Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENDAHULUAN

Golongan berkeperluan khas merupakan golongan yang mampu berdikari serta dapat
memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara sekiranya mereka diberi peluang
untuk memikul tanggungjawab sesuai dengan keupayaan mereka. Hal ini akan
menjadi realiti sekiranya golongan ini mendapat perhatian dari pelbagai pihak dalam
proses menyediakan latihan dan kemahiran agar dengan kemahiran yang dimiliki
memberi jaminan kepada mereka tentang peluang pekerjaan yang sesuai. Secara
umumnya, masyarakat juga merupakan faktor penyumbang untuk meningkatkan
kerjaya golongan berkeperluan khas ini.

Kini keperluan pendidikan pelajar-pelajar berkeperluan khas lebih


berorientasikan kepada komuniti sebenar. Bagi menampung permintaan pendidikan
berteraskan kemahiran teknik vokasional di kalangan pelajar khas bermasalah
pendengaran, pada tahun 1999 Jabatan Pendidikan Teknik mula melaksanakan
program pendidikan inklusif bagi beberapa kursus kemahiran di sekolah-seklolah
menengah teknik. Pada tahun 2000, pelaksanaan kursus kemahiran di tiga buah
sekolah politeknik bermula. Pelajar bermasalah pendengaran yang memilih untuk ke
aliran vokasional akan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Shah
Alam atau ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas di Indah Pura, Johor Bahru.
Kedua-dua sekolah khas ini menawarkan latihan industri Sijil Kemahiran ( SKM) dan
kursus bagi sijil Pendidikan Khas Vokasional (SPKV). Jabatan Teknikal Kementerian
Pendidikan Malaysia telah membuka peluang kepada murid-murid mengikuti kursus
aliran vokasional latihan industri di Sekolah Menengah Teknik. Pendidikan Pasca
Menengah pula, Jabatan Pendidikan Teknikal memberi peluang kepada pelajar
bermasalah pendengaran untuk melanjutkan pelajaran mereka di politeknik dengan
menawarkan kursus teknikal, perhotelan, elektrik dan rekaan fesyen. Selain itu,
pelajar-pelajar bermasalah pendengaran juga di beri peluang melanjutkan pengajian
mereka di kolej komuniti.
Walls dan Fullmer (1997) menegaskan bahawa tugas utama pendidikan
vokasional kepada golongan kurang upaya adalah untuk membolehkan mereka
mendapat kemahiran. Dengan kemahiran yang ada, mereka berpeluang memperolehi
pekerjaan atau kerjaya yang sesuai dan bermakna. Kemahiran ini memberi peluang
kepada mereka untuk hidup berdikari. Walaupun individu berkeperluan khas
mempunyai hak kebebasan untuk memilih pekerjaan, tetapi perlu diingatkan bahawa
bidang yang diceburi harus bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan yang
mereka miliki (Noraini et. al, 1998). Pelajar bermasalah pendengaran ini telah
menerima pendidikan dan latihan vokasional yang menyediakan kemahiran-
kemahiran ke arah pendekatan perkembangan kerjaya dan transisi yang boleh
menuingkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk melangkah ke alam pekerjaan.

Penerimaan majikan terhadap golongan berkeperluan khas masih lagi rendah


biar pun pelbagai usaha sudah dijalankan oleh kerajaan untuk meningkatkan peratus
pengambilan golongan ini di dalam sektor pekerjaan. Menurut Resolusi
Bangsa-Bangsa Bersatu, salah satu hak-hak orang istimewa ialah hak bagi
keselamatan ekonomi (Resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu, 1992). Ini menunjukkan
bahawa dunia sejagat memberi perhatian dan menitikberatkan penglibatan golongan
ini dalam sektor pekerjaan sebagai sumbangan kepada ekonomi negara.

Namun, masyarakat masih menunjukkan sikap prejudis terhadap keupayaan


mereka dalam bidang kerjaya walaupun telah memiliki kemahiran di bidang-bidang
tertentu. Oleh itu, konsep masyarakat penyayang perlu direalisasikan agar individu
berkeperluan khas ini diberi peluang berintegrasi dengan ahli komuniti secara positif
dan jaminan kehidupan berkualiti (Noraini et al. 2001). Selari dengan Falsafah
Pendidikan Khas yang merupakan satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan
yang berkemahiran dan menyediakan perkembangan yang optima agar mereka dapat
berperanan sebagai individu yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman,
berdikari, boleh merancang, boleh mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari
potensi diri serta berupaya untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat dan produktif
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
1.1 Tujuan Kajian:

Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui sejauhmana layanan majikan


terhadap pekerja bermasalah pendengaran di dalam organisasi atau institusi
mereka. Layanan majikan ini dapat dilihat melalui aspek peluang pekerjaan
yang ditawarkan kepada pekerja pekak, kenaikan pangkat, bayaran upah yang
setimpal, kemudahan serta pemberian hak serta kebajikan yag sama dengan
pekerja normal. Ini adalah kerana terdapat majikan yang masih tidak dapat
menerima kehadiran pekerja bermasalah pendengaran di firma mereka kerana
masih prejudis dengan keupayaan dan kemahiran yang dimiliki oleh golongan ini.

1.2 Persoalan Kajian:

1. Adakah pihak majikan menyediakan pekerjaan yang sesuai dengan


kemahiran dan keupayaan pekerja bermasalah pendengaran?

2. Adakah pihak majikan memberi layanan setimpal dengan keupayaan pekerja


bermasalah pendengaran berbanding pekerja normal?

3. Apakah kekangan dari pihak majikan yang dihadapi oleh pekerja bermasalah
pendengaran?

1.3 Objektif Kajian:

1. Mengenalpasti Kesesuaian pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan kepada


pekerja bermasalah pendengaran.

2. Meninjau tahap layanan majikan terhadap keupayaan pekerja bermasalah


pendengaran berbanding pekerja normal..

3. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerja bermasalah


pendengaran dengan majikan mereka.
1.4 Pernyataan Masalah

Menerusi pekeliling perkhidmatan Bil. 10/1998 yang menyatakan bahawa kerajaan


telah bersetuju pada dasarnya supaya sekurang-kurangnya 1% daripada peluang
pekerjaan di sektor awam dan swasta diperuntukkan kepada orang kurang upaya
(Wahab Salleh, 1997). Tujuan pelaksanaannya adalah untuk membantu orang-orang
kurang upaya yang mempunyai kelayakan dan berkemahiran agar mereka dapat
menyandang jawatan yang sesuai dengan kelayakan, kemahiran dan keupayaan
mereka.

Pasaran pekerjaan merupakan masalah besar bagi golongan bermasalah


pendengaran walaupun kebanyakan daripada mereka mempunyai latihan serta
kemahiran yang diperolehi daripada Sekolah Menengah Vokasional atau Politeknik
Shah Alam. Aspirasi mereka tinggi dalam prospek kerjaya namun kekurangan tawaran
pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan kepada pekerja bermasalah pendengaran
merupakan satu dilema yang sukar dirungkaikan. Fatimah Zaharah (1988) mendapati
terdapat sebahagian daripada orang kurang upaya yang berminat untuk bekerja makan
gaji tetapi berasa bimbang sekiranya mereka tidak dapat diterima oleh majikan dan
komuniti di sekitar tempat kerja tersebut. Oleh itu perlu diberi keyakinan kepada
pihak majikan tentang kebolehan dan keupayaan pekerja bermasalah pendengaran
dengan menunjukkan reputasi yang baik setanding dengan pekerja normal yang lain.

1.5 Batasan Kajian

Kajian ini bukanlah satu kajian yang menyeluruh kerana skop kajian hanya dihadkan
di sekitar kawasan Selangor dan Wilayah Persekutuan sahaja. Lokasi ini dipilih kerana
telah mengenalpasti peluang pekerjaan ysng telah disediakan oleh majikan untuk
pekerja bermasalah pendengaran di negeri tersebut. Di antara pekerjaan yang
ditawarkan ialah di sektor perkilangan dan perindustrian, stesen minyak, Mc Donald,
Kentucky Fried Chicken, pasaraya serta industri perhotelan. Oleh itu, ia akan
memudahkan lagi proses mendapatkan responden bagi tujuan kajian ini.
Kajian ini hanya memilih 15 orang pekerja bermasalah pendengaran sahaja
sebagai responden bagi mewakili populasi yang dipilih. Oleh kerana hanya dua buah
negeri sahaja yang dipilih, maka ia bukanlah satu kajian yang menyeluruh dan tidak
mewakili seluruh populasi di Malaysia. Walaubagaimanapun, pengkaji berharap agar
segala hasil dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan bagi kajian-kajian yang
berkaitan pada masa akan datang.

1.6 Definisi Istilah

a) Layanan

Dalam sains sosial layanan bererti posisi pemikiran seseorang (Oskamp, 1977).
Menurutnya layanan merupakan sesuatu aspek yang boleh dinilai. Mengikut Feldman,
(1985) layanan mengandungi tiga komponen utama iaitu aspek kognitif, afektif dan
perlakuan. Aspek kognitif merujuk kepada sistem kepercayaan seseorang terhadap
sesuatu objek. Manakala komponen afektif merujuk kepada pengalaman emosi
terhadap sesuatu objek atau manusia. Komponen perlakuan pula adalah merujuk
kepada keupayaan seseorang untuk bertindakbalas atau bertingkah laku terhadap
sesuatu.

Menurut Tesser (1990) layanan adalah merupakan penilaian yang bergantung


kepada kepercayaan, perasaan dan tingkah laku yang ditunjukkan. Ini bermakna
seseorang mungkin mempunyai pandangan, penerimaan dan penilaian yang berbeza
terhadap sesuatu objek atau perkara yang sama dalam tempoh yang sama. Seseorang
Individu memiliki tanggapan dan persepsi yang berbeza menurut cara pemikiran dan
penilaiannya terhadap sesuatu.

Berdasarkan definisi di atas dapatlah dirumuskan bahawa layanan mempunyai


komponen yang dinamis. Seseorang individu akan mempunyai cara tersendiri untuk
bertindakbalas dengan sesuatu objek atau seseorang. Dalam konteks kajian ini,
layanan merujuk kepada bagaimana sikap dan pendirian majikan terhadap golongan
pekerja bermasalah pendengaran dalam konteks pemilihan dan keseuaian pekerjaan
mengikut keupayaan, pemberian insentif serta kemudahan yang disediakan bagi
golongan ini. Layanan seseorang majikan ini akan diukur berdasarkan pengetahuan,
pandangan dan penerimaan majikan terhadap pekerja bermasalah pendengaran.
Layanan ini boleh diukur sama ada berbentuk positif atau negatif.

b) Majikan

Feldman (1985) menyatakan majikan ialah mereka yang mengupah pekerja untuk
melakukan kerja-kerja yang tidak mampu dilakukan oleh mereka sendiri. Majikan ini
akan memberi upah kepada pekerja yang membuat kerja-kerja untuknya. Manakala
menurut Lawson dan Zheng Shen (1988) dalam Cher Jocelyn (1992) majikan
merupakan individu yang tidak boleh bekerja atau mencapai matlamatnya sendiri.
Perhubungan dengan situasi organisasi yang berkaitan dengannya sebagai pengikut
peranan dan penggerak segala aktiviti. Majikan berkuasa untuk menetapkan matlamat
syarikatnya berdasarkan kepada dasar syarikat yang diterajuinya.

Menurut Asma Abdullah (1992) majikan bukan hanya sebagai komponen


tetapi juga sebagai sumber inspirasi. Sumber inspirasi ini boleh dipraktikkan dengan
berkongsi beberapa nilai agar kerja dapat dimotivasikan bagi memenuhi visi dan misi
majikan. Majikan perlu menjaga kebajikan dan menjaga persekitaran kerja untuk
meningkatkan produktiviti organisasi atau institusi.

Dalam kajian ini majikan merujuk kepada mereka yang memiliki premis,
mengurus, mengendalikan restoren makanan segera dan juga pasar-pasar raya yang
berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Mereka ini mempunyai hak dan kuasa
untuk memilih dan melatih pekerja bagi bekerja di syarikatnya. Mereka juga yang
menentukan jenis kerja, upah, menjaga kebajikan dan keselamatan serta lain-lain
perkara yang dirasakan perlu diberikan kepada pekerja di bawah pimpinannya.
C) Pekerja Bermasalah Pendengaran

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan frasa pekerja bermasalah pendengaran


sebagai subjek yang dikaji. Dalam bidang perubatan dan pendidikan individu
bermasalah pendengaran dikategorikan mengikut tahap kehilangan pendengaran
mereka. Ukuran kehilangan pendengaran ditentukan mengikut keupayaan individu
mendengar kekuatan bunyi yang diukur mengikut ukuran unit desibel atau dB
(Williams, 1991).Tahap ukuran pendengaran yang digunakan di Malaysia adalah
mengikut ukuran kehilangan pendengaran yang digunakan oleh Jabatan Audiologi dan
Sains Pertuturan, Universiti Kebangsaan Malaysia (1999) di dalam jadual berikut:

Unit Desibel Tahap Pendengaran


(dB)
0-20 dB Menunjukkan pendengaran yang normal
21-45 dB Menunjukkan kehilangan pendengaran sedikit
Menunjukkan kehilangan pendengaran sederhana dan dalam
46-70 dB kategori orang dewasa

Menunjukkan kehilangan pendengaran teruk dan dikategorikan


71-90 dB sebagai bermasalah pendengaran atau pekak
Menunjukkan kehilangan pendengaran sangat teruk, juga
91 dB ke atas dikategorikan sebagai bermasalah pendengaran atau pekak.

(Jabatan Audiologi HUKM, 1999)

Pekerja bermasalah pendengaran ialah pekerja yang tidak berkeupayaan untuk


mendengar bunyi atau pun suara percakapan. Ketidakupayaan ini biasanya diukur
dengan ukuran desibel (dB). Ukuran dB yang tinggi ( 80-100) menunjukkan kadar
ketidakupayaan mendengar yang teruk. Pekerja bermasalah pendengaran bolehlah
ditakrifkan sebagai golongan yang telah disahkan oleh doktor sebagai mereka yang
tidak berkeupayaan mendengar dan mendapat pendidikan di sekolah pendidikan khas
bermasalah pendengaran di peringkat rendah, menengah atau vokasional sebelum
terjun ke alam pekerjaan (Kenneth Lysons, 1996).
Menurut Gatty (1992), bermasalah pendengaran ialah kehilangan pendengaran
yang menghadkan keupayaan memproses maklumat melalui auditori dengan
menggunakan alat bantu pendengaran atau tanpa alat bantu pendengaran. Robertson
(1993), mendefinisikan bermasalah pendengaran sebagai individu yang memiliki deria
dengar yang tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Kecacatan ini diperolehi sama
ada sebelum atau selepas dilahirkan. Perigoe (1992) menyatakan masalah
pendengaran merujuk kepada kecacatan pendengaran yang teruk sehingga
menyebabkan kanak-kanak itu mempunyai masalah dalam memproses maklumat
linguistik.

Dalam kajian ini, pekerja bermasalah pendengaran merujuk kepada pekerja


yang mengalami kecacatan pendengaran sama ada tidak dapat mendengar langsung
atau mempunyai sisa-sisa pendengaran. Pekerja-pekerja ini telah disahkan oleh doktor
dan mendapat pendidikan di sekolah pendidikan khas bermasalah pendengaran di
sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor. Pekerja bermasalah pendengaran ini juga
memakai alat bantuan pendengaran bagi membantu menguatkan bunyi-bunyi di
persekitaran serta memudahkan maklumat diproses. Bahasa isyarat natif digunakan
oleh pekerja bermasalah pendengaran sebagai bahasa komunikasi dengan pekerja
normal supaya pekerja normal boleh memahami maklumat yang hendak di sampaikan.

2.0 Ulasan Kepustakaan-isu-isu yang berkaitan


3.0 Metodologi Kajian

3.1 Sampel

3.2 Rekabantuk Kajian


-Instrumen
-tatacara

4.0 Dapatan Kajian

5.0 Perbincangan dan Cadangan

BIBLIOGRAFI
Asma Abdullah. 1992. Understanding the Malaysian work force-guide lines for
manager. Kuala Lumpur: Institut Pengurusan Malaysia.

Cher Jocelyn Lee Sue. 1992. Sikap majikan terhadap orang cacat: Satu perbandingan
antara organisasi yang mengambil orang cacat dan tidak mengambil orang
cacat. Latihan Ilmiah. Jabatan Psikologi Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Feldman R.S. 1985. Social pscychologist theories research and application. New York:
Mc Graw Hill.

Gatty, G.C. 1992. Teaching speech to hearing-impaired children. The Volta Review
94 (Nov):49-61.

Jabatan Audiologi HUKM. 1998. Kategori kehilangan pendengaran. Hospital Universiti


Kebangsaan Malaysia.

Jabatan Audiologi dan Sains Pertuturan. 1999. Hearing test and audiogram. Fakulti
Sains Kesihatan Bersekutu: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noraini Salleh, Khalid Abdullah & Nor Aisyah Buang. 1998. Peluang kerjaya untuk
populasi berkeperluan khas di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Noraini Salleh. 1995. Employment opportunity for disabled in Malaysia. Seminar


Kebangsaan Peluang Pekerjaan Orang-Orang Cacat. Kuala Lumpur. 11-12
Disember.

Oskamp, S. 1997. Attitude and opinions. New Jersey: Prentico Hall.


Perigoe, C.B. 1992. Strategies for the remediation of speech of hearing impaired
children. The Volyta Review.

Robertson, L. & Flexer, C. 1993. Reading development: a parents survey of children


with hearing impairment who developed speech and language through the
auditory verbal method. The Volta Review.

Tesser, A. 1990. Attendance and attendance changes. Annual Review Psychology 4 (1)
479-523.

Williams, P. 1991. The special education handbook. Philadelphia: Open University


Press.