Anda di halaman 1dari 8

PERSAMAAN KETERUSAN DAN PENGGUNAAN DALAM

MENENTUKAN HALAJU DAN KADARALIR C3009/ UNIT 8 / 1

UNIT 8 PERSAMAAN KETERUSAN DAN PENGGUNAANNYA DALAM


MENENTUKAN HALAJU DAN KADARALIR

OBJEKTIF

Objektif am :

Mempelajari dan memahami jenis – jenis aliran bendalir, halaju dan kadaralir bendalir
di samping menentukan nilai aliran bendalir.

Objektif Khusus :

Di akhir unit ini pelajar akan dapat :

1. Menyatakan Persamaan Keterusan.


2. Memahami Konsep Keterusan dalam aliran bendalir
3. Menyelesaikan masalah aliran dalam paip yang berbeza menggunakan persamaan
keterusan .
PERSAMAAN KETERUSAN DAN PENGGUNAAN DALAM
MENENTUKAN HALAJU DAN KADARALIR C3009/ UNIT 8 / 2

INPUT

8.0 Prinsip Keterusan

Hukum Keabadian Jisim ( Law of Conservation of Mass) menyatakan dalam


ketiadaan reaksi nuclear, benda (matter) tidakboleh dimusnahkan atau diciptakan
(created). Apabila hukum ini digunakan keatas isipadu kawalan (control volume),
Lihat Rajah 8.0.

Rajah 8.0 Isipadu kawalan

Kadar kemasukan jisim kedalam isipadu kawalan di tolak dengan kadar keluaran
jisim daripada isipadu kawalan sama dengan kadar pengumpulan jisim dalam
isipadu kawalan.

Ini bermakna m1 - m2 = dM /dt

Andaikan cecair tidak mampat dan tidak tersimpan, maka dM/dt = 0

Persamaan keterusan menyatakan bahawa;

Jisim bendalir Kawasan Jisim bendalir


masuk tetap keluar
PERSAMAAN KETERUSAN DAN PENGGUNAAN DALAM
MENENTUKAN HALAJU DAN KADARALIR C3009/ UNIT 8 / 3

Pada aliran tetap:

Kadar jisim bendalir masuk = kadar jisim bendalir yang keluar

Untuk keterusan aliran di dalam sebarang sistem bendalir yang mengalir, jumlah
kuantiti bendalir yang memasuki sistem mestilah sama dengan kuantiti yang
meninggalkan sistem itu dengan syarat bendalir tersebut tidak boleh
dimampatkan. Keadaan ini berlaku dalam aliran seragam dan aliran tetap.

Mengikut prinsip keterusan aliran;

Kuantiti yang melalui A = Kuantiti yang melalui B


Kadar alir di A = Kadar alir di B

QA = QB
AAVA = AAVA

A
B

Rajah 8.1

Di mana, Q = AV
= luas keratan saluran x halaju pada keratan

Q2
Q1

Q3

Rajah 8.2

Dalam rajah 8.2, nilai kadaralir melalui sistem adalah:

Q1 = Q2 + Q 3
A1V1 = A2V2 + A3V3
PERSAMAAN KETERUSAN DAN PENGGUNAAN DALAM
MENENTUKAN HALAJU DAN KADARALIR C3009/ UNIT 8 / 4

8.1 Penggunaan Persamaan Keterusan

Contoh 7.3.1

Satu aliran dalam paip yang penuh mempunyai kadaralir 2m3/s dengan halaju 2.55m/s.
Kirakan garis pusat paip

Penyelesaian:-

Diberi:

Kadaralir (Q) = 2 m3/s


Halaju(V) = 2.55.m/s

 Q = AV
A = Q/V
d /4 = Q/V
2

d2 = Q x 4

masukkan nilai dalam persamaan

d2 = 2m3/s x 4

d = 1.0m

Contoh 7.3.2

Sebuah saluran berbentuk segitiga mengalirkan air pada kadar 1.15m/s. Berapakah
halaju air jika paras air pada bahagian tengahnya ialah 1.0m?
Penyelesaian:-
x
X = tan 300
A = ½ x 2 x tan 300 x 1 = tan 300
Q = AV
300 1m  V = Q/A
= 1.15 / tan 300

= 1.99 m/s
PERSAMAAN KETERUSAN DAN PENGGUNAAN DALAM
MENENTUKAN HALAJU DAN KADARALIR C3009/ UNIT 8 / 5

Aktiviti 8.0

1. Dari persamaan keterusan nyatakan kaitan diantara kadar jisim bendalir


yang masuk dengan kadar jisim bendalir yang keluar.

………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………..

2. Tentukan persamaan keterusan apabila aliran mengalir melalui paip


tersebut. ( Luas keratan paip makin mengecil)

………………………………………………………………
A ………………………………………………………………
B
………………………………………………………………
……………………….

3. Satu aliran dalam paip yang penuh mempunyai kadaralir 2m3/s dengan
halaju 2.55m/s. Kirakan garis pusat paip

4. Sebatang paip tirus membawa air dari A ke B. Garispusat paip di A


ialah 200mm dan di B 100mm. Kirakan halaju air di B jika halaju air di A ialah
2.5m/s.

A B

5. Tentukan halaju air pada paip yang bersais 15cm.

Q2
V=5m/s
d=10cm

Q1 Q3
d = 15cm V =8m/s
d=7cm
PERSAMAAN KETERUSAN DAN PENGGUNAAN DALAM
MENENTUKAN HALAJU DAN KADARALIR C3009/ UNIT 8 / 6

MAKLUMBALAS AKTIVITI 8.0

Adakah anda telah mencuba dahulu ?

Jika “YA” , sila semak jawapan anda.

1. Kadar jisim bendalir yang masuk = kadar jisim bendalir yang keluar
2. QA = QB Maka AA x VA = AB x VB
3. d = 1m
4. 10 m/s
5. 3.95m/s
PERSAMAAN KETERUSAN DAN PENGGUNAAN DALAM
MENENTUKAN HALAJU DAN KADARALIR C3009/ UNIT 8 / 7

 
PENILAIAN
KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan kendiri ini dan
semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.

Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya!!!!!!
1. Jika 12 gelen air mengalir keluar dari satu tangki dalam masa 25 saat. Tentukan
kadalir dalam m3/s.
Apakah halaju aliran keluar jika garispusat paip di mana air mengalir keluar dari
tangki tersebut ialah 50mm?

Ambil 1 gelen bersamaan dengan 0.0045m3.

2. Sebatang paip bergarispusat 20mm bercabang dua, satu cabang bergarispusat


10mm dan ayng satu lagi 15mm. Jika halaju dalam paip 10mm ialah 0.3m/s dan
paip 15mm ialah 0.6m/s, tentukan halaju dan kadalir dalam paip 20mm.

3. Satu paip AB bercabang manjadi dua paip BC dan BD seperti yang


ditunjukkan di bawah. Paip mempunyai garispusat 45cm di A 30cm di B, 20cm di C
dan 15cm di D. Kirakan kadaralir di A jika halaju di A ialah 2m/s. Kirakan juga halaju
di B dan D jika halaju di C ialah 4m/s.

4. Air mengalir pada kadalir 15 liter/s dalam paip bergarispusat 100mm. Paip AB
bercabang kepada tiga paip di hujunya iaitu paip-paip BC, BD dan BE. Garis pusat
BD dan BC ialah 25mm dan BE ialah 50mm. Kadalir di dalam paip BC ialah tiga kali
ganda kadalir di dalam paip BE. Halaju didalam paip BD ialah 4m/s. kirakan kadalir
didalam paip-paip BC, BD, BE serta halaju dalam paip-paip AB, BC dan BE.
PERSAMAAN KETERUSAN DAN PENGGUNAAN DALAM
MENENTUKAN HALAJU DAN KADARALIR C3009/ UNIT 8 / 8

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu ?

Jika “YA” , sila semak jawapan anda.

1. Kadaralir(Q) = 2.216 x 10-4 m3/s, Halaju (V) = 1.1m/s


2. Halaju (V) = 0.41m/s, Kadaralir (Q) = 1.3 x 10 -4 m3/s
3. 10.89 m/s
4. Kadarali (Q) dalam paip BC = 0.0097m3/s;
BD = 0.00196m3/s;
BE = 0.0032m3/s;

Halaju(V) dalam paip BC =1.91m/s;


BD = 19.92m/s;
BE = 0.66m/s