Anda di halaman 1dari 8

1. Rajah Tulang Ikan.

Rajah ini menyerupai tulang ikan.Ia digunakan untuk menunjukkan sebab-sebab


yang saling berkaitan kepada satu peristiwa atau fenomena.Fokus tajuk atau
fenomena yang dibincangkan ditulis pada garisan mendatar, manakala faktor –
faktor yang mencetuskan fenomena itu ditulis pada garisan condong.Di sisi
garisan – garisan itu ditulis pula huraian pada setiap faktor.

2. Rajah Jaringan

Rajah ini digunakan untuk menerangkan sesuatu idea, tajuk atau konsep. Topik
perbincangan diletakkan di tengah – tengah.Idea – idea penting diletakkan di
sekeliling topik dan setiap idea penting dihuraikan secara lebih khusus.

3. Rajah Pusingan.

Rajah ini menunjukkan siri peristiwa atau perkara yang menyebabkan sesuatu
kejadian berlaku berulang kali.

4. Carta Pai

Rajah ini menggambarkan data secara perbandingan.

5. Garisan Masa.

Rajah ini dapat menunjukkan susunan peristiwa berdasarkan tarikh.

6. Gambar Rajah Venn.

Rajah ini menggunakan bulatan untuk menggambarkan perhubungan antara


perkara yang dibincangkan berdasarkan ciri – ciri persamaan atau perbezaan.

7. Peta Minda

Peta minda yang diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1974,
merupakan satu teknik lakaran yang boleh digunakan untuk mencatat
nota.Teknik ini mengambil kira faktor – faktor berhubung fungsi otak dan faktor –
faktor yang mempengaruhi ingatan. Otak akan lebih mudah menyimpan dan
mengingat kembali maklumat – maklumat yang tersusun, ada hubung kait,
mempunyai imej yang jelas, berkelompok dan mempunyai ciri – ciri
tersendiri.Peta minda yang terbaik dan efektif sepatutnya mempunyai ciri – ciri
yang dinyatakan di atas.

Dr.Gordon Howe, dari Universiti Exeter, dan beberapa orang penyelidik


lain telah menjalankan kajian tentang berbagai – bagai teknik membuat nota.
Mereka semuanya bersetuju bahawa nota penting untuk pembelajaran tetapi
nota yang baik adalah nota yang sedikit. Didapati juga kadar ingatan kembali
bagi nota yang menggunakan kata kunci adalah lebih tinggi berbanding nota
yang tiada kata kunci. Kata kunci merupakan perkataan yang signifikan bagi
sesuatu ayat ataupun idea. Ia mudah diingat kerana dapat menggambarkan
maklumat yang lebih bermakna daripada perkataan lain.

Daripada kajian itu juga, teknik – teknik membuat nota telah diberi
pangkatan mengikut urutan dari yang tidak berkesan kepada yang paling
berkesan seperti berikut;
1. Tiada nota langsung.(teknik yang paling tidak berkesan)
2. Transkrip lengkap yang diberi oleh guru atau pensyarah.
3. Transkrip lengkap yang dibuat oleh pelajar.
4. Nota dalam bentuk ayat – ayat yang diberi oleh pensyarah atau guru.
5. Nota dalam bentuk ayay – ayat yang dibuat oleh pelajar.
6. Nota kata kunci yang diberi oleh pensyarah atau guru.
7. Nota kata kunci yang dibuat oleh pelajar.

Dengan itu, jelaslah bahawa nota yang panjang lebar tidak membantu
pelajar. Pelajar seharusnya cuba menggunakan kata kunci kerana melalui cara
inilah juga minda menyimpan dan mengeluarkan maklumat. Selebihnya, kata
kunci ini terdiri daripada kata nama dan kata kerja. Dengan menggunakan kata
kunci, kepantasan membuat nota dan keberkesanan nota meningkat, usaha
untuk mengingat kembali juga menjadi lebih mudah. Disebabkan itulah dalam
peta minda hanya digunakan kata kunci.

Cara melakar peta minda :

1. Mulakan dengan imej atau simbol berwarna untuk menggambarkan tajuk


di tengah – tengah kertas.
2. Gunakan banyak simbol untuk keseluruhan peta minda.
3. Perkataan ditulis dengan jelas, menggunakan huruf besar (mudah untuk
dibaca)
4. Perkataan ditulis atas garisan.
5. Garisan – garisan dalam kelompok yang sama bersambung antara satu
sama lain.
6. Gunakan satu perkataan(kata kunci) atas satu garisan.
7. Gunakan warna untuk keseluruhan peta minda.
8. Lakarlah dengan bebas,jangan fakirkan dimana hendak diletakkan
sesuatu item, jangan fikirkan sama ada sesuatu item itu hendak
dimasukkan atau tidak. Langkah untuk menyusun atau memperkemas
peta minda boleh dibuat selepas itu.

Peraturan – peraturan diatas bukanlah sekadar peraturan sahaja. Ia dijadikan


prinsip untuk peta minda kerana ada kaitan dengan daya ingatan dan fungsi
otak. Setiap satu peraturan diatas juga berperanan kea rah membantu dan
memudahkan proses penyimpanan maklumat serta memudahkan ingatan
kembali.

Imej berwarna, kata kunci yang ditulis di atas garisan, garisan – garisan
yang bersambung semuanya berfungsi untuk menghasilkan sesuatu lakaran
yang berstruktur, mantap dan bahagian – bahagian yang saling bersangkutan.

Garisan – garisan dalam peta minda bermula dari pusat yang membentuk
beberapa kelompok. Ciri ini juga berkait dengan kemampuan daya ingatan
jangka pendek yang hanya dapat mengingati item – item secara berkelompok.
Pastikan setiap pusat tidak lebih daripada tujuh atau lapan kelompok.

Selain daripada itu, imej yang berbeza bentuk dan warna pada setiap
pusat menjadikan tiap – tiap satu kelompok itu jelas dan unik. Selalunya, apa
sahaja yang berbeza akan mendapat perhatian dan mudah diingat.

Dengan mengetahui peraturan – peraturan melakar peta minda dan


kenapa peraturan itu dibuat, sudah tentu akan meyakinkan pelajar untuk cuba
mengambil atau menvatat nota dengan menggunakan teknik itu. Pada peringkat
awal mungkin pelajar – pelajar akan menghadapi masalah untuk melakar peta
minda; tetapi alah bias tegal biasa.

KELEBIHAN LAKARAN DAN PEMETAAN.

1. Lakaran dapat memberi gambaran keseluruhan. Dengan sekali pandang,


pelajar akan dapat meneliti bahagian – bahagian dan hubung kait setiap
bahagian dengan keseluruhan tajuk.
2. Dapat memberi gambaran yang jelas dan luas tanpa menggunakan
banyak ruang atau perkataan.
3. Lakaran memupuk pemikiran nonlinear kerana ia boleh dibaca tidak kira
dari kiri ke kanan, kanan ke kiri, atas ke bawah atau sebaliknya.
4. Apabila pelajar selesai membuat lakaran untuk sesuatu tajuk bermakna
ia telah membuat ringkasan bagi tajuk tersebut.
5. Mudah dan menarik untuk mengulang kaji.
6. Meningkatkan kemahiran berfikir, membuat analisis dan sintesis.
7. meningkatkan kreativiti.

Nota yang bagaimanakah patut dihasilkan oleh pelajar?

Setakat ini telah dibincangkan teknik – teknik mencatat nota. Kemahiran


mencatat nota amat perlu untuk semua pelajar. Tanpa kemahiran ini, usaha
untuk mengumpulkan maklumat akan terjejas. Ciri – ciri nota yang baik dan yang
patut dihasilkan oleh pelajar adalah seperti berikut :

1. Dicatat pada buku khas.


2. Mengandungi rangka kasar sahaja.
3. Terdiri daripada isi penting.
4. Catatan adalah terang dan mudah dibaca.
5. Ada butir rujukan seperti tajuk, nama penceramah serta tarikh.
6. Terdapat simbol, lambing, rajah dan lakaran grafik.
7. Terdapat tanda – tanda seperti garisan bulatan, bintang(*), untuk
menunjukkan perkara –perkara yang perlu diberikan perhatian.
8. Terdapat ruangan untuk kata kunci dan isi – isi utama nota tambahan.
Ciri ini khusus untuk nota yang dicatat berdasarkan ruangan seperti yang
disarankan pada halaman.
9. Bagi nota dalam bentuk peta minda, pastikan ia mematuhi ciri – ciri dan
peraturan yang telah ditetapkan.

Kalau selama ini anda membuat nota secara linear, dengan menulis ayat
baris demi baris, kemapa tidak anda cuba mencatat nota secara melakar pula?
Anda boleh juga cuba menggunakan peta minda. Sekarang anda mempunyai
beberapa pilihan. Mungkin anda tidak mahu menggunakan lakaran atau
pemetaan sahaja. Anda masih boleh menggunakan secar linear, tetapi cuba
gabungjalinkan teknik – teknik yang telah dibincangkan. Hanya anda yang dapat
menentukan teknik mana yang paling sesuai untuk diri anda. Yang pasti anda
harus cuba dahulu, dan buat pilihan kemudian.

MEMBUAT RUJUKAN.

Setelah kita mengetahui kepentingan belajar serta kaedah – kaedah


utama seperti mendengar secara aktif, mencatat serta membuat nota, satu lagi
aspek penting ialah membuat rujukan.

Apakah itu membuat rujukan? Jika kita sekadar membaca majalah, buku
atau surat khabar sama ada di perpustakaan atau dimana – mana sahaja hanya
semata – mata untuk memenuhi masa lapang dan semata – mata untuk
membaca sahaja, ia tidak dikatakan sebagai membuat rujukan. Kita dikatakan
membuat rujukan apabila memenuhi perkara – perkara berikut ;

1. Membaca untuk mendapatkan maklumat tambahan, bagi menokok


tambah maklumat yang sedia ada.
2. Membaca bahan yang bertanda ‘R’ (rujukan) di perpustakaan.
3. Membaca bahan rujukan seperti ensiklopedia, kamus, jurnal, buku
tahunan, majalah dan laporan.
4. Membaca bahan cetakan tertentu yang terpilih seperti tesis dan
sebagainya yang digolongkan sebagai ‘bahan terpilih’.
5. Mendapatkan maklumat dari sumber pakar sama ada secara
menemubual, menemuramah, atau melalui bentuk soal selidik.

Secara umumnya, membuat rujukan boleh dikategorikan kepada penggunaan


bahan bacaan, perpustakaan atau pusat sumber dan sumber kepakaran.
BAHAN BACAAN.

Bahan bacaan adalah bahan – bahan bertulis seperti buku, jurnal, majalah,
kamus, ensiklopedia, laporan dan atlas. Bahan – bahan tersebut boleh didapati
dengan banyaknya di tempat – tempat sumber rujukan seperti :
1. Perpustakaan awam.
2. Pusat sumber atau perpustakaan sekolah.
3. Perpustakaan di institusi – institusi pengajian tinggi.
4. Pusat Perkembangan Guru (PKG)

KEMAHIRAN MENGGUNAKAN KAMUS.

Kamus adalah bahan rujukan yang memberi maklumat, makna serta penerangan
tentang sesuatu perkataan. Terdapat beberapa jenis kamus seperti kamus
dwibahasa, kamus peribahasa, kamus bidang khusus (seperti sains), kamus
sinonim dan kamus antonim. Perkataan - perkataan didalam kamus disusun
mengikut tertib mengikut huruf abjad. Di setiap halaman disediakan dengan dua
kata petunjuk. Di sebelah kiri halaman kata penunjuk menunjukkan perkataan
pertama mengikut susunan abjad yang terdapat di halaman itu, manakala kata
petunjuk di sebelah kanan halaman menunjukkan perkataan terakhir di dalam
halaman itu.

KEMAHIRAN MENYOAL.

Soalan – soalan dan kemahiran menyoal.

Cara paling asas yang digunakan oleh guru untuk merangsang


pembelajaran dan pemikiran ialah melalui penyoalan. Bahan – bahan kajian
mengenai bentuk soalan dan cara menyoal telah meningkat kerana pengkaji –
pengkaji cuba mengenal pasti tingkah laku guru dan teknik yang boleh memberi
sumbangan dalam peningkatan pembelajaran. Satu kajian utama yang telah
dijalankan mendapati soalan guru tertumpu pada aras pemikiran kognitif rendah
yang menekan kepada kemahiran mengingat kembali. Ini bertentangan dengan
pandangan teori bahawa soalan aras tinggi lebih berguna untuk berfikir, belajar
dan untuk persiapan luar darjah pelajar di masa depan. Kajian oleh Wilen(1991)
mendapati bahawa soalan aras tinggi melahirkan pemikiran kritis apabila guru
menggalakkan murid menerang, menghurai dan menyokong pandangan mereka.

Kajian yang dijalankan oleh Wilen dan Dillon (1984) juga mendapati guru
boleh dilatih menggunakan aras kognitif dalam soalan mereka secara efektif
dalam pelbagai teknik penyoalan. Pengalaman penggunaan soalan dan teknik
penyoalan merangkumi soalan akademik, mudah soal(phrasing), soalan aras
kognitif rendah untuk pelajar peringkat rendah, soalan aras kognitif tinggi untuk
pelajar sederhana dan sekolah menengah, menggalakkan gerak balas pelajar,
masa tunggu, memberi pengiktirafan pada gerak balas yang betul, mengimbangi
gerak balas dari pelajar secara sukarela atau sebaliknya, memanggil pelajar,
menggalakkan gerak balas yang betul dan mencungkil.

JENIS – JENIS SOALAN.

1. Soalan berdasarkan kata tanya.


(a) Apa?
(b) Siapa?
(c) Di mana?
(d) Bila?
(e) Mengapa?
(f) Bagaimana?

2. Soalan – soalan yang mempunyai beberapa dimensi.

(a) Aras fungsi : aras kognitif atau efektif spesifik.


(b) Aras dinamik : soalan terbuka dan tertutup.
(c) Aras kepayahan : kompleks dan mencabar pelajar.
(d) Aras minat : rangsangan ingin tahu dan keinginan.
(e) Aras fisibiliti : kebolehan pelajar memeproses soalan.

3. Sistem klasifikasi soalan.

Menurut model ‘struktur intelek’ Guilford (1956), yang digunakan oleh


Gallagher dan Aschner (1963), skema klasifikasi mengenal pasti dan membina
aras kognitif soalan dikategorikan dalam bentuk bertumpu dan bercapah. Soalan
bertumpu digunakan untuk mengenal pasti pengetahuan asas dan kefahaman
pelajar. Ia juga digunaka sebagai landasan untuk aras pemikiran yang tinggi.
Oleh yang demikian, soalan aras rendah adalah persiapan untuk pemikiran aras
tinggi dan bukan berakhir di aras tersebut.

Soalan bercapah pula memerlukan pelajar memproses apa yang dipelajari


secara kritis, kreatif dan evaluatif. Pelajar perlu diberi peluang berlatih
menggunakan pemikiran berbentuk tinggi jika mereka diharapkan menjadi
pemikir reflektif dan bebas. Empat aras soalan yang dikemukakan adalah seperti
berikut :

Aras 1 : Bertumpu aras rendah

Soalan yang memerlukan pelajar mengingat, mengeluar dan meluah


semula pengetahuannya untuk memberi jawapan (pemikiran ingat
kembali).Tujuan guru ialah agar pelajar dapat mengingat kembali. Penekanan
diberi pada menghafaz dan pemerhatian, dan gerak balas pelajar dapat
dijangka. Aras 1 ini bersesuaian dengan aras pengetahuan dalam taksonomi
Bloom.
Contoh soalan :

• Siapakah yang mencipta roket?


• Berapa warna terdapat pada pelangi?
• Apakah definisi pendidikan?

Aras 2 : Bertumpu aras tinggi.

Soalan aras ini memerlukan pelajar menggunakan pemikiran produktif


peringkat satu. Tujuan guru adalah untuk menyediakan murid melintasi peringkat
ingat kembali dan menunjukkan kefahaman terhadap maklumat dengan
mengurus bahan di dalam pemikirannya. Pelajar juga belajar mengaplikasikan
maklumat. Walaupun pemikiran yang lebih mendalam diperlukan, gerak balas
murid masih dapat dijangka.

Aras 2 adalah bersamaan dengan peringkat kefahaman dan aplikasi


dalam taksonomi Bloom. Contoh tingkah laku murid : menerangkan,
membanding, melengkapkan semula, meringkaskan, menterjemahkan,
fahamkan, kaitkan, gunakan, sabitkan, beri contoh, selesaikan.

Contoh soalan :

• Apakah contoh ciri kerjasama yang terdapat di rumah?


• Bagaimanakah ciri – ciri tersebut berkait?
• Bagaimana anda menyelesaikan masalah ini menggunakan tatacara yang
telah dibincangkan tadi?
• Dengan menggunakan ayat sendiri, ceritakan bagaimanakah gagak itu
dapat minum air dari takar itu?

Aras 3 : Bercapah aras rendah.

Soalan yang memerlukan pelajar berfikir secara kreatif mengenai


maklumat untuk mencari sebab musabab, membuat andaian keputusan, atau
bukti menyokong pendapat. Pemikiran produktif aras tinggi terlibat disini, oleh itu
gerak balas pelajar mungkin dapat ataupun tidak dapat dijangka.

Aras 3 ini bersamaan dengan peringkat analisis Bloom. Contoh tingkah


laku pelajar : mengenal pasti motif, sebab musabab, membuat rumusan,
kesimpulan atau andaian, memberi bukti, menyokong idea, menganalisis
maklumat dan sebagainya.

Contoh soalan :

• Selepas menjalankan eksperimen, apakah kesimpulan anda?


• Mengapa kepekatan bahan berlaku?
• Kenapa anak gadis lari dari rumah?
• Apakah bukti yang dapat anda beri untuk menyokong pendapat anda
tentang kemerosotan pelaksanaan undang – undang di Malaysia?

Aras 4 : Bercapah aras tinggi.

Soalan aras ini memerlukan pelajar berfikir secara evaluatif dan tulen.
Tujuan guru ialah memungkinkan pelajar membuat andaian, menyelesaikan
masalah sebenar, membuat keputusan, menilai idea, maklumat, tindakan dan
jelmaan estetik berasaskan criteria dalaman dan luaran. Aras ini merupakan
peringkat tertinggi dalam pemikiran produktif. Oleh itu, gerak balas dari pelajar
sukar dijangka.

Aras 4 bersamaan dengan aras sintesis dalam taksonomi Bloom. Contoh


tingkah laku pelajar : menghasilkan komunikasi yang tulen, mereka cipta,
mencadang penyelesaian, mencipta, membuat spekulasi, hipotesis, sintesis,
membina, menulis, mereka, membangun, mengadili, menilai, memilih,
mengeluarkan pendapat.

Contoh soalan :

• Bagaimanakah anda menilai keberkesanan Agensi Perlindungan Alam


Sekitar?
• Apakah tajuk yang sesuai bagi cerita ini?
• Bagaimanakah caranya kita mendapatkan wang untuk pusat pengguna?
• Apakah program televisyen yang paling anda minati?kenapa?