Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN RAJA MUSA

45000 KUALA SELANGOR

UNIT KOKURIKULUM

LAPORAN PROGRAM JAYA DIRI PEMIMPIN MUDA

1. PENGENALAN

Perkembangan seseorang murid perlu seimbang dari aspek rohani, jasmani dan
intelek. Pembelajaran yang dijalankan di bilik darjah sahaja tidak mencukupi untuk
melahirkan murid yang berkebolehan dalam semua aspek. Justeru program ini
dijalankan adalaah bertujuan untuk meningkatkan IQ, EQ dan SQ di kalangan setiap
peserta agar menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Di samping itu
juga dapat memupuk semangat jati diri serta menanam keyakinan diri setiap peserta.

2. BUTIR-BUTIR PROGRAM :
Tajuk : Program Jaya Diri Pemimpin Muda
Tarikh : 10 November 2010 ( Selasa )
Masa : 7.30 pagi – 1.30 petang
Tempat : Dewan SKJRM
Sasaran : 65 orang peserta

3. TENTATIF PROGRAM
7.30 pagi : Pendaftaran peserta
8.00 pagi : Menulis minit mesyuarat – Ustzah Erniyanti bt. Bunangin
9.00 pagi : Menulis Laporan aktiviti – En. Shamsul Rizal b. Judi
10.00 pagi : Rehat
10.20 pagi : Jemputan untuk mesyuarat – En. Rahmat b. Mukri
11.30 pagi : Membuat penyata kewangan – En. Mazlan b. Mohd. Mohsin
12.30 t/hari : Penilaian program – beri tugasan dan perlu disiapkan
01.30 petang : Bersurai
4. LAPORAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN

7.30 PAGI : PENDAFTARAN


Murid-murid berkumpul di luar dewan seawal 7.00 pagi. En. Ahmad Tarmizi b. Md Piah
telah ditugaskan untuk mengambil kehadiran para peserta. Seramai 65 orang peserta
yang terdiri daripada murid-murid tahun 5 dan 6 mengambil bahagian. Para peserta
menerima sebuah fail dan peralatan menulis untuk kegunaan sepanjang program ini
berjalan.

8.00 PAGI – 9.00 PAGI : CARA MENULIS MINIT MESYUARAT


Slot ini dikendalikan oleh Ustazah Erniyanti bt. Bunangin. Para peserta didedahkan
bagaimana mencatat minit mesyuarat dengan betul. Ustazah Erniyanti menerangkan
secara terperinci perkara-perkara yang sepatutnya ditulis dalam sesuatu minit
mesyuarat.

9.00 PAGI – 10.00 PAGI : MENULIS LAPORAN SESUATU AKTIVITI


En. Shamsul Rizal b. Mohd. Judi diminta untuk menerangkan bagaimana cara
penulisan laporan sesuatu aktiviti kokurikulum.

10.00 PAGI – 10.30 PAGI : REHAT


Semua peserta kursus rehat. Mereka disajikan dengan mee goreng dan telur dadar.

10.30 – 11.30 : CARA MENULIS SURAT JEMPUTAN MESYUARAT


En. Rahmat b. Mukri selaku guru Bahasa Melayu telah menerangkan tentang cara yang
betul menulis surat jemputan mesyuarat. Setiausaha sesuatu kelab atau persatuan
seharusnya tahu bagaimana menjemput Ahlijawatankuasa (AJK) untuk menghadiri
sesuatu mesyuarat.
11.30 PAGI – 12.30 TENGAHARI : CARA MENYEDIAKAN PENYATA KEWANGAN
Bendahari sesuatu persatuan atau kelab seharusnya mengetahui bagaimana cara
merekod dan membuat penyata kewangan. Slot ini dikendalikan oleh En. Mazlan b.
Mohamad Mohsin. Beliau menerangkan dengan lebih terperinci mengenai pendapatan
dan perbelanjaan sesuatu persatuan atau kelab.

12.30 TENGAHARI – 1.30 PETANG : PENILAIAN


Dalam slot ini para peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan
mewakili :
1. Menulis minit mesyuarat
2. Menulis laporan aktiviti
3. Menulis surat jemputan mesyuarat
4. Menyediakan penyata kewangan
Setiap kumpulan diberi tugasan mengikut bahagian yang telah disediakan. Tugasan ini
dilakukan secara pertandingan. Tiga pemenang akan dipilih daripada setiap kategori
dan layak untuk menerima hadiah.

5. SENARAI NAMA PEMENANG

a) Menulis minit mesyuarat


1. Noor Afnie Octafia bt. Abdullah ( Tahun 6 )
2. Nur Najwa Nabila bt. Musa ( Tahun 6 )
3. Siti Maszrina bt. Masrom

b) Menulis laporan aktiviti


1. Nurul Fatin Syamimi bt. Burhanuddin ( Tahun 6 )
2. Mohammad Shahrul b. Suyitno ( Tahun 6 )
3. Nur Zawanah Izyan bt. Mohd. Sahedin ( Tahun 5 )
c) Menulis surat jemputan
1. Muhammad Nur Faez b. Shahdan ( Tahun 6 )
2. Siti Maisarah bt. Abd. Aziz ( Tahun 6 )
3. Muhd. Harrith b. Rosman ( Tahun 5 )

d) Menyediakan penyata kewangan


1. Siti Nur Halizah bt. Rafie ( Tahun 6 )
2. Nur Nadiah Aqilah bt. Jefri ( Tahun 5 )
3. Nur Syuhada bt. E’Ajis ( Tahun 6 )

6. RUMUSAN

Program ini telah berjalan dengan lancar. Daripada hasil tugasan yang diberi, didapati
murid-murid telah memahami apa yang telah disampaikan oleh guru bertugas. Program
ini telah memberikan satu pengalaman yang sangat berguna kepada para peserta
apabila mereka memimpin sesuatu persatuan atau kelab. Pengalaman ini akan mereka
gunakan lebih-lebih lagi apabila mereka melangkah ke peringkat sekolah menengah.

Disediakan oleh :

…………………………………….
( Mazlan b. Mohamad Mohsin )
S/U Kokurikulum 2010