Anda di halaman 1dari 9

Guru perlu menggalakkan hubungan sosial di kalangan pelajar engan mengadakan kerja

kumpulan dan perbincangan kumpulan supaya pelajar berkomunikasi sesama mereka. Pelajar
yang pendiam, pemalu dan tidak suka bergaul dengan pelajar-pelajar yang perlu diberi perhatian.
Guru perlu memasukkan mereka ini ke dalam kumpulan yang cergas agar mereka dapat
berinteraksi dan dipengaruhi oleh rakan-rakannya.

Teknik sosiometri digunakan untuk mengkaji corak-corak nteraksi dan tahap penerimaan
pelajar oleh rakan-rakan mereka. Maklumat itu membolehkan guru membantu menyesuaikan
pelajar ke dalam kumpulan tertentu. Guru juga dapat mengumpulkan pelajar yang mempunyai
minat yang sama agar mereka rasa lebih selesa dan bersoronok dalam menghasilkan projek
bersama.

Berdasarkan ujian sosioetri, pelajar yang popular boleh dipilih sebagai ketua kumpulan dan
boleh membantu pelajar singkiran atau asingan untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan.
Suasana pembelajaran akan berkesan jika hubungan sosial antara guru dengan pelajar serta
pelajar dengan pelajar adalah baik. Ini akan meningkatkan prestasi pembelajaran kerana
kurangnya ketengangan. Maka guru seharusnya mewujudkan suasana yang baik  dengan murid
semasa P&P dijalankan. Sekian terima kasih.
hemmm....semua dalam kelas kita bakal jadi guru dalam masa 4 tahun lagi...tapi agak-
agak lah kita semua tahu ke pengertian GURU yang sebenarnya? cube baca artikel
yang saya dapat dari satu blog ni..moga-moga lepas bacanya, kita semua bakal
menjadi GURU yang sebaik-baiknyaaaaaaa.........

A)PERANAN GURU TERHADAP DIRI SENDIRI (KERJAYANYA)


1.Memahami dan mengikuti segala bidang tugas mereka agar tidak DICAKAP ORANG
MAKAN GAJI BUTA mengikut bidang tugas dan peraturan yang telah sedia ada.

2.Menyematkan, berpegang atau memperbetulkan NIAT DALAM MENJALANKAN


TUGAS. Alangkah baiknya jika seseorang guru itu mempunyai niat menjalankan tugas
demi kerana Tuhan untuk menunaikan segala tanggungjawabnya sesuai dengan
bidang tugas dan peraturan yang telah ditetapkan.

3. Senentiasa BERUSAHA SECARA BERTERUSAN MENINGKATKAN


PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN sesuai dengan tuntutan zaman agar dapat
memenuhi peranan sebenarnya sebagai seorang guru secara semaksima mungkin.

4.SANGGUP BERKORBAN ....semampu mungkin dalam menjalankan tugasan-tugasan


berkaitan...

5.Senentiasa cuba MEMOTIVASIKAN DIRI SERTA MENILAI KERJAYA SENDIRI ..dari


masa kesemasa secara berterusan agar DEDIKASI, KOMITED DAN
TANGGUNGJAWAB dalam menjalankan tugas senentiasa dalam keadaan yang
terbaik.

6.Oppsss...of course...JANGAN LUPA LULUS PTK DAN MUDAH MUDAHAN DAPAT


NAIK PANGKAT DENGAN CEPAT...AGAR KITA TIDAK MENJADI GOLONGAN
PENGKRITIK ATAU PENGUTUK KERJAYA SENDIRI, AKHIRNYA MENJADI MALAS
DAN TIDAK BERDAYA MAJU.
B)PERANAN GURU TERHADAP PARA PELAJARNYA (diubahsuai daripada posting
terdahulu)
1.MENGAJAR MELALUI PROSES PEMBELAJARAN TERANCANG
Setiap pendidik atau guru mempunyai jadual mengajar masing-masing.Oleh kerana
para guru digaji untuk itu maka adalah satu perkara yang tidak wajar kalau ada guru
yang dengan sengaja tidak menunaikan tanggungjawab tersebut...

2.MEMBIMBING CARA BELAJAR BERKESAN = STUDY HARD & STUDY SMART


Bagi guru - guru yang berkemahiran tentang cara - cara pembelajaran yang berkesan
apa salahnya diajarkan kepada anak didik mereka.Hal ini tentunya akan memperbaiki
mutu proses pembelajaran para pelajar.

3.MEMBIMBING TEKNIK MENJAWAB DALAM PEPERIKSAAN


Dalam konteks ini para pendidik boleh memberikan para pelajar kemahiran berkaitan.
Semoga dengan adanya kemahiran tersebut para pelajar kita tidak akan teraba-raba
khususnya dalam menjawab peperiksaan dengan teknik yang tepat dan memenuhi
format yang sepetutnya.

