Anda di halaman 1dari 46

ISU-ISU TRENDA TERKINI

DALAM TEKNOLOGI
PENDIDIKAN
DISEDIAKAN OLEH:
NOR AZIAH BINTI SADRI
SITI ROHAYA BINTI SIDI AHMAD

UNIT:
PISMP PRASEKOLAH SEMESTER 4

PENSYARAH:
PUAN RUSLINA BINTI ABDUL AZIZ
SEJARAH PERKEMBANGAN
KOMPUTER & TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
• Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar
dekad 1970an. Bagaimanapun, konsepnya yang asas
boleh dikesani jauh lebih lama lagi.
• Pada sepanjang abad ke-20, pihak tentera telah berikat
dengan berbagai-bagai industri untuk membangunkan
elektronik, komputer, dan teori maklumat.
• Secara sejarah, pihak tentera telah mendorong
penyelidikan-penyelidikan tersebut dengan memotivasi
dan membiayai inovasi dalam bidang penjenteraan dan
pengkomputan.
• Komputer komersil yang pertama ialah
UNIVACI yang direka bentuk oleh J. Presper
Eckert.dan John Mauchly untuk Biro Banci
Amerika Syarikat.
• Akhir dekad 1970-an memperlihatkan
kebangkitan mikrokomputer, diikuti dengan
rapat oleh komputer peribadi IBM pada tahun
1981.
• Sejak dari masa itu, empat generasi komputer
telah berkembang, dengan setiap generasi
melambangkan satu langkah yang dicirikan
oleh perkakasan yang semakin kecil dan
• Generasi pertama menggunakan tiub vakum,
dengan generasi-generasi kedua dan ketiga
masing-masing menggunakan transistor dan
litar bersepadu.
• Generasi keempat, iaitu generasi terkini,
menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit
seperti penyepaduan skala sangat besar
(VLSI).
KOMPONEN TEKNOLOGI
MAKLUMAT
1. Komputer
- Digunakan untuk menerima, menyimpan,
memproses dan mempersembah data dan
maklumat.
2. Rangkaian Komunikasi
- Untuk penghantaran dan penerimaan data
maklumat.
3. Tahu-Guna
- Berkait dengan jawapan kepada soalan apa?,
bila? dan bagaimana? Teknologi maklumat
diguna secara berkesan berdasarkan masalah:
i) Kebiasaan dengan teknologi maklumat
ii) Kemahiran yang diperlukan
iii) Memahami masa yang perlu untuk
menggunakan teknologi maklumat .
Impak TMK Kepada
Komuniti dan Sosio-ekonomi
1. Kepentingan literasi komputer kepada masyarakat
- Beri pengetahuan perkara asas pendidikan komputer.
- Ketahui isu-isu terkini program pendidikan
komputer.
- Melaksanakan kajian untuk menjustifikasikan
kepentingan komputer.
- Beri galakan bahawa komputer boleh tingkatkan
keyakinan.
- Hubungkan antara komuniti yang ada budaya
pelbagai.
- Mudahkan urusan seharian.
2. Sumbangan TMK dalam pembangunan
Negara.
- Mengubah cara hidup bekerja, belajar dan juga
corak pemikiran individu.
- Meluaskan aktiviti ekonomi, amalan prinsip
demokrasi, pembahagian kekayaan dan faedah
sosial merentasi sempadan negara.
- Mengurangkan pencemaran dan masalah lalu
lintas.
- Sebagai sokongan kerajaan terhadap program
pembangunan terutamanya kepada masyarakat
desa.
• Jadikan Malaysia sebagai hub ICT dan
multimedia di peringkat global.
• Meningkatkan dan menambah infrastruktur
komunikasi untuk meningkatkan
kebolehcapaian di seluruh negara.
• Tingkatkan pembangunan sumber manusia
dalam ICT yang berkemahiran dan berilmu.
• Galakkan e-dagang dan tingkatkan
penggunaannya untuk bolehkan Malaysia
bersaing di pasaran global.
3. Pengaruh TMK Kepada Kemajuan Negara
• Penggunaan internet dan komputer
mencetuskan perpindahan tekonologi
konvensional kepada era digital yang
menakjubkan.
• E-dagang meningkatkan potensi pasaran dan
lebih bersifat global.
• Perkhidmatan e-banking yang penting dalam
sistem ekonomi negara.
• Membolehkan pendidikan jarak jauh
dilaksanakan.
4. Kesan Sosio-ekonomi kepada Masyarakat
dan Negara
• Perubahan daripada ekonomi yang berintensif
buruh kepada berintensif modal.
• Perubahan daripada semangat kedaerahan
kepada semangat kebangsaan dan sejagat.
• Perubahan daripada pekerja buruh kepada
pekerja maklumat.
• Perubahan daripada monopoli kepada
persaingan.
• Dasar pendidikan negara yang bersepadu.
• Perubahan daripada perancangan jangka masa
panjang kepada jangka masa pendek.
• Perubahan daripada pekerjaan tetap kepada
tidak tetap.
Hak Cipta Undang-undang
1. Jangka Masa Perlindungan Hak Cipta
• Hak cipta bagi karya sastera, muzik dan seni
wujud semasa hayat pencipta dan tambahan
50 tahun selepas kematiannya.
• Hak cipta akan wujud sehingga 50 tahun dari
permulaan tahun kalendar berikut dengan
tahun karya itu jika diterbitkan bahan selepas
penciptanya meniggal dunia.
• Hak cipta karya kerajaan, edisi diterbitkan,
rakaman bunyi, fotografi, filem dan siaran
jangka masa perlindungan karya-karya
tersebut ialah 50 tahun dari permulaan tahun
kalendar berikut dengan tahun karya-karya
berkenaan mula diterbitkan.
2. Hak Eksklusif Pemilik Hak Cipta
• Pemilik hak cipta berhak membuat
pengeluaran semula karya dalam sebarang
bentuk bahan.
• Pemilik hak cipta berhak menjalankan
pertunjukan, tayangan dan penyampaian
kepada awam hasil karyanya.
• Pemilik hak cipta berhak membuat pengedaran
salinan kepada awam melalui jualan secara
langsung atau pemindahan pemunyaan kepada
sebuah syarikat yang dilantiknya.
• Pemilik hak cipta berhak menyewakan secara
komersial hasil karyanya kepada orang awam.
3. Perlakuan Melanggar Hak Cipta
• Seseorang individu atau syarikat
mengeluarkan semula salinan karya dalam
sebarang bentuk tanpa kebenaran pemilik hak
cipta termasuklah mengimport apa-apa karya
bagi tujuan perdagangan atau untuk mendapat
keuntungan.
• Seseorang individu atau syarikat
mendedahkan, menawarkan, membuat untuk
jualan, mengedarkan atau menyewa apa-apa
salinan langgaran.
• Seseorang individu atau syarikat memiliki atau
mempamerkan apa-apa salinan atau anggaran
kepada umum untuk tujuan perdagangan
melainkan untuk kegunaan persendirian dan
domestik yang tidak melibatkan keuntungan.
• Seseorang individu atau syarikat mengimport
sebarang salinan langgaran.
• Seseorang individu atau syarikat membuat
sebarang perekaan bertujuan untuk digunakan
bagi dimainkan di khalayak ramai seperti
menayangkan filem menggunakan salinan
langgaran tanpa membayar royalti kepada
syarikat produksi filem berkenaan.
Penguatkuasaan Hak Cipta

• Akta hak cipta 1987 memberi kuasa kepada bahagian


penguatkuasa, kementerian perdagangan dalam negeri
dan hal ehwal pengguna (KPDNHEP) dan pihak polis
untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut.
• Memberi kuasa yang perlu kepada agensi
penguatkuasa untuk melaksanakan langkah anti-cetak
rompak dengan berkesan.
• Pemilik hak cipta perlu mengemukakan aduan rasmi
yang disokong oleh dokumen perlu kepada Bahagian
Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, jika mereka
• Tindakan yang sewajarnya akan diambil oleh
pihak berkuasa terbabit iaitu:
 Perbadanan Harta Intelek Malaysia
 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna Malaysia
Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332)

• Undang-undang berhubung hak cipta digunakan


untuk melindungi karya-karya yang dicipta oleh
seseorang individu.

• Walau bagaimanapun, mengikut akta ini perpustakaan


dan arkib adalah dibenarkan untuk membuat salinan
atau menghasilkan semula salinan sesuatu karya
selagi tidak melanggar syarat berikut:
Pihak perpustakaan tidak menjual atau
menyewakan karya tersebut.
1

Pihak perpustakaan tidak mendedahkan


karya tersebut kepada risiko dijual atau
disewa.
2

Pihak perpustakaan tidak mendedahkan


karya tersebut kepada risiko dijual atau
disewa.
3
• Dan Akta Hak Cipta dalah bertujuan untuk memberi
hak cipta kepada karya-karya dan melindungi hak
eksklusif tuan punya Hak Cipta daripada diceroboh
oleh pihak tertentu.
• Berikut adalah tindakan perlanggaran Akta Hak Cipta
1987 sesuatu
Seseorang karya : Seseorang
individu atau individu atau
syarikat Seseorang
syarikat
menjual, individu atau
memiliki,
menyewa, syarikat
mengimport,
membuat memiliki alat
atau
salinan, atau membuat
mempamerka
mengedar salinan cetak
n salinan
salinan cetak rompak untuk
cetak rompak
rompak karya perdagangan.
karya hak
hak cipta. cipta.
Hukuman Yang Boleh Dikenakan

• Mengikut Akta Hak Cipta 1987, tindakan


terhadap perlanggaran hak cipta yang boleh
diambil sekiranya sabit kesalahan adalah
“denda tidak melebihi dua puluh lima ribu
ringgit atau penjara bagi suatu tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau kedua-duanya ”.
• Perpustakaan berhak untuk menolak daripada
membuat salinan sekiranya ia melanggar Akta
Hak Cipta .
Bagi Kesalahan Pertama

Bagi kesalahan
Denda boleh dikenakan
berikutnya, denda
sehingga RM10000.00
sehingga RM20000.00
bagi setiap salinancetak
setiap salinan cetak
rompak atau 5 tahun
rompak atau 10 tahun
penjara atau kedua-
penjara atau kedua-
duanya.
duanya.
Bagi Kesalahan
Kedua

Denda boleh dikenakan sehingga


RM20,000.00 bagi setiap salinan cetak
rompak atau 10 tahun atau kedua-duanya.
• Bagi kesalahan berikutnya denda sehingga
RM40,000.00 bagi setiap salinan atau 20 tahun
penjara atau kedua-duanya.
Akta Hak Cipta (Pindaan)1997

• Malaysia telah meminda undang-undang


mengikut cadangan pertubuhan harta intelek
dunia (world intellectual property organisation
treaty- WIPO Treaty).
• Akta Hak Cipta (pindaan)1997, mengakui tiga
bentuk baru perlanggaran hak cipta di bawah
Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987. kesalahan
tersebut adalah :
Pihak yang merosakkan atau mengakibatkan
kerosakan sebarang hasil karya teknologi yang
digunakan oleh pencipta berkaitan dengan
menggunakan haknya tanpa kebenaran.

Pihak yang membuat pindaan atau mengubah


sebarang hak elektronik maklumat pengurusan tanpa
kebenaran.

Pihak yang menyebarkan, mengimport untuk


diedarkan, atau mendedahkan kepada orang awam ,
tanpa kebenaran, bekerja atau menyalin kerja dari
segi hak elektronik pengurusan maklumat telah
dipinda atau digantikan tanpa kebenaran.
• Kesalahan-kesalahan ini akan dihukum denda
maksimum RM250,000.00 atau hukuman penjara
bagi suatu tempoh maksimum tiga tahun atau kedua-
duanya sekali dan sebarang kesalahan berikutnya,
hukuman denda maksimum RM500,000.00 atau
hukuman penjara bagi suatu tempoh maksimum lima
tahun atau kedua-duanya sekali.
Pengurusan Makmal Komputer

• Memerlukan perhatian terhadap beberapa


aspek seperti keselamatan komputer dari segi
perkakasan dan perisiannya, keselamatan
pengguna dan peraturan makmal komputer.
• Pengurus makmal komputer perlu sentiasa
memastikan aspek-aspek pengurusan ini
diikuti dan diamalkan dari semsa ke semasa
oleh pengguna makmal komputer.
Aspek Keselamatan Komputer
1. Pastikan makmal komputer berhawa dingin dengan sushu tidak lebih dari 40
C. Pintu makmal hendaklah sentiasa ditutup semasa alat hawa dingin
digunakan.

2. Pastikan makmal komputer menggunakan stabilizer seperti AVR atau UPS


supaya voltan elektrik terkawal dan stabil. Elakkan daripada terlalu banyak
menggunakan socket extension.

3. Jika perlu memindahkan komputer, harus diingatkan sistem unit komputer


agak sensitif. Elakkan dari terhantuk, tergegar dengan kuat atau terjatuh.

4. Semasa menggunakan komputer, tidak boleh makan atau minum.

5. Jangan biarkan sistem unit terdedah terlalu lama tanpa casing.


6. Casing CPU komputer perlu ditanggalkan dan dibersihkan sistem unit
dengan menggunakan can-air dari semasa ke semasa.

7. Jika ingin mengguna komputer amalkan menekan terlebih dahulu suis


kuasa di dinding diikuti suis pada CPU. Apabila selesai kerja, pastikan
menekan suis CPU terlebih dahulu untuk “shutdown” dan kemudian
tekan suis kuasa pada dinding dan adalah baik jika plug ditanggalkan
daripada soket elektrik.

8. Jangan menyambung apa-apa jua kabel peranti (termasuk tetikus dan


papan kekunci) ke sistem unit tanpa sistem unit di “shutdown” terlebih
dahulu.

9. Jangan mencabut sebarang kabel komputer dengan sewenang-wenangnya.

10. Jangan menconteng papan kekunci.


11. Jangan menukar tetikus dan papan kekunci dari satu
komputer ke satu komputer yang lain.

12. Jika perlu menyambung kabel-kabel ke sistem unit, lakukan


secara berhati-hati supaya pin kabel tidak terbengkok,
terpatah atau termasuk ke dalam.

13. Pastikan kabel monitor, kuasa kabel dan kebel peranti


terurus dan tidak terlipat di belakang sistem unit.
Aspek Keselamatan Perkakasan

1. Jangan membawa keluar sebarang perkakasan komputer dari


makmal tanpa kebenaran.
2. Jika ada bunyi yang ganjil atau terhidu sesuatu yang terbakar,
kenal pasti komputer yang terlibat dan segera putuskan
bekalan kuasa di dinding yang bersambung ke komputer itu.
3. Komputer yang rosak perlu diasingkan, dilabelkan dan
dinyatakan perkara yang rosak untuk tindakan seterusnya.
4. Imbas cakera liut sebelum digunakan untuk mengelakkan
sebaran virus.
5. Pastikan cakera liut disimpan dalam kotaknya atau bekas
bebas daripada sebarang benda asing, habuk dan kekotoran.
6. Padamkan suis pencetak selepas digunakan.
7. Pengguna dikehendaki melaporkan sebarang kerosakan
perkakasan kepada guru komputer.
8. Kekisi pintu dan tingkap perlu dipasang untuk
mengelakkan kecurian perkakasan.
9. Sistem penggera kebakaran (sistem pengesan asap dan api)
perlu dipasang untuk mengelakkan kerosakan kesan
kebakaran.
10. Pastikan disk cleaner dan cecair alkohol disimpan dalam
makmalkomputer untuk mencuci pemacu cakera yang
rosak.
Aspek Keselamatan Perisian
1. Laporkan sebarang kerosakan perisian dan ditandakan.
2. Jangan menyalin perisian luar ke dalam cakera keras
komputer tanpa kebenaran.
3. Jangan membawa masuk perisian CD atau perisian dalam
disket dari luar ke adalam makmal tanpa kebenaran.
4. Jangan menyalin perisian dari cakera keras komputer tanpa
kebenaran.
5. Update perisian anti-virus dari semasa ke semasa.
6. Perisian-perisian dalam komputer yang rosak atau tidak
sempurna perlu dihapuskan atau dibuat salinan semula ke
dalam cakera keras.
7. Jika terdapat laporan virus menjangkiti mana-mana cakera
keras komputer, kenal pasti komputer itu dan usahakan
sesuatu untuk mengnyahkan virus untuk menyerang.
Aspek Keselamatan Pengguna
1. Meja komputer diatur dengan baik dan tersusun, sistem unit
diletak di tempat yang sesuai dan mempunyai ruang yang
mencukupi bagi semua alat peranti.
2. Tempat duduk selesa, kerusi boleh dilaras mengikut
keperluan pengguna dan duduk tegak untuk menghindar
daripada sakit pinggang.
3. Kabel-kabel komputer perlu diletakkan di belakang komputer
atau di tempat yang selamat daripada laluan pengguna.
4. Penapis cahaya monitor (glass filter) boleh digunakan untuk
keselesaan dan keselamatan mata pengguna.
5. Laraskan kedudukan monitor dengan mata : monitor harus 18
ke 24 inci jauh dari mata.
6. Pengguna perlu berehat selepas 2 jam menggunakan komputer
dan melihat kehijauan di luar untuk melegakakn pandangan mata.
7. Pengguna dinasihatkan berehat sebentar jika mengalami sakit
tengkok, sakit tulang belakang dan keletihan kedua-dua tangan.
8. Pastikan makmal komputer dilengkapi dengan kotak pertolongan
cemas.
9. Jika perlu buka casing komputer untuk kerja penyelenggaraan,
pastikan sistem unit di “shutdown” dahulu. Matikan kuasa
elektrik dan tanggalkan plug.
10. Semasa membuat kerja penyelenggaraan , elak daripada memakai
tali leher. Barang-barang kemas dan berambut panjang.
11. Perhatikan jika terdapat wayar kuasa yang terdedah, tukar mana-
mana kabel yang rosak.
Aspek Peraturan Makmal Komputer

1. Pengguna dikehendaki membuka alas kaki sebelum


masuk ke dalam makmal komputer.
2. Pengguna tidak boleh masuk ke dalam makmal
komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru.
3. Pengguna tidak dibenarkan membawa beg masuk ke
dalam makmal komputer.
4. Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Susun
atur semula kerusi supaya kemas.
5. Pastikan hawa dingin dan kipas berfungsi dengan
baik. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera.
6. Pastikan alat pemadam api ada dan sentiasa
diperbaharui setahun sekali.
7. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan
makmal komputer.
8. Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual
Waktu Penggunaan makmal komputer.
9. Semua pengguna dikehendaki mencatat pada buku
log rekod penggunaan makmal komputer.
10. Pengguna dilarang melayari internet pada alamat-
alamat yang tidak senonoh.
11. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari,
bergurau senda, bertengkar dan bergaduh dalam
makmal komputer.
12. Pengguna komputer dilarang mengusik sebarang
sambungan wayar pada komputer.
13. Pengguna dilarang membawa sebarang cakera perisian
luar masuk ke dalam makmal kecuali dengan izin guru
yang bertugas.
14. Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasan
atau perisian daripada makmal kecuali dengan izin guru
yang bertugas.
15. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau
sesuatu yang terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki
tidak normal, sla laporkan dengan segera pada guru yang
bertugas.
Cara-cara
Menjaga Keselamatan Cakera Liut
1. Jangan meletak alat atau bahan yang berat di atas cakera liut.
2. Jangan mendedahkan cakera liut pada haba yang sangat panas,
cahaya matahari dan air.
3. Jangan meletak cakera liut berdekatan dengan medan magnet
seperti pembesar suara, telefon, headsets, monitors dan calculators.
4. Jangan makan, minum atau merokokberdekatan cakera liut.
5. Jangan membuka shutter cakera liut atau memegang permukaan
rakamannya.
6. Simpanlah cakera liut di dalam bekas simpanannya.
7. Masukkan cakera liut ke dalam pemacu dengan betul.
8. Semasa lampu pemacu menyala, jangan menarik keluar cakera liut.
Cara-cara
Menjaga Keselamatan Cakera Padat
1. Jangan mendedahkan cakera padat pada cahaya
matahari atau haba yang sangat panas.
2. Jangan menyentuh bahagian bawah permukaan
cakera padat.
3. Jangan menulis menggunakan pen mata bulat di
permukaan atas cakera padat.
4. Jangan menindih cakera padat.
5. Jangan makan, minum atau merokok berdekatan
dengan cakera padat.
6. Pegang cakera padat pada bahagian hujungnya.
7. Jika tidak digunakan, simpan cakera padat ke dalam
Rujukan
• Norasiah binti Abdullah et.all.2009.Teknologi
Dalam Pengajian Dan Pembelajaran.Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai