Anda di halaman 1dari 5

Permainan Tradisional Orang India - Harimau dan Kambing

     Sejenis permainan tradisional yang dimainkan oleh orang berbangsa India dipanggil ‘Aade-puli-atem'
yang bermaksud ‘ Permainan Harimau dan Kambing'. Persiapan untuk permainan ini agak mudah. Alat-
alat yang diperlukan ialah sekeping kertas, pena, lima belas biji saga dan tiga biji asam jawa. Manik-
manik atau barangan kecil yang berbeza saiznya juga boleh digunakan. Pada waktu dahulu, kanak-kanak
serta orang dewasa yang berbangsa India , melukiskan garisan-garisan bagi permainan ini di atas lantai,
kaki lima , atau di mana sahaja yang sesuai. Inilah rupa garisan-garisan bagi permainan ini.
 
     Cara permainan ini dimainkan hampir sama dengan permainan catur. Biji-biji saga atau manik-manik
yang kecil berperanan sebagai kambing. Biji-biji asam jawa atau manik-manik yang lebih besar
berperanan sebagai harimau. Permainan ini dimainkan oleh dua orang. Seorang berpihak pada harimau
dan seorang lagi berpihak pada kambing. Setiap pemain akan meletakkan sebutir biji atau maniknya di
mana-mana simpang yang tidak berpenghuni. Setiap pemain hanya boleh membuat satu gerakan setiap
kali.
      Setelah berada di satu simpang,
pemain tersebut hanya dapat
bergerak ke satu simpang sekiranya
tiada penghuni di simpang itu.
Seekor harimau boleh melompat atas
seekor kambing di garisan yang
sama sekiranya simpang yang
bersebelahan kambing itu kosong.
Kambing tidak dibenarkan membuat
sebarang lompatan. Ia hanya dapat
bergerak ke simpang seterusnya
yang kosong. Harimau akan menang
jika semua kambing dapat ‘dimakan'.
Kambing pula akan menang
sekiranya semua harimau dikepung
tanpa mempunyai kesempatan untuk
Garisan-garisan bagi permainan ‘Harimau dan Kambing' membuat gerakan seterusnya.
Walaupun permainan ini agak mudah
difahami, ia mencabar minda
seseorang pemain untuk
menewaskan pihak lawannya.

Cubalah kawan-kawan memainkan permainan ini bersama rakan atau ahli keluarga kawan-kawan. Tentu
seronok.

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA


Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat
orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk
juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau
faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan
komputer.

NASIHA AMIRA ZAINAL ABIDIN


CA 08046

Mahjong

Xiang Qi

Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua
orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi
bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina.
Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di
China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di
dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan
yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam
garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan
sesetengah buah catur.

Yo-yo Cina
Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama
saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa
berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan
memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh.
Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386
hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh,
dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah
yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan
dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.

Kho-kho

'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India.
Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan
kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan
hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain
akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini
memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak
peserta-peserta lain.
Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9
daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan
kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi
kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat
di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang
bertentangan secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak
sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan
menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar
menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah
melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar
boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil
berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan
begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi
permainan 'Kho-Kho' ini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.

Monday, March 30, 2009

Chaturanga
Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang
berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah
memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbedaan buah catur dengan
kekuataan yang berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah terakhir, atau
dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno,
papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih.

Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan
Duncan Forbes bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat
pemain dalam chaturanga.

Dalam terminologi sanskrit, "Chaturanga" berarti "memiliki empat bagian" dan


dalam puisi epos kepahlawanan kata itu juga berarti "tentara." Nama itu sendiri
bersumber dari sebuah formasi pertempuran dalam epos Mahabrata yang
terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah simulasi permainan perang guna
memperlihatkan kekuatan strategi militer India saat itu.

Ashtāpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga.


Papan lain yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9.

Ilmuwan Arab Abu al-Hasan 'Alī al-Mas'ūdī memberi rincian tentang


penggunaan catur yakni sebagai sebuah alat strategi militer, matematik,
perjudian dan terkadang dihubungkan dengan ramalan nasib di India dan
tempat lainnya. Catatan Mas'ūdī juga menunjukkan Ivory di India merupakan
daerah produsen alat permainan catur untuk pertama kali, menyebarkan serta
memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India semasa Kerajaan
Nushirwan.

Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal dengan nama
Shatranj (chatrang), yakni sebuah permainan dua orang pemain yang kekalahan
dan kemenangan ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak lawan
(kecuali raja) atau melalui penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda
tidak berubah, tapi bidak lain mengalami perubahan bentuk.
Pachisi:
It is a board game that originated in ancient India. The name of the game ‘Pachisi’ has come from a
Hindi word pachis, meaning twenty-five. The name of the game is also called Twenty five, as the
largest score that can be thrown with the cowrie shells. The game is played between four players,
divided into two teams. Players play with four beehive-shaped pieces in the color of black, red,
yellow and green.

Pallanguli:
Pallanguli is played in the southern India. It is called the gambling game by men. The board has 14
cups with each player controlling seven. In each cup six seeds are placed. To play the game, players
lift the seeds and distribute one seed in each hole. If the seeds are finished, the player goes on to
his opponent’s side of the board. If the seed fall into a cup with an empty cup beyond, the seeds in
the cup beyond the empty hole are captured by the player and put into his store.

Chess sets Pachisi Set Board Games

Wooden Chess Set Pachisi: The Mind Game- Paper Mache-Ludo


Handmade Painted Chess Set Traditional Indian Game Checkers
Decorative Wooden Chess Set more Pachisi Set... Dominos Game
Magnetic Chess Set Backgammon
more Chess sets... more Board Games...