Anda di halaman 1dari 18

DEMOGRAFI DAN PEMBANGUNAN

KULIAH 2
TEORI MALTHUS
Teori terawal mengenai penduduk.
Idea terkenal dan pandangannya benar bg sesetengah
tempat di dunia ini.
Ada neo-malthus dan memperdebatkan teori ini.
Kerana bersifat presismetik.
PENGASAS TEORI
Thomas Robert Malthus
Prof sejarah dan ekonomi
Hidup 1766-1834.
Teori ini wujud hasil daripada pemerhatian dan
penilaian Malthus di negara Inggeris pada zamannya.
Abad ke18 dan awal abad 19 negara Inggeris
mengalami bencana dan kemelaratan.pengganguran
berleluasa apabila wujud migrasi dr luar bandar ke
kota-kota.
Kesan drpd keadaan ini menghasilkan tenaga buruh
yang berlebihan di bandar. Ini mengakibatkan
berlakunya penurunan kadar upah para pekerja di
bidang industri.
Keadaan yang sama turut melanda negara-negara
Eropah yang lain seperti Perancis dan yang paling
hebat adalah England.
Di sini Malthus mengemukakan teori beliau dengan
membuat kenyataan bahawa kesusahan dan
penderitaan yang ditanggung oleh penduduk adalah
ekoran daripada ketidakseimbangan antara
pertumbuhan penduduk dan keperluan bahan
makanan yang ada. Dalam teori yang diketengahkan,
beliau dengan jelas mengatakan bahawa
pertumbuhan penduduk benar-benar dapat
mempengaruhi kehidupan manusia.
Dalam esei yang ditulis oleh Malthus beliau mengeaskan
bahawa kemampuan manusia untuk membiak adalah
lebih besar daripada kebolehan manusia menghasilkan
keperluan hidup. Beliau merumuskan dlm eseinya:
Makanan amat penting untk manusia meneruskan kehidupan
Kuasa yang ada pada manusia lebih besar daripada kuasa
alam dalam mengeluarkan hasil untuk manusia
Emosi yang kuat antara jantina sgt penting.
Penduduk jika tidak dikawal akan bertambah mengikut
geometrik (cth: 1,2,4,8,16,32,64…). Sementara sara diri atau
makanan akan bertambah secara nisbah arithmatik (cth:
1,2,3,4,5,6,7,8…).
PRINSIP-PRINSIP KEPENDUDUKAN MALTHUS

Dalam memasitkan jurang penduduk dan makanantidak terlalu melebar, Malthus


mencadangkan 2 jenis penyekatan iaitu penyekatan positif dan sekatan kawalan

Sekatan positif(faktor2 menambahkan kematian)


• Peperangan
• Kebuluran
• Penyakit melular

Sekatan kawalan(faktor2 kurangkan kelahiran)


• Penahanan moral (jgn kahwin)
• Kontraseptif
• Pengguguran.
Malthus mahu menunjukkan bahawa evolusi
kehidupan manusia adalah bergerak dalam putaran:
Masa senang dikaitkan dengan pendapatan tinggi,
kehidupan hidup senang akan mengarah kepada
perkahwinan awal dan pertumbuhan penduduk yang
cepat yang akan terarah pula kepada kekurangan
makanan.
Masa susah dikaitkan dengan penyakit menular, buruh
murah yang akan mengarah kepada penurunan
penduduk dn kesannya menjadikan penduduk dan
makanan seimbang.
Putaran ini dikatakan oleh Malthus akan terus
berulang-ulang sehingga kembali kepada
kesimbangan.
Untuk mengelakkan masalah kesan daripada
pertambahan penduduk yang cepat, Malthus
mengajak masykt utk menahan moral, seperti menjadi
paderi yang dianggap…
KRITIK-KRITIK TERHADAP TEORI MALTHUS
Dalam masa hidupnya ramai ahli-ahli ekonomi bersetuju
dgn prinsip2 kependudukan Malthus.
Tetapi pada 1830an pandangan daripada ahli ekonomi
professional telah mula menolak prinsip Malthus. Nassau
Senior mendakwa Malthus telah membuat kesalahan
besar apabila mengatakan taraf hidup cenderung untuk
meningkatkan dengan cepat daripada penduduk
disebabkan keinginan yang kuat yang Malthus ketinggalan
untuk melihatnya iaitu keinginan untuk mencapai
kehidupan yang bertambah baik yang merupakan perkara
semula jadi kesan daripada dorongan perkahwinan.
Karl Mrx, kritik pandangan Malthusian tentang
kemiskinan. Beliau amat yakin bahawa kemiskinan
adalah kesan daripada sistem kapitalis, dimana kaum
buruh bagi golongan plotetariat telah dieksploit oleh
golongan kapitalis. Marx dengan kuatnya menentang
lebihan penduduk adalah kesan daripd kesensaraan
kelas pekerja. Marx menganggap idea Malthus
kebudak-budakan dan sama sekali tidak bernilai.
Friedrich Engels rakan Marx juga menentang Malthus.
Dia terutamanya tidak bersetuju dgn doktrin
Malthusian bagi penduduk geometri dan
pertumbuhan makanan arithmatik.
Sains menurut Engels akan berkembang selaras
dengan pertumbuhan penduduk. Penghasilan
makanan akan bertambah kerana adanya inonvasi
dalam teknologi.
Dan tanpa kapitalism dunia akan bergerak daripada
semua kesensaraan, kemiskinan dan jenayah.
Charles Darwin pula mendapati idea Malthus telah
memecahbelahkan ideanya.
Pertambahan penduduk secara geometri yang
dinyatakan oleh Malthus bermakna bahawa mereka
perlu berjuang untuk hidup dan semasa perjuangan
itu hanya yang kuat akan berjaya dan yang lemah akan
musnah. Oleh itu ini menjadikan Malthus merosakkan
teori evolusi.
Knut Wicksell (1851-1926), ahli ekonomi Sweden yang ternama
menjadi Neo-Malthusian pada usianya sekitar 20an. Tahun
1909 dia menulis kuliahnya mengenai kependudukan yang
bertajuk The theory of Population-Its Composition and Changes
telah mempekenalkan ideanya mengenai penduduk optima.
Ini didefinisi sbg tahap di mana apabila berlaku pertambahan
penduduk akan mengarah kepada penurunan kekayaan dan dia
membahaskan bahawa di Eropah pada masa itu telah melepasi
tahap penduduk Optima ini. Kenyataannya di Eropah semasa
zaman Wicksell lagi, kadar pendapatan telah meningkat, tetapi
ideanya tentang penduduk Optima digunakan berterusan
sebagai alat analisis kebajikan.
SOROTAN TERHADAP PANDANGAN
MALTHUS
Malthus gagal untuk memerhatikan bahawa teknik2
moden berhubung dengan kawalan kelahiran akan
wujud yang akan bertindak sbg perancang keluarga.
Tambahan pula banyak keluarga akan mengurangkan
saiz keluarga mereka antara sebabnya atas alasan
masalah kewangan, kebebasan dan ingin mencapai
kejayaan dalam kerjaya.
Ini sebenarnya merupakan sekatan semulajadi yang
akan mengurangkan jurang yang besar di antara
pengeluaran makanan dan juga pertambahan
penduduk.
Salah satu kelemahan Malthus, beliau meragui dan
tidak percaya kelebihan teknologi pertanian.
Green Revolution.
Beliau menganggap tahap teknologi pertanian tiada
perkembangan dalam menghasilkan makanan.
Namun begitu pekembangan pesat sektor pertanian
telah menghasilkan peningkatan pengeluaran dan ini
telah menolak idea arithmatik nya terhadap
kemampuan pengeluaran makanan untuk bertambah.
Masalah lain dalam teori Malthusian ini adalah teori itu
atas saranan yang dibuatnya berdasarkan statistik
kependudukan yang sedikit dan tidak tepat daripada
negara-negara Eropah dan kaloni-kaloni USA yang tidak
menyeluruh.
Sudah tentu kawalan positif Malthus yang dibuatnya telah
menerangkan pertumbuhan penduduk dalam lengkungan
zaman di mana negaranya mengalami kemunduran dan
tidak membangun. Tetapi kawalan positifnya itu tidak
sesuai digunakan di Negara-Negra industri moden dengan
pembangunan penduduknya yang pesat daripada segi
ekonomi.
Sebagai rumusnya, realitinya tentang prospektus
Malthus terhadap pertumbuhan penduduk tidak
dapat diterima pada tahap seluruh negara di dunia.
Namun begitu di sesetengah negara miskin
terutamanya anggapan Malthus tentang
pertumbuhan penduduk dan pengeluaran makanan
seakan-akan wujud dengan seriusnya di negara-negara
tersebut.

Anda mungkin juga menyukai