Anda di halaman 1dari 3

DADAH DURJANA

Dadah

Tika dulu kau bagai penawar

Mengukir sejarah di bidang perubatan

Penyelamat nyawa tika kesakitan

Namun kini

Martabatmu begitu hina

Hadirmu bak najis semata

Kau hanyalah pemusnah

Generasi dunia

Dadah

Kau umpama racun yang mengalir

Dalam pembuluh darah

Bagai jarum yang ditusuk hingga ke tulang

Perit..

Pedih..

Dadah

Kau durjana

Hadirmu membawa derita

Khayalan sementara cuma

Imaginasi dusta di bumi nyata

Membawa kesedihan

Mengundang derita sengsara

Dan mengusung

Kematian..
PANTUN ANTI DADAH

Indahnya buana juga angkasa

Tidak terkira beribu batu

Dadah durjana perosak bangsa

Remaja terleka mengapa begitu?

Indah baiduri dari kencana

Cantik dipakai ke sana sini

Pendidikan diberi kesedaran dijana

Terhapuskah dadah di dunia ini?

Anak merak anak merbah

Asyik beradu dalam sarangnya

Rosak akhlak kerana dadah

Remaja begitu apa puncanya?

Batu delima dipecah kecil

Angin puputan awan berarak

Punca utama dadah diambil

pengaruh rakan sukar ditolak

Indah dipakai kurung kebaya

Dihias kemboja berjambak-jambak

Pengaruh dunia dan rakan sebaya

Penyebab remaja mudah terjebak

Ulam senduduk dan juga pengaga


Enak dimakan di atas tikar

Iman dipupuk taqwa dijaga

Barulah dadah boleh dihindar

Bunga seroja berwarna merah

Tumbuh melata di tepi kali

Jika remaja mengambil dadah

Hilang negara hilang pemimpin berkualiti