PERJANJIAN INI dibuat pada hari, bulan dan tahun seperti yang dinyatakan di dalam SEKSYEN I
Jadual satu di antara pihak yang nama dan butirannya adalah sepertimana yang dinyatakan di dalam
SEKSYEN III Jadual satu (selepas ini dikenali sebagai “PEMBELI TERSEBUT”)
BAHAWASANYA
a. PENJUAL TERSEBUT ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dibawah akta
Syarikat 1965 yang menjalankan perniagaan antaranya penjualan emas.
b. PENJUAL TERSEBUT berhasrat untuk menjual dan PEMBELI TERSEBUT berhasrat untuk
membeli sejumlah emas sepertimana yang dinyatakan di dalam seksyen I Jadual Dua di sini
(selepas ini disebut sebagai “EMAS TERSEBUT”) yang mengikut harga yang disenaraikan
dan / atau ditetapkan oleh Federal of Goldsmiths and Jewellers Associations of Malaysia
(selepas ini disebut sebagai “FGJAM”) sepertimana yang dinyatakan di dalam SEKSYEN II
Jadual Dua di sini tertakluk pada syarat – syarat yang dinyatakan selepas daripada ini.
1. PENJUAL TERSEBUT bersetuju, berwa’ad dan berakujanji bahawa isi kandungan EMAS
TERSEBUT yang dijual oleh PENJUAL TERSEBUT hendaklah daripada gred 999.9,
mempunyai nombor siri emas dan diukur dengan berat dalam gram(gm) dan / atau
Kilogram (kg). Berat bersih EMAS TERSEBUT ialah dua (2.0) point desimal.
2. Kedua-dua pihak tersebut dengan ini bersetuju bahawa sebagai balasan terhadap
pembelian tersebut, PENJUAL TERSEBUT bersetuju untuk memberi kepada PEMBELI
TERSEBUT diskaun berjadual (hibah) sebanyak RM300.00 sebulan bagi tempoh selama
enam ( 6 ) bulan sepertimana yang dinyatakan di dalam SEKSYEN V Jadual Dua di sini.
3. PENJUAL TERSEBUT bersetuju untuk membeli semula EMAS TERSEBUT beserta denda
sebanyak dua belas peratus (12%) dari nilai EMAS TERSEBUT jika menamatkan
perjanjian sebelum tempoh perjanjian ini tamat.
4. PENJUAL TERSEBUT bersetuju sekiranya pembayaran hibah bulanan tidak dapat
dijelaskan selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh yang telah dipersetujui, maka dengan
ini perjanjian ini akan terbatal dengan sendirinya dan PENJUAL TERSEBUT diwajibkan
membeli semula EMAS TERSEBUT beserta denda sebanyak dua belas peratus (12%) dari
nilai EMAS TERSEBUT kepada PEMBELI TERSEBUT dalam tempoh tiga puluh (30) hari
dari batal perjanjian.
5. Dengan ini dipersetujui oleh kedua-dua pihak bahawa PEMBELI TERSEBUT hendaklah
mengemukakan salinan asal Perjanjian ini bersama-sama dengan dokumen bank
(sekiranya ada) daripada Institusi Kewangan atau Bank di dalam semua transaksi dengan
PENJUAL TERSEBUT
6. PEMBELI TERSEBUT bersetuju bahawa hibah yang diberi oleh PENJUAL TERSEBUT
adalah RM300.00 sebulan sepanjang tempoh kontrak berjalan
7. Kedua – dua pihak dengan ini mengakui bahawa mereka mempunyai pengetahuan dan
faham persetujuan sepenuhnya terhadap terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini
selepas perjanjian ini ditandatangani.
9. Jadual satu dan Jadual dua di sini hendaklah ditafsir sebagai sebahagian perjanjian
10. Di dalam perjanjian ini kecuali sekiranya ada sesuatu di dalam subjek atau konteks yang
tidak selaras dengan penafsiran perjanjian ini atau dinyatakan sebaliknya :-
a) Perkataan yang membawa maksud jantina maskulin hendaklah termasuk feminine dan
sebaliknya;
b) Perkataan yang membawa maksud bilangan satu hendaklah termasuk bilangan banyak
dan sebaliknya;
c) Perkataan yang menggambarkan orang sebenar hendaklah termasuk mana-mana
kumpulan orang, firma dan bukan korporat;
d) Sekiranya terdapat dua atau lebih orang atau terdiri di dalam istilah PENJUAL atau
PEMBELI dimana-mana perjanjian wa’ad terma-terma syarat-syarat dan akujanji
dinyatakan dibuat oleh atau yang mengikat orang atau pihak-pihak tersebut bersama-
sama atau secara berasingan.
11. PENJUAL TERSEBUT dan PEMBELI TERSEBUT bukan di dalam keadaan muflis.
12. Perjanjian ini hendaklah mengikat wakil peribadi, waris-waris, pewaris hak milik dan
penerima serah hak
Jadual Dua
(Hendaklah diambil, dibaca, difahami dan ditafsir sebagai sebahagian perjanjian ini)
* Tarikh pembayaran yang jatuh pada hari Ahad dan cuti umum akan dibayarkan keesokan hari .
PERJANJIAN ANTARA KEDUA-DUA PIHAK telah menandatangani perjanjian ini
pada hari dan tarikh seperti yang tercatat di dalam SEKSYEN I Jadual Satu
DITANDATANGANI oleh )
PENJUAL TERSEBUT )
WMR FINE GOLD )
(No. Syarikat : SA 0118632-D) )
Dihadapan :- ) ………………………….
Nama : W. MD. ROSWANDY B. W. IBRAHIM
No. K/P : 750219-03-5471
…………………………….
Nama : NORLIZA BT NGATIMAN
No. K/P : 771220-01-6668
DITANDATANGANI oleh )
PEMBELI TERSEBUT )
Dihadapan :- ) ………………………….
Nama :
No. K/P :
…………………………….
Nama :
No. K/P :
PERJANJIAN INI BERTARIKH 2009
DI ANTARA
DAN
******************************
******************************