Anda di halaman 1dari 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS GAYA

JABATAN BAHASA
KERJA KURSUS PENDEK (KKP)
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PPISMP MT/BI/BM) SEMESTER 3 2010

NAMA WENAH RINAH

NOMBOR INDEX IPGMKG/PPISMP MT/2009/07

NOMBOR KAD PENGENALAN 920310 – 12 – 6058

KELAS/KUMPULAN PPISMP MT/BI/BM SEM 3

NAMA PENSYARAH EN JAMIL B. MD YASSIN

SUBJEK BAHASA MELAYU 1

TARIKH HANTAR 21 SEPTEMBER 2010


Isi Kandungan

1. Tugasan Projek/Soalan...................................................... 1

2. Pelan Tindakan.................................................................. 3

3. Halaman Pengakuan.......................................................... 4

4. Penghargaan.................................................................... 6

5. Puisi Pilihan
- Perpisahan, karya Latiff Mohiddin...................................... 7

6. Analisis Perkataan............................................................ 8

7. Cerpen
- Tahun-Tahun Manusia.......................................................11

8. Refleksi.......................................................................... 14

9. Bibliografi........................................................................15

10. Borang Kolaborasi .......................................................... 16


Pelan Tindakan

Tarikh Perkara/Tindakan

18.08.2010 Mendapat tugasan daripada pensyarah. Taklimat


ringkas yang jelas tentang objektif tugasan.
20.08.2010 Membuat pelan tindakan/draf.

23.08.2010 Mencari dan memilih puisi.

25.08.2010 Membuat tugasan tentang puisi pilihan


(Pola keselarasan vokal).
28.08.2010 Mencari idea untuk menulis cerpen.

03.09.2010 Kolaborasi dengan rakan-rakan dan ahli keluarga


tentang hasil cerpen untuk menambahbaik kualiti
cerpen.
18.09.2010 Membuat kolaborasi dengan rakan-rakan sekelas
dan rakan daripada kelas opsyen Bahasa Melayu
untuk memantapkan cerpen dan analisis perkataan.
21.08.2010 Menghantar kerja kursus.
Saya akui bahawa tugasan ini adalah karya saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : __________________
Nama : Wenah Rinah
Tarikh : 21 September 2010
Penghargaan

Syukur ke hadirat Tuhan kerana daripada-Nyalah, saya mampu menyiapkan


tugasan ini dengan sempurna walaupun menghadapi banyak masalah semasa
membuat kerja kursus bahasa Melayu ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan
penghargaan kepada kedua-dua ibu bapa serta ahli keluarga yang sering memberi
bantuan, sokongan moral serta nasihat yang tidak terhingga dalam proses penyiapan
tugasan ini.

Saya juga ingin memberi sekalung penghargaan Encik Jamil M. Y selaku


pensyarah bahasa Melayu kerana sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang
ikhlas dan berguna. Beliau juga sentiasa bersedia untuk menjawab soalan-soalan
berkenaan dengan kerja kursus ini dan bersama-sama menyelesaikannya. Tanpa
bantuan yang beliau berikan, adalah amat sukar bagi saya untuk menyiapkan
tugasan ini

Tidak lupa kepada rakan-rakan sekelas yang turut memberikan banyak


bantuan dalam menyiapkan tugasan ini. Saya sangat berterima kasih kerana
kesudian teman-teman berkongsi maklumat dan memberikan kolaborasi yang dapat
menambahbaik lagi tugasan saya ini.

Akhir sekali, saya ingin berterima kasih dan memberikan penghargaan kepada
semua pihak, yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam usaha
saya menyiapkan tugasan ini. Setiap bantuan dan sokongan yang telah diberikan
adalah amat saya hargai dan semoga Tuhan yang Maha Baik membalas segala
pertolongan yang telah diberikan.

Sekian, terima kasih.


Puisi Pilihan

Perpisahan - Latiff Mohiddin

Perpisahan
adalah jarimu
yang merentak
bersama ombak
ke lautan
tiba-tiba membiru

Perpisahan
adalah suaramu
yang merangkak
bersama ombak
ke daratan
tiba-tiba membisu
Pelan Tindakan

Tarikh Perkara Catatan


18 Ogos Menerima tugasan En. Jamil b Md Yassin, pensyarah Bahasa Melayu
2010 1, memberi kertas tugasan dan memberi taklimat
jelas tentang objektif dan permintaan tugasan.

22 Ogos Memahami tugasan. Berkolaborasi dengan rakan untuk lebih


2010 Mencari maklumat memahami tugasan. Selain itu, mencari maklumat
daripada pelbagai tentang sajak daripada Internet.
sumber.
25 Ogos Membuat analisis Membuat analisis terhadap perkataan-perkataan
2010 pola keselarasan yang terdapat dalam sajak dan berbincang dengan
huruf vokal. rakan-rakan.

1 Mencari idea/tema Berbincang dengan rakan-rakan dan ahli keluarga


Septembe sajak yang akan tentang tema yang akan dihasilkan.
r 2010 dihasilkan.
3 Membuat rangka Merangka draf-draf ringkas sebagai panduan lanjut
Septembe cerpen. menulis cerpen.
r 2010
16 Berkolaborasi Meminta pendapat daripada pelbagai pihak
Septembe dengan rakan-rakan tentang cerpen dalam usaha menambahbaik kualiti
r 2010 dan ahli keluarga cerpen.
tentang hasil cerpen.
20 Berkolaborasi Berbincang dan menambahbaik cara
Septembe dengan rakan-rakan. persembahan analisis perkataan.
r 2010
21 Membuat penilaian Membuat usaha terakhir untuk memperbaik kualiti
Septembe dan perbandingan dan mengedit sebarang kesalahan tatabahasa
r 2010 hasil tugasan dengan yang dapat dikesan.
rakan-rakan sekelas
dan daripada kelas
opsyen Bahasa
Melayu.
22 Menghantar tugasan. Menghantar tugasan Bahasa Melayu 1 kepada
Septembe pensyarah, En. Jamil b. Md Yassin.
r 2010

Analisis Puisi
Bil. Perkataan Kata Jenis Keselarasan Catatan/huraian
daripada Dasar Huruf Vokal
Puisi Suku Kata Suku
Praaakhir Kata
Akhir
Tertutup
1. perpisahan pisah i a Kata ini merupakan kata terbitan:
peR-..-an
Kata dasar pisah yang mempunyai
keselarasan huruf vokal, (i-a), dan
dua suku kata.
2. adalah - a a Kata ini adalah kata pemeri.
Kata ini tergolong dalam keselarasan
huruf vokal iaitu (a-a) walaupun
perkataan –lah merupakan partikel.
3. yang - - - Kata ini bukan tergolong dalam pola
keselarasan huruf vokal kerana kata
ini tergolong dalam kata hubung
pancangan relatif dan mengandungi
digraf: ng. dan hanya mengandungi
satu huruf vokal sahaja iaitu, a.
4. ke - - - Kata ini bukan tergolong dalam
keselarasan huruf vokal kerana kata
ini adalah kata sendi nama dan
hanya mempunyai satu huruf vokal
iaitu, e-pepet.
5. jarimu - a i Kata dasar jari merupakan
keselarasan huruf vokal (a-i) dan
tergolong dalam kata nama am. Kata
ini mempunyai kata ganti nama
singkat bagi “-mu” – “kamu”.
6. merentak rentak e-pepet a Kata dasar bagi perkataan ini adalah
rentak dengan keselarasan huruf
vokal (e pepet-a). Kata ini adalah
kata terbitan: meN-.. dan turut
merupakan kata kerja transitif.
7. bersama sama a a Kata dasar sama mempunyai
keselarasan huruf vokal (a-a). Kata
ini merupakan satu contoh kata
terbitan: beR-..
8. ombak - o a Kata ini mempunyai keselarasan
huruf vokal, (o-a). Kata ini juga
adalah kata nama am.
9. lautan laut - - Kata ini bukan tergolong dalam
keselarasan huruf vokal kerana kata
ini mempunyai diftong – au bagi kata
dasar laut dan merupakan kata nama
terbitan:
..-an
10. tiba-tiba - - - Kata ini tidak mempunyai kata dasar
dan oleh itu tidak tergolong dalam
keselarasan huruf vokal. Kata ini
adalah satu contoh kata ganda
penuh.
11. membiru biru i u Kata dasar biru mempunyai
keselarasan huruf (i-u). Kata ini
merupakan kata nama terbitan:
meM-.. dan merupakan kata adjektif
warna: biru.
12. suaramu suara u a Kata dasar, suara mempunyai
keselarasan huruf vokal (u-a). Kata
dasar ini pula merupakan kata nama
am: suara manakala kata ganti nama
singkat bagi “-mu” – “kamu”.
13. merangkak rangkak a a Kata ini adalah satu contoh kata kerja
transitif dan mengandungi digraf: ng
Kata dasar, rangkak mempunyai
keselarasan huruf vokal (a-a).
14. daratan darat a a Kata ini adalah satu contoh kata
nama am dan merupakan kata
terbitan: -...an. Manakala kata dasar,
darat mempunyai keselarasan huruf
vokal (a-a).
15. membisu bisu i u Kata dasar, bisu mempunyai
keselarasan huruf vokal (i-u). Kata ini
merupakan kata adjektif sifat dan
kata terbitan: -meM...
Selain itu, kata ini juga satu contoh
kata kerja transitif.

