Anda di halaman 1dari 4

BAB 7 KEROSAKAN KABEL

7.0 Pengenalan

Kerosakan kabel adalah merujuk kepada sesuatu yang akan menyebabkan pengaliran arus

tidak dapat mengalir dengan sempurna. Iaitu ianya adalah disebabkan oleh arus tidak

dapat mengalir/tiada pengaliran arus (litar terbuka) atau litar terpintas iaitu arus akan

mengalir dengan nilai yang sangat besar. Terdapat tiga jenis kerosakan kabel yang sering

berlaku iaitu :-

i. Kerosakan litar pintas (pintas di antara teras ‘hidup’ dengan ‘neutral’).

ii. Kerosakan litar buka.

iii. Kerosakan bocor ke bumi (pintas di antara teras ‘hidup/ dengan ‘bumi’).

7.1 Langkah menentukan kerosakan kabel

Untuk menentukan kerosakan kabel, empat langkah hendaklah dilakukan terlebih dahulu,

iaitu :

1. Membuat pengujian

a) Ujian keterusan - iaitu bagi menentukan kerosakan litar buka)

b) Ujian penebatan - iaitu untuk menentukan kerosakan litar pintas.

2. Menjalankan ujian lokasi kerosakan dari terminal kabel.

 Bagi menentukan jarak kerosakan secara kasar dari tempat berlakunya

kerosakan dari stesyen pengujian.

3. Menjalankan ujian pengesahan titik kerosakan.

 Bagi menentukan lokasi sebenar dimana kerosakan telah berlaku.

4. Membuat pembetulan/baikpulih pada kabel yang berkenaan.

7.1.1 Alat serta ujian bagi menentukan kerosakan kabel.

Alatan tangan utama yang digunakan untuk menentukan kerosakan kabel samada jenis

kerosakan litar buka atau litar pintas ialah meter ohm. Disamping itu beberapa pengujian
boleh dijalankan bagi menentukan kerosakan kabel tersebut. Di antaranya adalah :

1. Ujian Keterusan

2. Ujian Rintangan Penebat.Bab 8 Kerosakan Kabel 2008

7.2 Ujian menentukan kerosakan kabel

7.2.1 Ujian Keterusan

Merupakan ujian bagi menentukan kerosakan kabel dari jenis litar buka. Ujian ini biasanya

menggunakan satu set loceng dan bateri atau dengan menggunakan multimeter. Antara

kaedah yang digunakan adalah seperti pada rajah di bawah :

Rajah 7.1, merupakan satu ujian terhadap kabel dalam konduit di mana jajarannya adalah

pendek. Untuk menguji kabel CC1 , satu sambungan dibuat dari set loceng tersebut kepada

C dan satu sambungan lagi disambungkan ke hujung kabel C yang satu lagi (C1).

Sekiranya loceng berbunyi, maka kabel yang diuji berada dalam keadaan baik dan akan

ditanda dengan label C. Untuk kabel A dan B, cara yang sama juga turut dilakukan.

Rajah 7.1 : Ujian Keterusan bagi kabel jajaran pendek

Bagi Rajah 7.2, cara ini digunakan sekiranya penjajaran adalah terlalu panjang. Bagi

ketiga-tiga kabel A, B dan C, pilih satu pasangan kabel dan katakan kabel A dan B akan

disambungkan di penguji manakala di hujung kabel yang sama (hujung jauh), akan

dipintas. Jika ujian ini menunjukkan satu litar terbuka, litar pintas di hujung jauh akan

ditukarkan kepada pasangan lain dan litar itu akan diuji semula. Apabila bacaan yang

rendah dikesan, maka kabel akan dilabelkan dengan A1 atau B1. Kemudian, gandingkan

salah satu kabel dengan kabel yang lain (katakan A dan C), dan uji dengan cara yang sama.

Apabila bacaan adalah rendah, maka kabel A dan C akan dicam dengan sah. Oleh itu,

ketiga-tiga kabel dengan ini dapat dilabelkan dengan jelas. Kaedah yang sama boleh

dilakukan untuk mengenal pasti kabel-kabel lain dalam jajaran yang serupa.

Rajah 7.2 : Ujian Keterusan bagi kabel jajaran panjangBab 8 Kerosakan Kabel 2008
7.2.2 Ujian Rintangan Penebat.

Rintangan penebatan merupakan rintangan yang diukur dalam unit ohm antara bahagianbahagian hidup
bagi pemasangan dengan bumi. Rintangan akan disukat menerusi

penebatan yang menutupi konduktor.

Ujian rintangan penebat pula digunakan untuk menguji samada terdapat litar pintas serta

untuk menguji ketebalan penebat pada kabel. Antara alat untuk menguji litar pintas adalah

penguji rintangan penebatan.Dalam ujian rintangan penebatan, beberapa ujian ke atas

pemasangan perlu dibuat sebelum pemasangan disambungkan kepada bekalan.

Menguji Voltan diperlukan bagi menguji voltan yang digunakan untuk ujian rintangan

penebatan. Sekiranya voltan yang digunakan merupakan voltan arus terus, ia perlulah tidak

kurang daripada dua kali voltan arus terus normal dan sekiranya ia merupakan voltan arus

ulang alik, tidak kurang daripada dua kali voltan p.m.k.d normal; tetapi tidak perlu

melebihi 500 V bagi litar voltan sederhana.

Menguji pemasangan kepada bumi merupakan ujian yang dibuat dengan semua fius

berada di tempatnya. Semua suis termasuk suis utama ditutup. Jika diperlukan, semua

lampu dan alat boleh dikeluarkan dan boleh diuji secara berasingan. Penebatan yang

disukat ke bumi hendaklah tidak kurang daripada 1 MΩ manakala sukatan bagi alat yang

dibuat secara berasingan hendaklah tidak kurang daripada 0.5 MΩ ke bumi dan 0.5 MΩ

antara kutub atau fasa.

Rajah 7.3 menunjukkan sambungan untuk menguji rintangan penebatan ke bumi bagi suatu

pemasangan 2-dawai yang telah siap dengan lampu serta alatan lain yang ditanggalkan.

Kabel-kabel bagi kedua-dua kutub ke suis utama dipintalkan bersama dan disambungkan

kepada terminal ‘talian’ pada ohmmeter. Terminal ‘bumi’ bagi ohmmeter pula

disambungkan kepada terminal pembumian pengguna. Ketiga-tiga terminal bagi suis-suis

dua hala hendaklah disambungkan bersama untuk sementara waktu. Alat-alat pemanas

hendaklah diuji secara berasingan dan Rajah 7.4 menunjukkan contoh ujian yang di buat
ke atas cerek elektrik.

Anda mungkin juga menyukai