Anda di halaman 1dari 2

Peranan Lemak Dalam Badan

Zat yang diperlukan oleh badan manusia


Selain oksigen dan air, manusia juga memerlukan protein, karbohidrat, garam tak organic, vitamin dan
sebagainya untuk meneruskan kehidupan. Antara zat-zat yang membekalkan haba untuk kehidupan dan
aktiviti harian adalah protein, karbohidrat dan lemak.

1. Protein – struktur yang paling asas bagi kehidupan manusia.


Protein merupakan bahan asas bagi pembentukan badan. Nilai nutrisi dan kuantiti protein yang
diperolehi bergantung pada pengambilan makanan pada setiap hari. Terdapat pelbagai jenis
protein dalam alam semulajadi. Nilai nutrisi bagi suatu jenis protein bergantung kepada jenis,
kandungan dan nisbah asid-asid amino yang terkandung dalamnya. Setiap aktiviti dan fungsi
fisiologi dalam badan manusia dijalankan oleh protein. Tanpa protein, badan kita akan runtuh
seumpama runtuhnya rangka keluli pada bangunan tinggi.

2. Karbohidrat – sumber tenaga utama bagi aktiviti badan.


Karbohidrat merupakan pembekal utama tenaga haba bagi aktiviti badan. Karbohidrat
menentukan prestasi kerja, pemikiran dan stamina badan anda. Ia merupakan zat yang amat
penting untuk mencapai keadaan fizikal yang optimum, tidak kira sama ada anda duduk berfikir
ataupun bekerja. Ini kerana karbohidrat diperlukan untuk aktiviti otak dan fungsi badan secara
keseluruhan. Sekiranya pengambilan karbohidrat dalam badan kita tidak mencukupi, maka kita
akan berasa letih dan seterusnya tidak dapat bekerja dan berfikir dengan berkesan.

3. Lemak – zat yang tidak boleh berlebihan atau berkurangan.


Lemak wujud dalam tisu-tisu badan kita dalam pelbagai bentuk. Ia adalah salah satu bahan yang
penting untuk membentuk tisu dan sel badan serta sebagai sumber tenaga badan yang utama.
Lemak merupakan sejenis zat yang penting dalam badan, akan tetapi ia juga adalah bahan yang
sangat bahaya kerana ia boleh mneyebabkan pelbagai penyakit jika berlebihan atau kekurangan.

4. Garam mineral – mengekalkan fungsi normal badan.


Walaupun garam mineral hanya menyumbangkan 4.0 % daripada berat badan, ia merupakan
bahan utama yang diperlukan untuk membentuk tisu-tisu badan serta mengekalkan fungsi
organ dan fisiologi badan. Garam mineral tidak dapat dihasilkan oleh badan kita sendiri, maka ia
perlu diperolehi melalui pengambilan makanan.

5. Air – asas bagi hidup


Air merupakan komponen yang penting dalam badan kita serta zat yang paling penting dalam
badan kita serta zat yang paling penting dalam pemakanan. Segala fungsi dalam badan manusia
memerlukan air untuk berjalan dengan lancar. Air bukan sahaja dapat menghilangkan dahaga,
malah juga mempunyai fungsi-fungsi penjagaan kesihatan dan rawatan.

6. Serat makanan – membersihkan badan manusia.


Serat makanan tidak mengandungi zat tetapi ia berupaya merangsang pergerakan usus,
menakala serat larut air boleh membersihkan saluran darah dalam badan. Jadi, serat makanan
merupakan agen pembersih yang dapat membersihkan badan dengan menyeluruh serta
menurunkan kolesterol dan lipid darah. Selain itu, serat pemakanan juga berfungsi menurunkan
paras gula dan mengawal kegemukan.
7. Vitamin – agen pemangkin metabolisme
Vitamin merupakan bahan yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan, terutamanya
menyelaraskan metabolisme dalam badan. Tidak kira apa jua jenis vitamin, kekurangan
pengambilan vitamin akan menyebabkan kemerosotan tenaga badan seterusnya memudaratkan
kesihatan. Vitamin terbahagi kepada 2 jenis utama iaitu vitamin larut air dan vitamin larut
lemak.

Dari mana asalnya lemak?

Lemak terbentuk daripada trigliserida, setiap molekul trigliserida terdiri daripada tiga molekul asid
lemak. Badan kita akan membakar asid-asid lemak untuk menghasilkan tenaga apabila perlu. Lemak
mempunyai keupayaan penyimpanan tenaga yang amat tinggi. 1.0g lemak berupaya menghasilkan lebih
kurang 9.0 kilokalori jika dibandingkan dengan protein dan karbohidrat yang hanya dapat menghasilkan
4.0 kilokalori. Jadi, tenaga berlebihan daripada apa-apa yang kita makan akan ditukar kepada lemak dan
seterusnya disimpan dalam tisu-tisu lemak badan. Lemak dalam badan berkumpul terutamanya di
bawah tisu kulit, abdomen, paha, usus besar, usus kecil dan mengelilingi bahagian luar organ dalaman.

Peranan Lemak Dalam Badan

Selain membekalkan tenaga, salah satu fungsi utama lemak dalam badan adalah menghasilkan sel
membran untuk melindungi organ dalaman badan dan mengurangkan geseran antara organ-organ.
Lemak juga amat penting untuk bahagian otak. Lemak dalam badan digunakan untuk melawan
keradangan, membekukan darah dan bertanggungjawab dalam pengecutan dan pengembangan saluran
darah. Kita juga memerlukan lemak untuk mengekalkan fungsi keimunan yang normal, meningkatkan
pertumbuhan kulit dan menyelaraskan fungsi fisiologi wanita. Golongan wanita yang kekurangan lemak
akan mengalami masalah haid, sementara kadar kemandulan juga akan meningkat. Jadi, lemak
bukanlah unsur yang tidak baik sepenuhnya.