Anda di halaman 1dari 3

Peraturan Permainan Lompat Getah

 1 kumpulan terdiri daripada 4 orang pemain sahaja.


 Ahli kumpulan dibenarkan membuat campuran antara lelaki dan
perempuan. Contoh, 2 lelaki 2 perempuan.

 Masa untuk melompat diberi hanya selama 10 saat. Jika lebih dari
masa tersebut, pemain dikira batal.

 Percubaan hanya sekali sahaja.

 Semua pemain perlu mendapatkan nombor di meja urus setia


sebelum memulakan pertandingan.

 Dua orang jawatankuasa kepengadilan ditugaskan memegang kedua


belah hujung rantaian getah bagi setiap permainan. Pemain giliran
pertama memulakan permainan dengan cara melompat melepasi
rantaian getah yang dipegang oleh jawatankuasa kepengadilan.

 Lompatan getah dikira mengikut aras buku lali,lutut, pinggang,


dada, bahu, telinga dan kepala.

 Lompatan pada aras buku lali dan lutut tidak boleh terkena mana-
mana anggota badan. Lompatan pada aras pinggang, dada, bahu ,
telinga, kepala dan hujung tangan yang diangkat dibenarkan
menyentuh mana-mana anggota badan.

 Hanya hujung tangan sahaja yang dibenarkan menarik getah ke


bawah.

 Gulingan sisi ( roda manusia ) dibenarkan bermula lompatan pada


aras dada.
 Kedudukan getah dinaikkan mengikut tahap permainan yang telah
ditetapkan.

 Jika pemain pertama gagal melepasi tahap permainan tertentu, maka


pemain ini dikira mati dan giliran seterusnya diberikan kepada
pemain yang berikutnya.

 Pemenang dikira kepada kumpulan yang mendapat mata yang


tertinggi.

 Pertandingan semula akan dijalankan sekiranya pungutan mata bagi


2 atau lebih kumpulan adalah sama.

 Sebarang kemusykilan boleh merujuk terus pada Ketua Pengelola


Pertandingan.
PERHATIAN

Peserta tidak dibenarkan :-

i. Membantah keputusan mana-mana pengadil pertandingan.


ii. Mengeluarkan kata-kata kesat semasa pertandingan dijalankan.
iii. Berpakaian menjolok mata dan kurang sesuai dengan aktiviti.
iv. Berkelakuan kurang sopan ketika dalam pertandingan.
v. Keputusan hakim adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai