Anda di halaman 1dari 14

SULIT SMK SAUJANA IMPIAN

BAHASA MELAYU 43000 KAJANG, SELANGOR DARUL ESHAN


KERTAS 1
MEI
1 ½JAM
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAHASA MELAYU
KERTAS 1
TINGKATAN SATU
1 ½JAM
________________________________________________________________

Disediakan oleh, Disemak oleh,

---------------------------- ---------------------------
(Ahmad Azahar B. Abdul Rashid) (Pn. Rosliza)
Ketua Panitia
Bahasa Melayu
________________________________________________________________

ARAHAN : Tiap-tiap soalan atau penyataan diikuti oleh empat pilihan jawapan
iaitu A, B, C dan D. Antaranya satu sahaja jawapan yang tepat dan
paling sesuai. Pilih jawapan itu.

Soalan 1 hingga 7

Baca petikan yang dipetik daripada cerpen “Hadiah Hari Guru” (Antologi Sastera
– Sehijau Warna Daun) di bawah. Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan
berikut

Ketika dia berjalan ke rumah Pak Mustaffa petang itu, tergambar di fikirannya
rakan-rakannya menyerahkan bungkusan hadiah masing-masing kepada Cikgu
Fatimah. Ketika itu dia hanya merenung bungkusan-bungkusan yang cantik,
dibungkus dengan kertas berbunga, tentu mahal pula harganya; dengan hati
yang penuh terharu.
“Oh! Apakah yang dapat aku hadiahkan pada Cikgu Fatimah ? Dia sangat baik
padaku. Dia banyak menolongku, Aku mesti hadiahkan sesuatu padanya.
“Demikian azam Ramli sambil melangkah satu-satu menuju ke rumah Pak
Mustaffa.
Rumah Pak Mustaffa berdekatan benar dengan sebuah bukit. Dia melihat pokok-
pokok menghijau di sekitar bukit tersebut. Di situ dia dan ibunya sering mencari
kayu api, umbut-umbut kayu dan ulam. Betapa segar daun-daun kayu di situ
tanpa diterokai oleh manusia
1 Siapakah Pak Mustaffa seperti yang dipaparkan dalam petikan?
A Pemilik kedai runcit
B Saudara ibu Ramli
C Penduduk sekampung Ramli
D Bapa saudara Ramli

2 Siapa pula Ramli dalam petikan cerpen ini?


I Pelajar berusia 10 tahun
II Belajar dalam darjah lima
III Bersekolah di sekolah agama di kampungnya
IV Pelajar miskin
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

3 Bagaimanakah latarbelakang rumah Pak Mustaffa seperti yang


digambarkan dalam cerpen?
I Berdekatan dengan bukit
II Terdapat banyak pohon hijau
III Kawasan yang belum dicemari
IV Di kelilingi sawah padi
A I dan II
B I, II dan III
C II, III dan IV
D I, II dan IV

4 Apakah hadiah yang diberikan Ramli kepada guru kelasnya?


A Ulam pucuk betik
B Ulam pegaga
C Ulam pucuk jaggus
D Ulam pucuk raja

5 Apakah tema utama yang dipaparkan dalam petikan?


A Menghormati guru yang banyak berjasa
B Bersikap tolong menolong sesama insan
C Kepentingan menjaga kebersihan dalaman dan luaran
D Keikhlasan hati seorang pelajar menghargai jasa gurunya

6 Gambarkan sifat Cikgu Fatimah dalam cerpen ini


A Penyayang tetapi tegas
B Garang tetapi baik
C Mudah tersinggung
D Peramah dengan semua pelajar
7 Pilih penyataan yang tepat dengan sikap Ramli yang patuh kepada ibuya.
I Berusaha sendiri mencari hadiah untuk gurunya
II Sentiasa menjaga kebersihan rumah dan pakaiannya
III Menolong ibunya dengan menjaga adik-adiknya
IV Ke rumah Pak Mustaffa untuk meminta beras
A I dan II
B I, II dan III
C II, III dan IV
D I, II dan IV

Soalan 8 hingga 13

Baca petikan sajak “ Negeri Cinta “ (Nahmar Jamil) di bawah dengan teliti.
Kemudian jawab soalan-soalan berikut:

Negeri Cinta

Alam adalah sebahagian daripada kita


alam adalah syurga bumi
cinta kepadanya cinta jutaan bunga-bunga
cinta kepadanya cinta jutaan jiwa manusiawi

Di sanalah negeri tercantik


negeri terlindung di luar penglihatan
negeri kerinduan, negeri penghijrahan
dari buruan kehidupan yang mencekik

Ini laut kita, lindungilah dari pencemaran


ini hutan kita,lindungilah dari pemusnahan
ini langit kita, lindungilah dari keracunan
ini sungai kita, lindungilah dari pembuangan

Malaysia negeri alam dunia sebelah sini


negeri impian, negeri gemerlapan
lindungilah dari keganasan-keganasan
modenisasi
negeri cinta, negeri budaya, negeri perpaduan
8 Secara tersirat, apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dengan “negeri
kerinduan, negeri penghijrahan” ?
A Negeri yang menjadi tempat kegemaran pelancong.
B Negeri yang menjadi rebutan rakyat dari negara luar berhijrah untuk
menetap di sini.
C Negeri idaman pendatang yang ingin mencari kehidupan yang lebih
baik.
D Negeri idaman negara-negara maju untuk menguasai tanahair ini.

9 Yang manakah di antara berikut bukan merupakan ciri-ciri Negeri Cinta


yang digambarkan oleh penyajak dalam sajaknya?
A Aman damai
B Memiliki keindahan alam semulajadi
C Pembangunan yang pesat
D Digugat anasir-anasir negatif kesan modenisasi

10 Kesan-kesan negatif akibat arus modenisasi mungkin sekali;


I Pemusnahan hutan
II Pencemaran udara
III Penjajahan budaya
IV Kepincangan sosial
A I dan II
B I, II dan III
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

11 Apakah nada yang dapat dirasakan apabila membaca sajak “Negeri Cinta”
ini?
A Romantis
B Sinis
C Patriotik
D Melankolik

12 Sajak Negeri Cinta terdiri empat rangkap. Setiap rangkap mengandungi


empat baris yang menyamai;
A Pantun dan seloka
B Pantun dan syair
C Gurindam dan syair
D Seloka dan gurindam
13 Yang manakah di antara berikut adalah padanan yang salah dari segi
pengkelasan unsur bahasa berdasarkan sajak di atas
A
alam adalah syurga bumi metafora

B negeri impian,
negeri gemerlapan imejan

C
cinta kepadanya cinta
jutaan bunga-bunga asonansi
D
ini …..
ini ….. pengulangan
ini …..

Soalan 14 hingga 20
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Dadah sangat berbahaya. Pengedarnya boleh di hukum mati. Di negara kita,


banyak pengedar dadah yang telah dikenakan hukuman mati. Hukuman ini tidak
terkecuali kepada warga negara asing yang berada di negara ini.
Walaupun undang-undang ini amat berkesan namun ada negara yang
menentangnya. Mereka berpendapat bahawa undang-undang tersebut tidak
berperikemanusiaan. Sebenarnya, golongan tersebut tidak memikirkan gejala
yang telah ditimbulkan sebagai akibat perbuatan pengedar dadah. Banyak orang
yang telah mati disebabkan pengambilan dadah secara berlebihan.
Peristiwa yang berlaku pada 9 November 1983, jelas menunjukkan
penentangan beberapa buah negara terhadap hukuman yang dikenakan oleh
negara ini kepada pengedar dadah. Dalam peristiwa tersebut, dua orang warga
negara Australia telah ditangkap kerana memiliki 179.65 gram hreoin in Bayan
Lepas, Pulau Pinang. Setelah dibicarakan, mereka didapati bersalah. Mahkamah
telah menjatuhkan hukuman gantung sehingga mati terhadap dua orang warga
negara Australia itu.
Tindakan tersebut telah mendapat kecaman terutama dari negara Australia.
Mereka menganggap bahawa hukuman tersebut adalah perbuatan yang kejam.
Walaupun menerima pelbagai kecaman, namun pemimpin negara kita dengan
nada yang tegas mempertahankan kedaulatan undang-undang negara ini. Sikap
pemimpin-pemimpin negara ini amat membanggakan kita. Kita tidak seharusnya
tunduk kepada kemahuan negara luar. Kedaulatan undang-undang negara kita
seharusnya dipertahankan
Pada hari ini segala-galanya sudah berubah. Negara-negara yang dahulunya
melemparkan pelbagai kecaman kini sedar akan kebaikan undang-undang yang
diamalkan oleh Malaysia. Mereka sedar bahawa kegiatan pengedar dadah harus
dibendung sebelum menjadi barah dalam kehidupan masyarakat dunia.
14 Apakah hukuman yang dikenakan kepada pendedar dadah?
A hukuman penjara
B hukuman mati
C hukuman sebat
D hukuman denda

15 Apakah pendapat negara-negara yang menentang hukuman mati terhadap


pengedar dadah?
A Hukuman tersebut tidak sesuai dengan zaman moden ini.
B Hukuman tersebut terlalu kejam dan zalim
C Hukuman tersebut bertentangan dengan undang-undang
antarabangsa.
D Hukuman tersebut tidak berpadanan dengan kesalahan yang dilakukan
oleh pengedar dadah

16 Kata kecaman dalam rencana sama ertinya dengan kata-kata yang berikut
kecuali
A kutukan
B tohmahan
C tuduhan
D penghinaan

17 Apakah peristiwa yang berlaku pada 9 November 1983?


A Beberapa buah negara menentang hukuman mati terhadap pengedar
dadah.
B Beberapa buah negara bersetuju dengan tindakan negara ini
mengenakan hukuman mati kepada pengedar dadah
C Dua orang warga negara Australia ditangkap kerana mengedar dadah
D Dua orang warga negara Australia menjalani hukuman mati akibat
mengedar dadah.

18 Mengapakah kita tidak harus tunduk kepada kecaman negara Australia?


A Kerana kita mempunyai pemimpin yang tegas
B Untuk kekuatan negara ktia
C Kerana negara kita mengamalkan demokrasi
D Untuk mempertahankan kedaulatan negara kita
19 Apakah pengajaran yang diperoleh oleh negara luar terhadap undang-
undang yang berkaitan dengan dadah di negara kita pada hari ini?
A Menyedari kebaikan undang-undang yang dilaksanakan
B Menyedari bahawa dadah itu membahayakan orang ramai
C Menyedari bahawa sesebuah negara harus bertindak tegas dalam
menghadapi kesalahan
D Menyedari bahawa sesebuah negara tidak harus tunduk kepada
negara asing

20 Semua penyataan yang berikut adalah benar tentang rencana yang anda
baca kecuali
A di Malaysia pengedar dadah dikenakan hukuman mati
B dua rakyat Australia dikenakan hukuman gantung di Malaysia
C hubungan Malaysia dan Australia serta negara-negara yang bersekutu
dengannya terputus sejak peristiwa itu
D tindakan Malalysia mendapat kecaman dari negara-negara luar

Soalan 21 hingga 29

Isikan tempat-tempat kosong yang berikut dengan memilih kata yang paling
sesuai.

21 “___________ gering,” kata bendahara kepada Hang Tuah


A Baginda
B Beta
C Patik
D Tuanku

22 Rumah ini lebih besar _____________ rumah itu


A dari
B daripada
C seperti
D oleh

23 Amin ____________ di lantai kerana ditolak oleh abangnya


A terjunam
B terperosok
C tersungkur
D terjelepok

24 Kakak _____________ lantai yang kotor itu dengan air sabun


A menyimbah
B menggosok
C merendam
D merenjis
25 Terharu sungguh saya tatkala melihat orang tua itu ____________
mengayuh basikalnya.
A tersengguk-sengguk
B terbongkok-bongkok
C terkial-kial
D terkebil-kebil

26 Tukang masak itu ____________ daging lalu memasukkanny ake dalam


kuali.
A memangkas
B mengerat
C mencencang
D memotong

27 Tugas sebagai _____________ di radio bukan hanya memberikan hiburan


tetapi juga menyampaikan maklumat kepada para pendengar
A juruhebah
B jurucakap
C jurugambar
D juruulas

28 Setiap hari kami _____________ di halaman rumahnya.


A lalu-lalang
B berduyun-duyun
C pindah randah
D bersimpang-siur

29 Pengarah syarikat tersebut mendapt ___________di Universiti Malaya


dalam bidang kejuruteraan
A gaji
B ijazah
C pendidikan
D persekolahan

Soalan 30 hingga 39

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika tedapat
kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B, atau C. Tandakan sama
ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan, dan tandakan D jika tiada
kesalahan dalam ayat berkenaan
30 Dalam masyarakat majmuk, sikap saling menghormati antara kaum penting
A B
bagi Mengekalkan perpaduan. Tiada kesalahan
C D

