Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Tajuk artikel ini akan diperjelaskan secara teliti dan mendalam dengan menyentuh empat
perkara pokok iaitu perincian tentang perkahwinan, penjelasan tentang konflik suami
isteri, huraian tentang kaunseling dan akhirnya penelitian secara umum tentang proses
kaunseling yang terlibat dalam menguruskan konflik rumahtangga.
Perkahwinan merupakan satu jalinan yang kukuh berpandukan aspek penyatuan
terhadap beberapa elemen seperti perasaan, kasih sayang, kepercayaan, penghormatan,
komitmen, peranan dan tanggungjawab dan seumpamanya. Perkataan 'perkahwinan'
pada dasarnya bermula dari perkataan 'kahwin'. Kahwin bermaksud perikatan yang sah
antara lelaki dengan perempuan menjadi suami isteri. Perkahwinan seterusnya bermaksud
perihal berkahwin, pernikahan: ~ itu berlangsung dengan selamat (Dewan Bahasa, 2005,
ms. 654-655).
Menurut Islam, perkahwinan adalah satu ibadah, dan sunnah baginda Rasulullah
S.A.W. Melalui perkahwinan, individu akan dapat mengelakkan diri dari melakukan
perkara-perkara yang mungkar dan keruntuhan akhlak, akan menjaga diri dan terlindung
dari perkara yang tidak baik atau dosa. Perkahwinan juga membantu individu untuk
memelihara iman, akhlak dan Islamnya serta dapat menyempurnakan tuntutan agama.
Seperti diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, Rasulullah S. A. W. bersabda:
Barangsiapa beristeri (berkahwin) bereiti ia telah memelihara sebahagian
agamanya. Kerana itu, hendaklah ia bertakwa kepada Allah untuk
memelihara sebahagian yang tinggal.
68 Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya
Perkahwinan itu bertujuan untuk memenuhi tuntutan naluri kemanusiaan, dari segi
perhubungan jenis, pergaulan, berkasih sayang, bertimbang rasa dan cara yang halal untuk
mendapatkan zuriat dan keturunan. Ini disebabkan ikatan perkahwinan itu menghalal dan
membolehkan lelaki dan perempuan hidup bersama sebagai suami isteri melalui akad
nikah dengan persetujuan dan kerelaan kedua-dua pihak.
Betapa pun demikian, seseorang yang hendak mendirikan rumahtangga atau
berkahwin itu perlulah mempunyai keraampuan yang sempuma, umpamanya dari segi
keinginannya, kesanggupannya mengeluarkan belanja (mahar), bempaya menanggung
nafkah isteri dan sebagainya. Maka jika perkara-perkara tersebut dapat dilaksanakan
dengan sempurna, pastilah kehidupan rumahtangga akan terjamin dan seterusnya mampu
menjadi sebuah keluarga bahagia, harmoni, berkat, aman damai, serta berkekalan.
Namun tidak dinafikan bahawa perkahwinan yang pada asalnya dibina atas dasar
saling kasih-mengasihi berkemungkinan jua dilanda konflik. Dan jika konflik yang
melanda tidak diselesaikan dengan sebaik mungkin, ia boleh menjurus kepada perkara
yang lebih buruk seperti perceraian. Maka isu ini dikatakan dapat diselesaikan dengan
cara yang baik dan rasional menggunakan perkhidmatan kaunseling keluarga.
Falsafah Perkahwinan Menurut Islam
Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi
kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan
bersamanya, Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah
dan rahmah.
(Surah al-Rum, ayat 21)
Kejadian alam ini terasa begitu unik dan indah. Ia sekaligus menunjukkan kebesaran Allah
yang menciptakannya berpasang-pasangan. Ada siang, ada pula malam. Ada tempat yang
subur, ada pula yang tandus. Ada gunung-ganang yang tinggi tapi ada juga lembah dan
lurah yang dalam. Ada lelaki dan ada pula perempuan. Allah menciptakan pasangan untuk
manusia agar dapat menjalani kehidupan dengan penuh keredhaan dan keberkatan.
Selain ketenangan di dalam pernikahan, Allah juga menciptakan mawaddah dan
rahmah di hati suami dan isteri. Sebahagian ahli tafsir membezakan makna mawaddah dan
rahmah ini. Bagi mereka, mawaddah adalah rasa cinta berdasarkan syahwat kemanusiaan,
iaitu keinginan untuk melakukan hubungan suami isteri yang akan melahirkan dan
mengembangkan keturunan manusia.
Mawaddah atau keinginan untuk melakukan hubungan suami isteri ini ada hadnya
seiring dengan umur manusia itu sendiri. Apabila seorang lelaki telah berumur 60-70
tahun dan perempuan berumur 50 tahun, mawaddah ini akan berkurangan. Maka, pada
saat inilah Allah akan menimbulkan rahmah atau kasih sayang yang suci murni di hati
pasangan berkenaan.
Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya 69
Definisi Konflik
Definisi konflik pada asasnya bermaksud "perselisihan atau pertentangan antara individu,
idea, kepentingan dan Iain-lain: beliau memberi amaran kepada orang-orang yang hendak
menimbulkan ~ antara kaum di negeri ini: cerita itu penuh dengan ~ jiwa, antara kasih
dan tanggungjawab; berkonflik bermaksud berselisihan, bertentangan, terlibat dalam
sesuatu konflik" (Dewan Bahasa, 2005, ms. 814)
Konflik dalam rumahtangga pula merabawa maksud sebarang bentuk perselisihan
atau pertentangan antara ahli keluarga khususnya suami dan isteri. Perselisihan yang wujud
membawa banyak spekulasi dalam hidup berumahtangga yang berkemungkinan besar
boleh mengganggu sistem keharmonian rumahtangga tersebut. Konflik ini melibatkan
gangguan kepada beberapa elemen penting sesebuah institusi kekeluargaan iaitu perasaan,
pemikiran, tingkah laku dan sistem kepercayaan serta konsep nilai.
Konflik suami isteri pula berlaku disebabkan terdapat situasi di marra hubungarr,
peranan, komunikasi, pemikiran, dan sistem kepercayaan pasangan adalah tidak sejajar
dengan falsafah dan konsep perkahwinan.
Menurut Mat Saat Baki (1985), terdapat beberapa tanda konflik yang perlu disedari
dan diberi perhatian secukupnya oleh pasangan suami isteri agar sesuatu konflik dapat
diredakan. Di antaranya adalah ketiadaan nilai kasih sayang dan sikap mesra antara suami
isteri, berlakunya gangguan emosi dan sistem kepercayaan, wujud masalah/gangguan
komunikasi, sentiasa bertentangan pendapat dan perasaan, pergaulan menjadi kurang baik,
bersikap negatif dan tidur berasingan, merasa tidak tenang dan seronok untuk berada di
rumah, tanggungjawab dan peranan suami isteri terabai, bermasam muka dan menyendiri,
serta membawa haluan masing-masing. Pengesanan dan kesedaran awal tanda-tanda
konflik ini memudahkan proses pemulihan perhubungan yang renggang.
Terdapat banyak punca konflik dalam perhubungan suami isteri dan di antaranya
adalah menghadapi masalah kewangan, sikap marah yang tidak terkawal, sikap cemburu
yang melampaui batas, masalah di tempat kerja mengganggu ketenangan emosi,
gangguan dan faktor luaran yang negatif, perbezaan sistem nilai dan budaya serta gaya
hidup, menghadapi masalah kesihatan, ketiadaan sikap toleransi antara pasangan, suami
isteri tidak memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing, ketiadaan perasaan
hormat-menghormati di antara satu sama lain, kurang menghargai pasangan dan sikap
suka mengungkit peristiwa-peristiwa lampau.
Bentuk Konflik
Menurut Haji Abdul Rahman Ahmad (1989) konflik rumahtangga boleh dibahagikan
kepada 3 bentuk, iaitu:
1. Nusyuz (Kederhakaan daripada satu pihak)
Bentuk konflik ini melibatkan kederhakaan yang dilakukan oleh satu pihak sama
ada suami atau isteri. Nusyuz isteri biasanya disebabkan oleh beberapa perkara
seperti keluar rumah tanpa izin suami, ingkar perintah suami, melawan cakap
Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya 71
Matlamat Kaunseling
klien. Jika perlu, kaunselor akan membantu klien memperbaiki imej diri yang negatif,
membantu klien berfikir secara rasional dan waras, serta membantu perkembangan
bakat klien. Kaunselor juga membantu klien membaiki perhubungan dengan orang lain
yang signifikan, membantu klien agar lebih sedar akan peranan dan tanggungjawab
terhadap diri dan hubungan dengan orang lain supaya lebih mudah mengetahui perasaan
orang di sekeliling mereka.
Kejayaan sesuatu sesi kaunseling juga bergantung kepada komitmen klien untuk
hadir pada masa yang dijanjikan, memberikan kerjasama dengan meluahkan perasaan
tanpa menyembunyikan sesuatu, menghormati kaunselor, bersabar dan bertenang,
bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil, mempunyai matlamat yang jelas, dan
bersedia melakukan perubahan positif/menerima pandangan. Kejujuran dan keikhlasan
klien amat diperlukan untuk menjayakan sesuatu sesi kaunseling.
Klien:" Setiap malam, saya tunggu dia di rumah selepas saya balik dari tempat kerja, tetapi
apa yang saya dapat hanyalah seperti menunggu bilik kosong, katil kosong, semuanya
kosong "
Kaunselor: "Anda tidak dapat tunggu dia."
2. Kemahiran membias
Kemahiran ini seolah-olah hampir sama dengan parafrasa, tetapi membias lebih
memfokus kepada konotasi perasaan atau emosi yang dibawa datam sesuatu mesej yang
disampaikan oleh klien. Teknik ini digunakan untuk memahami pengalaman klien seolah-
olah dari sudut pandangan klien, menggalakkan klien meluahkan perasaan mereka dan
menyedarkan klien tentang sesuatu perasaan yang dialaminya. Antara contohnya:
Klien: "Saya dan dia selalu bertengkar, bergaduh tak habis-habis. Saya tak tahu apa nak
buat lagi... .saya macam putus asa saya tak tau macam mana nak buat dengan hubungan
sayani...."
Kaunselor: "Anda sangat kecewa dengan pertengkaran yang tak mendatangkan sebarang
hasil dan tidak tahu pula macam mana nak memperbaiki keadaan ...."
3. Kemahiran merumus
Kemahiran ini pula digunakan untuk menonjolkan perkara-perkara yang penting atau
tema-tema yang dibawa oleh klien semasa proses kaunseling. la juga bertujuan untuk
memudahkan usaha memfokus permasalahan supaya kaunselor boleh memberi bantuan
tanpa mencari-cari apa masalah utama yang ingin diselesaikan klien. Contohnya:
Kaunselor: "Dalam sesi ini, kita telah berbincang tentang suami anda dan
perbalahan yang berlaku antara anda dengannya. Anda mengatakan anda merasa
kecewa dan juga marah. Hubungan anda dengan suami anda tidak baik. Kita juga telah
membincangkan tingkah laku atau tindakan yang anda telah jalankan terhadap suami
anda."
Selain daripada kemahiran-kemahiran tersebut, masih terdapat pelbagai kemahiran yang
sering digunakan oleh kaunselor dalam usaha membuat penerokaan. Malahan
kemahiran itu juga akan senantiasa digunakan oleh kaunselor sepanjang proses kaunseling
berlangsung. Antara kemahiran yang digunakan ialah seperti menyoal (soalan terbuka),
interpretasi isi dan perasaan, melayan secara lisan dan bukan lisan, memberikan dorongan
minimum, berempati dan sebagainya.
mendapatkan 'celik akal' (pemahaman kendiri yang rasional) dan berfikiran positif,
Pada peringkat ini, terdapat 3 perkara yang harus dilakukan oleh kaunselor, iaitu
membantu klien menyusun semula semua data atau maklumat yang diperolehi pada
peringkat penerokaan masalah supaya klien dapat melihatnya dari perspektif yang lebih
luas; raembantu klien untuk melihat masalah itu secara lebih objektif yang
membolehkan klien menentukan matlamat yang sewajarnya iaitu cara mengendalikan
masalah dan juga membantu klien menentukan matlamat berdasarkan pemahaman
klien tentang masalahnya. Matlamat hendaklah realistik dan wajar serta boleh
dilaksanakan. Keputusan tentang matlamat yang diambil mestilah berdasarkan nilai
klien, bukan nilai kaunselor.
1. Strategi transferens
Dalam kes ini, strategi yang dipilih ialah transferens, kerusi kosong dan
penggunaan ganti nama diri. Dalam strategi transferens yang berdasarkan Teori Keluarga
Psikoanalitik, klien akan memindahkan perasaan dan pengalaman yang dirasainya
dahulu kepada kaunselor yang bersikap neutral, objektif dan pasif.
Konsep ini meletakkan klien dalam satu keadaan minda bahawa kaunselor
sebenarnya adalah ibu bapa atau orang yang signiflkan dalam hidupnya yang lampau.
Dalam proses ini, seorang klien itu akan menghidupkan semula tanpa disedari segala
tingkah laku patogeniknya kepada kaunselor. Kaunselor cuba memahami curahan isi
hati dan pengalaman ini, kemudiannya mentafsirkan kepada klien dan ahli keluarganya
supaya mereka benar-benar memahami sebab-sebab mengapa ia sering bertindak secara
tidak rasional. Melalui kefahaman dan celik akal sebegini bolehlah ia berkembang
dengan sewajamya dari segi intelektual dan emosi.
Sebagai contohnya, Siti akan memindahkan perasaan dan pengalamannya semasa
tempoh kedinginan hubungannya dengan suami kepada kaunselor supaya kaunselor
dapat membantunya memahami dan mentafsir. Kaunselor di sini akan membantu klien
untuk memahami perasaannya di ketika itu dan bekerjasama dengan kaunselor dalam
pentafsirannya.
Dalam kaunseling keluarga, beberapa teori digunakan untuk membantu keluarga Ahmad
dan Siti dalam menyelesaikan masalah keluarga mereka. Teori kaunseling keluarga Bowen
adalah salah satu teori yang digunakan. Teknik rawatan yang digunakan ialah pulang ke
rumah semula atau 'going home', 'Detriangulation', Perhubungan individu ke individu
atau 'person to person relationship' dan menanya soalan.
Dalam teknik rawatan Pulang ke Rumah Semula, kedua-dua pasangan dikehendaki
pulang ke rumah semula untuk mengenali keluarga dengan lebih rapat. Teknik ini
memudahkan pasangan suami isteri untuk membuat proses pembezaan dan memiliki
kendiri yang lebih stabil. Sebelum mereka pulang ke rumah, mereka telah diajar untuk
banyak bertenang dan bersabar menghadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku. Ini
bermakna mereka akan kenal-mengenali semula antara satu sama lain dengan lebih rapat,
di mana pertengkaran dan pergaduhan mereka akan diberhentikan atau ditukarkan dengan
kesabaran dan ketenangan yang lebih.
'Detriangulation' pula melibatkan suami isteri untuk mempunyai kontrak dan
berpisah secara emosi dari kalangan ahli keluarga. la beroperasi pada dua tahap. Pertama
pasangan suami isteri akan menyelesaikan kebimbangannya mengenai keluarganya dan
tidak membuat projeksi. Kedua, membantu mereka untuk tidak memberi fokus kepada
diri sendiri apabila masalah muncul dalam keluarga. Dalam hal ini, tidak siapa yang akan
dilempar-salahkan.
bercakap antara satu sama lain mengenai diri mereka sendiri. Mereka tidak akan bercakap
tentang orang lain dan mereka tidak akan menjadi terlampau personal. Dalam keadaan
ini, mereka boleh menerangkan sebab-sebab mereka bertingkah laku demikian, apakah
perasaan mereka, apa yang mereka harap daripada pasangan dan Iain-lain.
Selain itu, mereka juga boleh menanyakan soalan yang berkaitan dengan masalah
akan membolehkan pasangan meluahkan perasaan untuk sama-sama difahami oleh
pihak yang lain. Contoh soalan kepada isteri kepada suaminya,”kenapa kamu selalu
keluar malam tanpa memikirkan perasaan saya?" "Kenapa kamu tidak sayang saya
seperti dahulu?" Dengan soalan-soalan inilah isteri dapat memahami jawapan kepada
soalan-soalan yang tidak ada jawapan selama ini.
Teori kaunseling keluarga tingkah laku dan tingkah laku kognitif telah memberi fokus
kepada terapi perkahwinan, rawatan ketidakfungsian seksual, latihan keibubapaan dan
Iain-lain. Terapi perkahwinan telah membantu pasangan suami isteri menjalankan fungsi
perkahwinan dengan lebih baik. Terdapat 4 komponen dalam terapi tersebut, iaitu:
a) Analisis tingkah laku mengenai tekanan yang dihadapi oleh pasangan,
berdasarkan temuduga, laporan soal-selidik dan pemerhatian tingkah laku;
b) Mewujudkan rasa positif yang bertimbal-balik, melalui teknik 'caring days'
dan kontrak;
c) Latihan kemahiran komunikasi, berlatih menggunakan kenyataan 'saya',
fokus kepada masalah kini dan berlatih memberi maklum balas yang positif
Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya 77
kepada pasangan;
d) Latihan menyelesaikan masalah, melengkapkan pasangan dengan kemahiran
menyelesaikan masalah yang lebih khusus terhadap apa yang mereka
perlukan, berunding dan membuat kontrak.
Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak
semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.
Surah Al-Furqan ay at 74:
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami
sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa."
2. Membantu klien untuk menyedari bahawa perkahwinan dengan orang yang
dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha
Berkuasa perkahwinan tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha
dan penat lelah yang telah dilakukan ke arahnya. Allah berfirman dalam surah
Al-An'am ayat 17:
"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang
menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan
kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
3. Klien digalakkan untuk berfikir tentang hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang
perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Di antara tanggungjawab suami
ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan batin, mendidik isteri
dan anak-anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab
isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan
syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan
menguruskan rumahtangga.
4. Klien dibantu untuk meneliti perihal keagamaan. Seorang mukmin, sama ada
lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada
segalanya. Firman Allah yang bermaksud:
"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum
keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, pemiagaan yang kamu khuatiri
kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu
cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah
sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk
kepada orang-orang yang fasik." [Surah At Taubah, 24] Maka dengan ini, klien akan
lebih memahami kedudukannya di sisi pasangan. Bagi suami, selepas ketaatan
kepada Allah dan RasulNya, ibu bapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri
dan keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan
RasulNya. Kemudian itu barulah ibu bapa.
5. Klien diberi kekuatan untuk sedar akan hakikat hidup yang sebenarnya.
Kaunselor membantu klien untuk akur bahawa pasangannya adalah manusia
biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Begitu juga
dengan dirinya. Oleh itu sekiranya pasangan melakukan kesilapan, janganlah
terlalu diperhitungkan. Klien digalakkan untuk mengamalkan sikap bertolak
ansur dan saling bermaafan antara suami dan isteri.
Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya 79
Rumahtangga dan keluarga adalah amanah dari Allah s.w.t. ke atas para suami dan ayah.
Dari itu ianya hendaklah dijaga, dipelihara dan diuruskan dengan sebaik-baiknya. Jangan
diabaikan jauh sekali untuk dikhianati. Begitu juga, keluarga bahagia dan diredhai Allah
tidak akan dapat dibentuk jika suami isteri tidak sama memainkan peranan ke arah
membentuk keluarga tersebut. Setiap suami isteri bertanggungjawab untuk melaksanakan
segala tugas dan tanggungjawabnya terhadap pasangan dan keluarga sebagaimana yang
digariskan oleh Islam.
Tegasnya, untuk mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia dan diredhai Allah
itu, ianya hendaklah dibentuk dan diasaskan kepada nilai ajaran dan peraturan-peraturan
yang telah ditetapkan oleh Islam. Ianya tidak akan terbentuk melainkan dengan penghayatan
Islam sepenuhnya sebagai ad-Diin yang syumul serta cara hidup yang sempurna dalam erti
kata sebenar.
Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana
lazim disebutkan "sedangkan lidah lagi tergigit." Maka apabila berlaku pergeseran
janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah,
giliran suami pula diam. Walau bagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan
bertanya "kenapa aku marah?" "Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang
bertentangan dengan syariat Allah?" Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan.
Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diuji akan
membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya.
Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari
kehidupan berumahtangga.
Rujukan