Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN

Pada masa kini iaitu dalam era globanisasi semua negara akan berlumba-lumba bagi

mencapai matlamat masing-masing. Dunia sekarang ini semakin hari semakin pesat dengan

pembangunan dan sentiasa akan berubah dari masa ke semasa. Hal ini terbukti dengan

pelbagai ciptaan manusia dengan menggunakan teknologi yang semakin canggih. Dengan ini

semua manusia berpeluang untuk menikmati ciptaan itu seperti radio, televisyen, laptop,

telefon selular dan sebagainya. Teknologi seperti ini akan sentiasa berkembang dalam

kehidupan seharian dan sangat berpengaruh kepada setiap individu. Ini kerana teknologi

yang dicipta oleh manusia sendiri dan ianya digunakan oleh manusia sendiri sama ada

secara langsung ataupun tidak langsung. Oleh itu sebagai manusia yang hidup di atas muka

bumi ini masalah sering melanda walaupun dunia semakin maju. Sebagai manusia aspek

manusia dan kemanusiaan amat penting selagi manusia tinggal bersama dalam satu

masyarakat atau komuniti. Masalah perhubungan sesama sendiri akan wujud yang

melibatkan masalah peribadi, masalah komuniti dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh

pelbagai faktor yang mendesak timbulnya masalah-masalah sedemikian.

Dalam kehidupan yang serba canggih ini, terdapat pelbagai masalah individu,

keluarga dan komuniti yang akan timbul. Oleh itu masalah ini haruslah diselesaikan dengan

cara yang profesional agar masalah ini tidak akan terus merebak sehinggakann boleh

mejejaskan imej masyarakat dan seterusnya melibatkan negara.

(Amna bt.Hj. Md.Noor 2002)

1
PENGENALAN KEPADA KERJA SOSIAL

Secara dasarnya kewujudan kerja sosial dan kebajikan sosial adalah berpusat kepada

tiga perkara utama iaitu setiap individu adalah penting, masalah peribadi, keluarga atau

komuniti adalah terhasil daripada interaksi yang berlaku antara individu dan sistem dalam

persekitarannya dan yang ketiga adalah sesuatu boleh dilakukan untuk menyelesaikan

masalah atau mengurangkan masalah tersebut demi meningkatkan kefungsian sosial

kehidupan seseorang. Secara ringkasnya, amalan kerja sosial ini boleh dihuraikan sebagai

amalan kerja yang melibatkan kerja sosial yang profesional terhadap nilai, prinsip dan

teknik-teknik yang berkesan dalam memahami tingkahlaku manusia yang pelbagai ragam.

Oleh iu sebagai seorang pekerja sosial pengetahuan tentang pembangunan manusia,

tingkahlaku manusia, pengetahuan dalam aspek sosial, ekonomi, kebudayaan dan institusi

yang terlibat serta interaksi antara faktor-faktor ini. Kerja sosial ini telah didefinisikan dengan

pelbagai cara oleh ahli akademik dan pengamal dalam bidang ini. Ramai yang mengatakan

kerja sosial adalah dikaitkan dengan kerja-kerja kebajikan dan kerja-kerja sukarela. Secara

amnya kerja sosial boleh didefinisikan satu seni (art), sains dan sebagai satu profesion yang

menolong manusia untuk menyelesaikan masalah mereka samada individu, keluaraga

ataupun komuniti.

Kerja sosial melibatkan tiga kefungsian utama, yang mana kefungsian ini yang akan

membantu pelbagi masalah yang ada, ini bermakna juga dengan ada fungsi ini ia akan

memudahkan para pekerja sosial menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh individu,

kumpulan mahupun komuniti antaranya ialah pemulihan, pengagihan sumber dan

pencegahan. Ketiga-tiga fungsi ini yang akan membantu seseorang individu atau kumpulan

yang mana pekerja sosial akan memgariskan penyelesaian masalah berdasarkan kefungsian

2
itu. Kerja sosial merangkumi aspek kebajikan sosial yang menyeluruh terutamanya kepada

masyarakat yang memerlukannya.Namun begitu,definisi kerja sosial dengan kebajikan sosial

sangat berlainan. Menurut Friedlander(1980) didalam skidmore 1997 kebajikan sosial atau

kebajikan masyarakat adalah satu sistem perkhidmatan sosial dan institusi yang tersusun

dan terancang, direka untuk membantu individu dan kesihatan yang standard serta

hubungan sosial dan perorangan yang membenarkan mereka membina kapasiti dan

mempromosikan kesejahteraan hidup yang harmoni berdasarkan kepada keperluan keluarga

dan masyarakat. Morales dan Shefor 1998 telah membincangkan dengan terperinci

mengenai tiga usaha penting yang telah dijalankan bagi mencari satu definisi kerja sosial

yang tepat dan jelas.

Konsep ini di sokong oleh Mary Ann Suppes dan Carolyn Cressy Wells 1996 dimana

mereka percaya bahawa kerja sosial adalah satu profesion berkenaan dengan hubungan

antara manusia dan persekitaran yang mempengaruhi kemampuan seseorang untuk

menyempurnakan sesuatu tugas, menyedari aspirasi dan nilai serta untuk mengurangkan

kekecewaan atau tekanan. Usaha terakhir dalam mencari definisi kerja sosial berlaku di

sekitar tahun 1970 dan 1980 di mana NASW telah menerbitkan tiga edisi khusus di dalam

jurnal social work.

Pengarah NAWS akhirnya menerima definisi yang diterima dengan meluas oleh kita

sekarang iaitu kerja sosial adalah satu aktiviti profesional yang membantu individu,kelompok

atau masyarakat untuk meningkat atau membaiki kapasiti mereka bagi memenuhi keperluan

sosial dan mewujudkan satu keadaan yang kondusif bagi mencapai tujuan tersebut. Center

For Human Right United Nation 1994 menjelaskan bahawa kerja sosial adalah satu profesion

yang bertujuan menghasilkan perubahan sosial kepada masyarakat secara umumnya dan

perkembangan individu secara dasarnya. Biasanya kerja sosial di amalkan dalam kontek

yang berkait rapat antara satu sama lain iaitu dari aspek

geografi,politik,sosioekonomi,budaya,dan kerohanian.

3
PEKERJA SOSIAL SEBAGAI BROKER

Dalam pengertaian umum, seorang pekerja sosial adalah menjadi orang perantaraan

antara individu dengan sumber. Pekerja sosial memberi keutamaan dalam membantu orang

yang berkaitan denngan persekitaran sosial. ini meletakkan pekerja sosial sebagai orang

yang profesional seperti untuk memudahkan hubungan antara pelanggan dan sumber

masyarakat untuk memegang peranan sebagai broker, pekerja sosial mengenalpasti apa

yang diperlukan oleh klien, memberi dorongan atau motivasi dan menilai atau keupayaan

untuk menggunakan sumber yang berbeza dan membantu mereeka mencapai kejayaan.

Sebagai broker dalam services manusia, pekerja sosial haruslah mempunyai

pengetahuan tentang layanan dan program bersesuaian serta mempunyai sifat yang

memahami terhadap klien dan mesti menyimpan rahsia klien dalam menghubungkan klien

dengan sumber. Sumber-sumber ini termasuk peruntukan sosial (duit, makanan, pakaian

dan lain-lain keperluan) atau layanan sosial (kaunseling, terapi dan lain-lain).

Dalam konteks pembangunan manusia pula, peranan pekerja sosial sebagai broker tidak

jauh bezanya dengan peranan broker di pasaran modal. Dalam konteks tersebut juga

terdapat pelanggan. Bezanya, pekerja sosial dalam konteks pembangunan manusia ini

melakukan urus niaga dalam pasaran lain, iaitu jaringan pelayanan sosial.  Dalam jaringan

ini, seorang broker akan membantu menghubungkan pelanggan yang terdiri daripada

individu, kumpulan, organisasi atau masyarakat dengan komuniti pengeluar atau yang

menyediakan sesuatu perkhidmatan. Menurut Baker, 1995, seorang broker juga membantu

meletakkan kepelbagaian segmen dalam sesuatu perhubungan di antara satu individu

dengan komuniti yang lain bagi meningkatkan pertukaran pendapat atau minat masing-

masing.

4
Selain itu, dalam sesebuah sistem makro dan mezzo, ia memerlukan seseorang

pekerja yang biasa dengan perkhidmatan komuniti atau masyarakat serta memiliki

pengetahuan umum tentang keperluan kelayakan dan sensitif terhadap keperluan

pelanggannya. Misalnya, seorang broker dapat membantu pelanggan mendapatkan makanan

atau tempat tinggal ketika kecemasan. Satu contoh yang mudah, seorang pekerja sosial

(broker) membantu warga emas mendapatkan pusat perlindungan atau rumah warga tua.

Di samping itu fungsi broker adalah penilaian situasi klien. Sebagai peranan broker

haruslah betul-betul memahami da menilai dengan tepat keupayaan-keupayaan pelanggan

atau klien. Bagi keberkesanan broker haruslah mahir mentafsir seperti faktor klien atau

pelanggan yang mudah tersinggung, kebudayaan, sumber, kestabilan emosi, kebolehan

lisan, perisikan dan komitmen untuk berubah. Fungsi broker yang seterusnya adalah

penilaian sumber-sumber. Pekerja sosial haruslah menilai pelbagai sumber yang boleh

didapati untuk bertemu dengan keperluan klien. Bagi agensinya sendiri dan agensi-agensi

komuniti lain, pekerja sosial juga mestilah familiar dengan apa yang ditawarkan, kualiti

kakitangan, syarat-syarat kelayakan umum dan kos-kos atau perkhidmatan itu. Tambahan

pula, sebagai kerja sosial mestilah tahu jalan yang terbaik untuk membantu pelanggang

sekali gus mengakses kepada sumber.

Selain itu, fungsi pekerja sosial sebagai broker adalah sebagai rujukan. Dalam proses

menghubungkan pelanggan atau klien dengan sumber pekerja sosial harus memberi

motivasi dan kebolehan untuk klien mengikuti terus sumber-sumber supaya sumber tersebut

dapat menerima klien untuk layananya. Pekerja sosial juga adalah sumber rujukan dalam

perjumpaan klien dengan sumber-sumber yang ada.

5
Seterusnya peranan sebagai broker pula pada prinsipnya adalah “menghubungkan

pelanggan dengan sumber-sumber dan perkhidmatan dan mengawal kualiti sumber dan

perkhidmatan tersebut. Terdapat juga tiga kata kunci dalam pelaksanaan peranan sebagai

broker, iaitu menghubungkan (linking). Ia merupakan proses menghubungkan pelanggan

yang terdiri daripada seorang individu, kumpulan, organisasi atau masyarakat dengan

komuniti pengeluar atau mereka yang memiliki sumber-sumber dan menyediakan sesuatu

perkhidmatan yang diperlukan. Proses menghubungkan itu tidak terbatas hanya memberi

bantuan kepada pelanggan mengenai sumber-sumber yang ada, tetapi juga meliputi tugas

bagi memperkenalkan pelanggan proses pengeluaran sumber berkenaan serta menjamin

bahawa barang-barang dan perkhidmatan yang ditawarkan itu dapat diterima oleh

pelanggan mereka.

Selain itu barang-barang atau sumber dan perkhidmatan ( good or resources and

services). Barang-barang atau sumber dan perkhidmatan merupakan sesuatu barangan yang

nyata, seperti makanan, wang, pakaian, rumah, ubat-ubatan dan sebagainya. Manakala

perkhidmatan pula merangkumi keluaran atau output dalam bentuk pelayanan yang

disediakan oleh komuniti tertentu yang dirancang dan disediakan untuk memenuhi kehendak

atau keperluan hidup pelanggan mereka, contohnya rawatan kesihatan, pendidikan, latihan,

kaunseling, dan  didikan anak-anak.

Prinsip yang ketiga ialah Kawalan mutu atau quality control iaitu proses pengawasan yang

dapat menjamin bahawa produk-produk yang dihasilkan oleh pengeluar berjaya memenuhi

mutu mengikut piawaian yang telah ditetapkan atau yang dikehendaki oleh pelanggan

mereka.Proses ini memerlukan pengawasan(monitoring) yang berterusan terhadap

pengeluar dan semua jaringan pelayanan sosial untuk menjamin bahawa barangan atau

perkhidmatan yang disediakan itu dapat memenuhi mutu seperti yang dikehendaki oleh

pelanggan mereka. ( w.sheafor & H.Horejsi 2003)

6
PERANAN PEKERJA SOSIAL GENERALISASI SEBAGAI BROKER

1.Mengenalpasti isu-isu

Langkah pertama dalam peranan pekerja sosial generalisasi adalah mengenalpasti

isu. Contoh kes berkaitan dengan masalah di sekolah di mana Jack Dawson adalah seorang

pekerja sosial di di sekolah tinggi dalam keadaan Midwest. Empat remaja yang dikeluarkan

kerana tertangkap minum minuman beralkohol di sekolah pada waktu persekolahan. Mr

Dawson menilai situasi dan mengenalpasti kursus berpotensi mengikut tindakan. Beliau

boleh berfungsi sebagai penyokong bagi kaum muda dengan mendesak dewan sekolah dan

kerajaan untuk mengembalikan para pemuda iaitu empat orang pelajar tersebut. Mr Dawson

menyedari bahawa pengusiran yang menjengkelkan tidak hanya untuk para pelajar dan

orang tua mereka, tetapi juga untuk jabatan polis dan masyarakat bisness. Dia boleh

mencari untuk melibatkan empat remaja tersebut secara one to one kaunseling tentang

pengusiran mereka dan pola minum mereka. Dia dapat melibatkan pemuda ini (bersama-

sama dengan orang lain mempunyai masalah minum) dalam kaunseling kelompok di

sekolah. Dia boleh berfungsi sebagai broker untuk memiliki pusat pemuda menerima

kaunseling individu atau kumpulan di luar sistem sekolah. Dia boleh memastikan kesediaan

orang tua remaja tersebut untuk terlibat dalam terapi keluarga dan melayani broker untuk

menyambung keluarga dengan pusat kaunseling yang menawarkan terapi keluarga. Dia

boleh mengangkat isu (orang tua, untuk masyarakat bisiness, ke pejabat polis, dengan

pentadbiran sekolah dan dewan sekolah) dari apakah pengusiran dari sekolah untuk minum

minuman beralkohol adalah polisi yang dikehendaki. Pengusiran adalah saiz drastik yang

buruk boleh mempengaruhi masa depan pemuda tersebut.Dawson boleh berfungsi sebagai

penyelenggara dan mungkin untuk menggalakkan ibubapa tertarik dan kakitangan sekolah

7
untuk menggunakan insiden itu sebagai rasional untuk memasukkan bahan-bahan

pendidikan pada alcohol dan ubat lain ke dalam kokurikulum. (Charles Zastrow 1997)

2.Mengutip dan menaksir data

Fasa ini menumpukan pada satu koleksi mendalam dan analisis data untuk menyediakan

pekerja sosial dengan jawapan terhadap isu yang dinaikkan. Pada beberapa isu itu,

maklumat berguna boleh diperolehi terus dari pelanggan-pelanggan(termasuk belia-belia

dalam ini contoh kes ini). Misalnya soalan sama ada belia-belia mempunyai masalah minum

boleh mungkin jadi dijawab mesyuarat secara secara individu dengan setiap mereka,

membentuk satu hubungan yang boleh dipercayai dan kemudian bertanya berapa kerap

minuman belia-belia, berapa belia menggunakan apabila minum dan apa masalah-masalah

belia telah didapati ketika minum. Bagi isu lain dalam phase 1 maklumat mestilah dikumpul

daripada suber lain. Penilaian adalah proses analisis data mesti dilakukan untuk memastikan

klien betul-betul memerlukan agensi ataupun sumber. Sebagai contoh kes ini, Mr. Dawson

mengumpul maklumat dan membuat penilaian tentang keadaan klien sebelum dihubungkan

dengan agensi-agensi yang terlibat ataupun sumber.

3.Merancang dan kontraktor

Perancangan meliputi merumuskan tujuan awal dan membuat keputusan sebagai mana

tujuannya. Sebuah tujuan mungkin untuk mencari dan menjelajah dengan pemuda tentang

mereka samada mempunyai masalah minum minuman keras atau tidak.kemungkin untuk

menukar hukuman di kampus minum dari pengusiran terhadap suspensi di sekolah. Atau

8
untuk menambah bahan-bahan pendidikan tentang alkohol dan penyalahgunaan dadah lain

ke curriculum.often strategi seperti analisis kos-manfaat (membandingkan resourcs

digunakan untuk manfaat potensi) digunakan untuk menentukan tujuan untuk mengejar.

4 .Mengenalpasti campur tangan alternatif

Sebagai langkah pertama dalam fasa ini Mr. Dawson bertemu dengan dengan pihak atasan

secara langsungnya iaitu Maria Garcia, pengarah perkhidmatan murid di sekolah tinggi untuk

membincangkan masalah ini dan untuk membuat senarai strategi pilihan. Strategi-strategi ini

dibahas:

1. Tinjauan tanpa nama boleh dilakukan di sekolah tinggi untuk mencari tahap alkohol dan

lain-lain menggunakan ubat-ubatan dan gangguan di kalangan mahasiswa. Keputusan kaji

selidik tersebut dapat dokumen keperluan akan pendidikan dadah.

2. Jawatankuasa kakitangan profesional di jabatan murid perkhidmatan boleh

mengembangkan program pendidikan dadah

3.Setelah murid memilih jabatan boleh meminta pentadbir sekolah dan dewan sekolah

untuk menunjuk sebuah jawatankuasa akan menjelajah keperluan dan kesesuaian program

pendidikan dadah.

5. memilih dan melaksanakan program yang tepat dengan tindakan

Mr.Dawson dan Dr.Garcia memutuskan yang jalan terbaik memperoleh sokongan yang

lebar untuk program pendidikan dadah ialah untuk meneruskan pilihan ketiga dalam fasa 4

di atas. Dr Garcia telah berjumpa dengan pengetua sekolah tinggi selepas beberapa

perbincangan bersetuju untuk melancarkan program sebegitu. Pengetua, mary Powell

9
meminta lembaga sekolah menyokong maklumat tersebut dan telah dipersetujui oleh

Lembaga sekolah . Sebuah jawatankuasa akhirnya dibentuk dan ianya bermula dengan

mengadakan pertemuan. Mr Dawson dilantik oleh Dr.Garcia menjadi wakil perkhidmatan

murid. ( Charles Zasrtrow 1997)

PERANAN LAIN DALAM KERJA SOSIAL

Enabler adalah satu peranan yang menolong individu ataupun kumpulan yang

memerlukan dengan penjelasan dan mengenalpasti masalah untuk menyelesaikan . IFSW

General Meeting yang diadakan di Montreal, Kanada pada bulan Julai 2000 telah

memberikan takrif baru kerja sosial yang boleh diterima di peringkat antarabangsa. Takrif

baru ini telah menyisipkan nilai-nilai kemasyarakatan abad ke-21 yang lebih dinamik dan

berkembang serta menyeluruh. Berdasarkan takrif yang dipersetujui itu, kerja sosial boleh

didefinisikan sebagai satu bidang tugas yang bertujuan utuk meningkatkan perubahan sosial,

menyelesaikan masalah dalam perhubungan manusia dan pendaulatan dan pembebasan

manusia untuk mengukuhkan kesejahteraan. Takrif ini ditetapkan berdasarkan teori-teori

perilaku manusia dan sistem-sistem sosial yang terlibat. Prinsip-prinsip hak asasi manusia

dan keadilan sosial adalah asas untuk kerja sosial.

Berdasarkan prinsip itu juga, kerja sosial dilihat mempunyai tiga matlamat utama: Pertama,

boleh membantu individu menyelesaikan masalah-masalah mereka atau menangani situasi-

situasi tertentu dengan lebih berkesan. Kedua, dapat bekerja dengan sistem-sistem, agensi-

agensi, pertubuhan-pertubuhan, komuniti, dan birokrasi kerajaan, supaya orang boleh

memiliki akses lebih baik untuk sumber-sumber dan perkhidmatan yang mereka perlukan.

Ketiga, membolehkan masyarakat disambungkan atau dihubungkan dengan sistem-sistem

tertentu agar pelanggan-pelanggan dapat mengakses kepada sumber-sumber dan peluang-

peluang perkhidmatan yang disediakan. Justeru, sasaran utama kerja sosial bukan sahaja

10
tentang bagaimana seseorang individu dapat melakukan sesuatu perkara, tetapi juga

bagaimana sistem-sistem dan masyarakat lain mempengaruhi di antara satu sama lain.

Pekerja Sosial Sebagai Pemungkin (Enabler)

Menurut Parsons, Jorgensen dan Hernandez (1994:188), “The traditional role of enabler in

social work implies education, facilitation, and promotion of interaction and action.”

Manakala menurut Barker (1987) memberi definisi pemungkin atau fasilitator sebagai

tanggungjawab untuk membantu klien agar mampu menangani tekanan situasional atau

transisional. Pernyataan ini membawa maksud dalam literatur pekerjaan sosial, peranan

“pemungkin” (enabler) sering juga disebut “fasilitator”. Bahkan definisi kedua-duanya sering

ditukarkan antara satu-sama lain.

Pengertian ini adalah berdasarkan kepada misi dan visi pekerjaan sosial itu sendiri bahawa

“setiap perubahan terjadi pada dasarnya adalah disebabkan oleh adanya usaha-usaha klien

sendiri, dan peranan pekerja sosial hanyalah memfasilitasi atau memungkinkan klien mampu

melakukan perubahan yang telah ditetapkan dan disepakati bersama (Parsons, Jorgensen

dan Hernandez, 1994).

Sebagai pemungkin atau pemudahcara, seseorang yang terlibat secara langsung dalam

bidang pekerjaan ini akan menjadi agen perubahan kepada individu atau kumpulan tertentu.

Fokus utama bantuan yang diberikan oleh seorang pemungkin adalah untuk membangunkan

potensi mereka secara optimum atau menyeluruh, dan menghalang daripada timbulnya

gangguan fungsi dalam sesebuah sistem.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, kerja sosial sebagai pemungkin merupakan profesional

adalah tertumpu di penyelesaian masalah dan perubahan. Oleh itu, kerja luar adalah agen-

agen perubahan dalam masyarakat dan tempat di mana individu-individu, keluarga-keluarga

11
dan kaum-kaum mereka berkhidmat. Kerja sosial sebagai pemungkin atau pemudahcara

adalah satu sistem yang amat bernilai dan berkait rapat demgam teori dan amalan.

Peranan Pekerja Sosial Sebagai Pemungkin (Enabler).

Pekerja sosial sebagai pemungkin atau fasilitator mempunyai tanggungjawab menilai

struktur polisi dan program-program yang mempunyai kelemahan dalam sesebuah organisasi

demi mempertingkatkan keberkesanan perkhidmatan. Setelah menentukan faktor–faktor

yang menghalang perkhidmatan yang efisyen, pekerja sosial mempunyai tanggungjawab

untuk merancang dan melaksana pendekatan yang kondusif bagi mamantapkan

perkhidmatan termasuklah penyediaan input-input berkaitan kepada pihak pentadbir atau

pengurusan agensi: penggunaan mesyuarat staf untuk memperakukan atau mengajukan

masalah; penggabungan dengan staf lain untuk memberikan tekanan kepada pentadbir yang

menentang serta menggalakkan penyertaan atau penglibatan dalam sesi latihan

perkhidmatan dan sebagainya.

Strategi-strategi khusus untuk mencapai tujuan tersebut adalah meliputi: pemberian

harapan, pengurangan penolakan dan ambivalensi, pengakuan dan pengaturan perasaan-

perasaan, mengidentifikasi atau mengenal pasti dan mendorong kekuatan-kekuatan personal

dan aset-aset sosial, memisahkan masalah menjadi beberapa bahagian sehingga lebih

mudah dipecahkan, dan pemeliharaan sebuah fokus pada tujuan dan cara-cara

pencapaiannya (Barker, 1987:49).

Parsons, Jorgensen dan Hernandez (1994:190-203) memberikan kerangka acuan mengenai

tugas-tugas yang dapat dilakukan oleh pekerja sosial, iaitu:

• Mendefinisikan keanggotaan atau siapa yang akan dilibatkan dalam pelaksanaan

sesuatu kegiatan.

• Mendefinisikan tujuan penglibatan tersebut.

12
• Mendorong komunikasi dan perhubungan, serta menghargai pengalaman dan

perbezaan-perbezaan yang dihadapi.

• Mencari persamaan dan perbezaan yang berkaitan dalam sistem yang diamalkan

dalam sesebuah organisasi.

• Memberi bantuan dalam bidang pendidikan, iaitu membangun pengetahuan dan

keterampilan individu.

• Memberi dorongan dalam kegiatan yang dilakukan secara kolektif.

• Mengenal pasti masalah-masalah yang hendak diselesaikan bersama.

• Mengenal pasti penetapan tujuan.

• Merancang kaedah alternatif semasa mencari jalan penyelesaian.

• Mendorong pelaksanaan tugas.

• Memelihara perhubungan sesebuah sistem.

• Memecahkan konflik.

Nilai yang cuba ditonjolkan dalam kerja sosial adalah berkait rapat dengan keinginan kepada

keadaan kehidupan yang dapat memperkukuhkan kebajikan individu, keperihatinan terhadap

cara melayani manusia, hala tuju serta strategi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Oleh itu, peranan seorang “pemungkin” dalam kerja sosial adalah untuk memastikan

pelanggan mereka berkemampuan untuk mengendalikan situasi-situasi atau tekanan

peralihan. Seorang “pemungkin” juga haruslah bertindak sebagai penasihat, pembela,

kaunselor atau pendengar, sehingga pelanggan mereka berjaya menyelesaikan konflik yang

dihadapi mereka agar mereka berjaya menyesuaikan diri dan terus “hidup” dalam komuniti-

komuniti di mana mereka berada. ( Charles Zastrow 1997

13
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya peranan pekerja sosial sebagai broker adalah satu peranan yang

menghubungkan individu dan kumpulan yang memerlukan pertolongan. Broker ini adalah

sebagai oranng tengah di mana broker menghubungkan sumber dengan individu atau

kumpulan tersebut. Sebagai seorang broker dalam bidang kerja sosial, sesorang itu mestilah

memiliki pengetahuan yang luas tentang sumber-sumber komuniti supaya mereka boleh

membuat rujukan yang sewajarnya. Pengetahuan tentang polisi berkaitan dengan sistem

sumber dan hubungan kerja adalah mustahak untuk proses rujukan yang berjaya. Para

pekerja sosial juga bertanggungjawab membentuk mekanisme rujukan yang mudah dan

berkesan serta cara pemantauan yang efisen untuk mengetahui sama ada pelanggan

mereka mampu mencapai tuntutan atau apa yang dikehendaki mereka. Walaubagainaapun

terdapat jugaa peranan lain seperti enable,mediator, educator, advocate dan sebaagainya.

Semua peranan mempuyai cara yang tersendiri mengikut peranan dan sebagai pekerja sosial

peran inilh yang dimainkan oleh pekerja sosial.

( Charles H. Zasrtow 2009)

14
RUJUKAN

1. Charles Zastrow. (2008). Introduction to Social Work and Social Welfare. Empowering
People: George William College of Aurora Universiy .

2. Bradford W.Sheafor & Charles R. Horejsi. (2003). Techniques And Guidelines For
Social Work Practice :

3. Charles Zastrow. (1997). Social Work With Group: University of Wisconsin-


Whitewater.

4. Amna bt Hj. Md. Noor. (2002). Pengenalan kepada kerja sosial: Universiti Putra
Malaysia.

5. Charles Zastrow. (2009). Social Work With Group: George Williams College Of Aurora
University.

15
16