Anda di halaman 1dari 4

KATA NAMA

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu


NAMA BETUL dan GANTI NAMA dan satu lagi dipanggil NAMA
TERBITAN.

a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )


b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan

Nama Betul
1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama
Khas.

Nama Am

2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama


sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak
bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut
sesuatu secara am atau umum.

Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar


dll
Binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll
Benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
Tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri
dll

3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:


(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat
dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau
dikhayalkan.

4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal
dan kata nama terbitan.

5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:


buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil


melainkan pada awal ayat.
Contoh:

Dia sedang menjinakkan Pada akhir ayat


seekor gajah.
Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat

Kata Nama Khas


1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya
digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda
yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama
binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku,
nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang
tertentu, khusus atau khas.

a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang


Tuah, dll
b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur
dll

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis


dengan huruf besar.

manusia Zaidi, Mei Fong,


Subramaniam
binatang Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan Pudu Raya (perhentian bas dan
teksi),
Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kegunaan Kata Nama Kata Nama Khas


Am
Benda bangunan Bangunan Tabung Haji
kereta Proton Saga
buku Bahasa Melayu
sekolah S.K. Darau
Orang doktor Doktor Efendi
kerani Puan Zainun
guru Cikgu Azmi
budak lelaki Muhamad Fauzi
Binatang kucing Si Tompok
lembu Lembu Sapi
katak Katak Puru
ayam Ayam Belanda
burung Burung Murai
Tempat negeri Terengganu
bandar Jerteh
kampung Kampung Pasir Akar
tasek Tasek Perdana
Tumbuhan pisang Pisang Emas
cili Cili Padi
jambu Jambu Batu
limau Limau Kasturi

Kata nama Terbitan


Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.

Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :


di awal kata ( awalan )
di akhir kata ( akhiran )
di awal dan di akhir kata ( apitan )

Sila teliti contoh-contoh imbuhan :


di awal kata pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
di akhir kata -ita, -man, -wati, -an, dan -wan
di awal dan di akhir per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe-
kata -an, dan ke- -an

Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan
terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-
kelas kata kata dasar kata terbitan
kata kerja peraga peragawati
latih latihan
bawa pembawaan
lawan perlawanan
kata sendi oleh perolehan
untuk peruntukan
kata nama lombong perlonbongan
rumah perumahan
guru perguruan
kata adjektif cantik kecantikan
besar pembesar
tinggi ketinggian

[KEMBALI]