4.MEMBERIKAN ANALISIS SOALAN TAHUN - TAHUN LEPAS DAN SOALAN


RAMALAN.
Tentunya bagi guru-guru yang dedikasi dalam tugasnya sanggup bersusah payah
membuat analisis soalan tahun - tahun lepas dan juga soalan ramalan untuk menjadi
panduan kepada para pelajar mereka.

5.MENASIHATI DAN MEMOTIVASIKAN SEMANGAT BELAJAR PARA PELAJAR


Dalam kehidupan moden yang penuh cabaran ini banyak perkara yang menyebabkan
para pelajar lalai dalam memberikan perhatian sepenuhnnya kepada proses
pembelajaran mereka. Alangkah baiknya para pendidik menganggap para pelajar
mereka seperti anak mereka sendiri dan senentiasa memberikan nasihat dan motivasi
agar mereka lebih fokus dan prihatin terhadap pembelajaran anak-anak mereka.
6.MENCIPTA HUBUNGAN BAIK DENGAN ANAK DIDIK MEREKA
Kewujudan hubungan yang baik antara pendidik dengan anak didiknya boleh menjadi
faktor penentu berkaitan danan keberkesanan proses pengajaran guru dan
pembelajaran pelajar.Para pendidik kemungkinan boleh lebih fleksibel dan
mempelbagaikan jenis hubungan denegn para pelajar mereka sebagi kawan, sebagai
murid atau pelajar, sebagai ibubapa, sebagai fasilatator dan sebagainya.Hubungan
guru dengan pelajar yang bermasalah tentunya akan mempengaruhi minat pelajar
terhadap pelajaran yang diajar...

7.MEWUJUDKAN SUASANA PEMBELAJARAN YANG BAIK


Seorang guru yang prihatin dan peka kepada proses pembelajaran para pelajarnya kan
senentiasa cuba mewujudkan suasana yang kondusif agar proses pengajaran dan
pembelajaran akan lebih berkesan dan diterima baik oleh para pelajar.

8.MEWUJUDKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN IBUBAPA PELAJAR


Seorang guru yang bertanggungjawab dan dedikasi dalam tugas mereka seharusnya
mempunyai hubungan baik dengan ibubapa para pelajar agar saling dapat bertukar
maklumat dan berkongsi idea untuk membimbing para pelajar kearah pencapaian
akademik yang cemerlang.

9.MEMBERIKAN LATIHAN, KERJA SEKOLAH,LATIH TUBI DAN SEBAGAINYA.


Perkara ini penting bagi melihat keberkesanan proses perkembangan pembelajaran
mereka dan meneliti perkara yang para pelajarnya tidak tahu atau tidak faham.Hal ini
boleh menjadi panduan untuk memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran serta
pembelajaran dan menambah nilai dan data pengajaran mereka.

10.MEMBENTUK SASIAH DAN DISIPLIN PARA PELAJAR


Umum mengetahui kecemerlangan akademik para pelajar berkait rapat dengan prestasi
didiplin mereka. Oleh itu ada baiknya para guru berkerjasama dengan ibu bapa dalam
membentuk sasiah dan disiplin para pelajar agar masalah disiplin seseorang pelajar
tidak menjejaskan prestasi akademiknya.
11.MEMBANTU MENYELASAIKAN SEMUA MASALAH PERIBADI PELAJAR
SEKIRANYA DIPERLUKAN...(SELALU JUGA BA!)

Kekadang banyak juga masalah peribadi pelajar yang mana atas permintaan atau
persetujuan para pelajar terpaksa melibatkan campurtangan guru-guru.Sebagai
contohnya MASALAH KELUARGA, MASALAH KEWANGAN,MASALAH BUKU
PEMBELAJARAN dan sebagainya.HAL INI AMAT DIRASAI OLEH GURU-GURU
YANG BERTUGAS DI KAWASAN LUAR BANDAR DAN PEDALAMAN.

C) PERANAN GURU TERHADAP IBU BAPA PELAJAR

Para pendidik seharusnya dapat memahami dan mempunyai rasa empati terhadap
harapan ibu bapa pelajar khususnya daripada segi kemajuan sikap, sahsiah, disiplin
serta PENCAPAIAN AKADEMIK. Oleh itu adalah sangat penting bagi para pendidik
untuk senentiasa menganggap PARA PELAJAR ITU SEPERTI ANAK SENDIRI.
Selain itu hubungan baik antara ibu bapa dengan guru-guru juga amat perlu khususnya
dalam menjalinkan kerjasama untuk memajukan aspek sikap, sahsiah dan akademik
para pelajar.
RINGKASNYA IBU BAPA MELABURKAN BERIBU RINGGIT UNTUK MELIHAT ANAK
MEREKA MENCAPAI KEJAYAAN DENGAN MENJADI INSAN BERGUNA ...OLEH ITU
KITA SEBAGAI PENDIDIK SEHARUSNYA MENYOKONG PENGORBANAN IBUBAPA
MEREKA ITU DENGAN MELAKSANAKAN KERJA KITA SEBAIK MUNGKIN.

D) PERANAN GURU TERHADAP MASYARAKAT


Pada kebiasaannya masyarakat akan menilai kerja para pendidik ini dengan MELIHAT
KEJAYAAN AKADEMIK DAN KEMENJADIAN PARA PELAJAR.Oleh itu dalam hal ini
para pendidik dituntut untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk merelisasikan
kemahuan masyarakat tersebut...KITA BERHARAP SELURUH MASYARAKAT
MENYOKONG USAHA PARA PENDIDIK DENGAN MEMBERIKAN KRITIKAN-
KRITIKAN YANG MEMBINA....Disamping TIDAK MELIHAT KERJAYA PENDIDIK INI
SEBAGAI KERJAYA, ...'LOW CLASS'..

wahai rakan-rakan bakal guru marilah kita menjadi ARKITEK MANUSIA yang terbaik
agar kita dapat menghasilkan warganegara dan modal insan yang terbaik...jadi
sekarang macam mane???sudah sediakah kita menjadi 'role model' kepada anak
bangsa????
rasanya banyak lagi yang perlu kta baiki..sama-sama lah kita ingatkan diri masing-
masing dan peringatkan diri rakan-rakan kita...

Kadang-kadang banyak juga masalah peribadi pelajar yang mana atas permintaan atau
persetujuan para pelajar terpaksa melibatkan campurtangan guru-guru.sebagai
contohnya masalah keluarga, masalah kewangan,masalah buku pembelajaran dan
sebagainya.hal ini amat dirasai oleh guru-guru yang bertugas di kawasan luar bandar
dan pedalaman.

para pendidik seharusnya dapat memahami dan mempunyai rasa empati terhadap
harapan ibu bapa pelajar khususnya daripada segi kemajuan sikap, sahsiah, disiplin
serta pencapaian akademik. oleh itu adalah sangat penting bagi para pendidik untuk
senentiasa menganggap para pelajar itu seperti anak sendiri.
Komputer juga dapat digunakan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran dalam pelbagai cara. Dari perspektif mengikut Vygotsky, perintah-
perintah di layar komputer merupakan satu jenis bantuan perancah (Crook, 1994).
Ketika murid-murid menggunakan perisian PPBK (Pengajaran Pembelajaran Berbantu
Komputer), panduan atau petunjuk diberikan secara terperinci agar mereka boleh
belajar secara akses kendiri.

Panduan tersebut sesuai dengan tahap kebolehan murid-murid yang berada dalam zon
perkembangan proksimal masing-masing. Murid-murid yang lebih mahir dalam
menggunakan komputer akan berperanan sebagai ‘tutor’ untuk rakan sebaya mereka.
Dengan cara ini, guru-guru bebas untuk memberikan perhatian mereka kepada murid-
murid yang memerlukan bantuan perancah.
Bilik darjah adalah medan perjuangan utama kepada kerjaya guru. Di sini, warga
pendidikan menunjukkan kebolehan dan keupayaan melaksanakan tugas pengajaran
dan pembelajaran. Oleh itu, bilik darjah yang terurus dengan baik, selesa, ceria dan
menarik menjadi idaman guru kerana ia membolehkan pelajar mengikuti pengajaran
dengan mudah dan berkesan. Guru biasanya, berhadapan dengan tiga cabaran ketika
berada di bilik darjah iaitu menangani karenah sejumlah pelajar yang ramai
bilangannya, memastikan matlamat pengajarannya tercapai selain hambatan masa
yang terhad.

Selain itu, guru juga perlu sentiasa menyesuaikan bentuk pengajarannya dengan
pelajar yang berbeza minat dan tahap kebolehan mereka. Mereka tidak boleh terlalu
banyak memberi tumpuan kepada pelajar yang lemah dan sederhana saja sehingga
mengabaikan pelajar yang cerdas.

Begitu juga sebaliknya, tidak seharusnya hanya menumpukan kepada pelajar yang
cerdas sehingga pelajar lain terabai.

Guru perlu bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang akan
berlaku di luar dugaan seperti kerosakan alat bantu mengajar, gangguan bekalan
elektrik atau cuaca yang tidak menentu.
Perbincangan di atas adalah mengenai sebahagian ciri-ciri guru efektif, yang
masih tidak mutlak. Namun, pada kajian penulis, ciri-ciri tersebut telah menyertakan
beberapa karakteristik penting dalam klasifikasi guru efektif. Ini selaras dengan Teddie,
Kirby dan Stringfield (1989) dalam kajian mengenai Effective School versus Ineffective
School menyenaraikan tujuh dimensi pengajaran yang berkesan ialah masa belajar,
persembahan bahan pengajaran, harapan tinggi, pengukuhan positif, sedikit gangguan
belajar, disipilin, dan suasana mesra (friendly ambience). Secara realiti, guru efektif
perlu wujud di dalam setiap bidang ilmu dan sektor persekolahan. Peranan mereka
amat penting demi memastikan pencapaian khasnya objektif pengajaran dan
pembelajaran serta seterusnya pencapaian objektif persekolahan rendah dan
menengah.

Anda mungkin juga menyukai