Anda di halaman 1dari 30

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

BAB 5: JENIS-JENIS UJIAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan jenis-jenis ujian yang dilakukan dimakmal dan tapak
binaan semasa menjalani latihan industri (LI) di JKR Labuan. Setiap ujian yang
dilakukan bertujuan untuk mendapatkan keputusan bagi memastikan sesuatu perkara
yang dilakukan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

5.2 Ujian Penurunan

129
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.2.1 Pengenalan

Dalam pembinaan kejuruteraan awam ujian penurunan merupakan ujian in-situ yang
dijalankan di tapak bina. Ujian ini telah digunakan oleh jurutera arkitek pada zaman rom
iaitu Vitruvius. Ujian ini digunakan untuk menyukat keboleh kerjaan dan kestabilan
konkrit yang dibancuh sebelum digunakan. Keputusan ujian menghasilkan nilai yang
berbeza dengan mengubah kuantiti air. Terdapat 3 jenis penurunan yang kerap kali
terjadi iaitu penurunan sebenar, penurunan ricih dan penurunan runtuh.

5.2.2 Fungsi Dan Kegunaan.

Digunakan untuk mengawal kualiti konkrit sekaligus mengikuti spesifikasi yang


ditetapkan. Berdasarkan kualiti sirim ISO 9000:2001 JKR Labuan jarak jatuh diantara
50mm hingga 100mm.

5.2.3 Peralatan Dan Bahan

i. Ferastrem berbentuk kon setinggi 300mm . berdiameter bahagian atas 100mm


dan diameter bahagian bawah 200mm. terdapat dua pemegang sisi.
ii. Rod pemadat diperbuat daripada keluli. Berdiameter 16mm dan pajangnya
600mm.
iii. Pembaris
iv. Plat tapak

130
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.2.3 Prosedur Kerja

100mm

300mm

300mm

Gambarajah 5.2.3.1 Gambarajah 5.2.3.2


1. Letakkan plat tapak yang telah dilembabkan diatas permukaan lantai yang rata.
2. Letakkan kon ferastem diatas plat kayu seperti gambarajah 5.2.3.1.
3. Tahan kon ferastem menggunakan kedua-dua belah kaki pada pemegang kaki.
4. Masukan konkrit pada lapisan pertama dan dihentak menggunakan rod besi
sebanyak 25 hentaman.
5. Masukkan konkrit untuk lapisan kedua dan dihentak menggunakan rod besi
sebanyak 25 hentaman..
6. Masukkan konkrit untuk lapisan ketiga dan dihentak menggunakan rod besi
sebanyak 25 hentaman kemudian diratakan pada permukaannya.
7. Angkat kon acuan dengan berhati-hati secara pugak.
8. Biarkan konkrit bergerak secara sendiri tanpa ada sebarang gegaran
9. Setelah runtuhan stabil terbalikkan kon acuan dan letakkan rod besi diatas acuan
seperti gambarajah 5.2.3.2
10. Bacaan diambil dan dicatatkan.

131
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.2.4 Gambar

5.2.4.1 Cara untuk menyukat ketinggian runtuhan

5.2.4.2 Contoh keputusan penurunan sebenar.

132
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.3 Ujian Kiub

5.3.1 Pengenalan

Ujian ini dilakukan ditapak bina oleh pihak United Construction (pihak yang dilantik
oleh JKR Labuan )dan setelah itu dibawa kemakmal untuk ujian kuring. Apabila kiub
konkrit telah menjalani kuring, ujian mampatan akan dilakukan didalam makmal
menggunakan mesin mampatan. Kebiasaannya saiz untuk ujian kiub ini ialah 150mm x
150mm x150mm dan agregat yang biasa digunakan tidak melebihi saiz 40mm dan tidak
kurang daripada 25mm.

5.3.2 Fungsi Dan Kegunaan

Ujian ini digunakan untuk memeriksa kekuatan mampatan yang boleh ditanggung oleh
sesebuah konkrit. Selain itu melalui ujian ini dapat diketahui adunan konkrit tersebut
mengikut ‘standard’yang ditetapkan.

5.3.3 Peralatan Dan Bahan

i. Acuan kiub konkrit berukuran 150mm. Diperbuat daripada keluli dan


mempunyai plat tapak dari keluli bagi mengelakkan kebocoran.
ii. Besi pemadat diperbuat daripada keluli berbentuk segi empat bersaiz 32mm² dan
panjang 600mm
iii. Mesin ujian mampatan

133
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.3.4 Prosedur Kerja

1. Acuan dan plat tapak hendaklah debersihkan dan disapu dengan minyak (diesel)
untuk mengelakkan konkrit melekat pada sisi kiub. Plat tapak diapit pada acuan
menggunakan bolt dan nat.
2. Isikan konkrit kedalam acuan sebanyak tiga lapisan.
3. Setiap lapisan mestilah dihentak dengan besi pemadat sebanyak 25 hentaman.
Proses ini dilakukan secara sistematik dan hentaman disebarkan secara seragam
keseluruh permukaan konkrit.
4. Permukaan konkrit hendaklah diratakan supaya sama aras dengan bahagian atas
acuan.
5. Kiub yang dibuat di tapak binaan hendaklah dibungkusdengan plastic selama
24jam sebelum acuan ditanggalkan .
6. Setelah acuan pada kiub konkrit ditanggalkan kiub konkrit direndam dalam air
untuk proses kuring.
7. Ujian kekuatan mampatan hendaklah dibuat pada konkrit yang berumur 7 hari,
14 hari dan 28 hari.

134
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.3.5 Contoh Gambar Ujian Kiub

5.3.5.1 Kerja menyapu minyak di tepi dalam kiub

5.3.5.2 Hentaman untuk lapisan pertama

135
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.3.6 Contoh Laporan Ujian Kiub

5.3.6.1 Contoh data untuk ujian 28 hari

136
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.4 Ujian Proba Machintosh

5.4.1 Pengenalan

Alat ini diketegorikan sebagan alat meter tusuk ringan, yang mempunyai kon bersudut
30˚dan 60˚. Ujian ini dijalankan ditapak bina.Pihak JKR Labuan telah melantik STL
Geotechnical sdn bhd sebagai pihak bertanggungjawab dalam kerja penyiasatan tanah.
Biasanya ujian ini dijalankan pada jarak antara 30-50 kaki.

5.4.2 Fungsi Dan Kegunaan

Ujian proba machintosh ini dijalankan untuk mendapatkan nilai keupayaan galas tanah.
Keputusan yang diperolehi daripada ujian ini akan memberikan gambaran secara kasar
mengenai kekuatan lapisan tanah pada titik tersebut.
Tafsiran kekuatan galas dibuat menggunakan formula yang telah ditentukan atau
menggunakan graf yang disediakan.
 Jika nilai ketukan kurang dari 10, bermakna tanah sangat lemah.
 Jika ketukan antara 10-40, kajian tentang masalah enapan perlu dilakukan
 Ketukan yang melebihi 40 menandakan tanah ini agak kuat untuk asas bangunan
atau lain-lain struktur

137
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.4.3 Peralatan Dan Bahan

i. Rod besi 1.2m panjang dan berdimeter 2.5mm


ii. Kon keluli berdiameter 25mm
iii. Penyambung
iv. Set penukul
v. Pita ukur
vi. Penarik rod
vii. Kapur tulis

5.4.3.1 Set alatan proba makintosh

138
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.4.4 Prosedur Kerja

1. Sambungkan kon keluli pada bahagian bawah rod besi dan set penukul pada
bahagian atas rod besi.
2. Tegakkan rod besi serenjang dengan permukaan tanah pada titik yang hendak
diuji.
3. Ukur jarak sela 0.3m pada rod besi dan tandakan dengan kapur.
4. Angkat penukul sehingga had maksimum dan lepaskan.
5. Kirakan bilangan entaman bagi penusukan 0.3m.
6. Rekodkan data jumlah hentaman pada setiap penusukan 0.3m dalam jadual
Ujian Proba Machintosh
7. Tanggalkan set penukul dan sambungkan ros besi yang lain dikepala rod besi
yang asal pada sela 0.3m terakhir.
8. Tandakan semula setiap jarak0.3m pada rod tersebut. Lakukan semula hentaman
dan ulangi proses kerja yang sama.
9. Hentaman hendaklah dihendaklah dihentikan apabila:
 Bilangan hentaman mencapai 400kali bagi penusukan 0.3m. ini kerana tanah
mempunyai keupayaan galas yang tinggi atau kedalaman penusukan mencapai
15m. penyiasatan tanah yang lebih terperinci diperlukan dengan menggunakan
ujian penjaraan.
10. Bersihkan rod besi, kon keluli dan pemyambung selepas digunakan.

139
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.4.5 Contoh Gambar

5.4.5.1 Kerja proba sedang dijalankan

5.4.5.2 Contoh graf piawai keupayaan galas melawan bilangan hentaman

140
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.5 Ujian Bata

5.5.1 Pengenalan

Bata yang terpilih akan diambil daripada tapak bina. Bata yang diambil mestilah bata
yang telah berada ditempat bina sekurang-kurangnya 2 minggu. Setiap kotak akan
diambil satu sampel. Apabila ujian dilakukan tahap mampatan bata hendaklah melebihi
600 kN. Bata yang tidak mencapai piawaian akan di tolak dan NCR akan dikeluarkan.

5.5.2 Fungsi Dan Kegunaan

Ujian ini digunakan untuk memastikan bata yang digunakan mengikut spesifikasi
dengan kekuatan mampatan minimum 600kN. Ini dapat memastikan bangunan yang
dibina kukuh dan selamat untuk diduduki.

5.5.3 Peralatan Dan Bahan

i. Bata
ii. Alat penimbang
iii. Pembaris
iv. Mesin ujian mampatan

141
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.5.4 Prosedur Kerja

i. Pilih bata ditapak bina.


ii. Bata yang terpilih hendaklah ditimbang mengunakan alat penimbang.
iii. Saiz dan berat bata dicatat.
iv. Bata dimasukkan kedalam mesin ujian mampatan dan ujian dimulakan.
v. Ulang langkah ii hingga iv sehingga nilai purata diperolehi ( 10 bata).

5.5.5 Contoh Gambar

5.5.5.1 Bata yang ditimbang dan disukat

142
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.5.5.2 Bata yang sedang diuji

5.5.5.3 Bata yang telah siap diuji

143
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.5.6 Contoh Laporan Mampatan Bata

144
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.6 Ujian Tegangan Besi

5.6.1 Pengenalan

Ujian ini dijalankan dimakmal menggunakan mesin tegangan. Setiap tegangan berbeza
mengikut jenis besi dan sumber. Setiap besi yang diuji diperolehi daripada tapak binaan
dan dari pembekal yang berbeza. Kebiasaanya besi yang diuji ialah besi yang bersaiz
sederhana dan sering digunakan.

5.6.2 Fungsi Dan Kegunaan

Digunakan untuk memastikan besi berada dalam keadaan baik dan mengikut piawaian
yang ditetapkan. Ujian ini juga merupakan salah satu perkara yang terdapat didalam
kontrak yang perlu dilakukan oleh penyelia JKR.

5.6.3 Alatan Dan Bahan

i. Besi
ii. Mesin ujian tegangan
iii. Pemotong besi
iv. Pembaris atau pita pengukur

145
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.6.4 Prosedur Kerja

i. Sukat panjang besi menggunakan pita pengukur sepanjang 600mm


ii. Besi dipotong mengikut sukatan
iii. Masukkan besi kedalam mesin ujian teganggan
iv. Ujian dimulakan dan bacaan diambil dan dicatatkan

5.6.5 Contoh Gambar Ujian

5.6.5.1 Gambar mesin teganggan

146
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.7 Ujian Galas Tanah

5.7.1 Pengenalan

Ujian ini yang dilakukan ditapak bina menggunakan peralatan khas. Ujian ini juga
dinamakan ujian plat bearing Ujian ini yang memerlukan pemerhatian 24 jam selepas
beban diletakkan di atasnya dan bacaan akan diambil selang 10 minit. Kebiasaanya ujian
ini di uji di dalam lubang korekan asas.

5.7.2 Fungsi Dan Kegunaan

Ujian ini digunakan untuk mengetahui kekuatan galas tanah sekaligus mengetahui
beban yang boleh ditanggung oleh oleh tanah tersebut. Ujian ini selalu digunakan untuk
asas pad.

5.7.3 Alatan Dan Bahan

i. Mesin ujian plat bearing


ii. Plat konkrit ( 1ton)
iii. Jentera pengangkat
iv. Jam randik

147
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.7.4 Prosedur Kerja

i. Letakkan mesin ujian plat bearing didalam korekan asas dalam keadaan yang
stabil.
ii. Plat bearing diset kan.
iii. Menggunakan jentera pengangkat, plat konkrit diletakkan diatas mesin ujian plat
bearing.
iv. Biarkan plat konkrit dalam keadaan stabil.
v. Ambil bacaan pada meter mesin selang 10 minit.
vi. Mesin diperhatikan selama 24 jam atau sehingga tiada perubahan pada meter
mesin.

5.7.4.1 Contoh mesin plat bearing

148
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.7.5 Contoh Gambar Ujian

5.7.5.1 mesin diletakan didalam lubang korekan asas

5.7.5.2 beban plat konkrit diletakkan diatas mesin plat bearing

149
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.8 Ujian ‘ Pile Driver Analysis’( PDA)

5.8.1 Pengenalan

Ujian ini telah banyak digunakan walaupun baru diperkenalkan. Ujian ini lebih jimat
dibandingkan dengan ujian beban statik. Cerucuk yang biasa menggunakan ujian ini
ialah cerucuk konkrit tetulang pratuang.

5.8.2 Fungsi Dan Kegunaan

Digunakan untuk mengetahui keupayaan sesuatu cerucuk untuk menangung beban. Ia


juga digunakan untuk mengetahui jenis tanah sesuatu kaawasan.

5.8.3 Alatan Dan Bahan

i. komputer analisis
ii. pensil
iii. kertas graf
iv. pembaris
v. jentera penghentak

150
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.8.4 Prosedur Kerja

i. komputer diset kan terlebih dahulu.


ii. Kabel disambung pada cerucuk dan komputer
iii. Pembaris ,kertas graf diletakkan ditepi cerucuk
iv. Cerucuk dihentak sebanyak 10 kali mengunakan jentera penghentak.
v. Bacaan diperolehi diatas graf dan di komputer analisis.

5.8.5 Contoh Gambar

5.8.5.1 Data disetkan kedalam komputer analisis

151
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.8.5.2 kabel yang dilekatkan pada cerucuk.

5.8.5.3 Pengambilan data pada kertas graf.

152
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.8.5.4 Contoh bacaan pada kertas graf.

5.8.5.5 Jentera penghentak

153
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.9 Ukur Aras

5.9.1 Pengenalan

Ukur aras ialah kaedah mengukur untuk menentukan ketinggian sesuatu titik diatas
permukaan bumi dari datum. Kerap digunakan kerana prosedur kerja yang senang dan
mudah difahami.

5.9.2 Fungsi Dan Kegunaan

Tujuannya adalah untuk mendapatkan profil bumi kawasan ukur dengan melukis pelan
keratan rentas dan keratan membujur sesuatu tapak cadangan projek. Melalui pelan
keratan rentas dan membujur ini, aras formasi tapak berkenaan dapat ditentukan.

5.9.3 Alatan Dan Bahan

i. Alat aras
ii. Staf
iii. Plat staf
iv. Gelembung staf

154
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.9.4 Prosedur Kerja

Pelarasan sementara alat aras terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu:-


i. Mendirisiapkan alat aras
ii. Mengaras alat aras
iii. Memfokus alat aras

i Mendirisiapkan alat aras


 Dirikan kaki tiga diatas tanah pada ketinggian yang sesuai. Pastikan plat
permukaan kaki hampir mendatar.
 Tekan kaki tiga ke dalam tanah bagi meneguhkan kedudukannya.
 Buka penutup bahagian atas kaki tiga.
 Keluarkan alat aras daripada kotak dengan memegang rangkanya dan
dipasangkan di atas kaki tiga.
 Ketatkan alat aras pada kaki tiga dengan menggunakan skru pengapit.

ii Mengaras alat aras


i. Pusing teropong supaya selari dengan mana-mana dua skru pelaras.
ii. Pusing kedua-dua skru kearah berlawanan sehingga gelembung bulat bergerak
kearah tengah bulatan .
iii. Pusing teropong supaya bersudut tepat dengan kedua-dua skru. Kemudiannya
pusingkan skru satu lagi sehingga gelembung berada ditengah-tengah bulatan.
iv. Ulangi proses i hingga iii dan perhatikan sama ada gelembung berada di tengah-
tengah bulatan.
v. Sekiranya gelembung berada di tengah-tengah bulatan, ini menunjukkan alat aras
telah diaras dengan tepat.
vi. Jika tidak, ulangi langkah i hinggaa iii sehingga gelembung berada di tengah-
tengah bulatan .

155
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

iii Memfokus alat aras


i. Fokus teropong pada satu objek yang cerah.
ii. Pusingkan kanta mata sehingga ulir silang jelas kelihatan.
iii. Pusing teropong kearah staf.
iv. Pusingkan skru pemfokusan sehingga staf jelas kelihatan.
v. Pusingkan skru gerak pelahan supaya ulir silang berada di tengah-tengah staf.
vi. Pastikan tidak terdapat beza lihat antara imej staf dan uir silang. Jika terdapat
beza lihat, laraskan kanta semula.

5.9.5 Contoh gambar

5.9.5.1 Ukur aras yang didirisiapkan.

156
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.9.5.2 Pelarasan alat aras.

5.9.5.3 Pencerapan dilakukan.

157
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

5.9.5.4 Contoh plotan aras fomasi,penambakan dan pemotongan

158