Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN HARI ANUGERAH KOKURIKULUM SMA NILAI.

Terima Kasih kepada Saudara Pengerusi Majlis,


Yang Berusaha En Abd Hamid b. Hj Omar, Ketua Unit Kokurikulum Jabatan
Pelajaran Negeri Sembilan.
Yang Berusaha Ustaz Zaki b. Abd Ghani, Ketua Sektor Pendidikan Islam JPNS
Yang Berusaha, Tn. Hj.Abdul Halim b. Othman, Pengetua, SMA Nilai.
Pn. Siti Aminah Ngan bt Abdullah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn Norizan bt Mohamed Kalam, Penolong Kanan Kokurikulum,
Barisan Guru-guru, AJK PIBG dan Pelajar-pelajar sekalian,
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.

Bersyukur kita kerana pada pagi yang mulia ini dapat kita bersama-sama
menghadiri “Majlis Anugerah Cemerlang Kokurikulum’, SMA Nilai, bagi tahun
2010. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak
sekolah menjemput saya menghadiri majlis yang gilang-gemilang ini. Majlis
seperti ini amat baik dijadikan sebagai acara tahunan kerana ianya memberi
pengiktirafan kepada mereka yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang
dalam bidang ko- akademik dan juga kokurikulum. Selain memberi pengiktirafan,
majlis ini juga turut akan menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk
meningkatkan pencapaian masing-masing.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Memperkasakan pelbagai ilmu pengetahuan, memberi penekanan dalam bidang
sukan dan kokurikulum serta penerapan pelbagai kemahiran dalam kalangan
pelajar-pelajar menjadi agenda utama bagi sesebuah sekolah. Walau
bagaimanapun, penguasaan ilmu dan berketrampilan sahaja tidak mencukupi
seandainya faktor nilai -nilai murni tidak dijadikan pedoman. Nilai-nilai agama
dan moral serta semangat perpaduan inilah yang akan memberi petunjuk dan
pedoman kerana ia terkandung nilai yang baik untuk generasi muda menempuh
kehidupan yang penuh cabaran.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Pembangunan kokurikulum perlu dirancang teliti dengan mengambil kaedah
menyeluruh dan bersepadu. Segala bakat dan potensi para pelajar dapat
dibangunkan dengan efektif. Dengan ini, SMA Nilai akan dapat melahirkan
generasi pewaris kepemimpinan negara yang memiliki semangat perpaduan dan
semangat kesukanan, mencakupi pelbagai rutin kehidupan, berketrampilan
dalam pelbagai bidang, kritis dan kreatif sekaligus kontruktif
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Kita tidak mahu melahirkan ulat buku yang hanya cemerlang dari segi akademik
semata-mata, sebaliknya generasi yang seimbang perkembangannya dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelektual, mempunyai disiplin diri yang tinggi,
berketrampilan, patriotik dan tidak bersikap individualistik malah mampu
memainkan peranan dalam masyarakat.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Dengan adanya gandingan mantap antara pihak sekolah dengan pihak ibu bapa
akan menjadikan SMA Nilai lebih beraspirasi untuk meningkatkan pencapaian ko
-akademik dan kokurikulum pelajar agar terus cemerlang serta dapat
meningkatkan penglibatan dan rasa kepunyaan ibu bapa serta komuniti
terhadap sekolah ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah yang telah
menganjurkan majlis anugerah ini dengan jayanya. Saya juga ingin
mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar serta guru-guru yang
menerima anugerah kokurikulum ini. Harapan saya agar sekolah ini akan terus
mencipta dan mengukir kejayaan dalam semua bidang yang sedang dan yang
akan diceburi. Dengan sukacitanya, saya merasmikan ‘Hari Anugerah
Cemerlang Kokurikulum’ SMA Nilai bagi tahun 2010.

Sekian, terima kasih.