Anda di halaman 1dari 6

BISMILLAHIRAHMAN………….ALHAMDULILLAH…….

WASSALA TU
WASSALAMU……..

YANG BERUSAHA LAGI DIRAIKAN,


PN HJH JAMILAH BT HJ ABDULLAH, GURU BESAR SK BAKRI BATU 5, MUAR

YANG DIHORMATI, PN BADARIAH BT MOHAMAD , GPK KURIKULUM, SK BAKRI


BATU 5, MUAR

YANG DIHORMATI, EN OTHMAN B KUCHIT, GPK KO KURIKULUM SK BAKRI BATU


5, MUAR

JAWATANKUASA PENGELOLA MAJLIS LAMBAIAN KASIH, GURU-GURU SERTA


MURID-MURID YANG DIKASIHI SEKALIAN

ASSALAMUALAIKUM WBR. DAN SALAM SEJAHTERA

SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN KEHADRAT ILLAHI KERANA DENGAN LIMPAH


KURNIANYA DAPAT KITA MELUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA SEMPENA
MAJLIS LAMBAIAN KASIH PUAN GURU BESAR YANG AKAN BERPINDAH
MENABUR JASA DAN BAKTI DI TEMPAT LAIN

TERLEBIH DAHULU IZINKAN SAYA BAGI PIHAK JAWATANKUASA PENGELOLA


MAJLIS INI MEMBINGKISKAN UCAPAN SELAMAT DATANG

HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI

MAJLIS LAMBAIAN KASIH AMAT BERMAKNA. MOHON MAJLIS INI PENUH


KEBERKATAN, DENGAN INI MEMPERSILAKAN YANG DI HORMATI USTZ GHAZALI
B MUSTAPHA MEMIMPIN BACAAN DOA. DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA
HORMATNYA

DOA

DEMIKIAN TADI PIMPINAN BACAAN DOA. TERIMA KASIH

PARA HADIRIN,

MENGIKUT KETETAPAN ACARA, MAJLIS KITA DITERUSKAN DENGAN


MEMPERSILAKAN ________________________________ WAKIL PELAJAR SK BAKRI
BATU 5 UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN. DIPERSILAKAN

UCAPAN WAKIL PELAJAR

DEMIKIAN TADI UCAPAN YANG TELAH DISAMPAIKAN. TERIMA KASIH


KETETAPAN ACARA DITERUSKAN JUA. MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA
MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI, PN BADARIAH BT MOHAMAD , GPK
KURIKULUM SK BAKRI BATU 5, MUAR MENYAMPAIKAN UCAPAN.
DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.

UCAPAN GPK

DEMIKIAN TADI UCAPAN YANG TELAH DIBINGKISKAN. TERIMA KASIH

Hitam-hitam si tampuk manggis


Manisnya hingga menjilat jari
Makin bertambah serinya majlis
Bacaan Biodata menyusul kini

HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI

IZINKAN SAYA MEMBACAKAN SERBA RINGKAS BIODATA YANG BERUSAHA


LAGI DIRAIKAN, PN HJH JAMILAH BT HJ ABDULLAH

BACAAN BIODATA

PARA HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,

TERBANG DI AWAN BURUNG JENTAYU,


KERANA PENAT GUGUR KE BUMI;
TAMPILLAH PUAN KAMI MERAYU,
BERSAMA AMANAT BEKALAN KAMI.

KINI TIBA KETIKA DINANTI. UNTUK ITU DIPERSILAKAN YANG BERUSAHAI LAGI
DIRAIKAN, PN HJH JAMILAH BT HJ ABDULLAH, MENYAMPAIKAN UCAPAN.
DIPERSILAKAN

UCAPAN YANG DIRAI

DEMIKIAN TADI UCAPAN YANG TELAH DISAMPAIKAN.TERIMA KASIH


PARA HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,

MENUNJUK BAKAT MEMPERSEMBAHKAN GAYA. MOGA PUAN YANG DIRAIKAN


RIA TERASA. KINI KITA TAMPILKAN ADIK NURZAYANAH UNTUK
MENDEKLAMASIKAN SEBUAH SAJAK YANG BERTAJUK ________________________

DIPERSILAKAN.

PERSEMBAHAN MURID

PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA ADIK NURZAYANAH


ATAS SEMPURNANYA ACARA.

DIAN TIGA LILIN PUN TIGA


   TANGLUNG TERGANTUNG RUMAH LAKSAMANA
DIAM JUGA SABAR PUN JUGA
   ADA UMUR TIDAK KE MANA

PARA HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN

SETERUSNYA DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN


YANG BERUSAHA LAGI DIRAIKAN, PN HJH JAMILAH BT HJ ABDULLAH, UNTUK
MEYAMPAIKAN SIJIL-SIJIL PENGHARGAAN ATAS DAYA USAHA GEMILANG
GURU-GURU DAN STAF SEKOLAH SEPANJANG TAHUN 2010 YANG LALU .
DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA PUAN.

MENDAHULUI SENARAI PENERIMA SIJIL PENGHARGAAN BAGI TERBAIK PURATA


SEKOLAH 1.92 TAHUN 2010. DIPERSILAKAN........

SIJIL –SIJIL BACA SENARAI NAMA GURU


PENERIMA CENDERAHATI TANDA KENANG-KENANGAN DAN INGATAN TULUS
IKHLAS DARIPADA YANG BERUSAHA LAGI DIRAIKAN, PN HJH JAMILAH BT HJ
ABDULLAH.

MENDAHULUI SENARAI PENERIMA CENDERAHATI KENANG-KENANGAN.


DIPERSILAKAN

1. EN HAFIZ BIN RAMLI


2. MOHD ASYRAF B MOHD ZANI

SETERUSNYA DIPERSILAKAN WAKIL-WAKIL MURID DARI

1. PRA SEKOLAH
2. PENDIDIKAN KHAS
3. TAHUN 1
4. TAHUN 4
5. TAHUN 5
6. TAHUN 6

KETETAPAN ACARA DITERUSKAN LAGI DENGAN MAJLIS PENYAMPAIAN


HADIAH DAN CENDERAHATI TANDA TERIMA KASIH KAMI KEPADA YANG
BERUSAHA LAGI DIRAIKAN, PN HJH JAMILAH BT HJ ABDULLAH

DIPERSILAKAN WAKIL MURID DARI

1. PRA SEKOLAH
2. PEND KHAS
3. BADAN PENGAWAS SEKOLAH
4. PUSAT SUMBER SEKOLAH
5. TAHUN 1
6. TAHUN 4
7. TAHUN 5
8. TAHUN 6

TERIMA KASIH ATAS SEMPURNANYA ACARA.


PARA HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI,

GERAK GERI MEMAPARKAN KELINCAHAN,


RIANG MENARI SAMBIL BERLAGA,
BERSENDA GURAU MELAKAR WAJAH,
NAMUN YANG LEBIH TAHU,
HANYA TUHAN YANG SATU.

DI DALAM KERIUHAN SORAK DAN SORAI,


ADA HARAPAN YANG TERKULAI,
CITA-CITA MELANGKAU EVEREST NAN TINGGI,
MIMPI INDAH ONAK MENIKAM DIRI,
NAMUN ITULAH ENGKAU...
SEGALA DERITA DI SIMPAN DI HATI,
TERPINTAL INDAH MENYUSUN SENI,
MENJADI PENAWAR HATI YANG SEPI,
TIADA KALIMAH MUSTAHIL,
DALAM TUBUH YANG KECIL.

LAUTAN SANGGUP DIREDAH,


7 BENUA MAHU DIJAJAH,
ONAK YANG MENUSUK JAUH DI SUDUT HATI,
MENJADI AZIMAT PENDORONG DIRI.

JATUH DAN DIJATUHKAN BERKALI-KALI,


NAMUN TERUS BANGKIT,
MELANGKAH DAN BERLARI,
ITULAH ENGKAU PUNYAI WAWASAN SENDIRI,
TIDAK PERNAH TEWAS DIPUKUL TAUFAN,
TIDAK BERPUTUS ASA PADA PELBAGAI TOHMAHAN,
NAMUN ENGKAU GURU HANYA SEORANG INSAN.

ADA TIKANYA TERPERANGKAP OLEH PERASAAN,


DAN KERANA PERASAAN LAH,
DALAM TENANG ENGKAU RESAH,
KERANA HATI LAH,
DALAM RIANG ENGKAU DERITA,
NAMUN KERANA ILMU MU TIDAK INGIN DIPERSIA,
ENGKAU RELA MENJADI LILIN TERBAKAR,
MENERANGI KAMI SEMUA.

( KALAU SEMPAT BACA )


BINTANG BARAT TERBIT PETANG 
    BINTANG TIMUR TERBIT PAGI 
JIKA TIDAK MELARAT PANJANG 
    ADA UMUR KETEMU LAGI

MAJLIS KITA BERAKHIR DI SINI. DIKESEMPATAN INI SEBALUM LANGKAH


DIATUR, IZINKAN KAMI SEKALI LAGI MEWAKILI SEMUA WARGA SK BAKRI BATU
5, MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON KEMAAFAN SEIKHLAS HATI ANDAI
TERKASAR BAHASA, MAHUPUN TERLANJUR BICARA.
SEKIAN WABILLAHI TAUFIK........................

DIPERSILAKAN YANG BERUSAHA LAGI DIRAIKAN, PN HJH JAMILAH BT HJ


ABDULLAH BERSALAMAN TANDA PERPISAHAN DENGAN MURID-MURID SK
BAKRI BATU 5 UNTUK KALI TERAKHIR.

Anda mungkin juga menyukai