Anda di halaman 1dari 6

Faktor Yang Mempengaruhi

Pertumbuhan & Perkembangan


Kanak-kanak.
(Extrauterine)
Kumpulan 7
Christina Wong
Betty Wong
Chiew Yit Lam
Grace Hii
Ching Chung Huong
Chien Mee Na
Ngo Fung Teh
Joan Yang
Semasa Kelahiran
Kecederaan pada cerebral akibat kelahiran yang sukar,
berpanjangan atau terlalu cepat, trauma.
Kelahiran menggunakan instrumen seperti vacuum
dan forcep boleh menyebabkan trauma di bahagian
kepala bayi.
Kemalangan seperti terjatuh atau terhentak di
bahagian kepala.
Pemakanan
Bayi baru lahir sehingga umur 6 bulan perlu diberi
penyusuan susu ibu.
Makanan tambahan perlu dimulakan pada bayi seawal
umur 6 bulan dan ke atas.
Bayi dan kanak-kanak perlu diberi makanan seimbang
mengikut piramid makanan untuk menggalakkan
pertumbuhan kanak-kanak seiring dengan pembesaran
dan memenuhi keperluan zat.
Kanak-kanak kemungkinan akan mendapat malnutrisi
akibat kekurangan zat makanan contohnya;
kwashiorkor akibat kekurangan protein.
Rehat & Tidur
Kanak-kanak dan bayi memerlukan rehat dan tidur
yang mencukupi untuk pertumbuhan dan
perkembangan yang sihat dari segi fizikal dan mental.
Kanak-kanak yang bersekolah memerlukan rehat dan
tidur yang cukup terutama pada waktu malam untuk
mendapatkan tenaga semasa belajar di sekolah.
Kebersihan
Kebersihan penting untuk memastikan bayi bebas
dari penyakit contohnya menukar lampin bayi setiap
kali lampin basah dan kotor.
Kanak-kanak dididik untuk menjaga kebersihan diri
seperti mencuci tangan sebelum dan selepas makan
bagi mengelakkan infeksi bakteria yang boleh
menyebabkan penyakit.
Imunisasi dan Perkhidmatan Kesihatan
Awam (KKIA)
Imunisasi adalah langkah pencegahan yang terbaik
dan selamat untuk melindungi bayi dan kanak-kanak
daripada dijangkiti penyakit contohnya BCG dan
vaksin Hepatitis.
Vaksin diberi mengikut jadual yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Rawatan susulan diperlukan untuk mengesan awal
sebarang keabnormalan dalam pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak contohnya malnutrisi.

Anda mungkin juga menyukai