Anda di halaman 1dari 17

Tamadun Islam/KPLI Prasekolah

1.0 PENGENALAN
Peranan agama sangat penting dalam kehidupan harian. Kebanyakan manusia di dunia
ini mempunyai pegangan agamanya tersendiri seperti agama Islam, Buddha, Kristian
dan sebagainya. Terdapat juga manusia yang tidak berpegang kepada mana-mana
agama kerana bagi mereka agama adalah sesuatu yang mengikat dan mereka tidak
merasa bebas. Tetapi agama sebenarnya merupakan landasan utama bagi manusia
untuk menjadi seorang manusia yang baik dan membentuk sebuah masyarakat yang
bertamadun.

Tiada satu pun agama di dunia ini mengajar dan menyuruh pengikutnya
membuat perkara jahat seperti membunuh, menipu, berzina, dan sebagainya.
Contohnya dalam isu pengklonan manusia baru-baru ini, tiada satu pun agama yang
menyokong perkara tersebut malahan semua agama mengecam tindakan pengklonan
manusia kerana perkara tersebut akan menimbulkan impak negatif yang cukup besar
pada dunia. Jika manusia tidak mempedulikan soal agama dalam melakukan aktiviti
seharian, sudah tentu dunia akan kucar-kacir dan timbul terlalu banyak masalah.
Agama berperanan penting dalam menyeru pengikutnya menerapkan nilai-nilai yang
murni dalam kehidupan.

Dalam kehidupan saat ini, peranan agama masih diperlukan, ketika kita
berhadapan dengan masalah-masalah ketuhanan dan norma-norma atau nilai-nilai
sosial kemasyarakatan. Jika manusia sudah tidak mengambil kira nilai-nilai murni dalam
kehidupan,perkara yang tidak elok seperti kes rogol, bunuh, culik, rompak dan banyak
lagi pasti berleluasa. Jika perkara ini berlaku, manusia tidak akan berasa aman dan
produktiviti kerja akan merudum sekaligus menyebabkan kemajuan sesebuah negara
terjejas.

Pada dasarnya, agama tidak pernah melarang umatnya menggunakan akal


fikiran. Penggunaan akal fikiran dalam memahami,meneliti sesuatu, menjadi dasar atau
landasan serta pijakan bagi kemajuan sains. Semua agama menggalakkan pengikutnya
bekerja keras untuk memajukan taraf ekonomi diri secara khusus dan kepada negara

1
Tamadun Islam/KPLI Prasekolah

secara amnya. Namun kemajuan yang dicari haruslah berlandaskan agama. Tidak
guna kita maju tetapi mengenepikan agama kerana jika kita tidak mengikut suruhan
agama, mungkin kita akan melanggar batas-batas kemanusiaan seperti menindas hak
orang lain. Hal ini tidak patut berlaku kerana setiap manusia mempunyai hak mereka.
Agama juga menyuruf pengikutnya menuntut ilmu. Jika manusia tidak menuntut ilmu,
negara akan mundur dan rakyat akan menderita kerana tidak mengecapi kemajuan.
Ilmu juga penting kepada seseorang agar dirinya tidak mudah ditindas oleh orang lain.

Agama dan tamadun merupakan perkara yang sinonim. Tanpa agama sesuatu
tamadun tidak akan membangun dengan cepat. Ini kerana agama mampu memberikan
suatu lonjakkan paradigma kepada tamadun yang sedang ingin membangun dan ia
juga merupakan salah satu elemen yang menolak dan menggerakkan sesebuah
tamadun dalam kehidupan. Mari kita singkap sejarah Dinasti Sung yang tidak bermoral
kerana maharajanya secara dictator dan kejam. Dinasti ini pernah di labelkan "zaman
pencerobohan orang gasar". Akibat pemerintah maharaja yang kejam dan tidak
bermoral rakyatnya memberontak di bawah pimpinan petani dan akhirnya dinasti
tersebut berjaya digulingkan. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa agama memainkan
peranan yang amat vital dalam kehidupan manusia dan seterusnya dalam pembinaan
tamadun.

2
Tamadun Islam/KPLI Prasekolah

2.0 TANGGUNGJAWAB MANUSIA SESAMA MANUSIA


Tanggungjawab amat sukar untuk ditakrifkan. Ia mengandungi dua dalam satu, iaitu
seseorang yang dikatakan bertanggungjawab ialah dinilai dari segi hubungannya
dengan pekerjaan dan hubungan dengan orang yang mengawal pekerjaan tersebut.
Daripada sudut pekerjaan, istilah”tanggungjawab”adalah sebalik apa yang dianggap
tidak menunjukkan permulaan hubungan yang berlaku, akan tetapi menunjukkan
kebenaran apa yang ditetapkannya, dan kita hendaklah mendahuluinya dalam tindak-
tanduk kita yang tertentu.

