Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menggalas cabaran dengan menjadi hos kepada Kejohanan Sukan Persatuan Badan-Badan Bekanun Malaysia kali ke-5 bagi 2007. Temasya sukan terbesar yang dianjurkan oleh Persatuan Badan-Badan Bekanun Malaysia dengan kerjasama UKM ini menghimpunkan seramai 4550 peserta termasuk pegawai, berkampung selama 9 hari bermula 30 November hingga 8 Disember 2007 yang lalu. Sebanyak 66 agensi badan berkanun telah menyertai temasya ini yang mempertandingkan sebanyak 18 acara merangkumi acara-acara sukan seperti skuasy, bola jaring, bola tampar, bola sepak, tenpin boling, badminton, tenis, dart, karom, boling padang, olahraga dan juga sepak takraw. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Canselor UKM, DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku
Kejohanan Sukan Badan-Badan Berkanun
Malaysia 2007 Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 1 Disember bertempat di Stadium UKM. Antara objektif penganjuran sukan ini diadakan adalah untuk meningkatkan dan memperkembangkan kegiatan sukan di kalangan kakitangan badan-badan berkanun di Malaysia di samping mewujudkan semangat cintakan organisasi melalui sukan dan juga mewujudkan jalinan perpaduan serta mempertingkatkan silaturahim antara organisasi-organisasi yang terlibat. Juara keseluruhan menjadi milik kontingen Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan pungutan 125 mata, meninggalkan pencabar terdekat, Universiti Kebangsaan Malaysia yang terpaksa berpuas hati selaku naib juara dengan pungutan 65 mata. Upacara perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pro- Canselor UKM, YAM Tunku Laxamana Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar pada 8 Disember 2007.