Anda di halaman 1dari 23

PENDAHULUAN

Pengenalan

Aktiviti kokurikulum sudah lama diperkenalkan di sekolah-sekolah sama ada

peringkat rendah, tinggi ataupun peringkat intisusi-institus di negara kita ini. Ia adalah

merupakan sebahagian daripada kurikulum asas sekolah dan setiap sekolah

adalahbertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program aktivitikokurikulum yang

bersesuaian dan selaras dengan visi dan misi Kementerian Pendidikan. Dalam menjalankan

aktiviti-aktiviti kokurikulum ini sememangnya adalah salah satu cara guru-guru mencari bakat

murid-murid melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

Dengan adanya kokurikulum ini juga memberi pengalaman kepada murid-murid

secara terancang di bawah bimbingan dan panduan sekolah. Kegiatan kokurikulum menegaskan

perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan

perkembangan bakat murid-murid sebagaimana Mohammad Nor (1985) ada menyatakan bahawa

kokurikulum bukanlah satu konsep pendidikan yang terasing dari kurikulum sekolah malahan ia

adalah satu aktiviti lanjutan kepada apa yang dipelajari dalam bilik darjah. Pengetahuan yang

diperolehi dalam mata pelajaran akademik dapat diintergasikan dengan aktiviti pratikal semasa

menjalankan kegiatan kokurikulum.

1
Definisi Kokurikulum

Kokurikulum adalah kegiatan pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar

bilik darjah. Program ini merupakan program pengukuhan dan penggayaan bagi melengkapi

pengajaran di bilik darjah. Semua sekolah rendah digalakkan menubuhkan kelab, persatuan dan

pasukan beruniform serta mengadakan kegiatan permainan, sukan dan olahraga untuk menanam

semangat perpaduan di kalangan murid yang berbilang kaum.

Manakala menurut Mohd Sofian (2002) pula, aktiviti kokurikulum boleh

didefinisikan sebagai aktiviti terancang dan berstruktur di luar bidang akademik. Ia juga

merupakan kegiatan di luar bilik darjah seperti badan beruniform, kelab dan persatuan serta

sukan. Aktiviti ini mestilah dianjurkan oleh pihak sekolah.

Disamping itu, ia juga bertujuan untuk menyemai, memupuk dan menanam minat

murid-murid agar kegiatan-kegiatan ini diteruskan menjadi kegiatan berfaedah untuk mengisi

masa lapang selepas mereka meninggalkan alam persekolahan nanti.

Kokurikulum juga akan dapat membantu menjadikan sekolah sebagai tempat

yang menarik dan mengembirakan murid-murid. Ianya juga dapat mencungkil dan

mengembangkan minat, bakat dan kemahiran murid- murid di dalam bidang tertentu. Disamping

2
itu murid-murid akan dapat menimba pengalaman berinteraksi di anatara satu sama lain sama

ada di dalam sekolah atau di luar sekolah. Kokurikulum juga dapat membantu membina dan

meningkatkan disiplin murid dan seterusnya mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan

menggembirakan.

Dasar pendidikan mengenai kegiatan kokurikulum

Dengan adanya dasar pendidikan ini dapatlah pihak berkenanan menyediakan

program perkembangan dan pembangunan diri melalui kegiatan-kegiatan kokurikulum sesuai

dengan falsafah Negara.

Matlamat Pendidikan kokurikulum.

Antara matlamat yang ingin dicapai ialah :

1. Untuk melahirkan generasi pelajar yang berwibawa, berdisiplin, bersemangat,

berwawasan dan tahan lasak disamping menyemai sifat-sifat dan nilai-nilai murni dan

luhur untuk membolehkan pelajar-pelajar menimba ilmu pengetahuan dan mempelajari

kemahiran-kemahiran asas dan mengembangkannya demi untuk mencapai

kecemerlangan.

2. Untuk melibatkan seberapa banyak pelajar yang melibatkan diri dalam kegiatan

kokurikulum.

3. Untuk menjadikan pelajr yang dapat merancang program-program riadah yang sihat,

bermanfaat serta selamat dalam menjalani cara hidup yang sihat.

