Laporan Ceramah BIG Ceramah program Bina Insan Guru telah diadakan pada hari Jumaat, 22 Oktober 2010

bertempat di Dewan Tan Seri Murad. Ceramah bermula tepat pada pukul 3 petang. Antara tetamu yang hadir adalah Encik Ibrahim sebagai Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Encik Awang bin Lokey sebagai penceramah. Ceramah yang diadakan ini bertajuk Guru Sebagai Insan Mulia. Ceramah ini mendedahkan tentang cara ± cara untuk menjadi seorang guru yang cemerlang. Perubahan ± perubahan yang perlu dilakukan oleh bakal guru untuk mendidik anak bangsa dititikberatkan dalam ceramah ini. Selain itu juga, hadirin diberi penerangan mengenai cara pendidikan terhadap seseorang dengan betul. Penceramah juga telah mengadakan perbincangan dengan peserta. Perbincangan adalah berkaitan dengan

bagaimana seseorang itu boleh digelar pemimpin. Untuk menjadi pemimpin bukanlah mudah. Proses untuk menjadi pemimpin bukan dari pendidikan semata ± mata tetapi boleh melalui persekitaran, sifat semulajadi dan kewibawaan serta sifat peribadi yang ditonjolkan. Apa yang cuba disampaikan melalui perbincangan ini adalah guru merupakan pemimpin kepada anak ± anak didik mereka untuk terus mara ke hadapan. Guru adalah pemimpin yang menghasilkan pemimpin. Sebelum melahirkan pemimpin, guru perlu menjadi pemimpin yang terbaik untuk anak ± anak buah mereka. Guru perlu ada ciri ± ciri pemimpin yang baik agar dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa. Ceramah ini juga turut menyelitkan beberapa nasihat dan panduan kepada bakal guru untuk melakukan perubahan dalam bidang perguruan. Setiap guru perlu mengadakan anjakan paradigma dalam diri mereka. Guru perlu berani dalam melakukan perubahan terhadap kerjaya mereka. Hal ini kerana mereka yang menentukan masa hadapan anak didik ± didik mereka. Guru perlu berani bertindak untuk memastikan anak didik mereka menjadi insan yang cemerlang.

Insan yang cemerlang akan terhasil jika guru yang mendidik adalah guru yang cemerlang dan mempunyai budi pekerti yang mulia. (Nurul Ellina bt Ramli) . Disediakan oleh.Kesimpulannya. ceramah ini memberi motivasi kepada guru ± guru pelatih agar bersedia untuk melakukan perubahan dalam menghasilkan insan yang mampu membawa kepada kemajuan negara.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful