Anda di halaman 1dari 10

KONSEP TEKANAN DAN TURUS TEKANAN C3009/ UNIT 3 / 1

UNIT 3 : KONSEP TEKANAN DAN TURUS TEKANAN

OBJEKTIF

Objektif Am :

Mempelajari dan memahami konsep tekanan dan turus tekanan bendalir.

Objektif khusus : Di akhir unit ini pelajar akan dapat :

1. Menyatakan konsep tekanan, turus tekanan dan menunjukkan gambarajah


taburan tekanan.
2. Mentakrifkan jenis tekanan seperti tekanan atmosfera.
3. Menggunakan persamaan tekanan bagi menyelesaikan pengiraan.
KONSEP TEKANAN DAN TURUS TEKANAN C3009/ UNIT 3 / 2

INPUT

3.0 Pengenalan

Apabila sebuah tin kosong direndam di bawah paras air, dinding tin kosong
tersebut akan mengalami perubahan bentuk (deformation) kearah pusat graviti.
Perubahan yang berlaku menenjukkan terdapat daya-daya yang bertindak
keatasnya. Daya-daya ini dinamakan daya tekanan(pressure forces) . secara
amnya daya ini bertindak pada arah normal permukaan yang bersentuhan
dengan air.

Semakin dalam tin direndam dari permukaan air, semakin teruk teruk perubahan
yang berlaku pada dinding tin. Ini menunjukkan bahawa daya tekanan meningkat
dengan kedalaman air. Pemerhatian pada permukaan bentuk pula akan
menunjukkan bahawa daya-daya tekanan bertindak pada semua arah dan pada
magnitud yang sama.

3.1 Tekanan Hidrostatik

Hidrostatik ialah bahagian hidraulik yang berkenaan dengan tekanan di dalam


bendalir yang tidak bergerak. Cecair yang tidak bergerak tidak mempunyai
tegasan tangen atau ricih di antara kumin-kumin cecair tersebut.

Semua daya bertindak normal kepada permukaan sempadan atau antara


bahagian-bahagian di dalamnya dan ia bebas dari akibat kelikatan. Daya yang
bertindak hanya dihasilkan daripada tindakan graviti.
Jasad yang
ditenggelamkan secara
bebas di dalam air
Daya-daya yang
bertindak adalah
normal terhadap
permukaan bebas

Rajah 3.1
KONSEP TEKANAN DAN TURUS TEKANAN C3009/ UNIT 3 / 3

3.1.1 Keamatan Tekanan Dalam Cecair

Perhatikan gambarajah 3.2 dibawah, jumlah tekanan yang bertindak keatas


permukaan yang tenggelam adalah berkadar terus dengan kedalaman.

tekanan
atmosfera diabaikan

Cecair Tekanan
Berat Mutlak
Spesifik,

AGIHAN TEKANAN
Rajah 3.2

Keamatan tekanan ialah jumlah tekanan atmosfera dan berat bendalir pada satu
unit keluasan pada satu titik atau permukaan. Biasanya keamatan tekanan
disebut sebagai tekanan sahaja.

Tekanan pada kedalaman h ialah ωh


Tekanan, P = ωh kN/m2
= ρgh -------(3.1)
di mana h diukur secara pugak

Tekanan di dalam air adalah berkadar terus dengan kedalaman di dalam


bendalir boleh ditunjukkan dengan segitiga seperti di dalam gambarajah di atas.

Jika terdapat satu jasad kecil berada di dalam bendalir yang tidak bergerak,
keamatan tekanan mestilah sama nilai semua arah untuk mengekalkan
keseimbangan. Garis tindakan daya tekanan mestilah perpendikular kepada
mana-mana permukaan jasad tersebut. Mana-mana dua titik yang berada atas
satu satah ufuk yang sama mestilah mempunyai tekanan yang sama.
KONSEP TEKANAN DAN TURUS TEKANAN C3009/ UNIT 3 / 4

Bacaan untuk keamatan tekanan boleh dirujukkan kepada datum (Rajah 3.3)
iaitu tekanan atmosfera. Tolok-tolok tekanan diubah kepada nilai sifar dan akan
memberi bacaan tekanan samada di atas datum (tekanan tolok) atau di bawah
datum (tekanan hampagas). Oleh itu bacaan-bacaan tolok sebenarnya
mengukur perbezaan tekanan.

Tekanan
Tolok
Tekanan
Mutlak Tekanan Atmosfera DATUM

Tekanan
Atmosfera
Sifar Mutlak hampagas
sebenar)

Rajah 3.3

3.1.2 Takrifan beberapa jenis tekanan

i. Tekanan atmosfera- ialah tekanan yang disebabkan oleh atmosfera di


permukaan bumi. Ia adalah bersamaan dengan 10.35m turus air atau
769mmHg (turus raksa).
ii. Hampagas – ialah ruang yang kosong di mana tekanan adalah sifar.
iii. Tekanan tolok – ialah keamatan tekanan diukur berbanding dengan
tekanan atmosfera.
iv. Tekanan mutlak – ialah keamatan tekanan diukur dari sifar mutlak, yakni
hampagas sebenar.
Dari itu,

Tekanan Mutlak = Tekanan Tolok + Tekanan Atmosfera.


KONSEP TEKANAN DAN TURUS TEKANAN C3009/ UNIT 3 / 5

Contoh 3-1-1 [contoh mudah]

Seorang penyelam bekerja 18m dibawah permukaan laut. Kirakan tekanan yang
dialaminya yang disebabkan oleh turus air. (berat tentu air = 10000 N/m 3)

Penyelesaian:-

Tekanan P = ωh kN/m2
=10,000 X 18
=18,000N/m2
=180kN/m2.

Tekanan ρ di suatu titik dalam cecair boleh disebut ketinggian turus cecair
tersebut ( h).

Contoh 3-1-2 [contoh mudah]

Kirakan turus air bagi keamatan tekanan 340 000 N/m 2.

Penyelesaian :-

P = 340,000 maka P = ρgh

h= P/ ρg
= 340,000
1000 X 9.81
= 34.06 m
KONSEP TEKANAN DAN TURUS TEKANAN C3009/ UNIT 3 / 6

Aktiviti 3.0

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA……..1

1. Lukiskan taburan tekanan yang bertindak keatas dinding tangki yang


mengandungi minyak dan air pada gambarajah dibawah.

Minyak

Air

2. Berdasarkan rajah dibawah lukiskan arah tindakan daya keatas jasad


yang tenggelam didalam bendalir.

3. Apa yang anda faham tentang tekanan-tekanan berikut


a) Tekanan atmosfera
b) Hampagas
c) Tekanan tolok
d) Tekanan mutlak
KONSEP TEKANAN DAN TURUS TEKANAN C3009/ UNIT 3 / 7

3. Tentukan ketinggian turus cecair jika ketumpatan bandingan raksa


ialah 13.5

4. Tentukan tekanan pada dasar tangki jika ketumpatan minyak ialah


800kg/m3

minyak 1m

6m
Air
KONSEP TEKANAN DAN TURUS TEKANAN C3009/ UNIT 3 / 8

MAKLUM BALAS AKTIVITI 3.0

1. Minyak
P1 g1h1

Air

P1 g1h1 + P2 g2h2

2.

3. rujuk bahagian 3.1.2

4. Tekanan pada dasar tangki, P = Pm + Pair


P = 800x9.81x1 + 1000x9.81x6
= 66708 N/m2
= 66.708kN/m2.
KONSEP TEKANAN DAN TURUS TEKANAN C3009/ UNIT 3 / 9

 
PENILAIAN
KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.

Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah


anda.
Selamat mencuba semoga berjaya!!!!!!

1. Kirakan tekanan dalam N/m2 pada kedalaman 500cm dari permukaan


sejenis cecair yang mempunyai ketumpatan bandingan 0.8

2. Sebuah silinder penyukat bergarispusat 50mm diisikan dengan cecair


yang mempunyai ketumpatan bandingan 0.8 ke aras 100ml. Tentukan
berat cecair tersebut dalam N dan ketinggian cecair dalam silinder.

3. Sejenis cecair berjisim 1600 kg dan memenuhi satu bekas berbentuk


selinder. Kirakan berat, ketumpatan, berat tentu dan ketumpatan nisbi
cecair jika selinder tersebut berdiameter 90 cm dan ketinggiannya 120 cm.

5. Sebuah tong bulat yang mempunyai garispusat 1.5m diisikan dengan


minyak sedalam 1.5m. Jika ketumpatan bandingan minyak ialah 0.78,
dapatkan jumlah daya-daya yang bertindak keatas dasar permukaan tong
tersebut.
KONSEP TEKANAN DAN TURUS TEKANAN C3009/ UNIT 3 /
10

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu ?

Jika “YA” , sila semak jawapan anda.

1. 39.24 x 10 –3 n/M2

2. 0.785n, 50.93MM

3. 15.7kn, 2096 KG/M3, 2.096

4. 20.28kN