Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,

Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah kisah
Tahun Dukacita.

Tahun Dukacita merupakan berlakunya peristiwa-peristiwa yang


amat menyedihkan Nabi Muhammad SAW.

Dakwah disebar sebagai panduan,


Namun akibatnya mereka dipulaukan, Syair
Pelbagai penderitaan juga ancaman,
Ianya hanya runtuhkan perpaduan.

Hadirin yang dirahmati Allah…

Hebat sekali pemulauan yang dilakukan terhadap bani Hasyim


dan masyarakat Islam. Mereka tidak boleh berkahwin. Mereka
juga dilarang sama sekali untuk mengadakan urusan jual beli.
Keadaan menjadi lebih parah apabila kaum kafir quraisy enggan
berdamai sesama mereka.

Seperti yang kita sedia maklum tindakan pemulauan ini hanya


meruntuhkan perpaduan sahaja. Pemusuhan juga akan
mengakibatkan kemusnahan masyarakat.

Kita boleh mengatasinya dengan menyahut seruan kempen Satu


Malaysia yang dapat menyatu padukan masyarakat kita, lebih-
lebih lagi Malaysia yang berbilang kaum ini.

Sedihnya Muhammad tidak terkira,


Perginya pembela tanpa iman dihatinya, Syair
Abu Talib pengasuh setia,
Budi dan jasanya dikenang selamanya.
Perit rasanya bila bapa saudara Rasulullah ini meninggal dunia
pada tahun ke 10 hijrah. Kehilangan itu amat dirasai kerana Abu
Talib lah yang mengasuh baginda sejak kematian datuk baginda.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Rasulullah adalah seorang yang amat menyayangi ahli keluarga.


Di sini kita boleh mengambil iktibar agar kita sentiasa
menghargai dan menyayangi setiap ahli keluarga kita. Seperti
yang dinyatakan dalam ayat 56 surah Al-Qosas, yang bermaksud

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa


memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya
ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa
memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan
Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang
persediaan untuk mendapat hidayah pertunjuk .

Belum padam lagi kesedihan atas pemergian bapa saudara,


Rasulullah sekali lagi diuji dengan kewafatan isteri baginda yang
tercinta iaitu Siti Khadijah Khuwailid. Isteri bagindalah yang
tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan
mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak
jemu menghiburkan Rasulullah di saat baginda dirundung
kesedihan.

Kita juga sering melihat di kaca televisyen yang memaparkan


pengorbanan seorang isteri yang sanggup melakukan apa saja
kerja bagi menyara hidup keluarga kerana suami tidak mampu
bekerja atas sebab penyakit yang dihidapinya seperti dalam
rancangan Bersamamu.

Hadirin sekalian, dalam surah Ali Imran ayat 185 telah


menyatakan..bahawa beruntunglah mereka yang dijauhkan
daripada api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Demikianlah rentetan-rentetan peristiwa yang menduga Nabi
Muhammad SAW. Oleh kerana kesedihan yang melanda
Rasulullah, Allah telah memberikan khabar gembira dengan
berita Isra’ dan mikraj.

Isra’ Mikraj khabar Ilahi,


Penyembuh duka dari musibah, pantun
Ambil iktibar motivasi diri,
Kembalikan semangat teruskan dakwah

Begitula tadi para hadirin, kegembiraan daripada peristiwa Isra’


dan Mikraj menyalakan lagi semangat dalam diri Rasulullah
untuk terus menyebarkan dakwah baginda.

Seperti dalam ayat pertama surah Al-Isra’ yang bermaksud


Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya
pada suatu malam dari al-Masjid al-Haram ke al-Masjid al-
Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami
perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda
(kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha
Mendengar lagi Maha Melihat.

Sebagai contoh, musibah yang melanda rakyat Acheh yang


dilanda tsunami beberapa tahun yang lepas. Mereka tidak terus
berduka dan menangisi kejadian yang mengorbankan nyawa
saudara mara mereka. Malah mereka bangkit dan bersama-sama
membangunkan semula kawasan mereka yang pernah ranap itu.

Marilah kita mengambil iktibar di atas kisah Tahun Dukacita


yang saya sampaikan tadi. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai