suami
Tidak menghiraukan urusan rumah tangga dan anak ketika kemelut rumah tangga
Tidak peka dengan keadaan sekeliling kerana terlalu runsing dengan keadaan suami
Berendam air mata sehingga menjejaskan kesihatan diri
Suami berubah tingkah laku dan sangat menyedihkan isteri kerana tiada lagi kasih
sayang dan gurau senda suami
Kepercayaan kepada suami berkecai dan hati yang retak sukar untuk pulih kembali
Personaliti berubah kerana tekanan perasaan seperti sifat periang bertukar kepada
sikap pendiam dan pemarah
Perasaan kasih kepada suami telah berubah kepada kemarahan dan kekecewaan
Kemurungan dan sakit kepala yang teruk
Mencari kesalahan diri dan kesalahan suami
Ketidaktentuan terhadap kehidupan anak-anak
Tidak berminat dalam hubungan seksual
Gangguan makhluk halus

KESAN TERHADAP KELUARGA

 Menimbulkan permusuhan dalam keluarga khususnya terhadap isteri-isterinya.


 Menimbulkan masalah kepada anak-anak yang tidak cukup perbelanjaan dan
memaksa mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik.
 Pembawa kepada penganiayaan terhadap kaum wanita.

7|Page
KESAN TERHADAP MASYARAKAT DAN AGAMA

 Mewujudkan masyarakat yang berpecah belah.


 Dipandang hina dan ditindas oleh agama yang lain.
 Masyarakat hidup dalam keadaan tidak bersatu padu.

LANGKAH MENGATASI

Menjaga rumah tangga dengan baik.


Mewujudkan keluarga yang harmoni,soleh dan solehah.
Isteri perlu sentiasa pandai mengambil hati suami
Lelaki yang hendak berpoligami mestilah beriman dan taat kepada perintah Allah.
Lelaki yang beragama akan menghayati konsep poligami yang sebenar dan
mengamalkannya terhadap isteri-isterinya.
Lelaki tersebut hendaklah berlaku adil terhadap isteri-isterinya, sama ada mengenai
nafkah zahir atau nafkah batin.

8|Page
Lelaki tersebut mestilah mempunyai tubuh badan yang sihat supaya dapat
menyempurnakan segala tanggungjawab terhadap isteri-isteri dan anak-anaknya.
Lelaki yang hendak berpoligami hendaklah mempunyai sumber kewangan yang
cukup dan teguh untuk menampung keperluan isteri-isteri dan anak-anaknya.

KESIMPULAN
1) Poligami menjadi bukti kesempurnaan hukum Islam kerana dapat mengelakkan
manusia daripada melakukan zina dan perlakuan membela perempuan simpanan
yang pastinya menzalimi diri dan wanita. Namun begitu poligami diharuskan untuk
dinikmati dan digunakan dengan penuh tanggungjawab. Ukuran tanggungjawab
digariskan dengan terang melalui amalan keadilan. Adil di sini menyentuh soal giliran,
pemberian nafkah zahir dan batin, makan-minum, pakaian, jaminan keselamatan dan
tempat tinggal. Justeru itu, haram berpoligami bagi lelaki yang tidak dapat memenuhi
tuntutan tersebut.

9|Page
2) Poligami bukanlah dipelopori oleh agama Islam sebagaimana yang didakwa oleh
sesetengah masyarakat Islam dan bukan Islam. Ia sebenarnya telah diamalkan
zaman berzaman oleh masyarakat China, Yunani, Kristian dan Yahudi.

3) Kecacatan poligami sebenarnya bukanlah dari segi prinsip tetapi lebih kepada
perlaksanaannya oleh sesetengah lelaki yang menyimpang dari landasan syariat. Ini
terbukti daripada statistik menunjukkan bahawa 80 peratus pengadu yang mengadu
masalah rumah tangga terdiri daripada kaum wanita. Ia secara tidak langsung
memberi pengertian bahawa krisis rumah tangga berpunca daripada kelalaian pihak
suami (Utusan Malaysia, 16 September 2005).