Pada hakikatnya, tanggungjawab ialah satu persediaan yang sedia ada pada
tiap-tiap individu, yang bererti setiap individu dengan sendirinya memestikan dirinya
untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan terhadap dirinya mengikut lumrah sebagai
langkah pertama, kemudian ia mempunyai keupayaan pula untuk menjalankan
tanggungjawab dengan menggunakan usaha dan tenaga yang ada pada dirinya.
Dengan pengertian ini, tanggungjawab mempunyai makna yang sangat luas sebagai
suatu jenis tanggungjawab yang paling tinggi dalam diri manusia itu sendiri.

Kalau kita membuat kajian tentang sesuatu perkara mengikut kebiasaannya,


termasuklah fizikal manusia, maka kita akan dapati setiap sesuatu yang berlaku adalah
mengikut keadaan semulajadinya, masing-masing menunaikan kewajipan mengikut
kemampuannya, mengikut satu aliran, sama ada untuk membuat perubahan atau untuk
memperbaikinya. Dengan ini bererti tidak ada kewajipan secara mutlak. Manakala
dalam peraturan moral berlainan sekali, kerana seseorang itu akan berdepan dengan
berbagai kemudahan yang boleh dipilih yang menjadi kegemarannya sama ada untuk
menghormati peraturan awam atau sebaliknya.

Oleh itu sifat yang menjadikan seseorang itu bertanggungjawab atau tidaknya
ialah “Boleh=imkan” dan “Penting=dharurah”. Kedua-dua ini memainkan peranannya
untuk menjadikan seseorang itu bertanggungjawab dan yang menjadi peranan utama
ialah “Boleh” yang memang sudah ada persediaannya pada diri manusia. Dengan ini,

3
Tamadun Islam/KPLI Prasekolah

jelaslah kedudukan makhluk Allah yang berakal dari aspek kebolehan dan
persediaannya untuk berakhlak.

Dalam perkara ini Allah menerangkan dalam Al-Qur`an: “Sesungguhnya Kami


telah mengemukakan amanat kepada langit bumi dan gunung-ganang, maka semuanya
enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan
dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan bodoh.
”Ini mengakibatkan suatu balasan ke atas manusia kalau mengingkari dan tidak
mentaati perintah Allah.

Walaubagaimanapun adalah suatu perkara mustahil bagi kita untuk menentukan


tanggungjawab kita secara bebas. Bagi menjaga supaya tindak-tanduk dan kemahuan
kita mengikut jalan yang lurus, mampu menentukan tanggungjawab, maka hendaklah
sekurang-kurangnya perkara yang hendak di lakukan itu adalah suatu perkara yang
baik mengikut syarak.

Sayyidah Aishah( r. a) meriwayatkan Rasullah( S.A.W) bersabda: “Sesiapa yang


bernazar untuk mentaati Allah, maka taatilah Dia, dan sesiapa bernazar untuk berbuat
dosa, maka jangan berbuat demikian. ”Demikian juga dengan tanggungjawab yang
wajib kita tunaikan terhadap orang lain yang seharusnya mestilah bebas dari pengaruh
kehendak diri sendiri.

2.1 TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA


Sebuah keluarga biasanya terdiri daripada ibubapa, suami, isteri dan anak.
Keharmonian dan kesejahteraan keluarga hanya akan terbina apabila mereka
melaksanakan tanggungjawab masing-masing kepada mereka yang berhak. Adalah
menjadi tanggungjawab semua anggota keluarga untuk memastikan mereka terpelihara
daripada azab api neraka. Allah S.W.T. berfirman dalam surah al-Tahrim ayat 6:
“Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.”

4
Tamadun Islam/KPLI Prasekolah

2.1.1 TANGGUNGJAWAB IBUBAPA TERHADAP ANAK-ANAK.


Tanggungjawab ibubapa yang paling utama terhadap anak-anak ialah memastikan agar
mereka beriman kepada Allah S.W.T. dan tidak sekali-kali mensyirikkan-Nya dengan
sesuatu. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai anakku, janganlah sekali-kali engkau
mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah itu suatu
penganiyaan yang besar.”

Ibubapa juga mestilah melatih anak-anak mereka mengerjakan solat bermula


dari umur mereka 7 tahun. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Ajarlah
anak kamu melakukan solat bila berusia tujuh tahun dan pukullah jika ia tidak solat bila
berumur sepuluh tahun.” Akhlak yang mulia seperti yang diamalkan oleh Rasulullah
s.a.w. perlulah disemai ke dalam jiwa anak-anak mereka dengan mereka sendiri
beramal dengan akhlak Islam di dalam cara hidup mereka seharian.

