Anda di halaman 1dari 3

JEAN PIAGET

Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya


bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang
Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama
yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya
yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981. Pada usia 10 tahun, beliau menulis notis
pendek berkenaan dengan pipit yang albino “albino sparrow”. Jean Piaget sangat
berminat dalam bidang moluska. Sewaktu kecil beliau bercita-cita untuk menjadi
seorang Moluskalogis yang terkenal. Selepas tamat sekolah menengah, Jean
melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur
22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah
makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai
ketua "Swiss Society for Psychologist". Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah
satu tokoh yang amat penting di abad ke dua puluh. Latar belakang beliau ini
memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja
dengan Binet bagi membentuk ujian keceredasan mental. Semasa bekerja dengan
Binet, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-
kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan Jean,
pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana
proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Oleh itu, teori
yang beliau kemukakan menfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.
Antara konsep-konsep penting dalam teori beliau ialah :
Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu
dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu
peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak
mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang
relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu
mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Oleh yang demikian, beliau telah
membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan
umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah :

 Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)


 Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)
 Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun)
 Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)

Anda mungkin juga menyukai