4) Syarat yang ketat ditetapkan dalam undang-undang keluarga Islam bukanlah


bertujuan mengharamkan poligami. Ia dirangka bagi menjaga ketenteraman rumah
tangga dan mengelak dari penindasan serta kezaliman suami terhadap isteri. Ia juga
bagi mengelakkan timbulnya fitnah dan polemik dalam masyarakat yang akan
merendahkan martabat agama Islam. Kaedah fiqh ada menyebut :

ْ ‫الرعِ َّي ِة َم ُن ْو ٌط ِبا ْل َم‬


‫صلَ َح ِة‬ َّ ‫ف ْاإلِ َم ِام َعلَى‬ َ ‫َت‬
ُ ‫ص ُّر‬

Maksudnya :
“ Pemerintah hendaklah bertanggungjawab meletakkan maslahah Negara
dan kepentingan rakyat dalam dasar pentadbiran dan pemerintahan

LAMPIRAN
Petikan dari buku 1001 seribu satu soal jawab
wanita & agama

Pertanyaaan: Ramai orang mengatakan bahawa menikah dengan lebih dari satu isteri itu
tidak dibolehkan kecuali kalau dia mengasuh anak-anak yatim dan dia takut tidak boleh
berbuat adil kepada anak-anak yatim tersebut. Maka kemudian dia boleh menikah dengan

10 | P a g e
ibu dari anak-anak yatim itu atau salah satu dari anak-anak yatim tadi. Sebagai dalil
pendukung, mereka mengutip ayat berikut ini:

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim
(bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi :
dua, tiga atau empat…...
( Surah An-Nisa’: ayat
3)

Jawapan : Pertanyaan tersebut keliru.. Erti dari ayat di atas adalah jika seseorang
mengasuh anak yatim dan takut tidak boleh memberinya mas kahwin yang layak, maka dia
boleh menikahi wanita-wanita lain, kerana wanita selain anak tersebut masih ramai dan Allah
tidak akan membuat kesusahan baginya sedikit pun. Titik tekan ayat di atas adalah
mengesahkan perkahwinan dengan dua, tiga, atau empat orang isteri. Tindakan ini
dibolehkan, kerana dapat menjadikan orang lebih dermawan, menundukkan pandangan
mata dan menjaga kemaluan. Lebih dari itu, tindakan tersebut merupakan penyebab
ramainya anak dan menumbuhkan rasa dermawan kepada ramai wanita untuk diperlakukan
dan diperhatikan secara layak. Tidak ada keraguan sedikit pun, bahawa wanita yang
mempunyai suami yang beristeri dua, tiga atau empat itu lebih baik daripada tidak
mempunyai suami sama sekali. Bagaimanapun juga, lelaki yang mempunyai lebih dari satu
isteri itu harus memenuhi syarat berbuat adil terhadap semua isteri dan memiliki kemampuan
untuk menafkahi dan merawat mereka. Kalau dia takut tidak boleh berbuat adil, maka dia
hanya boleh menikahi satu orang sahaja dan ditambah hamba-hambanya yang dimilikinya.
Perkara tersebut telah diindikasikan dan dikuatkan oleh perbuatan Nabi s.a.w. Ketika
baginda wafat, baginga memiliki 9 orang isterti. Dan Allah berfirman kepada baginda:

Ertinya:

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu..

(Surah Al-Ahzab: Ayat 21)


11 | P a g e
Nabi s.a.w. menjelaskan kepada umatnya bahawa baginda dibolehkan memiliki isteri
lebih dari empat orang. Dengan demikian, cara meneladani perbuatan yang telah
dicontohkan baginda dalam perkara ini adalah dengan memperisterikan empat orang isteri
atau kurang daripada empat . Menikah dengan isteri lebih daripada empat orang adalah
sesuatu yang khusus untuk diri Nabi s.a.w. sendiri.

[ Syaikh Ibn Baz]

Tidak ada Pertentangan dalam Ayat-ayat yang berkenaan dengan Poligami

Pertanyaan: Mengenai poligami, dinyatakan dalam Al-Quran :

Ertinya:

“Jika kamu takut tidak dapat berlaku adil (dengan isteri lebih dari satu orang), maka cukup
(nikahlah) satu orang sahaja.”

