Anda di halaman 1dari 1

Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya saya

dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dengan cukup
memuaskan.

Salam jutaan terima kasih ditujukan kepada Encik Noor Hisham Md Nawi selaku
pensyarah Pengurusan Kendiri, di atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada saya dalam
proses penyiapan tugasan yang saya jalankan. Terima kasih tidak terhingga juga saya tujukan
kepada pensyarah-pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang turut menyumbang
sedikit sebanyak idea serta memberikan saya maklumat berkaitan kerja kursus yang
dilakukan. Seterusnya, buat rakan-rakan seperjuangan, dan ahli keluarga saya sendiri ,terima
kasih di atas komitmen dan kerjasama yang kalian tonjolkan sepanjang menyempurnakan
kerja kursus ini.

Ribuan terima kasih turut diucapkan kepada Encik Muhammad Yusuf Aziz selaku
Ketua Jabatan Ortopedik di Hospital Temerloh , atas kerjasama beliau dalam membantu saya
memberikan biodata beliau berikutan assignment saya yang berjudul orang yang paling
dikagumi. Kepada individu-individu lain yang turut terlibat sama ada secara langsung ataupun
tidak langsung, ribuan terima kasih juga saya ucapkan. Istimewa buat kedua ibu bapa saya
yang disayangi, terima kasih tidak terhingga di atas bantuan kewangan dan sokongan moral
tidak berbelah bahagi kalian.

Akhir kata, segala budi dan jasa baik kalian amat saya hargai dan hanya Tuhan yang
dapat membalas jasa baikmu. Perjalanan 1000 batu bermula dengan langkah pertama itulah
kata Confucius. Begitulah bermulanya kerja kursus ini.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai