Anda di halaman 1dari 16

PAM EMPAR C4009/UNIT 11/1

Unit 11 PAM EMPAR

Objektif Am:

Menyatakan jenis-jenis pam dan cara pam beroperasi.

Objektif Khusus:

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

i. Menyata dan menyenaraikan jenis-jenis pam.

ii. Mengenalpasti komponen-komponen pam empar.

iii. Melukis gambarajah pam empar.

iv. Menerangkan ciri-ciri pam empar.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
PAM EMPAR C4009/UNIT 11/2

Input 1

11.0 Pengenalan

Alat yang menggunakan air sebagai bahan penghantaran untuk bekerja

dinamakan sebagai pam atau turbin, dan ianya bergantung kepada banyaknya

tenaga yang berlaku. Pam ialah sejenis mesin hidraulik yang mengalih tenaga

mekanikal kepada tenaga air sementara turbin pula menggunakan tenaga air

untuk menggerakkan jentera atau turbin.

Pam membekalkan tenaga kepada air dan digunakan dalam sistem bekalan

air untuk membawa air dari paras yang rendah kepada paras yang lebih tinggi,

atau untuk meninggikan tekanan dalam paip yang mengalami kejatuhan tekanan.

11.1 Pam

Pam diklasifikasikan berdasarkan arah pergerakkan air, emparan

(centrifugal), berputaran (rotary) dan dedenyut (reciprocating).

Terdapat pelbagai jenis pam yang digunakan dalam sistem bekalan air.

Pam jenis anjakan positif berupaya menghantar suatu kuantiti cecair dengan

setiap kali putaran rotornya dan paling berguna untuk cecair yang berkelikatan

tinggi seperti minyak, cat, bahan-bahan kimia, air sisa dan najis untuk

penghantaran ke logi rawatan.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
PAM EMPAR C4009/UNIT 11/3

Pam rotodinamik yang menambah tenaga air daripada gerakan pendesaknya yang

memutar bergantung kepada tindakbalas hidrodinamik dan bentuk pendesak.

Pengkelasan ini dapat dilihat dengan jelas dalam Rajah 11.1 di bawah.

Mesin Tekanan Air

Pam Turbin
Anjakan positif Rotodinamik Impulse Reaction

Empar Aliran Aliran


Berputar Dedenyut Bercampur Paksi

Aliran Jejari Aliran Bercampur Aliran Paksi

RAJAH 11.1 - CARTA PAM

Pam empar seterusnya boleh dibahagikan pula kepada aliran paksi

(axial flow), aliran jejari (radial flow) dan aliran bercampur (mixed flow).

Pam aliran paksi mengerakkan air pada arah paksi sahaja seperti yang digambarkan

dalam Rajah 11.2.

Pam aliran jejari beroperasi secara paksi, merujuk kepada Rajah 11.3

di mana air memasuki pam secara paksi tetapi air yang dikeluarkan adalah pada arah

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
PAM EMPAR C4009/UNIT 11/4

yang bersudut tepat dengan aliran air masuk. Sementara pam aliran bercampur pula

mempunyai kombinasi diantara kedua-dua pam tadi.

Pblower

Pdownstream
Pupstream

Rajah 11.2 – Pam Aliran Paksi.

Rajah 11.3 : Pam Aliran Jejari.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
PAM EMPAR C4009/UNIT 11/5

Contoh Permasalahan 11.1

Berikan dua jenis pam yang utama.

Nota: Cuba anda jawab sendiri berdasarkan daripada input yang telah diberikan sebelum menyemak jawapan yang disediakan.

Jawapan

Dua jenis pam yang utama iaitu:-

a) Anjakan positif
b) Rotodinamik

Nota:
Sekiranya anda berjaya menyenaraikan kedua-duanya, teruskan dengan aktiviti 1.
Tetapi sekiranya anda kurang pasti sila rujuk nota pada Input 1 (Unit 11).

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
PAM EMPAR C4009/UNIT 11/6

Aktiviti 11a

SILA UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA……!

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA HELAIAN MAKLUMBALAS DI


HALAMAN BERIKUTNYA.

11a.1 Kelaskan jenis-jenis pam dengan menggunakan carta.

11a.2 Terangkan bentuk aliran bagi pam aliran paksi dan pam aliran jejari.

Maklumbalas
Aktiviti 11a

Sila rujuk jawapan anda pada Rajah 11.1, 11.2 dan 11.3.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
PAM EMPAR C4009/UNIT 11/7

Input 2

11.2 Komponen-komponen Pam Empar

Pam empar (centrifugal pump) meupakan jenis pam yang paling popular

kerana ia mudah, murah dan boleh bekerja di dalam sebarang keadaan. Pam ini

digunakan untuk mengangkat dan menghantar air ke suatu titik yang lebih tinggi

atau dengan kadar alir yang lebih banyak. Ia dikenali sedemikian kerana aksi

emparnya yang meninggikan tekanan apabila pemutar berpusing pada satu

kelajuan. Secara amnya pam empar terdiri daripada pemutar (impeller) yang

berpusing dalam suatu bekas (casing). Bahagian pam ini dapat dilihat dengan

jelas dalam Rajah 11.4.

(a) (b) (c)

Rajah 11.4(a) dan (b) - Pam Empar.


Rajah 11.4(c) – Keratan rentas bagi pam empar.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
PAM EMPAR C4009/UNIT 11/8

11.3 Komponen-komponen Utama Pam Empar

Air memasuki pam pada bahagian tengah, pada arah selari dengan paksi

putaran shaf. Tekanan yang tinggi di bahagian dalam menyebabkan air

mengalirkeluar dari bekas melalui salur pada arah yang bersudut tepat dengan

paksi putaran shaft.

Komponen-komponen utama pam empar adalah seperti berikut:-

a) Pendesak (mengandungi bilah)

b) Sarung (menyimpan pendesak)

c) Paip sedutan (takungan-pam)

d) Paip hantaran (pam-titik hantaran)

e) Injap (untuk kawalan)

f) Motor (untuk memutar syaf pendesak)

Contoh Permasalahan 11.2

Berikan komponen-komponen pam empar.

Jawapan

a) Pendesak (mengandungi bilah)


b) Sarung (menyimpan pendesak)
c) Paip sedutan (takungan-pam)
d) Paip hantaran (pam-titik hantaran)
e) Injap (untuk kawalan)
f) Motor (untuk memutar syaf pendesak)

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
PAM EMPAR C4009/UNIT 11/9

Aktiviti 11b

SILA UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA……!

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA HELAIAN MAKLUMBALAS


DI HALAMAN BERIKUTNYA.

Soalan Lukiskan gambarajah pam empar dan tandakan komponen-komponen utama


pam tersebut.

Maklumbalas
Aktiviti 11b

Sila rujuk jawapan anda pada Rajah 11.2.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
PAM EMPAR C4009/UNIT 11/10

Input 3

11.4 Ciri-ciri Pam Empar

Ciri-ciri pam empar dapat digambarkan di dalam Rajah 11.5.

Lengkung ciri merupakan lengkung hubungan antara kadar alir (Q) dengan turus

(H), Kuasa (P) dan kecekapan pam (η).

PH

Q (m3/s)

Rajah 11.5 : Ciri-ciri Pam Empar Yang Stabil

Sebuah pam dinilai dari segi kapasiti kadaralir (Q) dan turus (H) pada

kecekapan maksima untuk sesuatu kelajuan putaran,(N). Jika putaran berubah,

Q dan H turut berubah.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
PAM EMPAR C4009/UNIT 11/11

Apabila injap paip hantaran ditutup, pendesak yang sedang memutar akan

memusingkan air sehingga tekanan di titik keluar pam naik ke suatu aras yang

dinamakan turus tutuphabis (shut-off head).

Apabila injap ini dibuka secara beransur-ansur untuk membenakan aliran

berlalu di dalam paip, turus pam akan didapati menurun. Dengan penambahan kadar

alir, kecekapan pam akan turut bertambah sehingga mencapai optimum dan

kemudian jatuh semula. Garisan putus melalui titik kecekapan maksimum merupakan

keadaan terbaik untuk menjalankan pam.

Pam yang mempunyai lengkung turus-kadar alir (H-Q) seperti pada rajah

ciri-ciri pam empar stabil dikatakan mempunyai ciri-ciri pam yang stabil, tetapi jika

lengkung H-Q adalah seperti di dalam Rajah 11.6 di bawah, pam dikatakan tidak

stabil kerana terdapat dua nilai kadar alir (Q) yang mungkin dibaca untuk satu nilai

turus (H).

Rajah 11.6 : Ciri-ciri Pam Tidak Stabil

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
PAM EMPAR C4009/UNIT 11/12

Kecekapan pam diukur daripada kuasa keluaranya, Po, yang terhasil daripada

turus yang dinakikkan dengan kadar alir tertentu, iaitu;

Po = Kuasa Keluaran = ρgHQ

Kecekapan, η;

η = Po/Pi X 100%

di mana;
Pi - Kuasa masukan = 2πNT Watt
N - Kelajuan Pam (Put/ Min)
T - Daya Kilasan Motor

Kebanyakkan pam empar boleh dijalankan pada kelajuan yang berbeza

untuk mendapatkan kadar alir pam yang dikehendaki. Begitu juga saiz sarung

pam itu sendiri boleh menutup berbagai saiz pendesak. Oleh yang demikian,

penting diketahui hubungan di antara kadaralir, (Q), turus (H) dan kuasa (P)

terhadap kelajuan (N) atau garis pusat pendesak (D), apabila kedua-dua nilai ini

berubah-ubah.

Apabila kelajuan berubah;

Kadaralir, Q berubah terus dengan kelajuan, N

Q1/Q2 = N1/N2

Turus, H berubah dengan kelajuan ganda dua (N2)

H1/H2 = (N1/N2)2

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
PAM EMPAR C4009/UNIT 11/13

Kuasa, P yang diperlukan oleh pam berubah terus dengan kelajuan

ganda tiga (N3);

P1/P2 = (N1/N2)3

Apabila garispusat pendesak (D) berubah;

Kapasiti berubah terus dengan garispusat

Q1/Q2 = D1/D2

Turus berubah dengan garispusat ganda dua (D2)

H1/H2 = (D1/D2)2

P1/P2 = (D1/D2)3

Kelajuan Tentu, Ns

Kelajuan tentu, Ns ditakrifkan sebagai kelajuan pam yang boleh menghantar


seunit isipadu/ saat cecair (air) untuk turus seunit (1 meter), iaitu;

Ns = NQ1/2
H3/4

Nilai ini merupakan satu indeks bagi sesebuah pam tertentu dan nilai Ns ini
selalu dignakan untuk membandingkan pam yang berlainan saiz.
Ini diperlukan semasa pemilihan pam ingin dilakukan.

Sekiranya sesebuah pam dengan garispusat yang berbeza dipilih, pam ini harus
mempunyai Ns yang sama seperti pam dasar tadi. Secara ringkasnya, pam yang
berbentuk sama akan mempunyai nilai N s yang sama, ciri ini dinamakan homolog.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
PAM EMPAR C4009/UNIT 11/14

Aktiviti 11c

SILA UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA……!

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA HELAIAN MAKLUMBALAS


DI HALAMAN BERIKUTNYA.

Soalan:

Lukiskan dan lakarkan secara jelas gambarajah pam empar yang menggambarkan
ciri-ciri pam yang stabil dan yang tidak stabil.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
PAM EMPAR C4009/UNIT 11/15

Maklumbalas
Aktiviti 11c

Jawapan:

PH

Q (m3/s)

Rajah 11.5 : Ciri-ciri Pam Empar Yang Stabil

Rajah 11.6 : Ciri-ciri Pam Tidak Stabil

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
PAM EMPAR C4009/UNIT 11/16

Penilaian
Kendiri

Anda telah mempelajari apakah itu pam empar dan bagaimana pam tersebut

beroperasi. Selain daripada itu anda juga telah tahu jenis-jenis pam yang ada dan

perlu anda tahu bagi modul ini.

Pastikan anda memberikan jawapan YA kepada kenyataan di atas sebelum

meneruskan penilaian kendiri ini.

Tugasan yang anda perlu buat untuk mengukuhkan lagi pemahaman anda dalam

unit ini adalah anda perlu menjalankan satu kajian kes dengan memilih salah satu

tempat/ industri yang menggunakan pam. Kaji komponen pam tersebut dan dapatkan

cara pam tersebut bekerja.

Selamat mencuba

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi