Anda di halaman 1dari 13

KERTAS KERJA

PROGRAM PENGHAYATAN
RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H / 2010M
PERINGKAT KUCHING.

“ Bersama Menghayati Ramadhan Al-Mubarak ”


KERTAS KERJA
PROGRAM PENGHAYATAN RAMADHAN AL- MUBARAK 1431H
PERINGKAT KUCHING.

1.0 MUQADDIMAH

Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak seringkali dirindui dan ditunggu-tunggu oleh


hamba-hamba Allah yang beriman. Pelbagai keberkatan dan ganjaran yang hadir
bersama kedatangan bulan yang mulia ini seharusnya dimanfaatkan secara bersungguh-
sungguh oleh semua insan yang mengaku beriman kepada Allah Taala. Ramadhan
sewajarnya di’imarahkan dan diihya’kan secara komited dan konsisten di pelbagai
peringkat masyarakat. Justeru, atas kesedaran terhadap perkara ini, kertas kerja ini
dicadangkan untuk dilaksanakan sebagai salah satu usaha ke arah membangunkan
kesedaran di kalangan warga pelajar, warga pendidik dan masyarakat Muslim di Bintulu
tentang peri pentingnya menghidupkan bulan yang mulia ini. Semoga segala usaha yang
dijalankan ke arah mendekatkan diri kepada Allah ini akan mendapat sokongan dan
dokongan yang jitu daripada semua pihak.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menimbulkan kesedaran di kalangan pelajar, para pendidik dan masyarakat


muslim di Kuching tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan.
2.2 Menanamkan sifat bersungguh-sungguh di kalangan semua warga muslim
di sekolah dalam menghayati amalan-amalan mulia di bulan Ramadhan.
2.3 Memanfaatkan tenaga dan ilmu di kalangan semua Guru Pendidikan Islam
dan guru-guru muslim yang lain yang bertugas di Kuching.
2.4 Menyuburkan aktiviti dakwah di kalangan masyarakat setempat serta
mengaktifkan peranan warga pendidik dalam melaksanakan tugas-tugas
dakwah.
2.5 Mewujudkan jalinan ukhuwwah islamiyyah di antara warga pendidik dan
masyarakat tempatan serta agensi-agensi Islam di Kuching khususnya
dalam kerja-kerja dakwah dan kebajikan.

3.0 TEMA

“ Bersama Menghayati Ramadhan Al-Mubarak ”

4.0 TARIKH

28 Sya’ban 1431H sehingga 25 Ramadhan 1430H


bersamaan 8 Ogos 2009 sehingga 3 September 2009

6.0 ANJURAN

2
6.1 Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak (UNIT KUCHING)

7.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Program Ihya’ Ramadhan 1430H Peringkat Kuching pada tahun ini akan
dilaksanakan dalam lima bentuk program yang akan dinyatakan secara ringkas di
bawah :-

7.1 PROGRAM 1
PROGRAM DI AMBANG RAMADHAN

1. Forum Di Ambang Ramadhan Dan Pelancaran Tabung Infaq Ramadhan

7.2 PROGRAM 2
PROGRAM PENGISIAN ILMU

Tazkirah Malam Ramadhan


Kuliah Subuh Ramadhan
Kuliah Dhuha Ramadhan - (Program Khas Untuk Wanita)

7.3 PROGRAM 3
PROGRAM KEBAJIKAN

1. Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Anak Yatim dan Fakir Miskin


2. Ziarah Dakwah dan Ukhuwwah

7.4 PROGRAM 4
PROGRAM BERSAMA MASYARAKAT

1. Majlis Ifthor Jama’ie Bersama Masyarakat Muslim Kampung Jepak


2. Qiyamullail Perdana dan Sahur Jama’ie di Masjid Assyakirin dan Masjid
Darul Hidayah

7.5 PROGRAM 5
PROGRAM EDARAN RISALAH SINAR RAMADHAN

Edaran Risalah Sinar Ramadhan 1430H ke sekolah rendah, sekolah


menengah, masjid dan surau di Kuching

8.0 SASARAN

Program ini memfokuskan kepada empat kelompok sasaran :

8.1 Semua murid muslim di sekolah rendah dan menengah di Kuching.


8.2 Semua warga muslim di kalangan pendidik dan kakitangan di sekolah rendah
dan menengah di Kuching.

3
8.3 Semua Guru Muslim yang bertugas di Kuching.
8.4 Semua masyarakat muslim di Kuching .

9.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM


Sila rujuk lampiran 1

10.0 ANGGARAN KASAR BELANJAWAN KESELURUHAN PROGRAM


Sila rujuk lampiran 2

11.0 PERINCIAN ANGGARAN BELANJAWAN KESELURUHAN PROGRAM


Sila rujuk lampiran 3

12.0 PENERANGAN RINGKAS TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM


Sila rujuk lampiran 4

13.0 MEKANISME DAN BENTUK SUMBANGAN ATAU TAJAAN

Sumbangan atau tajaan boleh disalurkan melalui mekanisme berikut :

13.1.1 Sumbangan wang tunai


13.1.2 Sumbangan berbentuk peralatan alat tulis dan percetakan
13.1.3 Tajaan penyediaan makanan dan minuman
13.1.4 Tajaan hadiah dan cenderamata program
13.1.5 Tajaan percetakan Risalah Sinar Ramadhan 1431H
13.1.6 Sumbangan melalui cek atau pindahan di atas talian di atas nama :

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak


No. Akaun : 11022010032002 (Bank Islam Malaysia Berhad)

14.0 MEKANISME PERHUBUNGAN

Untuk sebarang urusan perhubungan berkaitan dengan sumbangan, tajaan atau


perincian maklumat berkaitan dengan program, pihak jawatankuasa boleh
dihubungi melalui :

Nama No. Telefon E-mail

Ustaz Muhammad Ismail 019-8277404

(Pengerusi Program Penghayatan


Ramadhan Al-Mubarak 1431H)

Ustaz Afnan Faiz Ridzuan b 013-3789411 kamek_smtk@yahoo.com

4
Ahmad
(Timbalan Pengerusi Program
Penghayatan Ramadhan Al-
Mubarak 1431H)

15.0 PENUTUP

Pihak jawatankuasa pengelola amat mengharapkan agar usaha yang mulia ini
akan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat demi ke arah menjayakan
cita-cita murni yang telah digariskan di dalam objektif yang telah dinyatakan di atas.
Semoga amal yang kecil dan usaha yang sedikit ini akan dikurniakan keikhlasan oleh
Allah Taala kepada pelaksananya dan semua pihak yang terlibat serta mendapat
ganjaran yang terbaik di sisi Allah Taala.

Disediakan oleh,

USTAZ MUHAMMAD BIN ISMAIL


Pengerusi,
Jawatankuasa Program Penghayatan Ramadhan Al-Mubarak 1430H,

LAMPIRAN 1

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


JAWATANKUASA PENGHAYATAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H
PERINGKAT KUCHING

Pengerusi : Ustaz Muhammad bin Ismail


Timbalan Pengerusi : Ustaz Afnan Faiz Ridzuan bin Ahmad
Setiausaha : Ustazah Meiyusnita binti Rajab
Bendahari : Ustaz Hafiz Amri bin Abd Rahim

Ahli Jawatankuasa Kerja :

Penyelaras Program 1 : Ustaz Muhammad bin Ismail

Penyelaras Program 2 : Ustaz Afnan Faiz Ridzuan bin Ahmad

Penyelaras Program 3 : Encik Syamsul Bahri

Penyelaras Program 4 : Encik Abdul Walid bin Sulaiman

5
Penyelaras Program 5 : Ustazah Norfazlini

LAMPIRAN 2

ANGGARAN KASAR BELANJAWAN KESELURUHAN


PROGRAM PENGHAYATAN RAMADHAN AL- MUBARAK 1430H
PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU.

BIL PERKARA JUMLAH

1 Program 1 : Program Di Ambang Ramadhan RM 2 400.00

2 Program 2 : Program Pengisian Ilmu RM 580.00

3 Program 3 : Program Kebajikan RM 8 900.00

4 Program 4 : Program Bersama Masyarakat RM 11 190.00

5 Program 5 : Risalah Sinar Ramadhan RM 1 072.00

6 JUMLAH KESELURUHAN RM 24 142.00

Perincian anggaran perbelanjaan bagi setiap program boleh dirujuk dalam lampiran yang
disertakan bersama kertas kerja ini.

6
LAMPIRAN 3
PERINCIAN ANGGARAN BELANJAWAN
PROGRAM PENGHAYATAN RAMADHAN AL- MUBARAK 1430H
PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU.

PROGRAM 1
PROGRAM DI AMBANG RAMADHAN

1. Forum Di Ambang Ramadhan Dan Pelancaran Tabung Infaq Ramadhan

BIL. PERKARA KUANTITI JUMLAH

1 Kain Rentang RM120.00 sehelai X 2 helai RM 240.00

2 Air Mineral RM10.00 sekotak X 10 kotak RM 100.00

4 Kos Jamuan RM 5.00 X 300 orang RM 1 500.00

5 Saguhati Ahli Panel RM 100 X 4 orang RM 400.00

6 Rencam RM 160.00

JUMLAH RM 2 400.00

PROGRAM 2
PROGRAM PENGISIAN ILMU

1. Tazkirah Malam Ramadhan 4. Kuliah Dhuha Ramadhan (Untuk Muslimat)


2. Kuliah Jumaat Ramadhan
3. Kuliah Subuh Ramadhan

BIL. PERKARA KUANTITI JUMLAH


1 Kain Rentang RM120.00 sehelai X 4 Helai RM 480.00
2 Air Mineral Penceramah RM10.00 sekotak X 10 Kotak RM 100.00
JUMLAH RM 580.00

7
PROGRAM 3
PROGRAM KEBAJIKAN

1. Sumbangan Anak Yatim dan Fakir Miskin


2. Ziarah Dakwah dan Ukhuwwah (Pertemuan dengan keluarga miskin)
3. Gotong-royong memasak dan mengedar bubur lambuk anjuran

AKTIVITI 1 : Sumbangan Anak Yatim Dan Fakir Miskin

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1 Jamuan berbuka RM 5 X 250 RM 1 250.00
2 Wang Saguhati RM 50 X 2 RM 100.00
3 Sumbangan anak yatim dan fakir miskin RM 100 X 50 RM 5 000.00
Jumlah RM 6 300.00

AKTIVITI 2 : Ziarah Dakwah Dan Ukhuwwah

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1 Sumbangan keperluan dapur RM 50 X 50 RM 2 500.00
2 Rencam RM 100.00
Jumlah RM 2 600.00

JUMLAH KESELURUHAN

BIL. PERKARA JUMLAH

1 Aktiviti 1 : Sumbangan Anak Yatim & Fakir Miskin RM 6 300.00

2 Aktiviti 2 : Ziarah Dakwah Dan Ukhuwwah RM 2 600.00

JUMLAH RM 8 900.00

8
PROGRAM 4
PROGRAM BERSAMA MASYARAKAT

1. Majlis Ifthor Jama’ie Bersama Masyarakat Muslim Kg Kolong 2

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)

1. Pengurusan awal RM 50.00


• Fotostat
• Surat – menyurat

2. Makanan dan minuman

• kurma +air mineral RM 1.50 x 500 orang RM 750.00

• Nasi+lauk +sayur+air RM 5.00 x 500 orang RM 2 500.00

• Air + kuih RM 2.50 x 500 orang RM 1 250.00

3. Khemah RM 250.00 x 3 RM 750.00

4. Banner RM 150.00 x 3 RM 450.00


Brosur RM 0.30 x 500 keping RM 150.00
Tag Urusetia RM 2.00 x 50 RM 100.00

5. Cenderamata
• Penceramah RM 100.00 x 1 RM 100.00
• Cenderamata surau RM 50.00 x 1 RM 50.00

6. Kebersihan
• Plastik Sampah RM 8.00 x 5 RM 40.00

7. Rencam RM 200.00

JUMLAH RM 6 390.00

9
2. Qiyamullail Perdana dan Sahur Jama’ie di Masjid Taman Malihah

BI
L PERKARA KUANTITI JUMLAH

1 Jamuan Sahur Jama’ie RM7.00 seorang x 300 orang RM 2 100.00


Masjid Assyakirin

2 Sagu Hati Penceramah RM100.00 seorang x 2 orang RM 300.00

4 Cetakan Bahan Edaran- RM 200.00


Panduan Qiyamullail

5 Rencam RM 100.00

JUMLAH RM 4 800.00

JUMLAH KESELURUHAN UNTUK PROGRAM 3

BIL PERKARA JUMLAH


1 Majlis Ifthor Jama’ie RM 6 390.00
2 Qiyamullail dan Sahur Jama’ie RM 4 800.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 11 190.00

PROGRAM 5
PROGRAM EDARAN RISALAH SINAR RAMADHAN

Edaran Risalah Sinar Ramadhan 1430H ke sekolah rendah, sekolah


menengah, masjid dan surau di Kuching

BIL PERKARA BILANGAN HARGA JUMLAH


PER UNIT (RM)
1 Percetakan Risalah (A3) 1000 kpg x 5 keluaran 0.20 RM 1 000.00

2. Percetakan Poster (A3) 6 jenis x 60 helai 0.20 RM 72.00

JUMLAH RM 1 072.00

10
LAMPIRAN 4
PENERANGAN RINGKAS TENTANG AKTIVITI-AKTIVITI PROGRAM PENGHAYATAN
RAMADHAN AL-MUBARAK 1430H / 2010.

Terdapat lima bentuk program yang akan dilaksanakan pada tahun ini dalam
Program Penghayatan Ramadhan Al-Mubarak 1430H anjuran Yayasan AMAL Malaysia
Cawangan Sarawak (unit Kuching). Program–program tersebut ialah seperti berikut :

PROGRAM 1 : PROGRAM DI AMBANG RAMADHAN

2. Forum Di Ambang Ramadhan Dan Pelancaran Tabung Infaq Ramadhan

Forum ini akan diadakan di Masjid At-Taqwa,Kg Pinang Jawa, Gita pada 8 Ogos 2009.
Objektif program ini adalah untuk memberikan ilmu tentang ibadat puasa sebelum
kedatangan Ramadhan dan menanamkan kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan menghayati kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Program ini akan
dianjurkan dengan kerjasama pihak AJK Masjid At-Taqwa dan Yayasan AMAL
Malaysia Cawangan Sarawak. Sasaran program ini adalah untuk semua lapisan
masyarakat Islam di Kuching. Bersempena dengan program ini juga, Tabung Infaq
Ramadhan akan dilancarkan untuk mengumpul dana pelaksanaan PROGRAM
PENGHAYATAN RAMADHAN AL-MUBARAK yang telah dirancang untuk dilaksanakan
di Kuching.

PROGRAM 2 : PROGRAM PENGISIAN ILMU

1. Tazkirah Malam Ramadhan

Program ini akan dilaksanakan pada malam-malam dalam bulan Ramadhan di


beberapa buah masjid dan surau yang telah dipilih. Para pentazkirah yang dilantik akan
menyampaikan tazkirah ringkas selama 15 minit sebelum Solat Sunat Tarawih
didirikan.

2. Kuliah Subuh Ramadhan


Program ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad selepas solat subuh di
Masjid Taman Sukma dan Masjid Darul Ibadah Kg Kudei.

3. Kuliah Jumaat Ramadhan


Kuliah Jumaat Ramadhan ini akan diadakan pada setiap minggu dalam bulan
Ramadhan. Kuliah ini akan diadakan selama dua puluh minit sebelum azan pertama
Solat Jumaat dikumandangkan. Pihak penganjur akan menyusun cadangan jadual
Kuliah Jumaat di dua buah masjid di Kuching.

4. Kuliah Dhuha Ramadhan

11
Kuliah Dhuha Ramadhan ini akan diadakan pada setiap hujung minggu dalam bulan
Ramadhan pada jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi.

PROGRAM 3 : PROGRAM KEBAJIKAN

1. Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Anak Yatim dan Fakir Miskin

Pihak pengelola Program Penghayatan Ramadhan Al-Mubarak 1431H akan mengambil


tanggungjawab untuk membantu mengumpulkan sumbangan daripada masyarakat
yang prihatin di Kuching untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan seperti
anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal. Sumbangan yang dikumpul akan diserahkan
dalam satu majlis yang dianjurkan oleh pihak pengelola dengan kerjasama Surau Kg
Sejijak dan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak (Unit Kuching).

2. Ziarah Dakwah dan Ukhuwwah

Program ini adalah berbentuk lawatan ke kampung saudara baru dengan kerjasama
pihak Urusetia Saudara Kita. Objektif program ini diadakan adalah untuk
mempertautkan hubungan persaudaraan Islam dan memberi bimbingan agama yang
diperlukan. Di samping itu, pihak jawatankuasa pengelola akan menyampaikan
sumbangan kepada mereka yang memerlukan melalui hasil kutipan dana Tabung Infaq
Ramadhan yang dilancarkan.

PROGRAM 4 : PROGRAM BERSAMA MASYARAKAT

1. Majlis Ifthor Jama’ie Bersama Masyarakat Muslim Kg Kolong 2

Di antara program yang dianjurkan oleh jawatankuasa pengelola ialah program berbuka
puasa bersama masyarakat Islam di Kampung Kolong 2 yang akan diadakan di Masjid
Jepak. Program ini bertujuan untuk mengumpulkan warga pendidik Muslim di Bintulu
untuk beramah mesra bersama-sama masyarakat Islam di Kampung Kolong 2 melalui
aktiviti berbuka puasa bersama, ceramah Nuzul Al-Quran dan Solat Sunat Tarawih
yang diadakan di masjid tersebut.

2. Qiyamullail Perdana dan Sahur Jama’ie di Masjid Taman Malihah

Program ini dianjurkan dengan tujuan untuk menggalakkan masyarakat Islam di


Kuching untuk bersungguh-sungguh mengejar pahala dan keampunan yang dijanjikan
oleh Allah Taala dalam Malam Lailatul Qadar di bulan yang mulia ini. Melalui program
Qiyamullail Perdana ini, masyarakat akan dibimbing oleh para ustaz dari kalangan
warga pendidik dalam melaksanakan ibadat solat-solat sunat pada malam-malam yang
diberkati pada bulan Ramadhan. Selain itu, program ini juga dapat memperkukuhkan
hubungan persaudaraan sesama Islam melalui aktiviti solat sunat bersama dan
bersahur secara beramai-ramai. Program ini juga membuka ruang kepada pihak-pihak
yang ingin melakukan kebajikan dan mengejar pahala melalui penajaan jamuan
bersahur yang disediakan kepada para jemaah yang menyertai program qiyamullail ini.

12
PROGRAM 5 : PROGRAM EDARAN RISALAH SINAR RAMADHAN 1430H

Program Edaran Risalah Sinar Ramadhan 1430H ke sekolah, masjid dan surau di
Kuching adalah bermatlamat ke arah menyediakan ruang kepada masyarakat Islam di
Bintulu untuk mendapat pengisian-pengisian ilmu tentang puasa dan Ramadhan yang
boleh membantu ke arah pelaksanaan ibadah puasa yang lebih baik. Artikel-artikel
yang akan diterbitkan adalah hasil tulisan dan pengumpulan bahan-bahan yang
berkaitan dengan ibadat puasa, kelebihan bulan Ramadhan dan sebagainya yang
diusahakan oleh warga pendidik di Kuching. Selain itu, risalah ini juga akan menjadi
medium penyaluran maklumat berkaitan dengan aktiviti-aktiviti Program Penghayatan
Ramadhan Al-Mubarak 1430H kepada seluruh masyarakat Islam di Kuching.

“ Bersama Menghayati Ramadhan Al-Mubarak ”

13