Anda di halaman 1dari 7

Latihan-latihan pengukuhan

Bentuk objektif

1. Berikut ialah perayaan yang disambut oleh orangorang


Islam, kecuali –
A. Hari Raya Puasa
B. Hari Maal Hijrah
C. Hari Maulidur Rasul
D. Hari Gawai

2. Pilih pasangan yang salah :


A. Islam ! Masjid
B. Hindu ! Wat
C. Kristian ! Gereja
D. Buddha ! Tokong

Padi dikatakan mempunyai semangat dan


semangat padi mesti dipulihkan bagi mengakhiri
musim menuai.
3. Kepercayaan ini merujuk kepada kepercayaan
masyarakat –
A. Iban
B. Kadazan
C. Melanau
D. Orang Asli

4. Jika seseorang berbuat jahat, ia akan dilahirkan


dalam kasta yang rendah.
Pernyataan ini menerangkan kepercayaan orang ..
A. Islam
B. Cina
C. Hindu
D. Kristian
5. Antara yang berikut, manakah yang benar tentang
agama masyarakat di negara kita ?

I. Setiap agama menggalakkan penganutnya


berbuat kebajikan.
II. Agama Islam adalah agama rasmi.
III. Setiap agama mempunyai tempat ibadat
yang tersendiri.
IV. Semua masyarakat orang asli mengamalkan
agama dan kepercayaan nenek moyang
mereka.

A. I, II, dan III C. I, III, dan IV


B. I, II, dan IV D. II, III, dan IV

6. Yang berikut adalah makanan tradisional


masyarakat Malaysia kecuali –

A. muruku
B. kek
C. kuih bakul
D. lemang.

7. Pasangan manakah yang betul ?


Tarian Masyarakat

I. joget Cina
II. ngajat Iban
III kuda kepang Melayu
IV. parathavatinayum India

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

8. Capati dan tose adalah makanan masyarakat –

A. Melayu C. India
B. Cina D. Serani

9. Antara berikut, pakaian manakah yang bukan


merupakan pakaian kaum wanita Malaysia ?

A. Baju Melayu C. Sari


B. Baju kurung D. Ceongsam

10. Antara berikut, manakah yang bukan merupakan


alat muzik tradisional ?

A. Tetawak C. gong
B. Gitar D. serunai

11. Baju kebaya sesuai dipakai oleh wanita Melayu


untuk tujuan yang berikut kecuali –

A. ke pejabat
B. berziarah
C. majlis keraian
D. beribadat

12. Di antara berikut, pernyataan manakah tidak


benar tentang seni mempertahankan diri ?

A. Seni mempertahankan diri orang Melayu


menggunakan keris tradisional.
B. Seni mempertahankan diri orang India
menggunakan kayu.
C. Seni mempertahankan diri orang Cina tidak
menggunakan lembing.
D. Seni mempertahankan diri menjadi acara
pertunjukan di majlis keramaian.

13. Berikut adalah alat muzik tradisional orang India :

A. Veena
B. Rebab
C. Sanhoo
D. Kompang

14. Antara berikut, yang manakah bukan kegiatan


kebajikan ?

A. Bergotong-royong
B. Menghulurkan bantuan
C. Berderma
D. Kembara

15. Dalam sistem pendidikan kebangsaan, semua


sekolah rendah menggunakan –

I. pakaian sekolah yang seragam


II. kurikulum pendidikan yang sama
III. buku teks yang sama
IV. bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

A. I, II dan III C. II, III dan IV


B. I, II dan IV D. I, II, III dan IV

16. Sikap yang berikut dapat memupuk semangat


perpaduan kecuali –

A. bertolak-ansur
B. bekerjasama
C. saling berkunjung
D. mementingkan diri sendiri

17. KEMAS dan RELA adalah contoh –

A. badan sosial
B. badan sukarela
C. badan kerajaan
D. badan swasta

18. Berikut adalah tujuan menggubal undang-undang


dan peraturan, kecuali –

A. menjaga hak individu


B. menjaga keharmonian masyarakat
C. menjaga disiplin masyarakat
D. menjaga kekayaan masyarakat

19. Apakah yang mungkin sekali berlaku sekiranya


rakyat di sesebuah negara yang berbilang bangsa
tidak mematuhi peraturan dan undang-undang ?

I. Kegiatan jenayah berleluasa.


II. Masyarakat hidup dalam suasana harmoni.
III. Keadaan negara akan huru-hara.
IV. Rusuhan kaum mungkin berlaku.

A. I, II dan III C. II, III dan IV


B. I, III dan IV D. I, II, III dan IV

20. Perpaduan penting untuk –

A. menjamin kesejahteraan dan keharmonian


hidup.
B. Mencegah kegiatan jenayah.
C. Mewujudkan masyarakat majmuk.
D. Mendisiplinkan masyarakat

Bentuk Subjektif

1. Tuliskan jenis pakaian dengan kaum yang


memakainya.

JENIS PAKAIAN BANGSA / KAUM

a) Dhoti a)
b) Ceongsam b)
c) Baju kurung c)
d) Samfu d)
e) Sari e)

2. Tandakan () pada kenyataan yang benar dan ( X)


pada kenyataan yang salah.
a. Wau merupakan permainan tradisional yang popular
di Kelantan.

b. Dhoti merupakan pakaian tradisional masyarakat


Cina di Malaysia.

c. Nasi merupakan makanan ruji penduduk Malaysia.

d. Dondang Sayang merupakan sejenis tarian tradisional


rakyat Malaysia.

e. Tarian Canggung amat popular di negeri Perlis.

3. Asingkan jenis-jenis muzik tradisional dengan tarian


tradisional berikut :

SUMAZAU, REBAB, GHAZAL,


BORIA, NATHESWARAM,
MENORA, GAMELAN, MAK YONG

MUZIK TRADISIONAL TARIAN TRADISIONAL