31 Mak Leha menjinjing bakul yang berisi sireh itu di atas kepalanya. Tiada
A B C D
kesalahan

32 Bagi menghubungkan kedua-dua kawasan itu, sebuah lebuh raya akan


A B C
dibina tidak lama lagi. Tiada kesalahan
D

33 Pihak polis akhirnya berjaya memberkas keenam orang banduan yang


A B
melarikan diri. Tiada kesalahan.
C D

34 Pegawai itu menerangkan tentang cara-cara memproses kelapa sawit


A B
kepada kami. Tiada kesalahan
C D

35 Kebanyakan para peserta yang mengambil bahagian berumur dalam


A B
lingkungan dua puluhan. Tiada kesalahan.
C D

36 “Kita akan mencuba melakukan yang terbaik, cikgu,” kata ketua pasukan
A B
bolasepak itu kepada jurulatihnya. Tiada kesalahan
C D

37 Usaha meletakkan batu asas itu dilakukan oleh pegawai daripada Jabatan
A B C
Kajibumi. Tiada kesalahan
D

38 Munirah agak-agak untuk masuk ke rumah itu kerana dia tidak menerima
A B C
undangan. Tiada kesalahan
D
39 Selain daripada memancing ikan, Zahar gemar juga bermain catur dan
A B
menonton televisyen. Tiada kesalahan.
C D

Soalan 40 hingga 45

Sebahagian daripada ayat-ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang


bergaris itu mungkin mempunyai kesalahan dalam penggunaan bahasa atau
mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa pada bahagian
yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B
atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D

40 Pemuda yang berbaju merah itu mempunyai banyak wang.


A Mempunyai wang banyak
B Punyai wang yang banyak
C Banyak mempunyai wang
D Mempunyai banyak wang

41 “Budak itu siapakah?” Ramli bertanya kepada Hassan.


A Siapa budak itu.
B Apakah budak itu.
C Siapakah budak itu.
D Budak siapakah

42 Sedangkan kereta yang buruk itu tidak mampu saya beli apatah lagi kereta
yangbesar itu.
A tidak mampu dibeli oleh saya namun
B tidak mampu saya beli bahkan juga
C tidak mampu saya beli walaupun
D tidak mampu saya beli apatah

43 Dia berada di pulau Langkawi dari dua hari yang lalu


A daripada dua hari yang lalu
B sejak dua hari yang lalu
C pada dua hari yang lalu
D dari dua hari yang lalu

44 Sonia menerima sepucuk surat dari ayahnya di kampung.


A daripada ayahnya di kampung
B daripada ayahnya ke kampung
C dari ayahnya ke kampung
D dari ayahnya di kampung
45 Amin segera pergi mandi bila bapa pulang dari pejabat.
A bila bapa pulang daripada pejabat
B apabila bapa pulang dar ipejabat
C apabila bapa pulang daripada pejabat
D bila bapa pulang dari pejabat

Soalan 46 hingga 50

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.

46 Cadangan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur


akan diberitahukan kepada Guru Besar.
A Guru Besar akan membincangkan lawatan sambil belajar ke Kuala
Lumpur tidak lama lagi.
B Guru Besar akan dimaklumkan mengenai cadangan lawatan sambil
belajar ke Kuala Lumpur.
C Guru Besar belum memberikan sebarang keputusan tentang cadangan
lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur
D Lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur akan dicadangkan Guru
Besar

47 Mangsa-mangsa yang ditempatkan di petempatan sementara itu telah


pulang ke rumah masing-masing apabila banjir telah surut
A Petempatan sementara menjadi tempat tinggi bagi mangsa-mangsa
banjir yang pulang ke rumah masing-masing setelah banjir surut.
B Setelah keadaan pulih, mangsa-mangsa banjir yang tinggal di
petempatan sementara itu, pulang ke rumah masing-masing
C Mangsa-mangsa banjir akan ditempatkan di petempatan sementara
sebelum pulang ke rumah masing-masing setelah keadaan banjir pulih
D Hanya mangsa-mangsa banjir yang pulih yang akan pulang ke rumah
masing-masing setelah tinggal di petempatan sementara

48 Untuk berjaya dalam bidang perniagaan, seseorang itu harus rajin dan
sanggup bekerja keras.
A Seseorang itu mesti bekerja keras serta rajin untuk memastikan
kejayaan dalam bidang perniagaan.
B Dalam bidang perniagaan, seseorang itu sentiasa rajin dan sanggup
bekerja keras.
C Orang yang berjaya dalam dunia perniagaan ialah orang yang
mempunyai sifat rajin dan sanggup bekerja keras saja.
D Seseorang itu akan bekerja keras dan rajin agar maju dalam bidang
perniagaan.
49 Sudah hampir dua jam Nina dan Lina menunggu Hashim, tetapi
bayangnya pun masih belum kelihatan.
A Nina dan Lina menunggu Hashim selama dua jam tetapi hanya bayang
Hashim yang kelihatan.
B Nina dan Lina menunggu bayang Hashim selama dua jam tetapi masih
belum kelihatan.
C Walaupun sudah dua jam Nina dan Lina menunggu Hashim, namun dia
masih belum kelihatan.
D Setelah dua jam menunggu, Lina dan Nina masih belum menemui
bayang Hashim.