12 | P a g e
Namun begitu, dalam ayat yang lain dinyatakan:

Ertinya:

“Kamu tidak akan pernah mampu berlaku adil kepada isteri-isterimu secara sempurna,
sekalipun kamu sangat menginginkannya”

( Surah An-Nissa: Ayat 129 )

Dalam ayat yang pertama tadi, disebutkan adanya syarat untuk berlaku adil kepada para
isteri, sementara itu dalam ayat yang kedua dijelaskan bahawa syarat untuk berlaku adil itu
tidak akan pernah boleh dipenuhi. Apakah ini bererti bahawa ayat yag pertama tadi sudah
dinasakh (dihapus) dan kemudian tidak dibolehkan menikah dengan lebih daripada satu
orang, kerana tidak syarat untuk berlaku adil tidak boleh dipenuhi? Jelaskan kepada kami,
semoga Allah memberi balasan pahala kepada anda.

Jawapan : Tidak ada pertentangan di dalam kedua ayat tersebut. Juga tidak ada nasakh
antara ayat yang satu dengan yang lain. Keadilan yang disebutkan di dalam ayat yang
pertama tadi adalah keadilan yang mampu dilakukan orang, iaitu keadilan yang dihubungkan
dengan pembahagian waktu dan nafkah secara adil. Ini kerana berlaku adil di dalam urusan
cinta dan hubungan seks itu tidak mampu dilakukan orang. Penjelasan ini dapat dirujuknke
dalam ayat berikut bermaksud:

“Kamu tidak akan pernah mampu berlaku adil kepada isteri-isterimu secara sempurna,

sekalipun kamu sangat menginginkannya”

(Surah An-Nissa: Ayat 129)

13 | P a g e
Dalam sebuah hadis tentang Nabi s.a.w., Aisyah menceritakan, bermaksud:

“Rasulullah s.a.w. selalu membahagikan rata waktunya di antara isteri-isteri baginda dan
baginda berlaku adil.

Baginda biasa mengatakan : “ Ya Allah, demikianlah pembahagian yang mampu saya


lakukan. Janganlah Engkau hukum diriku atas apa yang aku tidak mampu aku kendalikan
dan hanya Engkau yang mampu mengendalinya.”

( Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Dawud, at-Tarmidzi, an-Nasa’I dan Ibn Majah. Hadis
ini dinilai sahih oleh Ibn Hibban dan al-Hakim )

Syaikh Ibn Baz

BAHAGIAN B : ISTERI KE-2


HADAPI MASAALAH

14 | P a g e
DAFTAR KELAHIRAN
ANAK

Daftar Anak Kahwin di Thailand


Slot Hak Muslim dalam Berita Harian pada 28 hb Feb

PERMASALAHAN /ISU
Soalan:
Petikan
SAYA isudengan
berkahwin :- suami di Narathiwat, Thailand, sebagai isteri kedua. Saya diwalikan
abang sendiri. Masalahnya, kini kami tidak dapat mendaftarkan kelahiran anak kerana tidak
mempunyai sijil nikah. Kami diarahkan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan Perintah
Pengesahan Nikah di Mahkamah Syariah, tetapi kami dapati prosesnya rumit dan lama.
Bagaimanakah status perkahwinan? Apakah yang perlu kami lakukan untuk mendapatkan sijil
kelahiran anak dengan kadar segera? Tidak cukupkah sijil nikah asal daripada Majlis Agama
Islam Narathiwat dan surat akuan bersumpah kami untuk mempercepatkan proses pendaftaran
sijil nikah itu?

Inginkan hak,
Kuala Lumpur

15 | P a g e
PUNCA MASAALAH
Suami atau isteri tidak
mendaftar sebagai Berkahwin dengan
warganegara sebelum isteri kedua di luar
berkahwin negara

PUNCA
MASALAH

Menggunakan
juru nikah yang
Menggunakan 16 | P a g e
tidak bertauliah
juru nikah yang
tidak bertauliah
Wali tidak
menepati syarat
yang
diperuntukkan
dalam Islam

Berkahwin dengan isteri kedua di luar negara

Pertama, kebanyakan lelaki berkahwin dengan isteri kedua mereka di luar negara
seperti di Thailand,Indonesia dan sebagainya tetapi tidak berkahwin di Malaysia.
Apabila mereka tidak berkahwin di Malaysia, ini bermakna tiada pengesahan
perkahwinan mereka di Malaysia. Jadi ini akan menyukarkan proses pendaftaran
kelahiran anak.