Ibubapa juga mestilah memberikan didikan dan kasih sayang yang secukupnya
kepada anak-anak mereka, agar mereka dapat membesar dengan sempurna dan
mampu menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Ibubapa juga
perlu berlaku adil di dalam segala urusan dengan anak-anaknya. Hak anak yang tidak
boleh diabaikan ialah hak untuk hidup dan layanan yang sama di dalam kehidupannya,
hak untuk mempunyai bapa yang sah dan hak untuk di beri pendidikan dan jagaan yang
baik.

2.1.2 TANGGUNGJAWAB ANAK KEPADA IBUBAPA.


Setiap anak mempunyai tanggungjawab yang besar kepada ibubapa mereka. Ayat 36
dari surah al-Nisa menjelaskan tentang kewajipan berbuat baik kepada kedua ibubapa:
“Dan hendaklah kamu menyembah Allah, dan janganlah kamu mempersekutukannya
dengan sesuatu dan hendaklah kamu juga berbuat baik kepada ibubapa.” Berbakti
kepada ibubapa bukanlah hanya ketika mereka hidup sahaja, bahkan ia meliputi ketika
mereka berdua sudahpun meninggal dunia.

5
Tamadun Islam/KPLI Prasekolah

Antara cara berbakti kepada ibubapa ketika hayat mereka ialah dengan mentaati
mereka selama mana ia tidak bertentangan dengan perintah Allah, berkorban harta
dengan mereka, bersikap lemah lembut dengan mereka. Sementara itu, cara berbakti
kepada ibubapa sesudah mereka meninggal ialah berdoa untuk kebahagiaan roh
mereka, menghubungkan silaturrahim dengan sahabat taulan mereka, menunaikan
janji-janji mereka dan sebagainya. Memberi nasihat yang ikhlas dengan berhikmah
apabila ibubapa melakukan kesalahan. Tidak meminta-minta dari ibubapanya apa yang
tidak dipunyai dan tidak termampu olehnya. Membantu di dalam kerja-kerja rumah
tanpa perlu disuruh.

2.1.3 TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP ISTERI.


Seorang suami berkewajipan untuk mengawal isterinya dengan baik dan berlaku adil
terhadapnya kerana isteri adalah amanah Allah S.W.T. ke atas para suami.
Suami bertanggungjawab untuk memberi nafkah perbelanjaan kepada isteri meliputi
makanan, pakaian dan tempat tinggal menurut tahap kemampuan mereka. Suami
mestilah memberi didikan yang sempurna kepada isteri terutama dalam hal-hal fardhu
ain. Suami tidak harus menghalang isteri yang ingin pergi belajar di masjid. Suami juga
tidak dibenarkan untuk meminta isterinya bekerja mencari wang. Suami perlu menegur
sikap isteri jika bertentangan dengan Islam.

2.1.4 TANGGUNGJAWAB ISTERI KEPADA SUAMI.


Isteri pula bertanggungjawab untuk taat kepada suaminya dalam perkara yang tidak
bertentangan dengan syarak. Kesucian diri mereka perlulah dipelihara di setiap masa
sebagai bukti ketaatan dan kesetiaan mereka yang tidak berbelah bagi kepada suami
mereka.

Apabila suami pulang, isteri hendaklah berhias diri dan menyambut


kepulangannya dengan manis muka. Tidak bercakap dengan lelaki yang bukan
mahramnya tanpa izin suaminya. Tidak membenarkan orang yang tidak disukai
suaminya masuk ke rumah tanpa keizinannya terlebih dahulu. Isteri juga hendaklah
sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati suaminya.

6
Tamadun Islam/KPLI Prasekolah

2.2 TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT


Manusia tidak boleh hidup bersendirian tanpa wujudnya anggota masyarakat yang lain.
Rasullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman kamu
sehinggalah kamu mengasihi saudara kamu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu
sendiri.”

a) Tolong-menolong.
 Seorang muslim tidak dibenarkan membiarkan saudaranya sesama muslim
bekerja sendiri untuk kepentingan social, ia dituntut untuk menolongnya
semampu dia boleh buat. Kecuali apabila perbuatan itu perbuatan dosa dan
maksiat maka tidak boleh menolongnya.

b) Hormat-menghormati.
 Semua muslim diperintahkan untuk menghormati saudara seagamanya dan
bahkan menghormati saudara bukan seagama. Dihormati peribadinya,
dengan tidak menghina atau mencelanya dalam bentuk bagaimanapun,
menghormati hartanya dengan tidak diganggu, dan menghormati darahnya,
tidak dititiskan setitispun darahnya.

c) Cinta-mencintai.
 Setiap muslim diperintahkan untuk mencintai saudaranya sesama muslim
dengan cinta semata-mata kerana Allah. bukan kerana harta, jabatan,
kedudukandan lain-lain. Rasulullah bersabda: “Tidak sempurna iman salah
seorang kamu kecuali mencintai saudaranya sesama muslim sebagaimana ia
mencintai dirinya sendiri.”

d) Kasih-mengasihi.
 Disamping cinta mencintai, umat Islam di perintahkan untuk mengasihi
kepada saudaranya sesama muslim. Kasih lebih dalam dan tinggi nilainya
daripada cinta. Dalam bahasa Arab, kasih diterjemahkan dari kata “Rahmah”
dan cinta dari kata “Mahabbah.” Oleh itu, umat Islam pengikut Nabi

7
Tamadun Islam/KPLI Prasekolah

Muhammad dikatakan Allah dalam al-Qur’an sebagai umat yang keras


terhadap orang-orang kafir (tentu sahaja bila mereka diganggu) dan kasih
mengasihi dengan sesamanya. (Al-Qur’an, surah Al-Fath:30).

2.3 TANGGUNGJAWAB TERHADAP NEGARA


Sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini, adalah menjadi tanggungjawab setiap
anggotanya mempertahankan negara dari segala ancaman sama ada dari musuh-
musuh luar ataupun musuh-musuh yang sedia ada dalam negara seperti fitnah-
memfitnah, hasut-menghasut, penindasan terhadap golongan miskin, pengabaian
terhadap anak-anak yatim dan kezaliman dari orang-orang yang jahat.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan
menyebarkan kebaikan, dermawan terhadap kerabat, mencegah dari melakukan
kekejian, kemungkaran dan penindasan. Ia mengajar kamu supaya sentiasa beringat-
ingat.” Di dalam menjalankan peraturan dan hukum-hakam, mereka hendaklah merujuk
kepada hukum Allah S.W.T. Sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Maidah, ayat:44,
Allah melarang dari mengingkari hukum-Nya: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan
hukum Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir.”

8
Tamadun Islam/KPLI Prasekolah

3.0 KECELARUAN HUBUNGAN MANUSIA SESAMA MANUSIA


Hubungan yang murni dan suci sesama manusia merupakan maqasid (tujuan syariat)
Islam, iaitu berlapang dada, mesra, kasihan belas, ukhuwwah, berkasih sayang dan
sebagainya. Adalah menjadi kewajipan ke atas kita untuk mengekalkan hubungan dan
ikatan sesama insan seteguh cerucuk yang ditanam dan sekukuh bangunan yang
dibina, kita hendaklah bertemu manusia dengan dada yang lapang, hati yang bersih
dan muka yang manis.

Seterusnya kita hendaklah berbaik sangka dalam hubungan sesama manusia,


menjauhkan sikap memandang serong kepada amalan orang, pegangan (aqidah) dan
perkataan mereka. Jika diperhatikan hubungan sesama manusia, kita akan dapati satu
fenomena yang mendukacitakan, dengan ikatan persaudaraan yang tercarik dan
simpulan ukhuwwah yang terungkai, disebabkan oleh sangkaan dan prasangka buruk,
syak wasangka dan tuduhan yang tidak berasas.

Banyak kedengaran dalam majlis perbincangan umum ataupun khusus, tuduhan-


tuduhan seperti; ‘pulan bermaksud begini’, ‘niat si pulan begini’, ‘maksud perbuatan
atau perkataannya begini’… perkara seperti ini, semuanya lahir daripada buruk sangka
yang merosakkan, menyalakan perasaan dengki dan kebencian, meruntuhkan
hubungan baik masyarakat, menggoncangkan keutuhan ukhuwwah, memutuskan tali
kekeluargaan, menanamkan sifat ragu dikalangan individu dan masyarakat.

Bahkan berapa banyak yang telah kita dengar peristiwa besar dan bencana yang
menimpa berpunca daripada sangkaan jahat yang diletakkan bukan pada tempatnya.
Apabila penyakit sangkaan jahat menular ke dalam diri, ianya akan membawa kepada;
terlalu cepat membuat tuduhan, suka mencari kesalahan orang, suka menerima berita
keburukan orang, suka mencari dan menyelidik rahsia keburukan orang. Kerana itu kita
lihat orang yang bersikap sangkaan jahat sering berkata: “Saya akan cuba memastikan
kebenaran perkara ini”, maka, dia mula mencari rahsia dan kemungkinan dia akan
mengumpat.

9
Tamadun Islam/KPLI Prasekolah

Mungkin juga, dia akan menyebut saudara muslimnya dengan perkataan jahat
maka dengan itu dia telah melakukan dosa yang berganda dan maksiat yang
merosakkan. Di sini tersembunyi satu bahaya apabila hubungan sesama muslim dibina
di atas sikap prasangka sangkaan jahat, maka sangkaan menjadi asas kepada kasih
sayang atau kebencian terhadap seseorang. Semua ini adalah pembunuh sikap
berkasih sayang dan memusnahkan makna mahabbah.

Menebalnya sikap prasangka sangkaan jahat akan menjadikan manusia mudah


melemparkan tuduhan terhadap sesama mereka, kemudian tidak akan ada lagi sikap
saling percaya-mempercayai, bahkan mereka akan sering berbalah-balahan, tidak
bertegur sapa dan memutuskan hubungan, ini merupakan suatu sikap yang akan
membawa kepada hilangnya kekuatan dan keutuhan umat.

Zan atau sangkaan terbina di atas asas agakan atau satu perkataan atau amalan
yang diragukan. Zan akan menjadikan seseorang menurut perasaan di dalam dirinya
yang suka membuat tohmahan terhadap saudaranya, maka dengan itu Zan akan
menguasai dirinya juga cara pemikirannya. Sehingga kamu akan dapati orang yang
bersikap prasangka akan merasakan seseorang yang disangkakan tidak baik itu telah
melakukan kesalahan yang banyak berdasarkan khayalan sangkaannya hasil daripada
sikap buruk sangkanya terhadap saudaranya.

Bahkan sehingga salam yang diucap oleh seorang muslim kalau telah dilingkungi
oleh prasangka, boleh dianggap sebagai ejekan atau celaan, demikian juga dengan
senyuman akan dianggap sebagai perlian atau sinisan, pujian dan pemberian hadiah
juga boleh disalah ertikan dengan berbagai anggapan yang akan membawa kepada
perbalahan dan perselisihan. Kalau orang yang berprasangka mengatakan: ‘Saya akan
kaji dan selidik’! Katakanlah kepada mereka: “Janganlah kamu mencari-cari keaiban
orang lain”. Jika mereka berkata: ‘Saya telah pastikannya dengan tidak mencari
keaiban’. Katakanlah: “Janganlah kamu mengumpat di antara satu sama lain”.

10
Tamadun Islam/KPLI Prasekolah

Berkata sebahagian ulama’: “Perkara yang membezakan syak atau sangkaan


yang mesti dijauhkan daripada yang sebaliknya ialah setiap keraguan yang tidak ada
tanda yang sahih serta sebab yang nyata adalah haram, wajib dijauhi. Iaitu jika
sekiranya seseorang itu dari kalangan orang yang baik atau yang tersembunyi
kejahatannya, seorang yang tampak amanah pada zahirnya, maka meyangka jahat
terhadapnya adalah haram. Ini berbeza dengan orang yang telah terkenal dari kalangan
manusia yang sering melakukan perkara yang meragukan atau melakukan kejahatan
secara terang-terangan”.

Ini kerana kebanyakan ulama’ berpendapat: “Tidak boleh berprasangka buruk


kepada orang yang zahirnya tampak baik dan tidak mengapa berprasangka tidak baik
terhadap orang yang zahirnya tampak tidak baik”. Sebahagian daripada prasangka
ialah meletakkan perkataan dan perbuatan orang lain di tempat yang tidak baik iaitu
dengan membesarkan kesalahan dan memandang mereka dengan penuh tohmahan,
tanpa meneliti sebab atau mencari keuzuran, setiap perkataan yang boleh ditafsir
dengan maksud yang baik dan tidak baik, akan diambil yang tidak baik.

Sesungguhnya perkara yang tersembunyi dan rahsia dalam diri untuk


memuhasabahnya adalah ciri-ciri yang hanya tertentu bagi Allah swt Yang Maha
Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahsia. Adapun manusia tidak ada hak
baginya ke atas saudaranya kecuali amalannya yang zahir, inilah amalan Salafussoleh
yang terdahulu, yang telah penuh hati mereka dengan didikan Islam yang sempurna
lagi bersih.Sangkaan buruk terjadi daripada beberapa sebab, yang paling banyak terjadi
ialah apabila seorang individu dibesarkan dalam suasana yang terkenal dengan akhlak
yang buruk, buruk sangka, sama ada di rumah atau bersama kawan-kawan,
menjadikannya berniat tidak baik dan mempunyai hati yang busuk.

Sesiapa yang mengikut hawa nafsu akan membawanya kepada perasaan zan
dan sangkaan dusta, kerana kasihkan sesuatu akan menjadikannya buta dan tuli dan
apabila seseorang cenderung kepada yang lain dengan hawanya, akan menjadikannya
lupa kesalahan orang itu dan sentiasa berbaik sangka dengannya, walaupun orang itu

11
Tamadun Islam/KPLI Prasekolah

melakukan kesalahan, demikianlah juga sebaliknya, dia akan sentiasa berprasangka


buruk, mencari kesalahan dan menimbulkan kesilapan, walaupun orang itu benar pada
dasarnya. Sesetengah manusia ada yang bersikap bongkak, mengagumi kebolehan
dirinya, sentiasa merasakan dirinya benar dan orang lain bersalah, membanggakan
dirinya dan menghina orang lain, semua ini akan menjadikannya bersikap buruk sangka
terhadap orang lain.

Sesungguhnya fenomena buruk sangka sesama manusia telah begitu meluas di


zaman kita, menjadi barah yang meruntuhkan hubungan dan kesatuan (wehdah) di
antara individu dan masyarakat, ini adalah merupakan satu kesan negatif terhadap
kekuatan masyarakat untuk menghadapi cabaran dari dalam dan luar. Buruk sangka,
menuduh tanpa asas, cepat menghukum telah menakutkan orang, menzalimi beberapa
golongan dan beberapa orang yang soleh telah dijauhkan tanpa sebab yang diizinkan
oleh syariat, sebagaimana kata orang dahulu: ‘Aku melihat permusuhan tetapi tidak
melihat sebabnya’. Semuanya berpunca daripada percakapan yang tidak ada
sandaran…hanya sangkaan yang buruk, umpatan jahat dan tuduhan palsu.

12
Tamadun Islam/KPLI Prasekolah

4.0 KEGAWATAN SOSIAL


Kalau kita perhati di dada-dada akhbar dan di kaca-kaca TV atau melihat sendiri
keadaan sosial semasa maka kita pasti akui bahawa kegawatan sosial sangat
berleluasa, malah meliputi banyak kegawatan yang lain juga termasuklah kegawatan
akidah dan ibadah.Orang yang baik di sisi Allah ialah orang yang memahami apa itu
Islam. Tak dapat tidak kita kena kembali kepada Islam. Pengakuan kalimah syahadah
itu sendiri merangkumi:
i. Penafian (25%) - iaitu tiada tuhan (selain Allah)
ii. Penolakan (25%) - yakni menolak ideologi, sistem, ajaran yang selain dari Allah.
iii. Pengakuan (25%) - melainkan Allah yakni hanya Allah yang Maha Besar Maha
Berkuasa dan segalanya.
iv. Penerimaan (25%) - segala sistem dan ajaran yang terkandung dalam Al-Qur'an
yakni manual kehidupan dan ajaran Rasulullah SAW.

Apa yang berlaku ialah penerimaan dan penghayatan kita yang bukan 100% pada
kalimah Toyyibah itu sendiri, perkara asas dan dasar pengakuan kita sebagai seorang
muslim yang mengaku menjadi hamba Allah.

Maka tidak hairan kalau kehidupan kita ini penuh kegawatan dan kecelaruan.
Apabila manusia cuba menunjuk bijak dengan berpandukan kepada akal hingga
menafikan arahan dan tunjuk ajar dari Sang Pencipta manusia sendiri iatu Allah SWT.
Pertimbangan yang diambil kira pada sesuatu keputusan atau tindakan ialah
bersandarkan pertimbangan ekonomi, akal, dan nafsu semata. Maka sudah tentu ia
tidak menjadi penyelesai masalah. Atau mungkin dilihat sebagai penyelesai masalah
pada mata kasar tetapi mengajak seribu keburukan pada mata halus.

Contoh apabila kita mengaku Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Maka
mungkin kita cuba menghalalkan judi yang memang jelas diharamkan oleh Allah SWT.
Atas alasan membendung perjudian tanpa lesen yang membawa kerugian berjuta
ringgit pada negara melalui pulangan cukai. Satu lagi pertimbangan ekonomi, duit, dan
fulus. Pada mata kasar membawa keuntungan pada negara dan rakyat jelata. Namun

13
Tamadun Islam/KPLI Prasekolah

apabila larangan Allah tidak dipertimbangkan dalam membuat sesuatu keputusan atau
polisi maka nantilah kehancurannya. Kos untuk membaiki kegawatan manusia akibat
judi ini jauh lebih tinggi dari pendapatan yang diraih melalui cukai judi itu sendiri.

Apakah kita juga nanti akan mengeluarkan lesen untuk menjana pendapatan
negara hasil dari kegiatan pelacuran dan pengedaran dadah pula yang nyata lebih
lumayan berbanding dengan kegiatan judi? Manusia tiada nilai (worthless) tanpa
Agama. Yang membezakan haram dan halal adalah Agama. Apabila kita ke pasar,
antara ayam 'katok' yang dijual RM6 seekor dengan ayam sembelih yang berharga
RM10 seekor, apakah yang kita pilih? Tanpa syariat agama mungkin kita akan memilih
ayam 'katok' yang bersih , segar dan murah itu. Namun syariat Islam mengajar kita
bahawa ayam sembelih itu halal dan ayam 'katok' itu haram.

Berkat itu tidak boleh dibeli. Seorang guru yang bergaji RM3k pernah
berceritakatanya kawannya yang bergaji RM18k sebulan sentiasa tidak kecukupan dan
meminjam pula duit darinya. Kenapa seorang yang bergaji RM18k sebulan tidak cukup
tapi yang bergaji RM3k pula cukup? Jawapannya ialah keberkatan rezeki itu. Berkat
membawa ketenangan dan kesenangan. Ia anugerah Allah SWT kepada manusia
terpilih yang menjadikan Islam sebagai penyelesai masalah. Bukan mengharap pada
yang lain.

Seorang yang hebat dalam pekerjaannya. Namun jika dia tidak solat, maka tiada
nilaiannya di sisi Allah, kerana solat itu tiang Agama. Tidak solat itu maknanya
meruntuhkah Agama. Rezekinya tidak berkat biarpun hidup megah dan kaya raya.
Walau ada wang berjuta tapi sebenarnya tiada maknanya. Hidup di dunia hanya
seketika. Semuanya akan ditinggalkan. Manusia tanpa agama adalah sehina-hina
manusia. Bakaran api neraka bakal menantinya pada kehidupan yang kekal abadi.
Masalah ragut tidak berkesudahan, pening pihak berkuasa memikirkannya.

Banyak kes ragut yang membawa maut kepada simangsa. Islam dalam
syariatnya telah menetapakan bahawa hukum curi (termasuklah ragut ini) ialah potong

14
Tamadun Islam/KPLI Prasekolah

tangan. Namun manusia menganggapnya zalim dan menolak perlaksanaannya.


Akibatnya kes ragut, curi, samun, rompak akan berterusan hingga ke akhir zaman.
Sedangkan Allah SWT sudah memberi penyelesaiannya pada permasalahan ini. Kita
gagal mempertimbangkannya mengikut neraca Allah SWT. Kita mahu menimbangkan
mengikut neraca akal kita yang dirasakan lebih bijaksana. Segala peraturan Allah SWT
ada hikmah belaka dan banyak menjurus kepada pencegahan. Itulah penyelasaian
mutlak.

Bila kita tinggalkan Islam dalam penghidupan, ia mendekatkan kita pada


kegawatan. Kenapa diadakan kempen prihatin 'buang bayi'? Supaya masyarakat
membendung gejala buang bayi yang semakin berleluasa itu? Punca masalah
sebenarnya ialah zina. Hukuman yang ada ialah "356". Tidak lebih RM3k denda. Tidak
lebih 5 tahun penjara dan tidak lebih 6 sebatan. Berjayakah hukuman yang dicipta
manusia ini membendung jenayah buang bayi? Tidak.

Dadah adalah musuh nombor satu negara. Berpuluh pusat serenti dengan
belanja puluhan juta ringgit terpaksa di wujudkan demi menyelesaikan masalah ini. Apa
puncanya? Antara punca utamanya ialah pusat-pusat hiburan yang tumbuh melata
menyuburkan budaya penyalahgunaan dadah untuk menjana keenakan dan
keseronokan dunia. Maka selagi mana pusat-pusat hiburan ini digalakkan
pertumbuhannya maka selagi itulah masalah dadah ini akan maju jaya.
Masalah dadah tidak akan pupus jika masih gagal mengikut ajaran Islam yang
mengharamkan pergaulan bebas, minuman keras, dan menghampiri zina.

Begitulah juga segala kegawatan sosial yang lainnya. Usaha yang lain akan sia-
sia kerana ia bukan penyelesaian sebenar, hanya sekadar melepas batuk di tangga
atau syok sendiri sahaja. Akibat kita tidak yakin kepada Islam maka kita gagal
mengambil Islam sebagai penyelesaian kepada kegawatan yang berlaku. Masalah
rumahtangga selalunya berlaku apabila tidak mengambil Islam sebagai panduan. Isteri
mestilah mematuhi dan menghormati suami selagi mana arahannya tidak bercanggah
dengan syariat Islam. Suami kena faham akan tanggungjawab dan amanahnya. Apabila

15
Tamadun Islam/KPLI Prasekolah

masing-masing cuba berlagak hero atau menegak ego dan membelakangkan agama,
maka kemusnahan setia menanti.

Kegawatan ekonomi sangat berkait rapat dengan amalan riba. Rupanya riba ini
dalam Islam dosanya 36x ganda lebih besar dari dosa zina. Yahudi menguasai ekonomi
dunia dengan amalan riba. Atas dasar kita tidak mengikut peraturan Allah, maka Allah
tidak menurunkan keberkatan. Tanpa keberkatan ini jauhlah kita dari mendapat redha
Allah. Maka rugilah kita serugi-ruginya, bukan setakat mencapai kegawatan ekonomi
namun yang utama akhirnya menjadi bahan bakaran api neraka Allah. Nau'zubillah.

Ada orang mengatakan sama saja perbankan Islam dengan konvensional.


Bezanya cuma akad kata mereka. Itulah antara kegawatan yang wujud. Soal 'aqad'
dalam Islam itu sangat penting. Ibarat seorang anak dara yang cantik. Dengan akad
nikah mengikut syariat Islam menjadikannya halal untuk digauli oleh suaminya. Namun
tanpa akad nikah itu ianya HARAM digauli hatta di 'sentuh' si jejaka (bakal suaminya)
tadi. Itulah penting 'aqad' itu. Tanpa syariat Agama kita umpama haiwan, yang halal dan
haram sama saja (gadis yang sama, jejaka yang sama).

Manusia tidak akan sesat selama-lamanya selagi mana mereka berpegang


kepada ajaran Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW. Bagaimana nak berpegang dan
beramal kepada kedua-dua sumber muktabar ini? Kenalah mengaji, belajar, berguru
lagi dan lagi. Jangan jemu ke majlis ilmu. Kena faham dan jelas. Jangan kedekut
berkongsi ilmu dan amalkan dalam kehidupan.

Amalan sunat adalah perhiasan. Amalan wajib itulah perkara asas. Ibarat pen,
talileher, dan jam itu perhiasan. Manakala baju dan seluar itu pakaian wajib. Amat
janggal bila kita pakai talileher, pen dan jam tanpa memakai baju dan seluar. Jika
lengkap asas dan perhiasan, lagi baik. Ada orang melebihkan perkara sunat tetapi
melalaikan perkara wajib.

16
Tamadun Islam/KPLI Prasekolah

5.0 PENUTUP
Islam bukan sekadar iman dalam jiwa, malah hendaklah diamalkan dalam kehidupan
keluarga dan masyarakat, bersesuaian dengan maksud Islam sebenar, iaitu selamat,
sejahtera, aman, dan damai.Namun banyak unsur negatif yang berlaku di dunia ini
hinggakan perpecahan dalam keluarga dan masyarakat dilihat sebagai salah satu
cabaran utama masa kini. Islam menganjurkan umatnya agar bersatu dan menjaga
hubungan sesama manusia. Jika dilihat konsep hubungan sesama dalam Islam, adalah
satu prinsip yang Allah tetapkan bagaimana sepatutnya umat manusia berhubungan
antara satu dengan yang lain.

Nafsu tidak boleh dibuang kerana tanpa nafsu ia bukan sifat manusia tetapi
malaikat. Nafsu dan akal ini adalah pelengkap, malahan menyebabkan kita hilang
pedoman kerana tidak menggunakan akal dalam membuat sesuatu tindakan. Akhirnya,
hubungan tersebut membawa kepada permusuhan, perselisihan pendapat dan
pandangan, perbalahan, persengketaan hingga membawa kepada satu fenomena yang
tidak diredai Allah s.w.t. Sikap manusia yang suka bermusuh-musuhan ini merupakan
satu sikap yang ditegah oleh Allah s.w.t.

Dengan lain perkataan, jika kita suka mengumpat, ia satu perkara yang
diharamkan. Namun masih dilakukan juga kerana ia adalah kerana nafsu. Begitu juga
dengan fitnah kerana ia lebih dahsyat dan besar dosanya daripada membunuh. Justeru,
semua orang di dunia ini bertanggungjawab dan tidak seorang pun yang dapat
melepaskan diri.Semua orang ada tanggungjawab kecuali yang tidak
dipertanggungjawabkan dengan sebarang amanah, iaitu orang yang tidak siuman atau
kanak-kanak kecil yang belum baligh sahaja.

17