50 Walaupun pernah gagal dalam peperiksaan, Harun tidak pernah berasa


serik untuk terus mencuba.
A Harun terus mencuba sekalipun berasa serik kerana pernah beberapa
kali gagal dalam peperiksaan.
B Harun akan berasa mencuba sekiranya terus gagal dalam peperiksaan
C Setiap kali gagal dalam peperiksaan, Harun akan berasa serik untuk
mencuba
D Harun tidak pernah berputus asa sebaliknya terus mencuba walaupun
pernah gagal dalam peperiksaan

Soalan 51 hingga 55

Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong
dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan
yang paling sesuai.

51 I Bunga itu kelihatan amat cantik apabila kembang


II Pak Karim memanaskan kepingan besi itu hingga kembang
III Kembang hatinya apabila mendengar berita yang menggembirakan itu
IV Bayi itu menangis kerana perutnya kembang.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV

52 I Setelah hampir senja barulah hujan reda


II Kemarahan ayah reda sedikit setelah mendengar penerangan kakak
III Idayu reda dengan nasib malang yang menimpa dirinya
IV Demamnya reda selepas dia makan ubat itu
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, II, III dan IV
53 I Pasangan pengantin itu sama padan
II Ibu memasukkan daun padan ke dalam bubur itu
III Baju yang dibeli oleh ayah tidak padan dengan badan saya
IV “Padan dengan muka kamu,” kata Kim kepada Siva
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

54 I Bekalan elektrik terputus ketika Dahlia sedang mengulangkaji


pelajarannya
II Encik Jiman membina sebuah rumah yang sedang sahaja besarnya
III Bagaimana saya hendak membantu anak yatim itu sedang saya sendiri
pun serba kekurangan.
IV Sedang hadirin khusyuk mendengar ceramah yan gakan disampaikan
oleh Encik Lai.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV

55 I Ramesh diberi tugas menaikkan bendera sewaktu perhimpunan pagi itu


II Tengku Jamil telah menaikkan takhta selepas kemangkatan ayahanda
III Kejadian itu telah menaikkan kemarahan penduduk kampung Sentosa
IV Kerajaan sentiasa berusaha untuk menaikkan taraf hidup rakyat
A I dan III sahaja
B II dan III sahaja
C I, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

Soalan 56 hingga 60

Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan
cadangan yang paling sesuai.

56 I Tidak terangkat oleh saya guni yang berisi beras ini


II Sejak tadi, dia asyik menyebut nama ibunya
III Dia masih dalam ingatan saya walaupun telah lama kami tidak bersua
IV Gaji bulanannya tidak cukup untuk menampung kehidupan mereka
berdua
A I dan III sahaja
B I, II dan III sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV
57 I Jumlah kehadiran murid-murid dalam mesyuarat itu amat
mendukacitakan
II Pisang goreng itu rangup dan sedap
III Ketua Pengawas menaiki bendera dalam perhimpunan itu
IV Antara kita berdua, siapakah yang paling layak?
A I dan III sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

58 I Masih diingat oleh saya peristiwa sedih itu


II Jangankan membawa kereta mahupun basikal dia tidak tahu
III Lama lagikah mereka akan tinggal di rumah itu?
IV Hanya Alin yang mengetahui rahsia kita bertiga
A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja

59 I Keindahan Pulau Kapas tidak asing lagi kepada masyarakat setempat


walaupun luar negeri
II Janganlah suka memperkata hal orang lain sementara orang itu tidak
tahu
III Tidak kira tua atau muda, semuanya berkumpul untuk meraikan
perayaan itu
IV Mereka yang diundang sahaja yang berpeluang menyaksikan
pertunjukkan muzik itu
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja

60 I Eh, banyaknya orang berkumpul di hadapan rumah kita


II Encik Johari akan melawat ke Jepun selama beberapa minggu
III Kenyataannya mengenai perkara itu meragukan orang ramai
IV Kian benar kian tidak ceritanya itu
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I, II dan III sahaja

Kertas Soalan Tamat

Anda mungkin juga menyukai