3
4. Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja mahir dalam akademik tetapi juga

berkemahiran dalam bidang-bidang yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan

perkembangan jasmani, rohani, peribadi, intelek, emosi dan social yang menyeluruh

dalam sama-sama mendukung tanggungjawab terhadap agama, raja, bangsa dan negara.

5. Untuk mencungkil bakat-bakat pelajar dalam pendidikan kokurikulum sukan dan

menyemai potensi mereka untuk menjadi elit sukan pada masa akan dating.

6. Untuk member peluang kepada guru-guru menjalani kursus-kursus dan latihan-latihan

yang bersangkutan dengan pelaksanaan kegiatan kokurikulum yang berkesan di sekolah-

sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab.

Falsafah Pendidikan Kokurikulum

Dalam gerak kerja kokurikulum mempunyai falsafah bahawa :

a. Semua pelajar mempunyai bakat dan minat yang boleh dimajukan.’

b. Semua pelajar boleh dididik dan mendidik diri sendiri dan rakan sebaya.

c. Semua pelajar harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental(intelek)

dengan perkembangan social, jasmani dan rohani.

d. Sekolah bertanggungjawab melahirkan pelajar untuk keperluan masyarakat.

e. Masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan dalam mendidik

pelajar.

4
Jenis-jenis kokurikulum sekolah –sekolah.

Di negara kita ini, satu garis pandu telah diedarkan di sekolah-sekolah di mana setiap

murid hanya dikehendaki untuk menyertai sekurang-kurangnya satu sahaja kegiatan atau dua

kegiatan dari empat kategori kegiatan kokurikulum yang terdiri dari kegiatan jasmani, rohani,

akli dan pasukan beruniform.

Terdapat empat komponen di bawah boleh menerangkan seperti gambar rajah

berikut :

Dalam rajah ini menunjukkan bahawa semua murid di dalam sesebuah sekolah

adalah terlibat dalam pendidikan jasmani yang diajar di dalam kelas mengikut jadual yang telah

ditetapkan. Selain daripada kelas-kelas pendidikan jasmani itu, terdapat kelas –kelas tambahan

5
yang diatur untuk program Intramurals, Program Extramurals dan Program Antara Sekolah.

Program Intramurals juga melibatkan semua murid tetapi ia merupakan program pengukuhan

dan penggayaan kurikulum yang diajarkan dalam kelas pendidikan jasmani. Program

Extramurals melibatkan murid-murid yang lebih mahir daripada murid dalam Program

Intramurals. Murid-murid yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan berbakat akan dilibatkan

dalam Program Antara Sekolah.

KOMPONEN-KOMPONEN AKTIVITI KOKURIKULUM

1 Sukan dan Permainan

2 Keagamaan, Kesenian dan Kebudayaan

3 Kelab dan Badan

4 Pasukan Beruniform

Kegiatan-kegiatan jasmani terdiri dari kegiatan senaman, sukan permainan dan

olahraga seperti berikut:

bolasepak, badminton, bola jaring, sepak takraw, senaman, hoki, pingpong, rentas desa, tennis,

atletik, bola tampar, bola keranjang, silat, karatedo dan taekwando.

Bagi kegiatan-kegiatan akli merangkumi aspek kesenian dan akademik seperti :

kelab komputer, tarian Brunei asli, menulis esei, kelab drama, pidato, kuiz, kumpulan seruling,

guling tangan, bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan koir.

6
Bagaimanapun kegiatan-kegiatan kokurikulum dalam rohani merangkumi aktiviti-

aktiviti seperti :

Menghafaz ayat-ayat lazim, tilawah Al-Quran, nasyid dan azan.

Untuk kegitan-kegiatan kokurikulum dalam pasukan beruniform terdiri daripada:

Pasukan pengakap, Pasukan bulan sabit merah, Pasukan Pandu puter, kadet polis dan kadet

tentera.

PENGENDALIAN PROGRAM

Dalam konteks pembahagian tugas dan tanggungjawab penyelarasan, pengawasan dan

pengendalian aktiviti-aktiviti kokurikulum hendaklah dibincangkan bersama guru-guru

melalui perundingan.

Garis panduan pembahagian tugas dan tanggungjawab:-

1). Aktiviti-aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada tugas dan

tanggungjawab rasmi guru-guru.

2). Memastikan guru hendaklah mengambil salah satu daripada aktiviti kokurikulum dan mahir

dalam aktiviti tersebut.

3). Dalam pembahagian tugas dan tanggungjawab penyelarasan aktiviti-aktiviti kokurikulum

tersebut hendaklah diambil kira aktiviti kokurikulum yang berat dan kurang membebankan.

7
4). Pengajaran dalam bilik darjah, penyelarasan aktiviti-aktiviti kokurikulum dan tugas-tugas lain

di sekolah hendaklah diambil kira dalam pembahagian bebanan tugas guru berkenaan.

6). Pembahagian tugas dan tanggungjawab mengajar, aktiviti-aktiviti kokurikulum

dan tugasan lain adalah di atas budi bicara Pengetua dan Guru Besar.

7). Tidak ada jangka waktu yang tetap bagi penyelarasan guru dalam aktiviti-aktiviti

kokurikulum kerana ini bergantung kepada jenis aktiviti.

8). Kelas-kelas tambahan atau tugas-tugas pentadbiran tidaklah termasuk dalam tugasan dan

tanggungjawab aktiviti-aktiviti kokurikulum.

9). Aktiviti-aktiviti kokurikulum yang memerlukan penggunaan tenaga yang lebih (fizikal)

hendaklah dikendalikan pada sebelah pagi atau petang dimana cuaca tidak begitu panas

melainkan aktiviti yang dibuat dalam bilik darjah atau dewan.

FAKTOR PEMILIHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Dalam merancang program aktiviti-aktiviti kokurikulum sekolah, beberapa faktor harus

diambil kira oleh sekolah seperti:

Kedudukan sekolah sama ada sekolah tersebut berada di luar bandar

ataupun di dalam kawasan bandar dan berhampiran dengan kemudahankemudahan

yang dipunyai oleh agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, dan sebagainya untuk memudahkan

murid-murid menjalankan kegiatan kokurikulum tersebut.

8
Kemampuan kewangan sekolah adalah penting untuk mengerakkan kegiatan

kokurikulum ini. Adalah sebaiknya sekolah memperuntukan jumlah kewangan yang

berpatutan untuk pengurusan aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti bagi pembelian

peralatan, penyewaan kemudahan, bayaran perjalanan dan sebagainya.

Tenaga pengajar atau kepakaran guru atau ahli masyarakat adalah juga penting

dalam menyusun aktiviti. Jika perlu, pengubahsuaian dibuat untuk memastikan aktiviti-aktiviti

kokurikulum boleh berjalan. Latihan dan bantuan bolehlah didapatkan daripada Jabatan

Pendidikan KoKurikulum dalam memberi tunjuk-ajar dan kursus yang berkenaan dengan

pengurusan aktiviti- aktiviti kokurikulum.

Perlu mengadakan pertandingan peringkat kawasan atau kumpulan, daerah atau

negara yangdianjurkan oleh bahagian-bahagian di Jabatan Pendidikan KoKurikulum,

Kementerian Pendidikan. Ertinya perancangan program aktiviti-aktivitikokurikulum perlu

mengikut jadual program pertandingan yang disediakanoleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum

supaya penyertaan pelajar boleh ditingkatkan dan pemilihan bagi perwakilan sekolah akan lebih

teratur. Sekolah boleh juga merujuk kepada musim-musim dan tarikh-tarikh kejohanan

diadakan bagi persediaan-persedian lebih awal.

9
Mengapa pendidikan kokurikulum penting?

1. Meningkatkan dari segi kesihatan.

Di negara kita ini sememangnya pendidikan kokurikulum ini amat penting kerana

dengan adanya kegiatan kokurikulum ini bukan hanya untuk melapangkan fikiran tetapi juga

dapat meningkatkan kualiti kesihatan seseorang individu tersebut sebagaimana menurut Yang

Berhormat mantan Menteri Kesihatan Pehin Orang kaya Seri Kerna Awang Haji Abu Bakar Bin

Haji Apong dalam ucapannya di perasmian pertandingan Dikir Dibaie Antara Sekolah-Sekolah

Menengah dan maktab-maktab Senegara Tahun 2004 di Sekolah Menengah Sayyidina Hussin

mengatakan bahawa kegiatan-kegiatan kokurikulum mempunyai hubungan yang rapat dengan

kesihatan. Kesihatan merupakan kurnia Allah SWT yang sangat berharga kepada manusia.

Dengan adanya kesihatan, manusia kan dapat mengerjakan amal ibadah dengan baik serta

menjadi tenaga produktif bagi membantu meningkatkan kemajuan dan mencapai kesejahteraan

hidup. Perseimbangan dalam perkembangan akli, jasmani dan rohani adalah amat penting

dalam system pendidikan kita khususnya bagi membentuk dan melahirkan pelajar yang

cemerlang dan sempurna. Perkembangan dalam pendidikan ini penting sebagai benteng dalam

mengharungi perubahan-perubahan yang dibawa oleh arus globalisasi.

Dengan pembangunan dan kemajuan yang semakin berkembang ini banyak

bergantung kepada kecekapan pemimpin-pemimpin dalam sesuatu pasukan sebagaimana pelajar-

pelajar hari ini adalah untuk pemimpin hari esuk dan seterusnya. Mereka bukan hanya di asah

dengan ilmu pengetahuan tetepi perlu juga bakat kepimpinan mereka itu digilap dan dimajukan

melalui kegiatan kokurikulum ini. Selain itu juga mereka harus mempunyai keyakinan diri,

10
berfikiran kritikal, kreatif dan berinovatif, berinteraksi dengan cara positif, semangat berpasukan,

tabah dan cekal dalam mengharungi cabaran dan mampu menjadikan impian mereka menjadi

kenyataan. Semua elemen-elemen yang disebut tadi akan dapat dipratikkan dalam kegiatan

kokurikulum sebagai pendedahan dan pengalaman yang berharga buat mereka sebelum

mengharungi cabaran-cabaran yang sebenar.

2. Mempertahankan dan memajukan tradisi dan budaya negara.

Khazanah negara merupakan nilai-nilai tradisi dan kebudayaan yang sangat berharga

untuk diwariskan kepada generasi muda pada masa kini. Ianya juga digambarkan sebagai identiti

bagi jati diri yang unik di negara kita ini. Penglibatan pelajar-pelajar dalam kegiatan

kokurikulum seperti permainan hadrah, tarian asli, dikir dan sebagainya mampu

mempertahankan nilai-nilai tradisi dan kebudayaan Brunei ini supaya menjadi lebih mantap dan

tidak terkubur oleh kepesatan perkembangan sains dan teknologi terkini. Nilai-nilai tradisi dan

kebudayaan ini begitu dikagumi dan menjadikannya sebagai nilai-nilai yang signifikan dan

sinonim bagi negara ini.

3. Meningkatkan kualiti tenaga manusia.

Penglibatan aktif, pegalaman dan pengetahuan yang diperolehi dan lalui, kegiatan

kokurikulum dapat mengembang akhlak dan disiplin diri yang terpuji, daya kepimpinan yang

kreatif, inovatif dan dinamik, menepati dan menggunakan masa dengan berkesan, berinteraksi

yang sihat dan harmoni, kemahiran komunikasi secara tertib dan berkesan, nilai-nilai ketahanan

11
yang kuat serta mewujudkan persaingan yang sihat. Semua elemen-elemen ini amat diperlukan

dalam pembangunan masyarakat bagi kesinambungan negara yang semakin pesat dan harmoni.

4. Menyediakan pasukan bagi mewakili di pertandingan atau kejohanan antarabangsa

dan serantau negara.

Setiap tahun setentunya ada wakil-wakil dari sekolah-sekolah untuk mengikuti

pertandingan-pertanding untuk senegara. Selain itu juga Negara Brrunei Darussaalam aktif

dalam pertubuhan negara-negara Asia. Brunei mempunyai tabggungjawab yang tinggi dalam

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN(ASSC), Federasi Sukan Sekolah-Sekolah Asia(ASSF)

dan Federasi Bolasepak Sekolah-Sekolah Asia (ASFF). Setiap tahun kejohanan disertai oleh

Negara seperti Kejohanan Bolasepak Di bawah tujuh belas tahun dan lima belas tahun,

Kejohanan badminton, bola jaring, renang, sepak takraw, olahraga dan sebagainya. Pemain-

pemain yang dipilih ataslah berdasarkan dari pelajar yang memegang pingat-pingat emas dan

perak dalam kejohanan kokurikulum yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

Pelajar-pelajar yang memperolehi pngat ini akan dicalonkan untuk Anugerah Galakan Sukan,

Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Bagi mereka yang bergiat dalam kegiatan akli seperti pertandingan bahas, mari

bercerita dan berpidato akan mewakili sama ada dalam atau luar negara contohnya ke Program

Titian Minda dan Bridging Minds dan pertandingan Bahas antara Sekolah-sekolah dan intisusi-

intisusi tinggi di Negara ini.

12
Pandangan Perlaksanaan Kokurikulum di sekolah.

Pada masa kini, pelaksanaan kokurikulum di sekolah yang pernah saya mengajar

masih lagi dijalankan seperti biasa. Kegiatan kokurikulum ini diadakan setiap hari Rabu. Masa

yang ditetapkan ialah dari pukul 7.30 pagi hingga 8.00 pagi bagi peringkat rendah bawah iaitu

dari Darjah Pra hingga Tahun tiga dan 7.30 pagi hingga 8.30 pagi bagi peringkat rendah atas

iaitu dari Tahun empat hingga Tahun enam.

Aktiviti kegiatan kokurikulum ini tidak banyak mengalami perubahan terutama

dari segi masa dan aktiviti-aktiviti yang diadakan dalam program kokurikulum ini kecuali ada

beberapa tambahan aktiviti. Walaupun pendidikan SPN sudah bermula, kegiatan kokurikulum

ini tetap dijalankan dan semestinya dapat memberi peluang murid-murid untuk merehatkan

minda mereka.

Di sekolah tersebut mempunyai seramai seratus dua puluh lapan orang murid

yang terdiri daripada enam puluh enam orang murid lelaki dan enam puluh dua orang murid

perempuan serta seramai tujuh belas orang tenaga pengajar. Dua orang guru ditugaskan

mengendali bahagian kokurikulum ini. Guru itu ialah guru kanan aktiviti kokurikulum dan

penolong guru kanan aktiviti kokurikulum.

13
Hasil tinjauan Aktiviti Kokurikulum.

Dari tinjuan yang dilakukan, didapati kegiatan kokurikulum di sekolah tidak

banyak perubahan. Perubahan hanya nampak pada bertambahnya aktiviti seperti drama,spelling

competition, mini marathon dan mari bercerita.

Waktu atau masa bagi kegiatan kokurikulum ini masih sama iaitu rendah bawah

selama tiga puluh minit dan rendah atas selama satu jam.

Tidak ada perubahan dari segi kemudahan dan peralatan. Peralatan masih seperti

biasa hanya ada tambahan sedikit tetapi dari segi kemudahan dewan masih sama dan penggunaan

hanya tertumpu pada akademik kerana keadaan dewan yang kecil dan tidak sesuai untuk

permainan seperti sepak takraw, badminton, bola jaring dan sebagainya.

Didapati juga tidak terdapat laporan tentang perkembangan kegiatan

kokurikulum sepanjang tahun. Ini kerana tidak ada rekod pencapaian murid-murid yang aktif

dalam kokurikulum hanya berpandukan pada kebolehan murid-murid tersebut.

Penglibatan murid dalam pasukan beruniform terutama pengakap tidaklah begitu

ramai.Tidak tahu sama ada aktiviti ini dijalankan atau atas dasar nama mengikuti di dalam

14
kertas.Tidak ada murid-murid yang mengikuti pasukan Tunas Puteri. Ini adalah kerana hanya

beberapa orang guru terutama guru yang baru diberikan tugas tersebut untuk dikendalikan.

Pasukan pengakap ini diadakan setiap hari Rabu petang.

Guru Kanan Aktiviti Kokurikulum

Guru kanan aktiviti kokurikulum yang dilantik ini adalah seorang perempuan..

Dia baru mengajar dua tahun sekolah berkenaan. Guru ini sudah mengajar selama tiga belas

tahun. Antara tugas dan tanggungjawabnya ialah menyelaras dan menyelia semua aktiviti

kokurikulum ini dijalankan dan merancang dan mengagih tugasan kepada semua guru untuk

melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum ini serta membantu Guru Besar di dalam

perancangan dan pelaksanaan kegiatan kokurikulum.

Tugas yang diberikan kepadanya ialah membuat jadual dan melantik guru-guru

dalam melaksanakan kegiatan kokurikulum tersebut. Beliau juga memastikan semua murid dari

rendah bawah hingga rendah atas mengikuti semua aktitiviti yang diadakan mengikut kebolehan

masing-masing.

Sebenarnya guru ini tidak mempunyai pengalaman dalam mengendali bahagian

kokurikulum memandangkan selama dia mengajar hanya tertumpu kepada darjah yang diajarnya

sahaja. Tetapi Alhamdulillah dengan adanya jadual tahun lepas kegiatan kokurikulum ini

15
dapatlah membantunya membuat dan merancang pembahagian jadual dan tugas-tugas kepada

guru-guru lain walaupun mengalami beberapa masalah.

Antara masalah yang dihadapinya ialah kerjasama guru-guru. Terdapat juga guru-

guru yang telah diberi tugas tersebut menolak dengan alas an tidak pandai bermain atau tidak

minat. Jadi sebagai guru kanan kegiatan kokurikulum setentunya dia terpaksa mencari guru yang

lain. Jadual juga turut terjejas dan terpaksa dirombak semula.

Masalah yang lain ialah murid-murid terutama murid-murid rendah bawah.

Murid-murid ini selalunya ingin mengikut kawannya sehingga aktiviti yang diberikan kepadanya

tidak diikutinya. Jadi kadang-kadang guru yang mengajar akan keliru dengan keramain murid

yang diberikan kepadanya begitu juga dengan guru yang kekurangan muridnya yang tidak

mengikuti aktiviti yang diberikan. Contohnya guru tarian diberikan seramai dua puluh orang

murid tetapi yang datang hanya separuh tetapi guru yang mengajar kelab komputer melebihi

daripada bilangan muridnya. Inilah kadangkala membuat guru tarian terpaksa mencari murid-

murid tersebut.

Masa juga menjadi satu masalah terutama bagi rendah bawah yang hanya

mengambil selama tiga puluh minit dan rendah atas selama sejam. Masa ini sungguh singkat bagi

mengajar murid-murid rendah bawah. Kadangkala masa ini bila diajar hanya cukup untuk cikgu

bercakap untuk menerangkan.

16
Masalah peralatan juga satu bebanan bagi guru-guru terutama komputer yang

tidak mencukupi, permainan dalam seperti congkak, catur atau dam dan sebagainya. Masalah ini

adalah disebabkan tidak ada sumber kewangan untuk membeli peralatan tersebut.

Dari segi kemudahan juga kekurangan seperti dewan atau bilik untuk melakukan

kegiatan kokurikulum tersebut. Kadangkala bilik darjah digunakan sebagai tempat untuk melatih

murid-murid contohnya menari, bercerita, bermain permainan dalam seperti catur, dam dan

sebagainya..

Dewan sekolah ini hanya digunakan untuk minum dan peperiksaan serta acara-

acara akademik dan sebahagian besarnya tidak bersifat “multi-purpose” yang menjadikannya

tidak sesuai bagi acara-acara seperti bola jaring, futsal, sepak takraw dan badminton. Dewan

yang digunakan untuk latihan sepak takraw dan badminton ialah dewan berdekatan kepunyaan

orang kampung. Oleh sebab itu penglibatan sekolah-sekolah hanya sekadar menyertai

pertandingan kejohanan atau pertandingan yang dikendalikan kerana murid-murid tidak mampu

untuk mengembangkan bakat yang ada dalam diri mereka secara konsisten memandangkan

latihan-latihan dan perkembangan tidak dapat dijalankan di peringkat akar umbi lagi.

17
Begitu juga tugas penolong guru kanan aktiviti kokurikulum yang membantu

guru kanan aktiviti kokurikulum memastikan semua guru dan murid-murid menyertai aktiviti

kokurikulum ini supaya berjalan dengan lancar.

Dalam aktiviti kokurikulum ini, semua murid-murid peringkat rendah atas iaitu

dari Tahun tiga hingga Tahun enam dimestikan memilih satu aktiviti yang melibatkan sukan dan

satu lagi aktiviti melibatkan aktiviti akli dan rohani. Murid-murid tidak dibenarkan menukar

aktiviti yang dipilih kecuali atas sebab tertentu. Bagi murid-murid yang berada Darjah Pra

hingga Tahun dua, guru kanan aktiviti ko-kurikulum dan penolong guru kanan aktiviti ko

kurikulum akan memilihkan aktiviti mereka berdasarkan kebolehan dan bakat murid-murid

tersebut.

Pembahagian jadual bagi setiap aktiviti juga dilaksanakan oleh guru tersebut

supaya semua guru-guru tidak leka dan lalai dengan penglibatan mereka dalam kegiatan

kokurikulum ini. Pembahagian aktiviti-aktiviti adalah mengikut kebolehan serta bakat guru

tersebut. Jika guru itu boleh menari dan bermain bola jaring akan diberikan tugasan tersebut.

Begitu juga dengan guru-guru yang lain mengikut kebolehan dan bakat masing-masing..

18
Cadangan:

Untuk memperbaiki dan memajukan kegiatan kokurikulum ini sememangnya perlu

ada kerjasama daripada beberapa pihak supaya dapat dikendalikan dengan lebih baik lagi.

Dari segi masa, perlulah ditambah masa tersebut terutama pada peringkat rendah

bawah sekurang-kurangnya satu jam supaya murid-murid tidak akan merasa sekejap mempelajari

kegiatan yang disertainya. Itu juga member I peluang kepada guru-guru melihat kebolehan dan

bakat murid tersebut melalui pengajaran yang dibuatnya.

Penambahan peralatan-peralatan kegiatan kokurikulum perlu dilaksanakan. Jabatan

Pedidikan Kokurikulum sepatutnya bukan hanya membekalkan peralatan-peralatan yang

berkaitan dengan kejohanan atau pertandingan yang dianjurkan tetapi juga membantu sekolah-

sekolah menyempurnakan peralatan-peralatan yang kurang. Selain itu juga guru besar dan guru-

guru boleh juga mencari alternative lain dengan memohon tajaan dalam bentuk barangan atau

peralatan daripada agensi-agensi swasta atau kerajaan.

Guru-guru perlu juga diberi kursus-kursus atau bengkel-bengkel supaya dapat

memperolehi kemahiran-kemahiran dalam bidang-bidang kegiatan luar. Ini juga memudahkan

19
sekolah yang bukan hanya mengharapkan guru khas pendidikan jasmani menjalankan semua

kegiatan luar secara bersendirian. Ini sedikit sebanyak dapat meringankan dan membantu guru

yang berkemahiran dan berkebolehan. Ini juga dapat meningkatkan kualiti penglibatan guru

malahan juga dalam mempelbagaikan kemahiran-kemahiran dan seterusnya melahirkan pakar-

pakar dikalangan pendidik di negara ini.

Dalam kegiatan kokurikulum ini, guru-guru yang diberi tugasan sepatutnya perlu

tegas dengan murid-murid terutama murid-murid rendah bawah. Mereka harus sentiasa

diingatkan dengan jadual mereka supaya mereka tidak lupa dan mengikut kawan-kawan yang

lain. Kalau perlu, guru perlu mengulang dan memanggil nama mereka dan menyebut aktiviti

yang telah dipilihkan oleh mereka.

Guru kanan Aktiviti Kokurikulum perlu tegas dengan pembahagian jadual kepada

guru-guru yang lain supaya guru-guru akan merasa bertanggungjawab dengan tugasan yang

diberi. Tidak ada istilah “tidak pandai” atau “tidak tahu” kerana sebagai guru perlu, guru perlu

bersikap kreatif, inovatif dan inisiatif. Sebagaimana menurut Abu Bakar dalam Mohd

sofian(2002) menyatakan penyertaan guru adalah sangat penting dalam memastikan

perlaksanaan kegiatan kokurikulum sekolah dijalankan dengan lancar. Perlaksanaan

kokurikulum memerlukan penglibatan semua guru.sebagaimana Fretwell(1981) menyarankan

guru menerima tugas dan mengendalikan aktiviti ko kurikulum dengan sepenuh hati. Long

(1977) menyatakan terdapat masalah kekurangan masa selain daripada tenaga terlatih yang

terhad di bidang kokurikulum. Masalah guru kurang terlatih juga disebut oleh Jonson dan

20
Ronald (1952). Mereka menyatakan tidak semua program kurikulum dijalankan dengan baik

kerana setengah guru yang menyelia adalah kurang terlatih.

Jabatan kokurikulum juga perlu memikirkan tentang sekolah yang tidak

mempunyai dewan sendiri. Sepatutnya sekolah dan pihak berkenaan sentiasa berusaha untuk

membina sebuah dewan khas untuk kegunaan sekolah sendiri. Sampai sekarang sekolah hanya

tahu meminjam dewan kepunyaan orang kampong. Bila sekolah akan dapat memiliki dewan

sendiri kerana memikirkan dari aspek keselamatan kerana kawasan dewan orang kampong

tersebut adalah berdekatan dengan hutan, tempat kauri tanah dan lintasan trak-trak pengangkut

tanah dan batu.

Guru Kanan aktiviti Kokurikulum perlu membuat laporan atau perkembangan

tentang kegiatan kokurikulum yang dijalankan. Ini adalah melihat perkembangan sama ada

kegiatan kokurikulum itu berjaya dilaksanakan atau sebaliknya.

Tugas Guru besar juga perlu peka dengan guru-guru terutama pembahagian tugas

sebagai guru kanan aktiviti kokurikulum. Sepatutnya Guru Besar perlu memberi tugasan ini

kepada guru yang mempunyai pengalaman dalam bidang kegiatan kokurikulum supaya semua

perancangan yang akan dibuat dapat berjalan dengan lancar. Selain itu juga Guru Besar sebagai

pemimpin perlu membantu guru kanan aktiviti kokurikulum ini terutama masalah pembahagian

jadual kepada guru-guru lain.

21
Peranan Guru Besar perlu mengawasi setiap aktiviti-aktiviti kokurikulum yang

dibuat oleh guru-guru sama ada setiap aktiviti yang dijalankan telah terlaksana bukan hanya

sekadar membuat aktiviti di dalam kertas tetapi tidak menjalankannya.

Kesimpulan :

Dalam era globlisasi ini, setentunya kegiatan kokurikulum diteruskan supaya

kegiatan kokurikulum ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan di sekolah-sekolah.

Disamping itu juga jabatan Pendidikan Kokurikulum perlu memberikan guru-guru latihan-

latihan, kursus-kursus atau bengkel-bengkel dari masa ke semasa untuk membantu kepada

kesinambungan dan penerokaan bidang-bidang baru yang sejajar dengan perkembangan semasa.

Selain itu juga pentadbir atau Guru Besar perlu juga peka dengan perkembangan

kegiatan kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Guru Besar berperanan besar dalam

memberikan sokongan, dorongan dan motivasi kepada guru-guru dan murid-murid dalam

memajukan kegiatan kokurikulum di tempat sekolah tersebut.

22
Kerjasama antara pendidik dengan jabatan kokurikulum memang dialu-alukan

serta perlu sentiasa berhubung dalam sama-sama memperluaskan dan memajukan kegiatan

kokurikulum ini dari peringkat sekolah rendah lagi supaya kegiatan kokurikulum yang

dijalankan dapat disinambungkan hingga ke peringkat sekolah menengah contohnya dalam

pasukan pengakap serta sukan-sukan seperti bolasepak, sepak takraw dan sebagainya.

Pendidikan kokurikulum di negara kita akan mampu memantapkan kualiti

sumber tenaga manusia di masa akan datang untuk mencabar dan menyaingi pencapaian-

pencapaian di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Bukan setakat itu saja malah

bidang sukan juga menjadi semakin maju dan juga kualiti kesihatan, kepimpinan, hidup

bermasyarakat, nilai-nilai tradisi dan budaya negara akan terus subur dan berkembang dalam era

yang penuh dengan ledakan teknologi yang pesat berkembang ini.

23