Anda di halaman 1dari 3

Tanpa 

komunikasi yang betul keserasian rumah tangga sukar diwujudkan. Sikap isteri
dalam keadaan tertentu sukar difahami suami. Dia akan terus berteka-teki dalam perkara itu
namun tidak mahu berterus terang. Apabila isteri melakukan sesuatu perkara selalu
disalahtafsirkan.

Mereka ini walaupun berkahwin setelah melalui proses perkenalan yang panjang, namun
peluang yang ada itu tidak digunakan untuk saling mengenali hati budi masing-masing.
Mereka terlupa untuk mempelajari kaedah komunikasi yang berkesan sebagai suami isteri.

Walaupun mereka bertunang bertahun-tahun, namun mereka tidak sempat untuk menilai
apakah antara mereka ada perbezaan yang boleh saling lengkap melangkapi. Mereka terlupa
untuk melihat keserasian pasangan secara lebih jelas.

Biasanya waktu berkawan mereka terlalu enjoy, hendak seronok sahaja. Semua yang ada
pada kekasih masing-masing dilihat indah walaupun buruk. Pada waktu bertunang pula
mereka asyik berbincang soal persiapan fizikal sahaja. Padahal jika mereka mengambil
puluang itu untuk mengenali peribadi, perwatakan, dan isi budi masing-masing adalah lebih
bermanfaat.

Sebenarnya, sewaktu berkawan dan bertunang adalah waktu terbaik untuk mereka mengenali
semua itu. Mereka harus mengenali cara pasangannya bercakap, cara dia bertindak dan
sebagainya. Semua yang dilakukan itu melambangkan sikapnya sebenar. Jika mereka benar-
benar faham, banyak yang boleh diatasi semasa berkahwin.

Kesan daripada tidak faham kaedah komunikasi yang berkesan itu, banyak pasangan yang
berkahwin mengalami krisis. Sikap isteri tidak difahami oleh suami hingga kadang-kadang
perkara kecil menjadi besar. Dalam ruang ini saya cuba paparkan sikap isteri yang seharusnya
suami tahu dan bertindak bagi mengatasinya.

1.Waktu merajuk

Bil Sikap Maksudnya Mengatasinya


1 Tiba-tiba tak mahu Dia tidak suka dengan Berterus terang maksud
bercakap tindakan suami sebelum tindakan, jika perlu minta
itu maaf
2 Tiba-tiba marahkan Dia cemburu dengan Perlu selidik puncanya,
suami tindakan suami mungkin salah sangka.
Jika pasti, berterus
terang, bukan menipu
3 Tiba-tiba menangis Dia sakit hati dengan Beri penjelasan isu yang
tindakan suami ditimbulkan. Beri
keyakinan tentang kasih
sayang.
4 Tidak mahu memberi Dia sungguh kecewa Nilai semua kesilapan
khidmat dengan sikap suami suami, dan betulkan
semula apa yang tidak
disenangi. Jika masih
tidak mahu menerima,
tinggalkan dia di rumah
untuk memberi ruang dia
berfikir

Suami yang tidak memahami sikap isteri di atas akan bersangka buruk terhadap isterinya
malah ada yang menuduh isteri curang.

2. Waktu gembira

Bil Sikap Maksudnya Mengatasinya


1 Dia sudah rajin masak Tindakan suami sebelum itu Teruskan sikap itu, jika perlu
menyenangkan hatinya puji kerajinannya
2 Dia tidak banyak soal Dia puas hati dengan Ucapkan terima kasih kepada
waktu kepulangan suami tindakan suami isterinya dan menten keadaan
itu
3 Dia siap untuk tidur awal Dia sudah akur dengan Belajari sikap dan
kehendak suami pengalaman manis itu untuk
tidak mengulangi kebencian
isteri
4 Dia bercakap dengan Dia mahu suaminya Hargai sikap isteri dan jauhi
nada manja bersikap seperti itu juga dari sikap kontra
Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus menyangka isterinya ada
udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang sewajarnya.

3.Waktu benci

Bil Sikap Maksudnya Mengatasinya


1 Kehendak suami tidak Dia mahu suami mengubah Baiki kesilapan bukan
dilayan sikap yang buruk mempertahankannya
2 Tidak mahu bercakap Dia memprotes sikap suami Menilai sikap diri mana yang
apabila ditanya walaupun yang tidak istiqamah berbuat buruk dibuang dan yang baik
dengan baik baik diperbanyakkan
3 Makan tidak selera Dia mahu simpati daripada Suami perlu melihat masalah
suaminya isteri dan cuba selamatkan.
Tetapi jangan sampai
melanggar syariat
4 Tidur seorang diri Dia mahu suaminya Suami perlu menilai
bertanggungjawab kepada kelemahan diri dan cuba
dirinya membaiki kekurangan itu
demi kasih sayang
Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah kepada isteri. Dan atas
sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh.

4. Waktu mengharap

Bil Sikap Maksudnya Mengatasinya


1 Muka masam Apa yang diharapkan tidak Bertanya sebab dan cuba atasi
menjadi kenyataan kehendaknya
2 Meminta maaf sambil Dia benar-benar insaf Terimalah seadanya dia, dan
menangis selepas memaafkannya,
nasihatkan berdasarkan
kehendak Islam dan apa yang
anda mahu
3 Melihat sesuatu barangan Dia hendak meminta suami Suami perlu memberi
dalam tempoh yang lama membelinya pertimbangan sewajarnya
dan memujinya sama ada untuk
membelikannya atau tidak
Contoh sikap isteri yang dipaparkan ini mungkin tidak bermaksud begitu, tetapi
sebagai suami, tindakan isteri perlu dikaji dengan teliti. Kadang-kadang yang
tersurat tidak sama dengan yang tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh menilai
dengan tepat. Tetapi yang paling penting semua yang berlaku harus disangka baik.
Nanti yang negatif akan menjadi positif.

Anda mungkin juga menyukai