Tahun-Tahun Manusia

Sungguh dia masih menafikan realiti yang berlaku pada dirinya. Realiti yang
berlaku pada keluarganya, rumahnya, rakan-rakannya, jiran-jirannya, kampung,
bandar, negara dan Bumi yang dia diami selama 18 tahun ini. Semua mimpi ngerinya
menjadi realiti. Realiti yang kini membuatkan dia sering terpaku dan gila seketika.
Bumi sedang diserang makhluk asing!
Alangkah anehnya. Sylvanus sendiri tidak akan pernah menyangka sains
fiksyen yang selalu ditonton bersama-sama dengan rakan-rakan baiknya, Ken,
Julian, Arnold, Evy, Karen, Carolyne, Rika dan Mary menjadi kenyataan. Filem
seperti Star Wars, Men in Black, Alien vs Predators, dan Aliens in The Attic masih
terpahat kuat dalam ingatannya. Bezanya, makhluk asing yang sedang bergerak di
serata dunia ini memang betul-betul hidup. Dan manusia sedang berperang dengan
makhluk asing tersebut.
Dia sendiri telah melihat dengan kedua-dua biji matanya. Makhluk asing
tersebut menggelar diri mereka, Pzroaoch. Mereka menyerupai sotong bulat,
berkerangka seperti serangga serta mempunyai warna kulit merah jambu dan
berselulit. Terdapat bulu-bulu halus seperti bulu ulat bulu yang akan membuat kulit
gatal apabila tersentuh dengannya. Dia telah meneliti struktur, anatomi badan seekor
Pzroaoc yang telah mati. Suara mereka keluar daripada sebuah alat segi empat
yang boleh menukarkan bahasa mereka kepada bahasa penduduk bumi. Yang
lawaknya, Pzroaoch terpaksa menukarkan bahasa mereka kepada pelbagai bahasa
agar dapat difahami oleh penduduk bumi yang bertutur menggunakan beratus
bahasa. Empat biji matanya membujur seperti telur terletak di setiap arah. Badan
makhluk ini juga sangat aneh. Makhluk berbadan lut-sinar seperti lautan biru yang
datang daripada planet PQ13 yang terletak di galaksi terdekat dengan galaksi yang
menempatkan Bumi, iaitu Galaksi Andromeda tidak mempunyai hidung dan bernafas
menggunakan gas yang disambungkan di bahagian bawah abdomen mereka. Kaki
dan tangan mereka yang tidak dapat dibezakan, terjuntai dan itulah yang
membuatkan mereka berdiri dengan tegak, lurus. Sama seperti sotong, mereka tidak
mempunyai tulang dan keadaan ini menyebabkan hampir 30% jumlah makhluk asing
mati apabila mendarat di Bumi. Graviti telah menambahkan tekanan terhadap badan
mereka. Namun demikian, semua halangan tersebut tidak dapat memadamkan api
kemahuan mereka untuk menakluki bumi.
Kini, Sylvanus berseorangan. Perpisahan dengan keluarga dan rakan-
rakannya hampir beberapa minggu, melemahkan semangatnya untuk meneruskan
perjalanan ke pusat perlindungan manusia, Pekan Stau yang terletak 230 km dari
tempat tinggalnya, Klamoth. Mereka telah berpisah untuk memudahan pergerakan
dan tidak menarik perhatian sesiapa atau apa-apa. Sebelum berpisah, ayahnya
berpesan agar berhati-hati dan berusaha untuk menyelamatkan diri dengan menuju
ke Pusat Perlindungan yang terdekat. Mereka telah berjanji untuk berjumpa di sana.
Bersama-sama dengan ibu, kakak dan adik serta semua rakan-rakannya.