Bagi membolehkan anak mereka didaftarkan kelahirannya di Malaysia, perlulah


melalui proses pengesahan nikah di Malaysia untuk mendapatkan sijil nikah.
Seksyen 12(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan)1984 (Akta 303) menyebut sesuatu perkahwinan bersalahan dengan
akta itu tidak boleh didaftarkan.

Subseksyen (2) Seksyen 12 menyatakan, tanpa menjejaskan Seksyen 40(2)


mengenai penalti kesalahan, sesuatu perkahwinan itu jika sah mengikut hukum
syarak boleh didaftarkan mengikut akta itu dengan perintah daripada mahkamah.Ia
bermaksud, walaupun sesuatu perkahwinan itu dilakukan tidak mengikut prosedur
ditetapkan akta, tetapi ia sah mengikut hukum syarak, maka ia masih boleh
didaftarkan mengikut akta ini dengan mendapatkan perintah mahkamah terlebih dulu.

Suami atau isteri tidak mendaftar sebagai warganegara


sebelum berkahwin

17 | P a g e
Kedua, si suami atau si isteri tidak mendaftar sebagai warganegara sebelum
berkahwin. Contohnya, si suami tidak mendaftarkan si isteri dengan
kewarganegaraan adalah kerana si suami takut akan isterinya di tangkap oleh
imigresen kerana tidak dapat mendaftar sebagai warganegara dan mungkin
akan dibawa pulang ke negara asal.

Perkahwinan mereka adalah sah jika mengikut hukum syarak walaupun dilakukan
tidak mengikut prosedur ditetapkan akta. Setiap keterangan akan didengar dan
diputuskan oleh Hakim Syarie yang berbidang kuasa. Jika perkahwinan tidak
didaftarkan dan mendapat perintah mahkamah, maka status perkahwinan tidak
dapat disahkan oleh mahkamah dan tidak mempunyai sijil nikah secara sah serta
keadaan semakin rumit apabila isteri mempunyai anak nanti.

Menggunakan juru nikah yang tidak bertauliah

Ketiga, berkahwin dengan menggunakan juru nikah yang tidak bertauliah.


Perkara ini sudah terang-terangan bertentangan dengan peruntukan undang-undang.
Ia tidak boleh didaftarkan dan surat perakuan nikah tidak boleh di keluarkan.
Kesedaran yang cetek tentang undang-undang juga menjadi punca perkara ini
berlaku. Sebelum berkahwin tidak mengetahui tentang undang-undang tentang
perkahwinan yang diperuntukkan di Malaysia selain dari menganggap
perkahwinan adalah perkara yang tidak perlu di ambil berat dan dianggap sambil
lewa. 

Kemungkinan si suami mahu berpoligami tetapi tidak mahu isteri pertama


mengetahuinya. Apabila bernikah di sempadan, pelbagai masalah melanda kerana  
tetapi mereka tidak dapat menunjukkan sijil  nikah  yang sah apabila di negara ini.

Wali tidak menepati syarat yang diperuntukkan di dalam


Islam

Keempat, kerana pihak yang menjadi wali tidak menepati syarat yang


diperuntukkan di dalam Islam dan menimbulkan keraguan oleh Mahkamah
Syariah. Wali hakim hanyalah dibenarkan sekiranya tiada bapa ataupun ahli keluarga
lelaki bagi perempuan yang ingin berkahwin tersebut .

18 | P a g e
Merujuk kepada rukun nikah mengikut Mazhab Syafie dalam I'a'natul Tolibin, ada
lima rukun nikah iaitu adanya bakal isteri, bakal suami, wali, dua orang saksi
lelaki dan sighah akad (lafaz ijab dan kabul).
Para ulama telah bersepakat mengatakan perkahwinan tanpa wali adalah tidak sah
dan batal. Ia juga berdasarkan sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Siapa saja
perempuan kahwin tanpa izin walinya, maka perkahwinannya batal, maka
perkahwinannya batal”.
Susunan wali amatlah penting dan tidak ada keraguan dengannya serta bermula
dengan wali mujbir iaitu ayah dan datuk dan yang terakhir adalah wali hakim telah
yang diberi kuasa.

