Anda di halaman 1dari 4

1.3 Pilih mana-mana dua pelajar dan tentukan pangkat persentilnya.

Berdasarkan pemilihan pelajar-pelajar itu. Kami telah memilih dua orang


pelajar untuk dinilai pangkat persentilnya. Pilihan dibuat berdasarkan skor yang
tinggi dan rendah yang telah diperolehi mereka.
Pilihan skor Muhammad Ridzuan Kamil bin Jusoh ( 27 markah 90 % ) dan
skor Noraini binti Miskan (19 markah 37% ). Berdasarkan skor markah dan
peratus yang diperolehi dapat dilihat perbandingan melalui Graf yang
dihasilkan. Perbezaan dari segi markah, Noraini ketinggalan sebanyak 8 markah.
Manakala dari segi peratusan pula sebanyak 53%. Ini telah menunjukkan
bahawa Noraini telah gagal dalam kertas peperiksaan Pendidikan jasmani dan
Kesihatan.
Berdasarkan perolehan markah Noraini, jelas menunjukkan bahawa
beliau telah gagal dalam kertas peperiksaan ini. Markah dan peratus yang
diperolehinya meletakkan Noraini di Gred D iaitu gagal.
Bagi Muhammad Ridzuan kamil pula, walaupun sudah mencapai markah
yang tinggi dalam kertas peperiksaan ini, ia belum melayakkan beliau mendapat
kedudukan yang terbaik dalam kelasnya. Hanya dalam kertas peperiksaan ini
sahaja ia mendapat pencapaian tertinggi dalam kelasnya.

1.4 Tafsiran tentang pencapaian pelajar

Berdasarkan perolehan yang diperolehi mereka berdua. Beberapa


andaian dan tafsiran boleh dibuat untuk mempelihatkan tahap pencapaian
mereka. Hasil pencapaian daripada kertas peperiksaan ini dirumuskan dari
kepekaan pengajaran. Bagaimana pelajar bertindak balas terhadap item-item
yang dikemukakan kepada mereka.
Melalui pengujian ini dapat mengukur sejauh mana takat kemampuan
pengajaran dalam mencungkil pengetahuan, kefahaman, penggunaan, analisis,

1
sintesis dan penilaian terhadap sesuatu program yang dijalankan atau
dilaksanakan. Maka seandainya pengajaran atau latihan telah dilakukan dengan
berjaya, pelajar yang mendapat pengajaran atau latihan secukupnya harus
mendapat markah yang tinggi. Manakala pelajar yang tidak mendapat
pengajaran atau latihan yang secukupnya seharusnya berada dalam kumpulan
berskor rendah.
Maka di sini dapat dirumuskan bahawa pencapaian ke dua-dua pelajar ini
boleh dilihat atau dianalisa melalui :-

a. Pengetahuan
Berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan oleh kedua-dua pelajar ini
menunjukkan bahawa Muhammad Ridzuan Kamil telah menguasai
aras pengetahuan jika dibandingkan dengan Noraini yang masih
belum menguasai aras pengetahuan. Perolehan telah membuktikan
bahawa Noraiani jauh ketinggalan dalam pengetahuan tentang mata
pelajaran ini.

b. Kefahaman
Berdasarkan item-item yang diuji. Noraini kurang memahami kehendak
item. Manakala Muhammad Ridzuan Kamil pula berjaya memahami
kehendak item yang diuji. Ini mungkin disebabkan oleh beliau seorang
yang meminati sukan atau terlibat secara langsung dalam aktiviti
tersebut. Ini menjadi faktor mengapa ia berjaya menguasai item yang
diuji.

c. Item yang diuji terlalu sukar

Kegagalan Noraini mungkin disebabkan beliau gagal menguasai


Pengajaran yang diberikan oleh guru. Kegagalan menguasai
kemahiran ini menjadikan item – item yang diuji terlalu sukar baginya.
Melalui analisis item ini, guru sudah pasti dapat memahami

2
kelemahan yang ditunjukkan oleh para pelajarnya. Maka corak dan
teknik penyampaiannya boleh diubah serta penekanan terhadap
kemahiran utama dapat dikenalpasti.

d. Pengajaran yang tidak diperlukan.

Berdasarkan analisis item, guru dan pelajar dapat mengenalpasti


kelemahan tentang pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Guru
seharusnya memberi penekanan tentang aras penyampaian yang
hendak disampaikan pada pelajar. Berdasarkan pencapaian
keseluruhan, kelas ini masih berada di tahap sederhana. Guru harus
memberi penekanan tentang kemahiran yang akan diuji. Berasaskan
Prinsip Taksanomi Bloom, guru sudah mengenalpasti tahap yang
perlu diuji untuk kelas ini di dalam peperiksaan yang akan datang.

e. Minat pelajar.

Di samping itu juga kita harus memahami bahawa minat juga


mempengaruhi pencapaian pelajar. Sekiranya pelajar tersebut
meminati sukan, sudah pasti beliau sudah mempunyai pengalaman
atau pengetahuan yang berkaitan dengan item yang diuji. Berbanding
dengan pelajar yang kurang meminati sukan. Ia merupakan satu
pengetahuan baru yang perlu dikuasainya. Ini akan menimbulkan
kesukaran baginya.

Berdasarkan pengujian item-item tersebut membolehkan guru


mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pengajarannya. Selain itu ia juga
akan dapat melahirkan ramai pelajar yang berminat terhadap mata pelajaran
ini. Ia bukan menjadi bebanan bagi mereka dalam menguasai kemahiran-
kemahiran yang akan diuji. Malah menjadikan pelajar berminat dengan sukan
itu sendiri.

3
4

Anda mungkin juga menyukai