Tiba-tiba, dia ternampak sesuatu yang menarik perhatiannya, papan tanda
jalan. Dikutipnya dengan senyap dan dibacanya.
“Pekan Stau, 55km.”
Alangkah gembiranya apabila dia melihat papan tanda tersebut. Hanya tinggal 55
kilometer untuk sampai ke destinasi yang selamat. Selama tiga minggu yang lalu,
setiap hari Sylvanus akan berjalan sekurang-kurangnya 7 kilometer, bergantung
dengan situasi yang dihadapinya. Sekiranya terdapat banyak Pzroaoch berkeliaran,
dia hanya dapat bergerak sejauh 5 kilometer sehari. Dia juga perlu mencari sisa-sisa
makanan dan minuman untuk dijadikan sumber tenaga. Bersyukurlah jika dia dapat
menjamah sedikit makanan dari rumah-rumah yang terbiar. Kedai-kedai kecil pula
sangat merbahaya kerana perangkap yang telah dipasang oleh Pzroaoch. Mereka
tahu bahawa kedai-kedai kecillah yang akan menjadi tumpuan manusia. Oleh itu,
sekiranya dia menjumpai kedai-kedai kecil, dia akan memastikan bahawa dia dapat
melepasi semua perangkap serta mengambil banyak bekalan makanan dan
minuman pada akhirnya.
Malangnya pada hari ini, nasib tidak menyebelahinya. Dia tidak menemui
sebarang makanan dan minuman daripada rumah-rumah yang diselongkarnya.
Kedai yang ditemuinya pula terlalu berisiko. Lalu, dia pun duduk dengan hampa di
dalam sebuah rumah usang dan rosak. Semasa berehat di dalam rumah tersebut,
dia terkenang kembali masa-masa lalu. Masa sebelum makhluk asing menyerang
Bumi. Apabila dia teringatkan keadaan keluarganya serta rakan-rakannya, dadanya
berombak dan mengalirkan air mata lelakinya. Dia betul-betul tidak mengetahui
sama ada mereka masih selamat ataupun telah ditangkap oleh makhluk Pzroaoch.
Dalam kesedihan dan tangisan membisu, dia pun tidur berbantalkan keletihan.
Boom!
Sylvanus segera terkejut daripada tidurnya. Matanya terbeliak mencari arah
dan meneliti keadaan. Di tangannya tergenggam pisau lipat pemberian ayahnya,
bersedia untuk menyakiti sesiapa yang berniat jahat terutamanya makhluk sotong
merah jambu itu. Tiba-tiba, bunyi tembakan laser berbunyi di luar rumah. Segera dia
meninjau keadaan melalui jendela rumah usang itu. Dilihatnya seangkatan tentera
dan polis sedang bertempur dengan sekumpulan makhluk Pzroaoch menggunakan
senjata laser. Situasi perang segera meletup.
Lari!
Lari!
Tetapi dia tidak mampu bergerak. Fikirannya gawat menyuruhnya lari
menyelamatkan diri. Rumah tempat dia berlindung itu boleh menjadi tempat
perkuburannya jikalau situasi bertambah teruk. Sylvanus pun mengumpulkan semua
kekuatannya untuk bergerak. Dia pun merangkak dengan senyap mencari jalan
keluar daripada rumah tersebut tanpa dilihat oleh sesiapa. Dari jauh dia menyaksikan
kekalahan sotong-sotong bermata empat itu.
“Perhatian kepada manusia yang berada di kawasan ini. Keadaan telah dapat
dikawal dan Pzroaoch telah dikalahkan. Sila tampil untuk mengikuti misi menyelamat
yang kami jalankan. Anda akan ditempatkan di Pusat Perlindungan Manusia yang
terletak 55 km dari pekan ini.” Suara lantang seorang tentera memberi pengumuman.

Sylvanus berasa sungguh girang apabila mendengar pengumuman tersebut.


Setelah memastikan bahawa keadaan betul-betul selamat, dia pun bangun dan
berjalan perlahan-lahan ke arah angkatan tentera dan polis itu. Dia yakin,
perpisahan itu akan berakhir tidak lama lagi.
Tetapi, nasib terletak di tangan yang Maha Kuasa. Dia akan menempuhi lebih
banyak dugaan, cabaran dan kesedihan. Perjalanan sebenarnya akan bermula tidak
lama lagi.

Refleksi

Saya menerima tugasan projek untuk bahasa Melayu ini pada 18 Ogos 2010.
Pada hari itu, En Jamil MY, pensyarah bahasa Melayu 1 kami telah memberi taklimat
ringkas tentang tugasan ini. Kami dikehendaki untuk mencari puisi dan menyatakan
pola keselarasan vokal untuk setiap perkataan dalam puisi tersebut. Setelah itu, kami
perlu membuat sebuah cerpen berdasarkan beberapa perkataan yang terdapat
dalam puisi yang telah kami pilih.
Oleh sebab kami mempunyai banyak tugasan untuk subjek lain, saya telah
merangka sebuah jadual ataupun pelan tindakan agar saya dapat menyiapkan
tugasan bahasa Melayu ini serta tugasan-tugasan lain. Setelah beberapa sesi
perbincangan dengan En. Jamil, saya telah Berjaya mencari puisi daripada pelbagai
sumber terutama daripada Internet. Akhirnya, saya telah memilih sajak Perpisahan
karya Latiff Mohiddin. Setelah itu, saya terus membuat analisis perkataan yang
terdapat dalam sajak tersebut.
Saya menggunakan kebanyakkan masa cuti Hari Raya selama dua minggu
untuk membuat cerpen yang panjangnya kira-kira 500 patah perkataan. Lebih tepat
lagi, saya telah berbincang dengan rakan sekelas dan rakan dari Institusi Pendidikan
lain tentang cerpen yang akan saya tulis. Hal ini demikian kerana, proses penulisan
cerpen bukanlah mudah seperti menulis diari. Sebuah cerpen memerlukan
permulaan, perkembangan, klimaks dan peleraian. Proses ini juga memerlukan
seseorang untuk kreatif dan fokus.
Oleh yang demikian, sebelum saya memulakan rangka cerpen, saya telah
membuat kolaborasi dengan rakan-rakan saya tersebut. Hasilnya, saya berjaya
mendapat idea ataupun tema yang membolehkan saya menggunakan beberapa
perkataan yang telah saya pilih daripada sajak Perpisahan. Setelah mendapat idea,
saya telah mengembangkannya kepada plot. Walaupun saya berjaya mendapatkan
ilham, proses penulisan merupakan proses yang rumit. Namun, hasil kerjasama dan
sokongan daripada ahli keluarga, saya telah berjaya menyiapkan cerpen tersebut
dalam tempoh masa dua hari.
Selepas itu, saya sentiasa memeriksa dan memperbaik cerpen tersebut agar
dapat meminimumkan kesalahan yang mungkin tidak saya sedari. Kesimpulannya,
saya sungguh gembira dan berpuas hati kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini.
Semoga segala ilmu tentang menganalisis pola keselarasan vokal dan pengalaman
menulis cerpen dapat membantu saya pada masa akan datang.

__________________
(WENAH RINAH)
Bibliografi

1. Samsubahar Othman.(2006). Fokus 2U Tatabahasa PMR. Cetakan Pertama.


Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd..

2. Wordpress. (2008, Jun 17). Retrived Sept 1, 2010 from


http://penyair.wordpress.com/category/latiff-mohiddin/
3. Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1. Terbitan Pertama. Selangor
Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd..

Anda mungkin juga menyukai