Anda di halaman 1dari 12

1.Abang saya akan melanjutkan pelajarannya________ Australia_______ akhir bulan ini.

a.di, di            b.ke, di              c.dari, pada                 d.di, pada

2.Gambar yang tergantung_______ dinding itu dibelinya_________ pelukis itu.

a.pada, daripada           b.di, dari             c.dengan, daripada          d.kepada, dari

3.Kami memang gemar_________ hobi mengumpul setem.

a.dengan         b.akan               c.dari             d.daripada

4.Bendera yang________ itu bendera negara Afrika selatan.

a.berkocak         b.berbuai             c.berkumandang              d.berkibar.

5.Itik yang sedang________ makanan itu besar-besar belaka.

a.mematuk          b.menyudu            c.memagut              d.menghisap.

6.Dalam________ seminggu, saya harus menyiapkan tugasan ini.

a.tempo                  b.tempuh              c.tempoh               d.tempah.

7.Para pengundi_______ ke pusat pengundian di sekolah itu.

a.berebut-rebut            b.berdedai-dedai              c.berduyun-duyun         d.berlelai-lelai

8.Isikan________ ini ke dalam sarung bantal yang baru dijahitkan oleh ibu.

a.kekacang          b.kekabu           c.kekisi                   d. bebola.

9.Kapal yang_______ dari pelabuhan  itu ke tempat ini kepunyaan Syarikat Azeem.
a.bolak-bolak         b.turun-naik          c.lalu-lalang           d.mundar-mandir.

10.Masukkan beberapa_________ bawang ke dalam sambal kicap itu.

a.iris          b.ketul             c.biji              d.buah.

11.Harga tiga________ petai itu ialah RM3.00.

a.papan         b.buah          c.gelung             d.gelang.

12.________ pohon kemboja itu dicantas oleh ayah.

a.Bebatang          b.Bebuli            c.Reranting             d.Kekayu.

13.Dia membaling anjing itu dengan se_________ kayu api.

a.batang          b.papan            c.berkas             d.laras.

14.Sarang_______ yang memenuhi ruang rumah itu telah saya bersihkan.

a.Ielabi          b.lelabah              c.kekabu              d.tetupai.

15.Tudung saji digunakan untuk menutup________ itu.

a.sampah-sarap         b.semak-samun             c.sayur-mayur               d.lauk-pauk.

16.Keadaan malam itu sangat________ dan tidak berbintang di langit.

a.cerah          b.gelap              c.bahaya           d.suram.

17.Kita tidak boleh memandang_______ kepada orang lain walaupun mereka miskin.

aserong            b.jijik                c.sombong              d.hina.


18.Pelajar lelaki universiti dipanggil________.

a.mahasiswi           b.mahasiswa               c.mahaguru                 d.mahaputera.

19.Dalam filem, pelakon wanita dipanggil__________.

a.seniman         b.biduan              c.biduanita                d.seniwati.

20.Bapa Tong Fong memelihara beberapa_________ anjing untuk mengawal rumahnya.

a. buah b. biji c. kumpulan d. ekor

1. Ramli ingin menceburkan diri dalam bidang_____________.

   A  peniaga                       B perniagaan                  C memperniagakan                 D berniaga  

2. Saya berpeluang untuk ____________ acara perbarisan bersempena dengan sambutan Hari
Kebangsaan.

  A menyertai                      B beserta                   C penyertaan                   D menyertakan

3. Kumar dan Kim Boon tinggal ____________ sejak lima tahun yang lalu.

  A menghampiri                   B berhampiran                     C hampir                D perhampiran

4. Pak Khamis memiliki sepuluh __________ tanah sawah.

  A buah                   B kelompok                     C batang                      D bidang

5. Pihak polis merampas beberapa ___________ pistol  daripada perompak-perompak


itu.

  A pucuk               B patah                  C ketul                    D biji

6. Emak membeli lima ___________ pisang untuk Makcik Limah.

  A kotak                  B cucuk                      C sikat                    D biji

7. Se_________ burung merpati hinggap di bumbung rumah.

  A puntung               B kawan                       C rangkap                 Djambak

8. Para pelajar memperoleh pengetahuan yang berguna ___________ lawatan itu.

  A daripada                    B dengan                         C dari              D untuk

9. Banyak orang yang tidak bersetuju ____________ pendapat Zainal itu.


  A akan                        B dengan                      C untuk                  D seperti

10. _________ saya _________ dia tidak akan menyertai perkhemahan pengakap pada
minggu depan.

  A Entah...entah                 B Baik...mahupun                 C Jangankan...pun                D


Makin...makin

11. _________ bapanya meninggal dunia, Serilah yang menyara keluarganya.

  A Hingga              B Kerana                C Sejak                      D sewaktu

12. Rashid Sidek tersenyum __________ melambai-lambaikan tangannya kepada orang


ramai.

  A maka          B tetapi           C atau            D  sambil

13. Padi yang _______ itu akan dituai tidak lama lagi.

  A kebiru-biruan        B kemerah-merahan    C kehijiau-hijiauan     D kekuning-


kuningan

14. Mereka _________ di tepi laut.

  A porak- peranda     B mandi- manda     C riuh-rendah       D ramah-tamah

15. Nenek dapat mengangkat kotak yang berat itu.

  A besar          B banyak        C ringan           D kuat

16. Pendaki-pendaki itu sedang berehat di puncak Gunung Kinabalu.

  A bawah         B dalam               C kaki            D atas

17. Puan Zura berasa sangsi akan kejujuran pemuda itu.

  A benci           B yakin             C suka                   D lega

18. Wanita itu sanggup __________ untuk menyelamatkan anaknya.

  A berat hati         B berbelah bagi            C bergadai nyawa             D berhati batu

19. "Janganlah mencuba ________________ saya dengan kata-kata manis itu," kata
Rozita kepada Ali.

  A mengabui mata                  B mendarah daging                   C memeras ugut                  


D mencuci mata

  20.  Adik ____________ apabila melihat alat-alat permainan itu.


    A putih mata          B ringat tulang                C rabun ayam                D rambang mata

1. Sufian bukan saja pandai bermain hoki ___________ pandai bermain bola sepak.

  A apatah lagi            B mahupun          C tetapi juga           D tambahan pula

2. Saya akan ke sana hanya__________ kerja-kerja di sini sudah  selesai.

  A sehingga       B jika        C selagi       D sejak

3. perempuan itu berasa yakin ___________ anaknya akan pulang pada suatu hari nanti.

  A jika             B apabila                 C kerana                D bahawa

4. Kami membeli se__________ buah anggur sebagai buah tangan untuk Rohani.

  A gugus        B tandan           C ulas           D ikat

5. Harga __________ kasut  buatan Itali itu lebeh mahal daripada cincin emas ini.

  A sehelai          B selembar       C sebuah          D sepasang

6. Pak Wan turun ke laut sambil membawa se___________jala.

  A keping       B rawan         Cpapan       D bidang

7. Galah yang paling panjang itu  digunakan _____________ mengait buah kelapa.  

  A dengan      B daripada    C kepada     D untuk

8. Pasangan pengantin itu sama cantik dan sama padan ____________ pinang dibelah dua.

  A tentang       B oleh       C seperti         D sejak

9. ____________ itu sedang menggayakan baju kurung tradisional.

  A Peragawati            B Olahragawati          C Seniwati           D Sukarelawati

Soalan 10 hingga soalan 14

PIlinhan jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong yang
bernombor dalam petikan di bawah ini.
  Bunga raya memang terkenal di seluruh dunia. Bunga ini       (10)      sebagai pohon yang sejenis dengan
pohon kapas dan bendi. Bunga ini dapat       (11)     dalam pelbagai warna. Namun demikian, yang
berwarna merah tualah yang paling      (12)      orang.

  Bunga raya dapat juga dijadikan bahan ubat untuk     (13)    . Untuk      (14)     alis mata, cecair dari
kelopak bunga raya digunakan orang sebagai pewarna.

10. A golongan           B tergolong           C menggolongkan           D penggolongan

11. A menemukan      B menemui            C penemuan                D ditemukan


12. A diminati             B meminati             C berminat               D peminat

13. A mencantikkan     B kecantikan      C mempercantik     D cantik

14. A menghitamkan     B kehitaman      C hitam     D menghitam

Soalan 15 dan soalan 16

Pilihlah perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.


15. Beberapa orang ahli menyokong usul yang diutarakan oleh pemuda itu.

  A membangkang          B menyoal          C menerang           D menjawab

16. Musim kemarau menyebabkan penduduk desa itu mengalami kesusahan.

  A panas          B dingin           C tengkujuh          D sejuk

Soalan 17 dan soalan 18

Pilihlah kata ganda yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam
ayat-ayat di bawah ini.
17. Para pelajar itu sedang _____________ mengulang kaji pelajaran sebelum peperiksaan menjelang.

  A bergopoh-gapah       B tunggang-langgang      C bertungkus-lumus     D riuh-rendah

18. Sikapnya yang _____________ itu menyusahkan kami.

  A kecil-kecilan      B keanak-anakan        C berkejar-kejaran     D kehairan-hairanan

Soalan 19 dan soalan 20

pilihlah simpulan bahasa yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong
dalam ayat-ayat di bawah ini.
19. Setelah lama tinggal di Semenanjung Malaysia, keluarga Swee Mei akan ___________ ke Sarawak
pula.

   A beralih        B beralih akal        C berbelah bagi      D bertikam lidah

20. Mohanlah yang menjadi ____________ dalam persatuan belia ini.

  A titik peluh      B terang hati        Ctulang belakang         D tajam akal

1. "Mengapakah _____________ tidak datang ke rumah saya semalam?" tanya Peng Sun kepada kawan-
kawannya.

  A mereka          B anda               C engkau          D kalian

2. ____________ hasil kraftangan dipamerkan di Pusat Pameran Karyaneka.


  A Beberapa         B Pelbagai           C Setengah            D Ketiga-tiga

3. Mak Ton tidak berselera untuk makan. Dia makan _____________ nasi saja.

  A sejambak        B sekelompok            C sekepal        D seketul

4. Pembahas itu memulakan perbahasannya dengan _____________ pantun.

   A serangkap           B sejambak          C seutas            D setangkai

5. ___________ pelajar, kita harus patuh kepada undang-undang.

  A Seperti             B Sebagai            C Sejak            D Terhadap

6. Oleh sebab keletihan, _____________ tertidurlah si miskin itu di bawah pohon beringin.

  A agar        B hingga         C serta             D maka

7. _____________ betul _____________ tidak berita ini.

  A Kian...kian         B Entah...entah          C Makin...makin          D Baik...baik

8. Makcik Midah merebus ubi kayu itu hingga ____________.

  A lembik        B lembut           C lemau         D empuk

9. Gadis yang jelita itu memakai baju kurung dengan potongan ____________ di sebelah kiri.

  A condong         B serong          C bengkok            D bongkok

10.  Gurdip Singh menjalankan tugas-tugasnya dengan penuh____________.

  A meyakini      B meyakinkan        C berkeyakinan          D keyakinan

11. "Kemalangan itu sungguh dahsyat dan ____________," kata Aris kepada Zul.

  A menakuti        B menakutkan           C ketakutan            D takut

Soalan 12 dan soalan 13

Kata yang bergaris ialah kata ganda. Pilihlah kata ganda yang menunjukkan
bilangan banyak.
12. A Kanak-kanak itu menangis apabilah ditinggalkan oleh ibunya.

     B Abang membelikan adik gula-gula.

     C Kotak-kotak itu tersusuh di dalam stor.

     D Setiap manusia harus patuh kepada undang-undang.

13. A Lauk-pauk yang tidak habisdimakan itu disimpan oleh Aini.


     B Abang saya bertugas sebagai mata-mata.

    C Banyak orang yang lalu-lalang di jalan ini.

    D Sehari-harian saya menunggu kamu.

Soalan 14 dan soalan16

Pilihlah simpulan bahasa yang sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam
ayat-ayat di bawah ini.
14. Pemuda itu meninggalkan kampung untuk ____________ di Kuala Lumpur.

  A mencuit hati       B mengambil berat        C mengadu untung        D mengikut jejak

15. Penduduk Kampung Belanja sudah _____________ nutuk membina sebuah surau.

   A bulat kata       B besar hati         C berat hati         D burut siku

16. "Janganlah menjadi _____________ apabila di sekolah nanti," kata Puan Zaiton kepada anaknya.

  A putih mata        B kaki bangku          C paku belanda         D kera sumbang

Soalan 17 dan soalan 18

Pilihlah perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.


17. Kerja-kerja pembinaan sekalah itu sudah selesai.

A runtuh          B terbengkalai           C siap          D mula

18. Dia berduka kerana gagal dalam peperiksaannya.

  A bersedih          B bersenang          C bergembira           D bermuram

Soalan 19 hingga soalan 20

Pilihlah ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang bergaris.

19. Lima orang pemuda yang disyaki terlibat dalam suatu rompakan telah ditangkapoleh polis.

  A Lima orang pemuda telah ditangkap oleh polis yang disyaki terlibat dalam suatu rompakan.

  B Lima orang polis yang disyaki terlibat dalam satu rompakan telah ditangkap oleh pemuda.

  C Lima orang pemuda dan polis yang disyakit terlibat dalam suatu rompakan telah ditangkap.

  D Polis telah menangkap lima orang pemuda yang disyaki terlipat dalam suatu rompakan.

20. "Simpanlah barang-barang kamu di tempat yang selamat," kata pengawal keselamatan itu kepada
Mahmut.

  A pengawal keselamatan itu menyimpan barang-barang Mahmud di tempat yang selamat.


  B pengawal keselamatan itu menasihati Mahmud supaya menyinpan barang-barangnya di tempat yang
selamat.

  C pengawal keselamatan itu menegur Mahmud kerana menyimpan barang-barangnya di tenpat yang
selamat.

  D pengawal keselamatan itu mempelawa Mahmud menyimpan barang-barangnya ditempat yang


selamat.     

1. Dia menggunakan selimut yang tebal untuk ______________ badannya.

  A panas          B berpanas            C memanasi             D memanaskan

2. Beberapa orang pagawai yang melakukan _____________ akan dikenakan tindakan undang-undang.

  A menyeleweng     B menyelewengkan      C penyelewengan     D penyeleweng

3. Bapa saudara Tan Wing suka _______________.

  A pengembara        B berkembara         C mengembara         D pengembaraan

4. Kenny Lim, pernah _____________ sebuah kumpulan muzik lima tahun lalu.

  A pertubuhan             B ditubuhkan               C penubuhan                   D menubuhkan

5. Para siswazah akan mengusahakan projek ternakan ikan di se_____________ tanah di tepi jalan raya
itu.

  A bentuk              B keping              C bidang              D batang

6. "Bubuhlah _____________ garan ke dalam kuih kari itu," kata emak.

  A genggam              B cubit               C senduk              D cebis

7. Satu _____________ sayur kangkung ini dijual dengan harga empat puluh sen.

  A batang          B sikat           C tangkai           D ikat

8. Gadis itu  bukan saja cantik ______________ berbadi bahasa.

  A tetapi juga          B namun          C tambahan pula           D dan

9. Dia menyimpan semua wangnya di dalam bank ______________ selamat.

  A serta          B supaya           C sementara           D kalau

10. Baiklah berjagung-jagung dahulu ______________ menunggu padi masak.

  A sebelum         B sampai          C sewaktu          D sementara

11. Orang itu ___________ di biliknya sambil memikirkan sesuatu.

  A lalu-lalang          B lintang-pukang          C mundar-mandir           D simpang-siur


12. Abang Hassan menebang pohon itu untuk dijadikan beberapa ____________ tiang dan beberapa
_____________ papan.

  A buah...keping         B buah...helai               C batang...keping       D batang...kerat

13. Api pelita itu ____________ ditiup angin.

  A berliang-liuk      B berlenggok-lenggok            C menari-nari           D melambai-lambai

14. Ketua kampung telah ____________ pendapatnya dalam mesyuarat itu.

  A menghamparkan     B menghuraikan      C mencadangkan     D mengulas

15. Ular itu ____________ di atas dahan pohon besar itu.

  A menular          B menjalar          C meraba           D melata

16. Abang ____________ adik mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan semakin hampir.

  A memerintah      B memanggil       C menyuruh       D mengarah

17. Penduduk kampung itu ______________ untuk mengadakan kerja secara gotong-royong.

  A bulat hati      B kata dua      C bulat kata       D kata patus

18. "Saya ingin ____________ abang saya yang belajar di luar negeri," kata Amir.

  A mengikut jejak       B mengikut telunjuk         C membuka langkah         D membuka jalan

19. Orang yang ___________ akan berjaya dalam hidupnya.

  A ringan tulang      B ringan mulut       C ringan kepala        D ringan tangan

20. Doktor menasihati Encik Lim supaya ____________ agar penyakitnya lekas sembuh.

  A bawah angin          B kepala angin          C beralih angin          D beralih akal

    

1    __________ botol itu dengan air.

   A   Terisi   B    Berisi   C   Mengisi   D   Isikan

2   Saya tidak   _____________ beg yang berat itu.

   A   terangkat   B    keberangkatan   C   angkatan   D    mengangkat

3   Usah___________ perkara itu kepadanya.

   A   tertanya   B    menanyakan   C   tanyakan   D   tanya


4   Kaki  Kok Chye sakit kerana_____________ batu.

    A   penyepak   B    tersepak   C   sepakan   D   disepak

5_________ kertas ini ke dalam tong sampah.

   A   Membuang   B    buangan   C   buangkan   D   Dibuang

6   Peluh yang keluar____________ bajunya.

   A   membasahi   B    dibasahkan   C   dibasahi   D  terbasah

7   Kim Her____________ kepalanya apabila ditanya.

   A   digelang   B    tergelang   C    gelengan   D     menggelengkan

8   Rozi deman kerana____________bapanya.

    A   kerinduan    B    dirindui     C   merindui   D    merindu

9    Dialah yang_________ pinggan itu.

   A   terpecah   B    memecahkan   C   pecahan  D   dipecah

10   Perlahan-lahan mereka___________ lereng yang   curam itu.

   A   diturunkan   B    merununi   C   keturunan   D    penurunan

11   Air sungai ini___________ dengan deras.

   A   mengalir   B    menurun   C   melimpah   D   menerjun

12   Paul__________-dengan pantas apabila hari hendak hujan.

   A   bergerak   B    melompat   C   berjalan  D   merayap

13   Puan Lim___________sayur dengan pisau.

    A   Memotong   B    membelah    C   mencincang   D    membedah

14    Eddy___________ terbahak-bahak melihat   pertunjukan itu.

   A  menangis   B   termenung   C   tersenyum   D   ketawa

15   Mereka___________ bukit itu dengan mudah.

    A   menaiki   B    memanjat   C   mendaki   D   merangka

16    Chong Wah  sedang memancing__________ di sungai.


   A   ikan   B   harimau    C   ayam   D   buaya

17    Ibu negara Malaysia ialah ____________.

   A   Ipoh   B   Shah Alam   C   Kuala Lumpur   D   Seremban

18   Emak membeli ikan di___________. 

    A   sekolah   B    pasar   C   bank   D    hospital

19______________ seorang guru yang baik hati.

   A   Datuk   B   Murid    C   Jiran   D   Gikgu Lim

20   Saya bercita-cita hendak menjadi seorang_________.

   A   bank   B   pencuri    C   polis   D   bunga