Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI FILEM

Filem ini mungkin telah menonjolkan beberapa kelemahan sistem pendidikan yang ada pada
masa kini, khasnya di Malaysia. Setiap isu telah ditampilkan dengan cara yang santai tetapi mempunyai
maksud yang mendalam. Selain isu pendidikan, isu kehidupan seharian turut diselitkan untuk dijadikan
pengajaran. Berikut adalah beberapa input berguna yang boleh diambil daripada filem ini.

 Pendekatan mudah adalah terbaik dalam pendidikan


Sememangnya, telah menjadi satu kelaziman dalam kelas untuk menggunakan buku
teks dalam sesi pembelajaran. Dan kebanyakan pendidik telah menjadikan buku teks sebagai
satu-satunya sumber rujukan untuknya dan pelajar. Dalam filem ini, watak Rancho menunjukkan
beliau telah menggunakan pendekatan mudah dalam pembelajarannya. Walaupun tidak dapat
diterima oleh pensyarahnya, beliau tetap menggunakan kaedah tersebut dalam
pembelajarannya dan berjaya menjadi pelajar cemerlang dengan kaedah tersebut. Jadi, sebagai
pendidik, cubalah fikirkan kaedah yang paling mudah dan paling dekat dengan para pelajar
melalui persekitaran yang mana akan membantu pelajar menguasai pelajaran dengan lebih baik
lagi.

 Tekanan perlu dielakkan dalam pelajaran


Akibat daripada tekanan, terdapat pelajar yang mengambil jalan mudah dengan
membunuh diri. Di dalam filem ini, terdapat dua watak yang membunuh diri. Satu daripadanya
adalah Raju yang berjaya diselamatkan. Tindakan Pengarah kolej terlalu menekan emosi Raju
yang terpaksa memilih di antara keluarga dan sahabat baiknya. Sebagai pendidik, seharusnya
kita tidak terlalu memberikan tekanan kepada pelajar dan cubalah semaikan rasa sayang kepada
pelajar untuk mengelakkan daripada perkara ini berlaku. Dan sebagai pelajar, harus diingat
bahawa membunuh diri bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk masalah anda!!!!!!!

 Teknologi membantu dalam pembelajaran


Aspek ini ditonjolkan melalui situasi di mana anak kepada Pengarah Kolej yang menanti
masa untuk melahirkan anak terpaksa mengharungi banjir yang melanda secara tiba-tiba. Akibat
daripada perhubungan jalanraya yang terputus akibat banjir, ibu tersebut terpaksa melahirkan
anaknya BUKAN di hospital dengan berbidankan seorang pelajar lelaki! Dengan bantuan
teknologi, pelajar tersebut dapat berhubung dengan seorang doktor melalui komputer yang
menerangkan langkah satu persatu untuk menghadapi kelahiran bayi dengan jayanya. Oleh yang
demikian, sebagai guru, gunakanlah kemudahan teknologi yang disediakan kerana ia dapat
membantu dan meningkatkanpemahaman pelajar.

 Kegagalan dalam pelajaran tidak menyekat masa hadapan


Raju yang sering mendapat kedudukan terbawah di dalam kelasnya telah berjaya
mendapatkan pekerjaan walaupun pada masa ditemuduga, beliau masih lagi berkerusi roda.
Kejujuran beliau dalam temuduga tersebut telah menarik minat penemuduga untuk memilih
beliau sebagai salah seorang pekerjanya. Sifat jujur penting dalam kehidupan kita kerana
kadangkala sifat yang bermuka-muka tidak menjanjikan apa-apa dalam hidup kita sepertimana
yang ditonjolkan oleh watak Chatur yang selalu menunjuk-nunjuk di hadapan Pengarah Kolej
tetapi masih lagi berada pada kedudukan kedua di dala kelasnya.

Faktor lain yang menarik di dalam filem ini adalah betapa besarnya peranan seorang rakan
sejati. Sepertimana watak Rancho, Raju dan Farhan yang merupakan 3 orang sahabat baik yang saling
bantu-membantu. Adalah penting bagi kita untuk memilih rakan yang baik untuk menjadi peneman kita
di masa kesusahan. Sememangnya mudah untuk kita mendapat kawan untuk sama-sama bergelak
ketawa, tetapi berapa ramaikah yang akan sudi bersama kita di kala kita kesedihan? Fikir-fikirkanlah.......

Anda mungkin juga menyukai