Anda di halaman 1dari 2

Bahagian A (i) : Ringkasan

[20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu ringkasan tentang
faedah memiliki hobi kepada remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.

Setiap manusia mempunyai hobi yang tersendiri. Hobi kadangkala membuat seseorang itu
begitu taksub sehingga mereka sanggup berhabis-habisan baik dari segi wang ringgit, masa dan
tenaga. Terdapat pelbagai bentuk ragam hobi, daripada murah seperti mengumpul setem
sehinggalah kepada hobi yang menuntut pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit. Hobi juga
kadangkala boleh melekakan seseorang. Hobi pada kebiasaannya bertukar selari dengan
peningkatan usia seseorang. Mengumpul setem umpamanya ialah hobi paling popular pada zaman
kanak-kanak dan tidak ramai yang meneruskan hobi sebegini apabila mereka meningkat remaja.
Kematangan usia banyak mengubah hobi seseorang.

Hobi biasanya melambangkan perangai seseorang. Tidak mungkin seseorang yang berjiwa
lasak memilih hobi mengumpul setem atau barangan antik. Tentulah mereka memilih hobi yang
lasak juga sesuai dengan perangai mereka seperti mendaki gunung, mengembara atau bermotosikal
secara berkumpulan. Sementara itu, mereka yang berjiwa sensitif, seorang yang berjiwa halus dan
cintakan seni, tentunya akan menjadikan hobi mengumpul barangan antik sebagai keseronokan
mengisi masa lapang. Peralihan waktu dan masa juga menyaksikan hobi tradisi sebegini semakin
kurang diminati. Perkembangan teknologi maklumat dan persekitaran yang dilalui oleh remaja hari
ini sedikit banyak mempengaruhi hobi mereka. Hobi mengumpul setem, duit kertas atau syiling lam
dari pelbagai negara tidak lagi menjadi pilihan. Permainan video, mengambil gambar foto dan aktiviti
laman sembang di internet adalah antara hobi terbaharu yang menguasai kehidupan dan menjadi
kegilaan remaja bagi mengisi masa terluang mereka.

Menerusi laman sembang, mereka boleh mengumpul seberapa banyak kenalan untuk
mengisi minat dan cerita tentang kehidupan dunia remaja. Sebahagian besar pemilik laman sembang
friendster, facebook dan sebagainya adalah golongan remaja yang mendapat akses meluas kepada
perkembangan dunia teknologi maklumat. Secara tidak langsung, hobi sebegini mendedahkan
remaja kepada pengetahuan yang tidak terbatas dalam teknologi maklumat. Pendedahan sebegini
menjadikan mereka berfikiran terbuka, serta lebih berani membuat keputusan dan bersedia untuk
mengharungi dunia remaja. Walau apa pun bentuk dan ragam hobi tersebut, yang penting ialah
manfaat yang akan diperoleh. Sama ada hobi yang memerlukan pengorbanan wang ringgit, masa
dan tenaga atau tidak memerlukan perbelanjaan yang besar, hobi sebenarnya menjadi wadah
terbaik terutamanya dalam kalangan remaja bagi mengelakkan mereka daripada terjebak dalam
aktiviti yang tidak sihat.

Sebahagian besar remaja yang berjaya biasanya dapat mengaitkan hobi dengan kerjaya
mereka. Dalam soal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk memupuk minat anak mereka
seawal usia kanak-kanak lagi. Galakan dan dorongan daripada aktiviti sihat sebegini perlu bagi
membentuk disiplin dalam kalangan kanak-kanak sekali gus mengajar mereka untuk menggunakan
masa dengan sebaik mungkin. Masa terluang yang banyak tanpa diisi dengan sesuatu yang
bermanfaat bukan sahaja merugikan, malah menjadikan jiwa kosong dan akibatnya mudah
terdorong kepada aktiviti yang merosakkan moral.

Hobi yang positif sebaliknya mampu membentuk minda remaja lebih matang dan kreatif
kerana hobi hari ini bukan lagi sekadar mengisi masa lapang, tetapi juga dapat dijadikan sumber
untuk menjana pendapatan tambahan dan mencari kenalan.Yang pasti, hobi bukan lagi sekadar
mengisi masa lapang, tetapi telah berkembang kepada satu dimensi yang lebih terbuka dan luas.
Peningkatan taraf hidup masyarakat juga menyaksikan hobi tradisi semakin kurang diminati
sebaliknya hobi baharu yang memerlukan pengorbanan wang ringgit kini menjadi pilihan keran hobi
sebegini dapat menjana sumber pendapatan sampingan atau perniagaan yang menguntungkan.

BAHAGIAN A (ii): Pemahaman

Berdasarkan petikan Bahagian A (I), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Anda mungkin juga menyukai