Anda di halaman 1dari 2

1.

gambar di bawah menunjukkan suasana ketika diadakan majlis rumah terbuka sempena
sambutan perayaan yang utama di negara kita.huraikan pendapat anda tntg kebaikan2
mengadakan majlis rumah terbuka.
1) mengeratkan hubungan antara kaum
2) dapat mendalami pengetahun tentang tradisi dan budaya kaum lain
3) dapat menjayakan konsep "satu Malaysia" yang didukung oleh Perdana Menteri

2. berdasarkan gambar di bwh huraikan pendapat anda tntg kebaikan2 amalan b'gotong-royong.

Sebagai sebuah negara majmuk, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum
mengamalkan bahasa, agama, dan budaya yang berlainan. Oleh hal yang demikian, maka
wujudlah pelbagai perayaan yang disambut oleh penduduk Malaysia sepanjang tahun.
Sebenarnya, inilah ciri-ciri keunggulan kita sebagai sebuah negara majmuk.
Justeru, majlis rumah terbuka diadakan setiap kali tiba musim perayaan. Kini majlis rumah
terbuka telah menjadi suatu kecenderungan aliran yang popular dalam kalangan masyarakat
negara in Konsep rumah terbuka ini memberikan peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk
bersama-sama meraikan perayaan sesuatu kaum yang lain.
Secara tidak langsung, kecenderungan ini dapat mengeratkan silaturahim dan mencerminkan
identiti masyarakat Malaysia yang harmonis di mata pelancong asing. Hal ini demikian kerana
terdapat negara-negara lain yang mempunyai penduduk majmuk seperti di negara kita juga tetapi
gagal mencapai tahap perpaduan seperti kita. Malah, rakyat negara berkenaan sentiasa
bercakaran sesama sendiri.
Asal usul majlis rumah terbuka ini dapat dirintis kembali kepada adat budaya dan konsep seruan
beragama anutan setiap kaum di Malaysia. Tanpa mengira mana-mana perayaan, sama ada Hari
Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavati, Hari Natal, Pesta Keamatan, Pesta Gawai dan
sebagainya, masing-masing tetap menyambutnya dengan cara yang tersendiri.
Sesungguhnya, proses pembudayaan yang wujud dalam konsep rumah terbuka menyaksikan
pertembungan antara dua atau lebih budaya. Sebagai akibatnya, akan berlakulah proses asimilasi
dan penyerapan unsur-unsur kebudayaan oleh sesuatu kaum minoriti daripada kaum majoriti.
Umpamanya, banyak unsur budaya Melayu yang akan diterima secara tidak langsung sebagai
unsur budaya kaum Iban, Kadazan, dan Murut ekoran majlis-majlis rumah terbuka yang
diadakan saban tahun.
Tambahan lagi, melalui amalan rumah terbuka, kaum-kaum yang berlainan akan lebih
memahami antara satu dengan yang lain. Selain mengenal juadah kaum-kaum lain, mereka akan
didedahkan kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka. Secara tidak langsung
semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi. Sikap toleransi ini amat penting demi
keutuhan negara kita.
Kesimpulannya. Amalan rumah terbuka semasa menyambut perayaan pelbagai kaum di Malaysia
seharusnya dijadikan suatu tradisi kehidupan rakyat negara ini. Malah, amalan sedemikian rupa
menjadi identiti masyarakat majmuk Malaysia yang tiada tolok bandingnya dengan negara-
negara lain

Anda mungkin juga menyukai