Conto
h
surat

pengesahan perkahwinan di Selatan Thailand

19 | P a g e
Kadi yang bertanggungjawab menjalankan urusan
menandatangani

dokumen pengesahan perkahwinan

KESAN-KESAN
Kesukaran mendaftarkan anak untuk bersekolah .
 Pihak sekolah memerlukan identiti pelajar atau sijil lahir anak tersebut untuk
melayakkan mereka bersekolah .
 Menyukarkan pihak sekolah untuk mengentahui identiti diri pelajar .

Dipandang serong oleh masyarakat .


 Lazimnya anak yang tiada sijil lahir adalah anak hasil dari penzinaan .

Sukar untuk mendapat pekerjaan .


 Sukar mendapat pekerjaan kerana tiada pengenalan diri .
 Sesebuah syarikat takut untuk mengambil mereka bekerja kerana dikhuatiri
mereka ialah pendatang tanpa izin .
 Mereka juga sukar untuk mendapatkan sumber kewangan .

Sukar untuk berkahwin .


 Dalam prosedur untuk mendapatkan sijil perkahwinan , mereka perlu
mempunyai pengenalan diri . Sekiranya tiada ia akan menyukarkan proses
perkahwinan .

Sukar untuk mendapat rawatan .

20 | P a g e
 Sekiranya mereka ingin mendapatkan rawatan di hospital atau klinik
kerajaan ,mereka sukar untuk memperolohi rawatan ini kerana tiada
pengenalan diri .
 Hospital dan klinik kerajaan memerlukan pengenalan diri pesakit untuk
diberikan rawatan .
 Hospital dan kerajaan swasta juga memerlukan pengenalan diri pesakit tapi
prosedur mereka tidak seketat prosedur pihak kerajaan .

Mudah terjebak dengan gejala sosial .


 Dengan status mereka , mereka pasti kurang mendapat perhatian dari
keluarga dan masyarakat dan menyebabkan mudahnya mereka terjebak
dalam kancah gejala sosial .

Institusi keluarga akan goyah dan runtuh .


 Di mana , mungkin berlaku pertengkaran di antara isteri pertama dengan
suami ataupun isteri pertama dan isteri kedua , ini disebabkan kemungkinan
pernikahan isteri kedua tidak mendapat persetujuan dengan isteri pertama .
 Mungin kerana suami tidak adil dalam menjalani tanggungjawabnya sebagai
suami .

Masalah pewarisan harta dan pusaka .


 Hak pewarisan harta lebih kepada isteri pertama dan sekiranya isteri pertama
tidak mengetahui tentang madunya dan apabila suaminya telah meninggal
dunia , ini akan lebih merumitkan keadaan .

21 | P a g e
LANGKAH MENGATASI

mengikut prosedur perkahwinan yang betul .


 Sebelum berkahwin, suami perlulah meminta izin daripada isteri pertama
untuk berkahwin lain .
 mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia .

memastikan jurunikah yang dipilih adalah yang sah bukannya jurunikah asing .
 pada masa kini , terdapat banyak sindiket jurunikah palsu yang seakan-akan
jurunikah yang sebenar .

selepas pulang ke Malaysia,pastikan pasangan terus mendaftarkan perkahwinan di


Malaysia .
 bagi mengelakkan daripada sebarang masalah sebelum isteri kedua
mengandung .

22 | P a g e
 semasa menunggu untuk mendapat sijil pernikahan di Malaysia, proses yang
dilakukan memakan masa yang lama.
 ia boleh menjadi lebih rumit seandainya isteri kedua telah pun melahirkan
anak dan ini akan memberi impak terhadap anak tersebut. 

Jabatan Pendaftaran Negara perlulah mendedahkan tentang pendaftaraan


kewarganegaraan .
 untuk orang asing yang menetap di Malaysia sebagai warganegara .
 untuk mengelakkan generasi mereka sukar untuk mendapatkan sijil kelahiran.

pihak Mahkamah perlu melaksanakan atau menggubal undang-undang .


 sesuai dengan keadaan semasa di mana enakmen perlu di kaji semula
supaya boleh mendatangkan kebaikan kepada semua pihak. 

Kesimpulannya, semua pihak perlu

KESIMPULAN
berkerjasama untuk mengatasi masalah ini
supaya dapat mengurangkan kadar jumlah
kes pendaftaran kelahiran anak tanpa
dokumen perkahwinan ibu bapa yang tidak
mengikut undang-undang dan hukum
syarak. Kita perlu tahu setiap anak yang
dilahirkan wajib didaftarkan walau apa pun
situasinya.Selain itu, semua pihak haruslah
mengetahui undang-undang sekiranya
berkahwin di luar negara dan juga risiko
yang perlu mereka hadapi sekiranya
perkahwinan mereka di luar negara tidak
dapat di sahkan di Malaysia. Tambahan lagi,
mereka juga akan dikenakan denda untuk
mendaftarkan perkahwinan mereka di
Malaysia.Meraka juga harus memikirkan
masa hadapan dan nasib anak-anak mereka
yang akan dilahirkan kelak.

23 | P a g e
Borang MS 27

ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH

(NEGERI SELANGOR)

Subseksyen 114(2))

LAMPIRAN
PENGENALPASTIAN EKSHIBIT

PERMOHONAN NO …………………………………….. Tahun 20 ……..

ANTARA

…………………………………………….. PEMOHON / PLAINTIF 1

…………………………………………….. PEMOHON / PLAINTIF 2

DAN

…………………………………………….. RESPONDEN / DEFENDAN

Ini adalah ekshibit bertanda “ ……………………………………......…………..…………. ”

yang disebut di dalam afidavit ……………………………………………………………….,

yang di angkat sumpah di hadapan saya pada ………. Haribulan …………….………...

………………………………………..
24 | P a g e
Hakim / Pendaftar
BORANG MAKLUMAT DIRI
(maklumat ini perlu dilengkapkan bersama borang permohonan/tuntutan)

Untuk kegunaan pejabat


:

:
Tarikh Pendaftaran Waktu Dok. Didaftar :
:
No. Kes
:

No. Resit Waktu Dok. Diserah :


:

Sebutan/Bicara :
No dlm fail esyariah :
:
Seksyen/Tuntutan

* Untuk diisi oleh Pemohon/Plaintif. Sila isi dengan HURUF BESAR

PEMOHON/PLAINTIF RESPONDEN/DEFENDAN

Nama
Nama
(Pemohon 1 &
Pemohon 2)

Baru Baru

No. Kad Lama No. Kad Lama

Pengenalan Pengenalan
(Sila isi salah Tentera (Sila isi salah Tentera
satu yang satu yang
berkenaan) Polis berkenaan) Polis

Passport Passport

Alamat Alamat
untuk untuk
dihubungi dihubungi
Pejabat Pejabat

No. Telefon Rumah No. Telefon Rumah

H/P H/P

Pekerjaan Pekerjaan

Tarikh Lahir Tarikh Lahir

25 | P a g e
Umur Umur

Bangsa Bangsa

Tempat/ Tempat/
Negeri Asal Negeri Asal

BUTIRAN PERKAHWINAN

Tarikh Pernikahan

Tempat Pernikahan

Bilangan Anak

Pernah Bercerai Ya / Tidak


BAHAGIAN A : POLIGAMI
Bilangan Talaq

Tarikh Bercerai
Internet

http://agamaberitaharian.blogspot.com/search/label/Poligami
http://www.peguamsyarie.org.my
http://perkawinan.blogspot.com/2007/08/poligami-daripada-perspektif-wanita.html
http://tazkirah.wordpress.com/2007/11/14/poligami/

Buku

1001 Seribu Satu Soal Jawab Wanita & Agama


Poligami, m/s 205-208
Penulis :Syaikh Abdul bin Humaid dan Syaikh Shalib bin Fauzan Al-Fauzan
Penerbit : Ana Muslim Publications

BAHAGIAN B : ISTERI KE-2 HADAPI MASALAH DAFTAR KELAHIRAN ANAK .


Internet

www.sekadarpendapat.blogspot.com
http://www.islam.gov.my/portal/pdf/2010/dis/artikel_ksk/ANAK%20TAK%20SAH

RUJUKAN
%20TARAF.pdf
http://hatiwanita.wordpress.com/2009/03/09/poligami-dan-isteri-kedua/
http://www.scribd.com/doc/46462294/assgment-kami

26 | P a g e
27 | P a g e
28 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai